Saturday, 6 August 2011

Buah kelo ...

2 hari lepas, I ada sebut pasal buah kelo kat dada Al-kisah. Sejak hari tu telefon cap Lebit asyiklah berdering berdendang lagu Baby tak kira masa; ramai bebenar kekdahnya berminat nak tau. Incoming sms jangan cakaplah! Bertali arus, tak menang tangan dan jari dibuatnya. Ada juga yang kirim mms... tapikan tapi, bukan ke sepatutnya I yang kirim mms kat diorang tunjuk gambar buah kelo tu? Hmm.. diorang dah terlebih kredit kot?

Apa pun, sila padam dari kotak memori apa yang dibaca kat atas tu. Some people tak tau beza bila nak cakap benar, bila nak bergurau, bila nak cakap serius! Tapi ada ke masa tertentu untuk berkreatif? (statement untuk diri sendiri).

Ihsan Google

(gaya serius sambil adjust bingkai ceminmata) Untuk renungan bersama, gambar pokok dan buah kelo. Buah kelo serupa ketola/petola cumanya buah kelo lebih panjang a.k.a. lanky. Pokok dan daunnya boleh tahan meringga tapi tak merimbun (ehhh.. kita rihat sambil menyanyi jom? Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya" <- lagu sesuai untuk bulan Ramadhan. Kasi keinsaFAn pada penulis blog, *sengih*

Bila 30-40 ('0' tu saja menyedapkan hati) orang bertanya camana rupa buah kelo, I cepat2 mintak my SIL mms-kan lauk kari daging + buah kelo yang Teh masak hari tu (psst.. kalau mintak Teh mms-kan, jawabnya lepas rayalah baru dapat, ngeheheh.. ya ampun Buk Teh!).



Cara 'melapah' buah kelo sama macam melapah ketola/petola. Buang kulit kerasnya dulu pastu potong sepanjang setengah jengkal (atau ikut suka pisau ditangan). I dah ingat2 lupa rasa buah kelo nih maklum dah lama tak makan/tak minat (rasa pahit sikit tapi pahit bitter gourd I boleh ngap pulak, sah ngengada).

Yang pasti, *sila tumpukan perhatian pada lauk kari*, kita tak akan telan semua buah kelo tu sebab buah tu full of serat yang tidak wajar ditelan. Jangan cari na'as! :-) Konsentret pada bahgian dalam buah kelo aje, okay?

Nota dari blog CikNab: Buah munggai (Penang), buah kelo (Johor), murunggai (India), drumstick (bahasa pasar orang mana ntah, hehe..), dan nama saintifiknya Moringa Oleifera.

Terima kasih Cik Nab. Semoga Allah sentiasa merahmati awak (siapa juga awak sebenarnya).
.

19 comments:

Yat Maria said...

Cik SOm,

buah kelo selalu gak nampak dalam kari @ kedai mamak..kat tekka ada byk gak si kelo ni..but ai tak reti makan..if petola..yg tu ai suka..masak lauk air letak su'un sedap arr..

err..cik som kari tu u masak ek? sedap wat cicah ngan prata..ada member kita tu sahur prata u...ahakssss...

Ibu n Abah said...

hahahahaha...
u cekap dari i...
sejak u menyebut masak buah kelo.. i dah nak pergi ke pokoknya - bukan pokok i ekceli... nak ambil gambar dan post buat entry...
u dah ceritakan semuanya....
Wartawan yg cekap menghidu berita dan terbitkan dimenangi oleh Kak Som....
dari penerbitan Al Kisah... clap-clap-clap...
Harap beri ucapan sepatah dua...
:)

Lili said...

CS,

Laa....ni ke buah kelo uols...Kita orang kat Perak pun sebut remunggai ke munggai...wateva! Hehee! And FYI, I satu famili suka bangat ni buah buat gulai dhall or kari. Sedap bebenor. Nanti nak kena pi beli ni

*Ulasan 'selari' mengenai buah kelo yang sungguh menarik dai Puan Som* Sila baca ayat ini dengan nada skema! ;0

CS said...

YAT
Buah kelo tu kegemaran orang India; tetiba orang Melayu terjebak sama, hehe. I pun masak ketola (orang JB kata ketola) cenggitu. BTW Yat, sila refer ke para.4 *gaya serius headmistress* bahawasanya bukan I yg masak kari itew. My sista did, hehe..


AKAK
*Sambil terpinga2 pandang kiri, pandang kanan, betulkan kedudukan tudung dan cha wau lam ya, almaklum terferanjat sebab kena buat ucapan impromptu*
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas bakat yang diberi... a'hhhh... nerves nih tak tau nak cakap apa... Assalamualaikum".


LILI @ Puan Pengarah DBP
Haa.. ramai pun dah tau apa mendenya buah kelo.. Tapi takpe, jadilah muslimah yg memberi kebaikan pada muslimah yg lain, auwww... and also mekasih (tak nak bitau nape).

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kita panggil ni drumstick, would you believe that in Sydney boleh dapat fresh or canned. In Chinatown! Mama lebih suka daunnya. Buat omelette...yummmm purrrrr *giggles*

Ibu n Abah said...

kahkahakahakha...
mula2 baca sekali imbas.. tertanya jugak apake bendernya cha wau lam ya..
2x ulang... baru tahu...
chitttttt........

CS said...

CAT
Unbelievable! Kat sana ada buah kelo dlm tin? Serius? Apa nama yg tertulis atas tin? Never knew daunnya sedap dimakan. Cayalaaa your Mama..


AKAK
Mahap terleFAs FAndang luFA ucap ribuan timakasih setelah you mengilktiraf I punyai hidung taraf dunia!! Yeayyyy!...

Mira Marlena said...

La...ini ker?Aiseh man...my mom selalu masak ni letak dalam kari ikan kadang2....camana lah boleh tak teringat?*Tepuk dahi*

Pahit ke rasanya CS?Saya pernah makan tapi tak pulak teringat rasanya..kehkehkeh..

DeLancrettLurpak said...

tak pernah jumpa ini buah.. tapi bunyi nya macam familiar laa..

ahkakbatik said...

kelo? munggai? saper bagi nama2 tu ek CS? letak nama brad ke.. angelina ke... jolie pun okey....cha wau lam ya pun okey...mesti ramai minat nak makan nanti...

FaAtip said...

my neighbour deFAn rumah ada bagi kari ikan baekkkkkk punyer. Dia pulak Penang mari.....I saw this sayoq dlm kari tu, puas I memikirkhhannn apakah sayur itu? Yeayyyy....CikSom dah bagi jawaFAn!!! yeayyyyyyyyyy

Maya Marisa said...

In my family cik som, kelo nie selalunya my dad letak dlm kuah dhall or kari ikan. Kekadang tu dapat yg pahit...uihh punya la potong stimnyer

dina said...

kak, yang ni mak saya panggil ramunggai,saya tak tahu le dr mana nama tu... tapi memang sedap kalau letak dlm kari

CS said...

MIRA
You tak perasan buah kelo sebab sekarang you perasan bamia dan minyak sapi aje kot? hehe.. Bila termakan buah kelo 'tua', memang terasa pahit sket.


DLL
I pasti you dah pernah tengok buah/kacang kelo tu. Balik Msia nanti, carik ok?


AB
Tak taulah siapa yg beri nama kelo atau munggai tu. Baik jgn tanya, nanti you mula nak tau siapa beri nama binatang kat laut n bintang kat hutan, siapa beri nama kueh gendang kasturi atau apam...kan? Psst.. Brad/Angelina tu nama2 kucing Cats in Sydney. Mama kucing dah patentedkan :-)

CS said...

FA
Nasib baek you singgah kat blog CikSom, kaaan? So camana rasa kacang kelo tu? Ada syedapkah??


MAYA
Tulah tu, I pun dah terkena sekali dua rasa pahit sikacang kelo itew, terus tobat. Dahlah isinya kesep2 bukan macam isi ketam *ketam/kelo ada kaitan kah?* kahkahkah...


DINA
Ramunggai mcm bahasa Tamil aje ek? You pun pernah makan? I think kacang kelo tu sedap bila kari yang dimasak sedap, tul tak?

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
sorry ler acap kali singgah ni. Hari tu Ayoh Wang Shariff ada tulis kat blog - minyakgaz - dia detail sangat pasal pokok moringa ni. Tak ingat bila tapikan buleh nengok archive dia. Katanya nak kasi makan haiwan ternak daun kelor ni, bukan buahnya ye. purrrr *giggles*

zarin said...

oh ini ke buahnya...mak i slalu masak ni..amik buahnya kat pokok kat depan rumah my grand aunt..tapikan i tk pernah makan and i lupa plak apa mak i panggil buah ni :D

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Hmm.. bila tengok gambo buah kelo tu, terus tingat time kecik dulu. Rasanye Mak saya suka buat lemak cili api + siput sedut.

Psst.. tak tuko ringtone ke lagu raya ke? :D

CS said...

CAT
No problem..singgahlah selalu2 asalkan jangan 'bewak' merata2 *grin*. Nanti I cuba intai pasal 'daun kelo' kat blog AyahWang. Mekasih muah2.


ZARIN
Ramai suka makan buah kelo bila dikarikan. I cuma ingat rasanya ada pahit2 sket.


AIDA
Buah kelo tu buah 1Malaysia kekdahnya. My ringtone tu my doter yang buatkan pastu diorang 3 beranak sibuk suh I tukar ringtone. Nak tukar ringtone lagu raya mmg boleh tapi nanti I'll be sad bila raya dah habis.. Caner??