Monday, 14 November 2011

Sambil menyelam minum air ...


Disclaimer: Tengok pokok comel cenggitu bantu damaikan jiwa. Lebih2 lagi bila ada burung buat sarang dicelah2 ranting tu. Rugi tak dapat menikmati keindahan alam kalau memanjang terperuk dirumah.


Entry 'K is special' telah membangkitkan rasa musykil pada 2 ratus orang pengomen setia. Sebagai blogger yang komited (ehem!), setiap komen, cadangan atau rasa musykil yang diterima perlulah dijawab sebaik mungkin agar yang bertanya puas hati boleh lena tidur setiap malam siap berdengkur sekali, heheh..

1. AHKAK: CS, ada kemusykilan nih. U blog sana sini guna komputer dan seangkatan dengannya. ngapa tak bayar semua bil tu online??? I tak pergi pejabat pos dah kalau urusan api/air/telekom/cukai tanah/cukai pintu. soon insuran keta, road tax bagai. Save time maa

2. NOIR: looking forward pada entry huraian kemusykilan :}

So here goes my huraian (of cos with dashes of exaggerationlah kan?)

Terima kasih kerana menyuarakan cadangan yang bernas, sepatah kata omputih good point you have there. Ekceli my hubby does all his trnxns on line cuma I chose not to, I kan degil?. As for his road tax/insurance keta ada agent datang tolong settlekan. Agent pempuan plak tu, auww..

To me my tindakan tak langsung menyusahkan diri :-

1. ke pos ofis sebulan sekali aje bayar bil api, air n telefon. 10 minit paling lama beratur tapi selalunya cepat dari tu (sambil menunggu boleh berselawat).


2. sekitar tempat bayar bil tersedia banyak tempat makan .. so you know I knowlah.. memang senang merealisasikan aktiviti jjcm/jjcl (cari lauk), yeehaaa!!


3. dah terlanjur keluar, I buatlah apa2 errands yang patut dibuat samada basuh keta, isi petrol, grocery shopping, trim rambut atau singgah rumah jiran bertanya kabar. Takdelah sesaja keluar sebab nak bayar bil (and risking myself mandi pepagi? no way jose).

4. perlu menyedut udara diluar sambil menikmati keindahan alam maya dan kedamaian kampung 'kita' yang permai. Kalau keluar pepagi boleh tengok MakNya tak mandi pagi bertaichi (tauchu aje sifu diorang lum ajar lagi, ahaks). Kalau keluar lewat sket, boleh tengok bebudak main bola/futsal atau bola keranjang. Of course mem tengok dari keta ajelaaa, kaan?

5. sejak tak bekerja, memang jarang keluar rumah tak tentu pasal tapi tu tak bererti duduk rumah sampai berlumut kaki plak, ekekeke. Keluar rumah mesti ada misi dan visi tertentu, barulah produktif namanya, pheeewit!

6. perlu buat kawan baru serta perlu berinteraksi dengan rakyat marhaen a.k.a. jiran tetangga/sekampung so sementara dah keluar tu, I cari peluang beri salam atau menjawab salam; setidak2nya melontar atau membalas senyuman; indirectly dapat gaaak pahala (tapi tidaklah I menjadi kerang busuk sengih kat semua orang yang boleh membangkitkan telahan I nih ada masalah mental, ngeh3).

7. dah terlanjur keluar, diharuskan singgah warong nasi lemak beli jemput2 pisang, singgah warong nasi ambeng beli lepat pisang, dan singgah kedai jual pisang goreng tentunya beli pisang goreng; so all this to me adalah ibadah juga kerana membantu menaikkan ekonomi peniaga2 kecil.

Diharap Ahkak n Noir berpuas hati dengan huraian tersebut. Lepas nih takyah musykil2 lagi kerana setiap kemusykilan akan dikenakan bayaran secupak beras Basmathi. Apa pun diucapkan terima kasih, jangan serik eh?


OKlah ya, mintak ijin nak keluar kejap beli barang dapur. Alangkah bagusnya kalau sekarang nih I boleh oder santan, ikan, kerisik, serai, bawang dan daging on-line kat supermarket seberang jalan sana tu?

Kalau boleh, sekarang juga I tanggalkan baju tudung brrr.. segala (takyah susah2 keluar rumah) <- kenyataan mengundang kontroversikah itew?? Oooops!

21 comments:

rohaizahabas said...

kita pun banyak yang tanya..awat tak pakai online payment jer tak yah susah payah nak keluar...

jawapan I pun same cam you..tak kan jadi jin bertendang jer dalam rumah kan kan kan..sesekali tu nak gak keluar jumpa orang kan kan kan..dan makannnnn kat kedai..kan kan kan...

blu4sky said...

haa pg td baru terpikir..klu buka kedai yg ada service htr kat rumah best gak..mcm cerita "rumah kedai" tu..belian rm100 ke atas free delivery.. how's that sound :D

cahya indah said...

auntie, Cahya suka number 2 and 7..makan je lah yang suka. hehe.

cahya indah said...

sekarang dah ada orang beli groceries online kan..nanti Cahya buat business tu, mesti banyak profit..auntie mesti jadi main customer tau ;)

Anonymous said...

trims atas huraian yang lengkap lagi bernas ini.

sekarang ni bukan saja pekedai like cold storage yang buat hantaran kerumah, kedai kejiranan pun do the same.

tapi i agree, keluar rumah bila punya rencana yang mantap pastinya activitas yang productif.

Ibu n Abah said...

hehehehehe..
dalam pada berbual2 tadi sempat satu entry
tengok tu.. pantang i lepa sikit, kak ezza dah berlari amik tempat pertama...
- you nak bagi hadiah chop stick jugak ker? sambil jeling-jeling ala-ala manja gitewww....
kak som...
bukak tudung dan bukak brrrrrrrrrr....
tolong eloborate... tak faham...
hehehehe...
###edisi meroyan petang senin...

Maya Marisa said...

Kalau ada online order plus delivery, mmg sah maya jadik favorite customer kedai itew....
U just like my ibu la cik som. she said kalau semua nyer online, time bila pulak dia nak kluar pegi jenjalan....

Queenie said...

fuh, mantap dan konkrit alasanmu
dipendekkan citer mmg menepati CSSD lah ya?

hiiiiiiiiiii.............

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Saya setuju kekdah sesekali keluar rumah itu, menghirup udara segar bagai. Kalau semuanya online, alamat semua seluar panjang/pendek/skirt/mini skirt/jubah akan ketat di bahagian inggul ke bawah. Aktiviti menolak troli dalam hypermarket dan berebut-rebut bawang/cili adalah aktiviti yang menyeronokkan di samping menaikkan tekanan darah....har har har *evil laughs*

Anonymous said...

CS, terima kasih atas huraian. Sbb lepas trading ni nak tidur dah jadi tak sempat baca orang lain punya komen.

Pendek citer, kalau pg pejabat pos dan sebagainya kemungkinan besar ada 2 tempat. Yg mana u suka I tak tahu lah tapi tekaan I ni betul sangat-sangat. RUK sebelah pejabat Pos atau MM.

Jadi I tunggu huraian CS tentang shortforms itu. muahaahaa..

I takut nak tidur ribut kat sini menjadi-jadi, pokok-pokok tercabut/cermin keta pecah. Barulahh pihak berwajib nak potong pokok-pokok pepagi buta buat jalan jamned tak pasal-pasal.

Ahkak

Rima said...

CS
must find reason mah to go out and one of them.. nak bayar bill hehehe.. i like cos i used it so often.. but kan bukan use that as a reason cos semua bil bil dibayar oleh sang suami.. latest one fm me.. "Sonia needs to go to school closer to ur work so that u can send her".. reason yg sebenar nye.. ahhh ade chance ku merayap kat town area cos yg harus fetch her is me.. if antar yg kat country club sebelah rumah ku.. tak de chance nak cuci mata :op

azieazah said...

Salam, selamat pagi SOM

I tak sempat baca. Panjang. Tak dan. Nak pi keja nih. Nanti tak khusyuk.

Balik keja nanti I baca dan kimeng yaaaa...!

Tunggu tauuu!

CS said...

EZZA
Kaaaaan?? Kita nak gak melawa dengan baju baru, tudung baru, bra baruuu....oooops!


SUE
It sounds good tapi bezanya samada kita order thru the phone or online.. (if thru the phone, boleh miscommunication. Kita nak 1kg bawang besar, diorang kasi bawang kecik plak, pastu ada yg busuk).


CAHYA
You shd eat more supaya tumbesaran berjalan lancar. I makan nih pun sebab nak menyerlahkan lagi tumbesaran *haha, tak bleh blah punya kenyataan*
P/S: I will support your biz online.. kasi diskaun baik punya taw..

CS said...

NOIR
Betul, dah lama dah sundry shops yang kecik2 sediakan servis hantar barang kerumah esp hantar tong gas tapi tulah kadang2 macam malas jer nak oder thru the phone *haus tekak bercakap*, haha..


AKAK
Masa you call, I almost done editing, tinggal nak publish entry aje. Psst..bukak tudung dan bukak brrrrA ler, apa lagi kaaaaanz?? ngeh2.


MAYA
Service like that bagus untuk orang yg 4eva bz, mcm u laa..
I must say your ibu is brilliant, auwww *implying to myself kah? kah3*

CS said...

QJ
Mantap lagi konkrit sebab I memang CSSD .. Cik Som Sangat Dermawan, auwwww...


CAT
Betul betul betul ... as it is berjalan keliling aisle tapi tetaplah yang 'bawah' tu ketat sokmor, menciii...., *nangish kita*


AHKAK
You nih memang taw. Hari tu musykil, now nak huraian to shortforms plak, ishh3..
U nak huraian for this? -> RUK sebelah pejabat Pos atau MM.

I say: RUK=RUMAH U KAT while MM is Mydin Mall
Answer: I berada ditengah2 antara 2 tu.. :-)

CS said...

RIMA
Bak sini nombor telepon your husband. I nak report samting kat dia :-)
Tapikan tapi .. kalau tiap hari you asyik merayap kat town area, tak khuatir ke nanti your 'oven tak berasap' plak?


AZIE
Assalam n selamat FAgi ...
Eeeiiiii.. cepat cepat cepat.. I kira 1 sampai 3; lambat kalu denda sepiring tat nenashhhh...

Anonymous said...

Nanti CS nak jawab Azieazah punya komen. Jadi I kimeng sekali lagi.

CS mesti bengkek nih.

RUK= RESTORAN UBI KAYU....jeng.jeng..jeng

har..har..har hmmmmmmm sedapnya makan keropok lekor dari losong.

Ahkak

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Hi Cik Som..
Mesti nak kena keluar, kalau tak..
sempit fikiran, tau.

CS said...

AHKAK
Muehehehehhhhh....tapi you ada sket tersasar.. I tak pernah pegi posto sebelah RUK cuma sekali sekala pegi posto @MM. I pay my bills kat posto dot3. BTW, I sker pulut kuning kat RUK...tapi I tak sker keropok lekor losong yg lembik even selepas digoreng...


ARTLOVER
Yes, harus keluar kasi wallet ringan sket, or at least kasi cuci mata, kankankan?

azieazah said...

I nak tambah lagi..

You sengaja keluar jamu mata, kan? Tengok kot ada poster sale sepanjang jalan ker.. poster ada kedai kain nak lelong kain ela kerrr...

kan? kan?

CS said...

AZAH
Awak silaps....Semua yg awak sebut tak menjadi minat kita sebab kita minat cari tempat makan jer...heheh..