Friday, 24 February 2012

wantan hijau n panna cotta ...

Assalam ...

Kalau ada petition dari orang ramai berkehendakkan negeri2 di Malaysia nih cuti pada hari Jumaat, nescaya I akan turunkan tandatangan yang sama sebanyak 100 kali tanda setuju. Nevermind I juling2 mata atau sengal jari jemari sebab buat benda yang sama 100 kali.

Dinner semalam I masak mee wantan rona hijau untuk TB/D. I skip dinner sebab just after Maghrib I dah slurped semangkok mee sua + brokoli + cendawan kememeh lebihan lunch. So naturally pagi nih I lapar giler had wantan mee for breakfast.

7am: Kirai2kan mee dulu sebelum direbus. Kenapa kena kirai? sebab mee tu suka dikirai2kan, haha.. Dalam satu mangkok tuangkan minyak bijan, kicap manis/masin n secamca minyak masak. Bila mee siap direbus, toskan airnya kejap pastu terus campurkan dalam mangkok yang ada kicap. Gaul2kan biar sebati.

Tip: sebelum rebus mee, boleh 'pinjam' air yang sama untuk rebus sawi (optional).

Since I tak buat sup wantan (with dumpling) maka I buat kuah kicap, guna daging dan cendawan shitake (tuang atas mee). Kalau rajin, boleh juga buat wantan dumpling. Kalau raaaaajinlah, kan? heheh..

Kalau dimakan dengan jeruk cili hijau lagilah umpph!

Semalam tu, sementara I sibuk dengan my wantan, D juga sibuk didapur menyiapkan his version of panna cotta ..

Diharap wakil Mermaid tak saman kita anak beranak sebab guna diorang punya cup. Dah tu tunjuk dalam blog pulak. Vanilla panna cotta tanpa resipi kekdahnya. I told D sebelum kita buat something new, kita kena cari ilmu dulu. Berbekalkan dan berpandukan sedikit ilmu tu barulah boleh kita ubah suai apa yang patut.

"Dah baca daah Mii..", kata Ustaz D, ahaks.. (come to think of it, bagus jugak kalau D nih jadi ustaz. Sejuk perut I ..).

2-3 hari lepas, selepas beli barang2 dapur, D bersungguh2 ajak I ke Daiso. Kalau tak diikutkan nanti kata I pilih kasih plak so ikutkan juga. D janji nak park keta depan pintu so that I won't have to walk far. Memang betul I tak berjalan jauh tapi berjalan jauh juga bila cari stall roti Makcik Anne. "Exercise Miii" kata D. Dush 3x!!

Kalau ke Daiso tak beli satu dua barang memanglah tak sah, kan??? TERhangkut 4 benda dalam kategori 'just in case' ... haha..


Benda hitam serupa ekor ikan tu ialah handle tutup periuk. Kebetulan handle tutup periuk my rice cooker dah retak menanti belah, hehe... tapikan .. I think it's about time I should own another rice cooker yang lebih canggihlah ...

As for those molds, I dah terbayang2 lemon tart ... apa pun, semangat mesti dipupuk dulu, buatnya bila2 pun boleh samada hari nih, minggu depan atau tahun depan :-)

23 comments:

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam CS...
Suka baca entri u kali ni, masak2 dan membeli barangan dapur. Walaupun tak bake hr ni, esok atau tahun depan...semangat dan cita2 mesti ada kan..

Kalau u tgk stok dlm almari I,macam2 ada... tapi duk bake benda yang sama je..

Kakcik Seroja said...

Ada juga semangat nak buat. Ai ada semangat nak makan je.

Eh! Assalamu'alaikum dan salam hari Jumaat CS. :)

Anonymous said...

over here, terkadang ada yang kena hentak meja untuk solat jumaat.

don't worry about the mermaid. rangkaian contacts I dah luluskan.

looking forward to your next creation using the molds.

ni komen ke apa, eh?

zarin said...

eiii wantan mee sedap tu tp tkkan ada yg layan kalau i buat kat my hse ni..eh, i je lah yg mkn sensorang sbb org lain tk sker :D
bila u pi daiso? hasya tk habis2 ajak i ke daiso tp i malas sbb nanti ada je brg yg "just in case" terbeli :D

Anonymous said...

Cik Sommmmmmmm
Demo, sokmo in case. Apakah???

Resepi Wantan Mee Sup tu cam tak ikhlas je nak share. Kena bayar royalti ke.

Arghhhhh! terliur ni.

Ahkak

Anie said...

Cik Som,

Adeehhh terliur tgk itew wantan noodles. I jarang masak noodles dkt sini sbb tak laku. Jannah mkn ikut mood....kadang2 suka kadang2 tidak.

I heart Daiso too....$2 each dkt sg mmg rasanya murah. Tapi bila dah amik barang, kadang terpenuh satu bakul. Haiizzz malas lah nak ckp hehehez :D

CS said...

ARTLOVER
Waalaikumussalam..
Thanks for your support *wink*. Kalau benda2 kecik gini boleh buat kita hepi, why not, ya tak?? I'm sure your baking utensils dah terkeluar pintu, kankankan? hehe..


KAKCIK
Waalaikumussalam.. alhamdulillah masih ada 'semangat makan' so bila I dah bukak kedai makan, you harus datang lakukan bisnes I, bolehh??


NOIR
Brutalnya you? Sape yg hentak meja dan sape yg dpt tempiasnya?
. you ada share dlm Mermaid eh? Kanda Deris beri ke?
. my creation? tunggguuuu...
. you beri khutbah kot?

CS said...

ZARIN
Wpun ahli rumah I suka makan wantan mee, tak pulak kerap I buatnya. Buat nih dah kira mengidam bangat gitu.
I pi Daiso hari Rabu. My son nak beli 1 item tapi beli 3. I yg takde plan nak beli apa2, ended up with 4 items, haishhh...


AHKAK
'just in case' is also my middle name, haha. Tak baik taw kata kita tak ikhlas nak share resipi. Kita ikhlas tapi jauh jer.. haha.. BTW, kat Akasia dah ada jual beriani ek? I sempat jamah, sedaplah..


ANIE
My household giler dgn segala jenis mee tapi my son hates mee bandung. Tak tau kenapa. DAISO tu jahat taw. Suka aje dia keringkan dompet kita ek?

Yat Maria said...

Cik Som

cili jeruk ijo with yr mee wantan sure power gedemak arr cik som..but then dalam pic tu tak da eh? ke terselit? ada orang kasi habis & tak tulis dalam stock buku cili ijo ka?hehehe..

jalan2 kat daiso ada nampak tart tin yg square tak cik som? i lagi nak cari ni..i pun suka daiso but then i cuma taw daiso ada 1 jer kat vivo city..i menci nak pi sana kalo driving sebab kalo weekend kekadang line nak masuk carpark dia cam kat causeway..

CS said...

YAT
Stok cili ijo dah pupus lama dah. I memang tak simpan stok. Bila nak makan secara pukal, barulah I buat. I rajin, kan? Iyolah tu..

Vivo city kat mana? Wpun I orang selatan namun I dah dihalau secara hemah ke Selangor, kah3. Kat Msia banyak Daiso branch. Nanti I intai2kan the square tart tin k?

DeLancrettLurpak said...

CikSom,

samalah menu dessert I semalam dengan D, panna cota (sebut laju2 confirm berbunyi pelik,hehehe).


Jgn lah lupa share recipe lemon tart tauuu, walaupun tahun depan, I tak kisah, I tunggu.. hehehe

azieazah said...

Panna cotta? I memang naif, so I tak pernah dengar lagi. Mender eh?

U sebut Lemon Tart? Tart ker? Tart eh?

Ohhhhhhhhhhhh pengsan!

3E said...

Aunty Som....
sesungguhnya I tak pernah makan wantan mee sebab yang utamanya I memang tak makan mee kuning. Ada citer disebaliknya kenapa I tak makan mee kuning....(berapa banyak kali mee kuning daaa)...
boleh tukar dengan meehoon tak?
panna cotta? selalu dengar tapi tak pernah rasa....mmm, sedap ke?

btw, cantik arrr mould tart u tuuu...i takde pun...:-((

CS said...

DLL
Ehem...lidah I dah kena bedung so thebut banyak2 kali panna cotta bunyinya tetaplah panna cotta, ngeh3 innocent gitu..(tapi dlm hati bunyinya tetap pelik, errk!). Psst.. lemon tart? I got bad news, sob3..


AZIE
Panna cotta ialah manisan orang Italy. Nak buatnya guna susu, cream, gula dan gelatin halalan toyibah. Best makan dgn buah2an segar. Ya betul I sebut lemon tart, bukan pineapple tart :-)
Heyyy, you dah pengsan ke??


ASILAH
Wantan mee tak sama mee kuning sbb tak guna boric acid pun (I hope I am right, hehe). Tapikan kalau wantan mee ditukar dgn bihun, dah bukan wantan mee namanya, kaaanz?? Rasa Panna cotta = texture mcm puding/mousse; lemak manis dan sedap dimakan dgn buah segar.
U masih takde mould tart tu? Sila terjah kekedai Daiso ok?

cahya indah said...

auntie, kalau tak nak kena saman meh hantar sikit panna cotta kat sini..hehe. boleh sampai tutup2 mata sambil makan tak?

tapi kalau tambah a huge slice of lemon tart hasil mold from Daiso tu..memang la seronok sangat ;)

Queenie said...

you tau kan apa yg I tunggu.........

CS said...

CAHYA
Tak nak kena saman malu tapi suka gak kalau kena saman terus jadi glemer, ahaks (masuk CNN lagi). Makan panna cotta dlm mimpi, confirm tutup2 mata punya :-)


QJ
You tunggu apa ya? acuan tartkah? lemon tartkah? atau saja nak dengar I kahkahkah?? :-)

Cik Lina said...

Cik Som, bila tgk mee wantan tu kan, teringat masa cik som ajar kita buat mee ni dulu... tapi tak menjadik sbb seronok dok mencurah minyak bijan... har har har....

Daiso tu gapo? Kedai lima hengget ke?

CS said...

CIKLINA
Sekarang bolehlah buat mee wantan..ikat sket tangan tu bila menuang minyak bijan, ahaks.
Yup, Daiso tu kedai menjual beranika mak nenek; RM5 for every single thing, big or small, arrgh..

Cik Lina said...

hahahaha... kaaannn? nanti kena salin petua2, step by step... sok lusa boleh beli stok mee wantan...

rasanya aritu pi daiso ni lah kot tp kat viva homes, cheras... mmg gila masuk situ, rasa semua nak borong....

CS said...

CIKLINA
Ekceli I berguru dari internet wpun my early exposure (cewah) to wantan mee adalah dari my own sister (dulu dia rajin masak food berunsur kecinaan).
Selalu2 sangat ke DAIso, poket kita boleh DIE juga, ek?

Rima said...

CS
walaupun ku lambat.. ku datang tengok si wanton tu.. adoi sungguh lah sedap dipandang mata.. perut ku lapar.. dari pagi tak makan lagi.. minum latte sudah.. ni tak tahu nak masak aper.. rumah tak de orang.. hubs not in town again.. hairi school sampai petang and terus go work.. tinggal lah sonia and me.. makan nasi with telur goreng and kicap... boleh?

Daiso memang lah fav ramai rakyat jelata.. bila nak buat lemon tart?

CS said...

RIMA
Timakasih masih luangkan masa lawat I wpun you sokmor busy bee. I appreciate it very much (termasuklah semua yg make the effort to visit me here, tqvm).

Bila hubby takde, tersangatlah bagus kita masak makanan yg kita suka makan; or else makan roti selet butter/kaya pun dah ok.

Daiso? itu kedai memang 'jahat' taw. Indirectly, pandai jer dia keringkan wallet kita.