Monday, 30 April 2012

Pengguna contoh?

B'fast tadi, D belikan sebungkus sorang nasi lemak kukus untuk amma appanya tapi ammanya buatkan juga roti bakar untuk appanya sementelah sebungkus nasi lemak didakwa cukup dimakan celah2 gigi aje.

Mentang2lah berjirankan *amma appa pencinta 'bersih'*, terthathul dan terikut2 pulak dah!

Sebungkus nasi lemak ada 1/4 biji telur rebus, 7-8 biji kacang tanah  <- kuis ketepi, tak sker; dan sambal tumis bilis. Nasib baik thambalnya thedap! tapi lagilah thedap kalau ada thimun dan bilis garing berselang seli memeriahkan rentak kunyahan, krup krap, krap krup (namun kedudukan punggung yang sedia terletak selesa atas kerusi tidak memungkinkan selera dilayan!).

My weekend activities besides the usual F1 SJ-SA-SJ, jjcm/jjcl/errands/house chores :
Kemaskini & buang apa yang patut
* surat2/kad jemputan/bil/flyers dari berbagai sumber. Flyers dari fast food harus disimpan *wink*

* dari handbag:  resit restoran/supermarket, atm slips, tissue paper/serviettes & beberapa biji mentos cool chews dah penyek yang terburai dari kotak; siapa punya kerja nih? (nasib baik belum cair melekat melekit lagi).

Sebelum resit dibuang, sempat compare bil Giant vs Mydyn (G/M), satu2nya kerja berpekdah yang lama tak dibuat tapi bagus kalau dibuat, sekurang2nya boleh jimat seringgit dua masuk tabung itik!

Kicap cap udEng  @G RM5.79 ----- @M RM4.95
Kordial Sun-Up    @G RM8.99 ----- @M RM7.90

Tabung itik berat by RM1.93 (kekdahnya)

Nota khas untuk AB diTexas: Sengaja tak tunjuk gambar kicap cap udEng, kesian you sentap kang!



Dah banyak jenis dishwasher yang digunakan tapi tetap suka dan jatuh cinta dengan 'sunlight' dan kuasa turbonya, haw3. 1st time beli peket 'refill' Sunlight yang menciutkan!

Memang meriah dan ceria sinki cikSom tiap kali selesai basuh pinggan mangkok (entah2 bunyi cencorot disangka bunyi ciutan pinggan mangkok, taakk?). Harganya? tak berapa ingat.

Harga sekilo tepung/gula pun I tak ingat tapi paling ingat 'gaji' setiap bulan harus stebel, hehe .. sah mata duitern! 

The so-called promosi keempat2 jenama tidak memberatkan pocket cikSom, in other words gue tak dapat apa2 imbuhan dari pengedar pun (but how I wish, heheh). Saja suka2..


Dengan bangganya, I am now making my own concentrated palm sugar which no doubt tasted better than the bought one, ehem.. Bila rajin, bunyinya macam thombong aje. If not, semuanya nak 'jalan pintas' jer!

Warna kehidupan ...
Selain warna putih dan hitam
kita dianugerahkan dengan warna2 pelangi yang indah.
 pilih apa saja warna yang disukai, coraklah ia sebaik mungkin 
namun satu warna tidak melambangkan kebebasan
tidak juga hak asasi 
tidak sama sekali
P E A C E


Wednesday, 25 April 2012

Cerita ceritut TM besar lutut ...

Saturday: Semasa berseronok2 makan & bershopping, perut terasa swirling n twirling aje. Sah petanda tak berapa wangi pada alam sekitar akan berlaku. Phewh! nasib baik the swirl n twirl semakin menjadi2 bila dah tiba rumah, if not habislah kereta baru Ndja dengan haruman mewangi ditaman kencana dewi, har3..

Monday: Sementelah my freezer ketandusan bahan basah, ditambah pulak dengan keadaan perut mengelebeh masih perlu dibelai maka dengan kuasa veto ditangan, I pilih untuk bersara dari persada dapur untuk seketika. Patutlah bahu sebelah kanan nih terasa ringan aje, ishh..

Lagi pun nak tunggu TB cuti so we can go grocery shopping togeder pimpin tangan tolak troli sama2, auwww sungguh romantika d'amour bunyiknya namun tidaklah benar bagai dikata sebab I bukan jenis clinging cenggitu. Ghimas!

Finally we did our weekly grocery shopping! Cam biasa tolak menolak jentolak troli, load-unload barang2 semua telah diberi mandat pada TB while kerja cekut-mencekut barang lempor dalam troli dan bukak wallet are moi's job.

Sejak dua menjak, I lebih suka guna debit card bebila buat tranxn sebab I suka sain, hehe... TB would transfer a fixed amount of fulus meant for grocery shopping into my account but my 'gaji bulanan' haruslah in cash bebeh.. Kita suka feeling2 'kaya' cam cucu Onasis bila kepulan fulus bersesak2 menguntum senyuman dalam kitanya wallet, ngeh2. Mekasih TB, syukur alhamdulillah.

Bila tiba rumah pulak, TB will unload barang2 dari kereta kemuka pintu, then only service bertukar tangan whereby I'd carry the goods straight to my domain *kek dapur ler tu*. We meet halfway kekdahnya *aint that sweet?*

Kalau D yang buat kerja memunggah, dia sure hangkut sekali gus semua barang terus kedapur (selagi muat ditangan). Apa kelas ulang-alik 18x hangkut barang yang 'ringan' cenggitu, kan D kan? hehe.. Yalah pun, tenaga muda memang sepatunyat pantas dan tangkas! Pulak2 tu berbakti pada umi dan abah..

Sunday: Ndja masih tak cukup bershopping hari Sabtu, dia pelawa I ke Ampang Park pulak. I sure ikut punya kalau perut tak buat hal, at least boleh makan kat Cosy Konar, kan Akak kan? Dah lama tak makan kat situ tapi terpaksa say no :-)

Anyway, ntah apa dah merasuk, D tetiba naik mood nak berspring cleaning. Dah berbuih2 mulut kita macam putih telur nak buat meringue, mintak dia kemas dan lapangkan bilik kecik tu yang pada mulanya jadi bilik solat khas untuk tetamu; tapi dia dah jadi Belanda pulak, dijadikan bilik tu hak dia untuk menyimpan harta karun/pekasam. Hadoi!

Kemas punya kemas, tak semena2 terjumpa my harta karun dalam bilik tu, 2 handbag yang dah lama terkeluar dari carta top 5! Belek punya belek, I remember why I stop using them. Satu beg tu, talinya panjang so TB got this premonition that the bag ada potential diragut. The other one is a cute bag bought 7 yrs ago atas dasar kesian kat kawan. I used only once sebab rasa MALU esp when the handbag brand name is obviously visible. I tak sker..

And D had reason to grin from ear to ear ... there was a RM50 note in one of those handbags.. so I beri kat dia aje as habuan sebab 'rajin' sangat mengemas. Mandur takde gajikah? :-)

Tuesday: Wpun freezer dah penuh dengan bahan2 basah namun mood memasak masih mendatar esp when TB is having his weekly time off on weekdays so apa lagi kan? jom kita jjcm jommm...? Thanks to Iha of WorldofArts for introducing this new eating place.. Nyonya Iha, gue suker bangat sama itu tempat, yeayy..

Lepas jjcm kita jj menziarah Chik/Teh pulak. I bawak buku yang Teh suruh belikan dan bawak buah tangan bubur kacang + durian... I masak beli jer.. Teh sampaikan amanah dari Ngah n my SIL, dapatlah I beberapa cenderahati. Nak nengok tak apa mendenya? Nak nengok tak?? Tanak eh?? :-(

Dinner: Whenever TB works on burung hantu shift, he prefers to have rice for dinner; so after 3.5 days gantong pots n pans, tibalah masanya I menjengah kedapur to cook up stormy dishes such as kari telur ikan, fried telur ikan, udang masak apa-ntah n timun cicah kuah rojak... stormylah sangat?



... and this whole week would see US lovey dovey having breakfast together, hahahaHHH... Lovey dovey kah? kahkahkah.. lainlah kalau CikSom is Lisa and TB is Yusry, kan uolls kan??

BTW, today is already 25th April ... how time flies when decade n decade n decade ago on this very date I waaass still a virgin, auwww... *sambil sorok muka bawah laptop* :-)


Nota penting: I think I just fell in love with the latest format/layout of blogger.com. Alhamdullilah I manage to seize the challenge, ehemm....

Sunday, 22 April 2012

My seronok2 Saturday...

For the first time rasa nervous bila nak buat post baru almaklum keadaan dalaman 'blogger.com' dah berubah. Bila dah biasa buat benda yang sama bertahun2, tup2 di'paksa' berubah tentulah rasa tak syok atau tak selesa; tapi tulah, hidup dalam dunia nih kalau masih ditakok lama, takde pembaharuan, takde perubahan dan takde cabaran maka bosan jugak hidup nih. Tak gitu u'olls? hehe.. hebat I berkata2 ek?

Tapikan tapi .... I sorang aje yang baru perasan; atau blogger lain dah lamaaaa perasan dan dah mahir pun? Aaaah, menci aah..

Weekend nih T tak balik rumah sebab wajib mentelaah for her trial exam next week. Pity her tak dapat makan masakan Uminya yang lazat2, ngeh2 but all the same Ms Schumacher (I ler tu) feels relief, dia pun nak berehat dari ber-F1 jugak kan? Kinda tension when driving along the hi-way when kenderaan besar agam macam truck, bus dan lori kari Baba's 'cucuk2' from behind wanting to overtake my Aga. Bila dah overtake, dia layangkan 'the look' as if the road belongs to their appa amma, konghajar betul! Ada juga memandu truck sambil tenung hp.. yanadeii..gua repot kang baghu tau! Camana I tau? I jeling dari alis mata laaa...

Mula2 dulu kecut jugalah bila 'muka' lori/bas yang besar bagak tu 'tertonyoh' almost inches away from my car tapi lama kelamaan semangat jatidiri kian kental, persetan sama mereka! Mana boleh sesuka ati jadi road bully cenggitu, mentang2 tengok kita pempuan, bawak kereta pun kecik aje.

Nantilah I drive Hummer pinjam Norman punya. Ehh BTW, 2 hari lepas I jumpa Yusri. Dia datang nak jumpa my jiran tapi I pulak meramahkan diri bitau dia "lebih baik you park kereta dekat sini, kat sana tu merbahaya sket". Baik dan sopan aje muka dia tu. Masa berundur diri, hati kecik nih berkata "alamak, lupa nak kirim salam kat Lisa" :-)

Op..op..op.. toksah jeles kat I sebab dah buddy2 dengan dak Yusri tu. Tulah agaknya lepas baca article berkenaan diorang berdua jadi 'guru sementara' untuk beberapa jam mengajar English/Georgaphy terus malamnya terbawak2 dalam mimpi, ngeheheh..

Anyway, rancangan nak duduk dendiam kat rumah tak kesampaian bila fone berderings "Umi tak datang sini ke? T nak jumpa Umi". Kebetulan sebelum T fone, Ndja dah beritau dia nak datang (bawak nasi sunquik dan lauk ayam) so dah dimaklumkan that I might visit T. Nasi sunquik n lauk ayam jadi rezeki TB&D *takyahlah I masak, yabadabedoo*.

Masa untuk dua mak dara berjimba jimbut, yeayy.. Kereta 'H' meluncur ke SA dengan tenang dan anggun (maklum keta yang baru pecah dara), cekut T yang sedia menunggu dengan tahap kebuluran maksima seolah2 boleh habis sekor lembu. Tanpa banyak bicara kita terus tuju ke S.Low (Chinese Muslim rest.).





Fried kangkong





sizzling egg tofu n flour coated cuttlefish (below)
 


That's about all we had for lunch tapi bila dah kenyang se'eh baru kita perasan tak oder lauk berkuah. Alhamdulillah takde pembaziran dan takde siapa terbegik, heh..


Keluar dari restoran kita peramahkan diri melawat kedai2 yang dok melambai2 kat kita. Kedai jual segala jenis manikam, tudung dan baju memang tak terkira banyaknya..Kita nak nengok2 aje bukan nak beli pun, ehem.. Berjalan2 selepas makan adalah kekdah bersenam yang dituntut *kalau kat rumah sah dah golek2 cam ular*..

Dalam pada nengok2, cuit2 dan belek2, terbeli jugak 2 helai tudung. Bila balik rumah baru perasan I bought the same design but different color. Biasalah tu, what's new with me? Masa kerja dulu pun selalu aje beli kain sama corak lain2 warna pastu hempukkan sekali gus kat tailor. And because of that I hate shopping unless shopping meninjau barang2 kat supermarket. Yang nih I sukerr.. hehe..

Singgah Giant kejap beli barang keperluan T pastu hantar dia balik, then only Ndja n I headed home; but home isnt home just yet, hehe.. as we went to Summit instead. If you must know, 'melencung' is Ndja's middle name, ekekeke.. Done with 2nd round of shopping, badan memasing dah terasa longlai so we take a break at McNonal basahkan tekak with that HorlicksCrunch (HC).

But I wonder why that HC didn't taste as good as when I first tasted it last week?? Something wrong with me or something wrong with that HC?

Thursday, 19 April 2012

Jangan dilarang kalau hati dah suka ...

Entry selingan nih *untuk tatapan sanubari sendiri* sementara tersiapnya entry 'hikayat murtabak hancur' yang macam nak hancur juga, sigh...

Semalam adalah hari malas tak tau kenapa (konon). Dah pukul 3 ptg tapi masih mencari kekuatan dalaman, juga tercari2 idea nak masak apa. Zaaaas.. 15 minit berlalu, helppp!!! kalau nak masak nasi dengan 1-2 lauk simple masih sempat lagi tapi aaarghhh... no way nasi akan menang!

Didn't I say I 'perform' better under pressure? cewah riak plak dia ek? Nampaknya sejarah pilih untuk berulang kesekian kali yang ia suka.

So in 45 mts, tadaaa... our lunch/tea at 4pm..

Corak terkini yang diberi nama 'juraian kasih' .... auwww...

Coraknya seakan2 Swiss or French lace, yes? *whatevalah CikSom, asal you bahagia*

Niat asal nak transform daging cincang jadi bagedil tapi tup2 jadi kari daging pulak. Rupanya macam tak kena aje, need to add something or two. I korek2 crisper jumpa tomato n kacang panjang 'hidup segan mati tak mau' so lempor ajelah, haha.. ('biji kacang tua dah ditanam semalam so by now pokoknya sure dah naik menyusuri kelangit tapi Jack tak turun2 pun! Mana Jack? The folklore tipu kita hidup2 rupanya..').

Lupakan Jack dulu, now camana kari daging bertukar rupa jadi lauk dalca tanpa dhall? I bet you, David Koperfil pun tak mampu nak buat cenggitu, heheh..

Selain RJ, kita juga minat wantan mee/dumpling.. So bebila I malas nak masak, I tenung gambar nih ajelah. Clever or not?? Yes, I nampak you all angguk2 kepala tu.. Mekasih, lap u all. Oh ya.. wantan mee/dumpling kat bawah nih dibuat minggu lepas :-)



Sekian, wassalam :-)

Tuesday, 17 April 2012

Ketam, meebandung, murtabak dan ...

Jumaat punya cerita (masih lum basi) ...


Jemput dara dari situ ...

Pastu u-turn ke mcNonal ada budak tetiba windu ayam goreng. 2 tahun dia curfewkan diri tak makan apa2 produk kecuali aiskrim. Why d'curfew n yet can buy aiskrim? Wo pu cher tau...geh, heheh..

Terpandang dessertnya, rasa sangat teruja yg bermaksud tak dapat kalu sure berlaku amukan, haha..

HorlicksCrunch nama diberi. Sangat sedap bila tergigit macam 'honeycomb' or maybe cornflakes yang crunchy. I tak licinkan satu cup tu sorang2, demi kesihatan (kaan?!).

Kelihatan diufuk timur berombak2 awan pekat nan ireng. Oh no, how my basuhan at home? Kot masih boleh diselamatkan, I fone D. Jawapannya amat menusuk qalbu "dah lambat Mi, semuanya lencun". Aduhai, dah lencun? If only I ikut gerak hati 'angkat baju sebelum keluar rumah' tapi masa tu mentari memancar dengan gahnya. Siapalah sangka?

Nak blame D pun tak patut sebab basuhan dijemur kat rumah Ndja, next door. Terlindung dari mata kasar dan mata hati yang tak peka pada cuaca <- indirectly nak blame D jugaklah nih, macam sesuai kan??

Hujan yang tersangat lebat sepanjang perjalanan. Fuh! my jantung palpitates sangat rancak but knowing me, I'd somehow perform better under pressure, insyaallah.

6.30pm: Appointment with ENT doc a.k.a doc tiak tak wangi *tahan napas sat*.

Wallet Umi mencebik2 manja bila tengok bil, nasib baik tak meraong, haha.. *alhamdulillah*

Dinner: bergelut smack-down dengan ketam sebelum dihempuk dalam periuk. Ketam zaman sekarang on diet ke? Cemetot aje.


Now masuk cerita hari Ahad but I skip cerita Thabtu/Thenin & Thelatha... kesian kat you kang 'rabak' membaca, hehe.. Masak nasi n lauk2 simple: lemak kobis, ikan gor & samtum bilis (freezer ketandusan bahan basah). Siap aje masak, kita berdua pun ngap! Pewut dah kenyang patut capai bantal busuk namun perjuangan masih lum thelethai, sambung goreng nasi for D n masak mee bandung for T. Rajin tak I? Rajin tak I? <- sengaja gedikkan diri, kah3.

Lebihan mee bandung jadi my b'fast pagi Thenin. Hmm..thedapnya U! (siapa lagi nak puji, ya tak?).



5pm: Kita berdua hantar T balik kesana. Bergentel2 dia bawak barang yang agak berat. Dahlah biliknya jauh, cuba cari troli tapi tak jumpa. Mungkin orang lain tengah guna troli yang satu tu atau mungkin lepas guna troli, orang berkenaan tak pulangkan ketempat asal. Masalah!

OTW home TB kata dia lapar. Yeayyy... I pun lapar so I ajak kekopitiam kepunyaan my friend's hubby but TB 'pushes my suggestion raw-raw' you know namun dia setuju pulak kita ke Wictory (w=v), I pun terus senyom simpol.

TB had beriani kambing while I had murtabak. I bitau cikKak yang ambik oder "saya punya murtabak tolong hancur2kan, boleh?" *reminiscing zaman dulu kala makan murtabak hancur kat restoran ZamZam alaKazam*. Menurut cikKak "kalau makan disini memang dipotong2". Ohhh.. gitu kekdahnya yek?

BUT I knew it! cikKak tu mesti tak paham bahasa Melayu tulin dari 'ahli bahasa rojak' yang sorang nih, haha..


Ada iras murtabak hancur tak?
Ada??
Aaah...sedihlah cenggini, tak nak kawanlah!

Sunday, 15 April 2012

I'm obsessed !!!


bapak kucing berbulu musang
musang disangka dari Taipan
pengat labu pengat pisang
sekali suap tidak kecukupan!


Yang minat pengat pisang cuma T n me. Yang minat pengat combo pisang n labu cuma I sorang. D tak minat or rather tak pandang sebelah mata pengat thingy while TB lebih suka bubur kacang atau bubur cha cha yang berkeladi berkeledek bagai tu.

Kenapa bubur cha cha bukan dalam kategori pengat? Pengat cha cha, sounds yummy jugak, kan?

Berseri2 muka T bila diberitau I masak pengat. Soalan cepumas "ehhh...bila Umi masak?". Kita pungpang kat dapur dia tak sedar pun. Kita cairkan gula Melaka membuak2 bersememeh kat dapur pun dia tak tau. Bertuah kan? So kerja dia menggali pisangnya aje, tak cuit pun labu.

Tak dinamakan pengat kalau tak bubuh biji sago. Ikutkan hati nak aje curah sekilo dua, muahaha tapi kang pengat jadi ledut macam lengkong pulak, fail namanya tu. Masa menyuap ngap, ngap .. ingatan kembali kezaman purba semasa bertanya kat Mak/Chik, apa bendanya macam biji mata ikan tu? "Telur katak" kata mereka (bersekongkol) so tu jugalah I bitau D&T masa diorang kecik2 dulu, hehe..

Mak boleh sebut telur katak walhal musuh ketat Mak ialah katak. Serupa halnya bila orang geli tikus. Dapat bayangkan keadaannya camana tak?? Real huru hara wa cakap lu. Kita anak2 peka dengan 'amphibian kesayangan' Mak so bebila nampak kelibat katak, pelan2 kita pegang tangan Mak dan 'tatih' dia ketempat lain.

Camana bila Mak yang nampak kelibat cikTak tu dulu? Horror darab 18! Nampak hantu kum2 pun orang tak menjerit cenggitu. Dan....skill menjerit bila keadaan tak terkawal telah diwarisi oleh .....? Siapa yek?

Friday, 13 April 2012

Morning time in my garden ...

Kawan2 blogger berkongsi cerita perihal bunga2an indah harum mekar mewangi kat taman masing2, I pun tak ketinggalan nak kongsi juga, hehe..

Siapa sangka taman sekangkang kera-jadian diindahkan dengan bunga2an macam tu kan? I baru tunjuk 3 aje tu, in fact I have a few more *gulp!*

Sebenarnya bukan sangat2 nak kongsi apa yang I tanam tapi lebih pada nak tunjuk the prowess of my Cokia N97, masih mantap menghasilkan gambar2 dalam kategori 'not bad, can do lah', hehe.. Bila TB/D/T kata I patut guna kamera yang senonoh sikit sebab I suka ambik gambar, I buat2 tak dengar aje (jual mahal kekdahnya).

Now nak kongsi tanaman lagi ...
I thot my pokok kari dah lama pergi tak kembali tapi rupa2nya dia masih segan untuk mati. Bila terpandang pokok kari mula hidup mekar, cepat2 I sms Ms Longevity (my eldest sis) beritau pokok kari yang my BIL sponsor tu akhirnya pilih untuk hidup. Alhamdulillah.

I pun satu jugak! Masa pokok kari tu baru mula senyom simpol mengeluarkan dedaun, pantang aje I petik. Tapi I dah lama bertobat, I beli aje daun kari 2 minggu sekali. Selalunya daun kari akan kering begitu aje (tapi banyak jugak dah digunakan buat kari tu, kari nih .. roti jala punya pasal, remember?).

And now is my pokok orkid ... a very rustic one, heheh..


Pokok orkid tu dah dianaktirikan oleh Ndja. Dia nak buang pokok orkid tu sebab tumbesarannya kurang memberangsangkan. I kutip *alahai cian musyuk2* dan jadikan parasit pada dahan pokok apa-ntah namanya tu. Belum berbunga lagi ..

Tu ajelah nampaknya untuk hari nih. Nanti I kongsi lagi apa ada dalam taman sekangkang kera-jadian I, ehhh??

Meanwhile ... nak kongsi gelagat my omey2 niece masa tunggu bas sekolah ...


Dalam kesedihan sebab kucingnya hilang ntah kemana..

DISCLAIMER: 3 gambar teratas bukanlah bunga2an yg kembang mekar ditaman CikSom. Bunga2 tu ditangkap ketika I visited my BIL masa dia sakit hari tu. Am I not a jerk? hikhikhik... GUWAU PAGI JEMAHAT kekdahnya.

Thursday, 12 April 2012

Saya dan lalat ...

Selain berkarya, (and out of curiousity) I ada satu lagi 'hobi' yang dipupuk sejak dua menjak ie perhatikan perilaku lalat sebaik saja ia hinggap pada sisa makanan.

Mula2 meremang bulu roma kegelian tengok telur lalat bergentel2 pada sisa makanan tapi lama2 terasa diri macam saintis muda pulak, hawhawhaw... Hobi baru nih sebenarnya dapat suntikan minat dari siapa lagi kalau bukan dari my very own 'scientist/archeologist perasan'.

Gross ke hobi perhatikan lalat bertelur? Macam takde kerja lain pulak, yek? Tapikan, ilmu ada dimana2 aje, tul tak? Siapa tak berapa tau rupa telur lalat, sila mengaku..

"Flies do not have teeth or a stinger. Their mouths absorb food like a sponge. They can only eat liquids but they can turn many solid foods into a liquid through spitting or vomiting on it. Their tongues are shaped like straws so they can suck up their food. They eat any wet or decaying matter, but they are particularly attracted to pet waste because the odor is strong and it is easy for them to find.

Medical doctors use a special species of maggots to help patients with flesh wounds, especially burn victims. Maggots eat away the damaged flesh which helps the wound heal" -- petikan Google.

Peminat setia CSI mesti dah tak kisah dengan apa yang I pelikkan tu. Mengaku tak pernah menonton siri CSI tapi minat pada program 'kepo2 ala bijaklaksanasini' tu, masih berkerawang dihati.

Selama nih tak terfikir sebab musabab Allah jadikan lalat sehingga terbaca satu artikel 'telltale insect'. Petikan cenonet dari artikel tu 'maggots are more than just revolting, wriggly fly larvae. They can provide vital clues about the time someone died' <- menarik kan?


... so bayangkan Dr N adalah Dr K (I ler tu), cuma pastinya Dr K tak berapa suka nak bermesra dengan maggots apatah lagi cari bukti pada mim-alif-ya-ta! *wpun sedar diri akhirnya gitu jugalah jadinya diri ini*

Tunggu dari siang menantikan program yang dimaksudkan (dah ready nak tape untuk tatapan rohani TB & anak2). Tumpang bangga semangkok memandangkan Dr N sebagai wanita Melayu (diharap bukan terakhir) mampu buat kerja sebegitu.

1029pm: Bersedia depan 2nd hand tivi beli dari sidia yang berada diBirm sinun. Duh!! nak tengok apa sedangkan I tak berlanggan channel 732 ponn, hahahuhuheheh *gelak sendu2 malu*, maka takdelah cerita yang boleh dikongsi bersama :-(

Manusia dan lalat 'share the same liking'. Dua2 berselera dengan ...


... sambal belacan tomato (pendek kata asal ada aje unsur belacan), dan ..


... sambal hitam McBee itew (tersangat mengundang selera para lalat)..

Akhir kalam, dari 'harus dah jadi 'wajib' ie wajib keluar beli keperluan dapur sekarang juga esp perishable ones sebelum The Boss bersuara yang tak berapa lunak didengarin dek cuping telingaku, hehe relaxlah ..

Tuesday, 10 April 2012

When the mood strikes ..

Yaa, sesungguhnya mood berkarya sedang membuak2 :-)

Rezeki pagi Selasa, 2 keping roti-tak rajin-nak toast berseletkan Dowina n serikaya "cina buat tapi melayu masak", gitulah pengakuan dari penjual kat mini market 2.5 pelaung jauhnya dari rumah yang gatenya berkarat dan engselnya selalu tercabut *sila bayangkan yang indah2*. Terima kasih.

Katanya .. we are what we eat, we are what we read BUT are we what we write? Hmmm.. what do you think?? To me it is yes n no.

Bila I menaip dengan idea yang meleleh2 atas kibod seperti choc ganache selaputi devil's choc cake, I tak suka diganggu oleh sesiapa pun. Gangguan seperti lalu belakang bukak drawer cari nail clipper, beri komen membina "I tengok you nih macam Pendita Zaabalah", beri komen sedap mulut "Umi dari tadi duduk kat situ aje" (walhal kita dah buat macam2 chores), dan pertanyaan "..nampak tak ...?".

As if they don't know that I'm a juggler as well as a multi-tasker berkaliber? <--- untuk depa bolehlah I sound riak sket, har3.

I ngadap blogs every now n then tapi dapur tetap keluar asap berkepul2. Kalau pun my own dapur tak berasap, I make sure dapur orang lain berasap *wink*. In other words, pandai2lah JJCL, insyaallah takde siapa yang lapar.

Now that D dah suka memasak, I rasa relief juga tapikan tapi *jap..tarik napas 6 harkat jap*, I kena campur tangan bab mengemas. Minggu nih dia agak rajin tolong belikan grocery sebab ada udang disebalik batu belah batu bertangkup, ekekeke. Dia nak makan lauk asam pedas ayam dan ketam masak lemak tapi bahan tak berapa cukup.

D tulis apa yang patut dibeli..blablabla.. (sempat selit deodorant. Apakah?). Tiba rumah dengan perasaan berbunga2, dia 'show off' apa yg dibelinya. Hmm.. "mana daun kesum?" .. "nihaaa..." .. "heiiii..nih bukan daun kesum!" *pap tepuk dahi jendul* .. "tapi orang kat situ kata daun kesum" ..

Daun kesum daun parsley, ini makanan elvis presley! Sekian pantun 2 kerat.

D nih macam tak reti baca aje .. alahai anak!

... and last but not least ...

Who would have worn such cermin mata? My sms reads "waaah! serupa specs Liberacelah" .. "hehe..saje suka2", jawab Liberace, ahaks.

Tu aje sosek2 dipagi Selasa yang pada mulanya dingin tapi tetiba kembali panas yang mengetip2. Alhamdulillah ...

Monday, 9 April 2012

Lama tak buat ...

Sabtu 3-6pm: 2 beranak merambu lagi memenuhi beberapa agenda ...

Every now n then we make a point to visit Chik at Teh's house. Membalas budi cara halus sementelah kita semua pernah dijaga, dibela dan dibelai olehnya. She's almost 90 maka fahamlah kita daya ingatannya kian menurun. Soalan yang sama ditanya berulang kali. Harus sabar melayan.

Yang comelnya Chik nih.. bila kita tanya "how are you Chik?", dia sure jawab "I'm fine". Kalau kita tanya cerita2 lama, sejarah keluarga, jawabnya "I forgot" .. pastu kita gelak ramai2 anak beranak cucu cicit ceria bersama seadanya..

Singgah warong KakGR @KJ terlebih dulu beli kuih muih as 'fruit hand'. Pisang goreng KakGR terbaik sekitar KJ tapi KakGR tak berniaga dihujung minggu; dia cuma sub-let kat orang lain. So no pisang gor for Chik. Dah tiba tu, beli ajelah apa yang ada, kebetulan ada 'gegetas' kesukaan TB, hangkut 5 keping.


This big momma is dubbed as 'penjaga' dapur Teh, sangat aktif memasak didapur bila semua orang dah dibuai mimpi indah dan seram! Ish..memandai aje I bawak cerita hantu kum2 tapi kalaulah betul, isn't it scary to the bone? errrk..

From Teh's house we moved to the other side of PJ. Laluan yang tiap hari diguna masa bekerja dulu tapi sekarang hampas kelapa. I've lost my sense of direction atas nama pembangunan. Places such as SS2, Taman Megah, DUtama n DJaya have all become aliens to me including TTDI, an area where I used to 'toreh getah', once upon a time ..

Nasib baik T dipinjamkan kelebihan 'sense of direction' yang boleh dibanggakan, ehem kembang hidung (kalau pun sesat, sesat yang tidak memudaratkan, insyaallah), maka wajar dia ajelah yang drive.

Our mission to the other side of PJ is off the record .. *cukup usap dada sambil berastargfar*

Cuaca petang Sabtu kurang cun. Guruh, kilat & hujan berdondang sayanglah pulak. Skrin kereta samar2 dek limpahan hujan, bad for the vision, *tolong..tolong* namun tetap tak beralah, harus teruskan perjalanan. Bismillahitawakaltu a'lallah.

T as the co-driver pulak: belok kiri Mi.. kanan Mi ... terus aje jgn belok2.. brake Mi, brake.. U-turn Mi... pelan2 Mi...blablabla.. I tetap cekal pandu dalam hujan lebat hingga tiba jalan besar berhadapan Giant KJ tetiba ada bottle-neck. Tetiba rasa cemas bila kereta mengengsot kekanan jadi 1 lane aje. Whylah agaknya?? SiAga mengengsot kekanan juga *dubdabdubdap*.

Al-kisah, jalanraya dah dipenuhi air melimpah ruah deras mengalir yakni air bah u'olls. If only SiAga tu Hummer, takyahlah I mengengsot sama, ya tak??

Alhamdulillah reached home safe n sound. Never been happier to see my old karat gate again, ngeh3..

8-9.30pm went out again. Agenda petang disambung kemalam pulak. While T cari barang, I stay put at Tako stall chomping tako octopus. Harus balik cepat cos I need to prepare dinner..

So our dinner for Saturday night adalah...

(have to show proof nanti owang tak cayer I did use my kudrat menguli, hehe..)

Lama tak buat capati nih ... If Marina Chin can, so can CikSom .. kankankan??

Capati dan kari daging kentang. Masak lebih kari kot2 niat menjala kembali, hahaha..

Next time harus buat thosey pulak ............................... Vanakam !

Saturday, 7 April 2012

Rambu ramba & RJ (lagi?) ...

Tiap hujung minggu ada aje sesi merambu ramba dengan T. Rambu ramba yang diibaratkan mengupas kulit bawang, lagi dikupas, lagi meleleh airmata, isk3. Bila dah merambu ramba, takkan tak terkuak dompet duit, tul tak? So, bila aje ada benda nak dibeli maka kerap jugalah terkuaknya dompet kulit cap kangaroo cikSom (which kadang2 rasa nak meleleh juga airmata kasih, hehe..).

Psst..tak bestlah sebut dompet sebab dah terbiasa sebut wallet/purse. Alah bisa tegal biasa so takde isu mengada disini. Selama nih I thot wallet khas untuk lelaki dan purse untuk pempuan. Rupa2nya I silap sangka. Penggunaan wallet/purse adalah unisex.

Apa pun, I lebih suka guna men's wallet (feel empowered), pakai jam tangan sporty look (tak sker girlie look) & sembur 'sporty' perfume meant for sporty ladies walhal sad to say, I bukan main apa2 sports pun, in fact I hate all outdoor sports.

Cakap tak suka sports tapi I suka plak indoor sports games: dam haji, chinese chequers, scrabbles, monopoly & cards @ daun terup (memang tererrr main nih, betul tak bedek - 7 diamond, race, jual-beli, colet, main hantu, terup melayu).

Disclaimer ikhlas: Pengakuan diatas merujuk zaman muda2 semasa bekerja dulu. Sementelah dah jadi SAHM @warga keemas2an maka barulah afdhal jadi girlie2 sket namun penggunaan wallet tetap!

Sebut pasal daun terup, teringat pulak kat Chik (aunty). Masa T kecik2 dulu, dialah sifu n mentor T main games guna daun terup (games yang mudah budak kecik faham) disamping sama2 main dam haji, monopoly n chequers. Chik banyak beralah dan mengalah kasi T menang cara mudah.

Tiap kali main games dengan D&T, I memang tak kasi chan diorang menang dengan mudah. Memang main games for fun tapi sebenarnya games tu pun boleh stimulate otak kita berfikir. Sometimes we need to think 'manipulatively', don't we? heheh..

Let's U-turn, back to cerita rambu ramba smlm ..
10am-3pm: grocery shopping for both---run some errands---lunch @Sub.Pred---ENT clinic---home. I was driving all along but alhamdulillah dengan izinNya, my tumit tup2 tak sakit lagi. Dah boleh lompat pagar, yeayy..

8-9.30pm: bought dinner----run some more errands---waited like foreva @Dominoes, sigh.. Siapa yang lebih sabar menunggu dan menunggu bila yang dibuat tu untuk anaknya ....... kan?? And the traffic at Tepan is like hell on earth! *tepuk dahi n usap dada*

As you read n scroll down, janganlah melaung "lagi lagi mende nih, takde menda lain ke?". Hawhawhaw.. I tak dulik, you all kena gak tengok dan tatap dengan penuh perasaan n please appreciate what you see, janji ehh?

Lunch semalam: T ordered a plate of satay. I was still comtemplating what to order but why not satay? (jamah secucuk T punya where got enuf?), but T the spoiler discouraged me "tak bestlah kalau dua2 makan satay" and suggested that I order RJ. (In jest) I told her she is very persuasive! Dia senyum anak itik aje!

So I orderlah RJ ... again??! <-- cewah! menjerit tanda jemulah kononnya tu..


I baru jer makan RJ buatan sendiri tapi dlm masa yg sama I tak nak pecahkah rahsia I buat RJ masa dia takde kat rumah. Nak jaga hati anak dan tentunya keep my own lil secret, tulah I cepat2 gave in. Lagi pun bila ngadap makanan, hati jantong paru2 kita haruslah ceria :-)

Dalam pada tu sempat membanggakan diri pada T "alah..Umi pun reti buat roti jala. Umi buat lagi sedap" *chuckle*. "Yalah tuu Umi" (cis! macam tak percaya kebolehan mak dia walhal dah berpuluh keping RJ dia ngap).

Ralit tengok RJ yang jalur jalanya nampak so halus. Tetiba rasa termalu2 kucing Persia bila banding dengan rupa my own RJ. No wonder T is sceptical about my menjala skill, hmmm..

Camana chef tu buat jadi molek manis macam tu? Ada ke masa menjala dia lenggok2kan punggungnya sekali? Mesti ada cara atau teknik menjala dengan betul, oredi pass ISO9000.

Harus berguru ...

Nota ekonomi: a plate of RJ + chic curry (a piece of drumstick) costs RM9.90. That much of money I could get hundreds of RJ anytime (+berketul2 drumstick even). Takperlah, semua nih akan jadi kenangan indah diantara sianak dan siemak, insyaallah.

Thursday, 5 April 2012

Roti jala lagi dan lagi kalau boleh ...

TB had b'fast at 8.30am soon after he arrived home from work. Semalam dia dah beli nasi lemak so pagi nih harus pekena air tangan isteri. Barakah..


4 pcs of toasted bread n omelette=2 eggs. TB selalu berhemah dengan pengambilan telur tapi pagi nih 'exception to his rule', hehe..

I had this at 6.30am. Apakah??

It's roti canai segera yang telah dikoyak rabak, banjir dek kuah kari ayam baki semalam dan taburan sambal lumat daging aka serunding yang berusia, hmmm... berkurun lamanya.

Before 7am dah siap makan roti canai sebab lapar yang takleh dibendung lagi almaklum dinner semalam makan SsSTFb = sup sawi + su'un + tauhu + fish ball ikan tenggiri dari air tangan sendiwi, auwwww... *bangga*. Tu sebab merpati dua sejoli tak breakfast sama semeja.

This week TB is on burung pungguk shift so he would have breakfast n lunch @home. Lunch would be around 3pm sejurus baginda bangkit dari beradu. Kalau mood of his other half quite memberangsangkan maka terhidanglah nasi dengan beranika lauk (haha.. 2 lauk kira beranika jugak, kan?); or else light meals would be served.

Light meals would be: mee hailam, mee bandung, mee/bihun sup, mcgee goreng, jejemput, fried rice, rice with 1-pot dish and last but not least of courselah roti jala + chic curry which I made yesterday *clap3*


Just love the sight of that 'jala' pic. There's a correct menjala technique for a presentable looking roti jala. I know a trick or two already, ehem and all I need to do is to keep on practicing. I know mine is still below par from the piawaian that I set for myself but no worry, slow n steady will win the race.


Suka roti jala warna asli tapi kalau pun nak bubuh esen kuning/kunyit to make it somewhat more berseri, memadailah bubuh sikit aje. Lainlah kalau kita memang ada ladang kunyit, ngeheheh...

TB tetap makan nasi masa dinner as he's a nasi man. Lauk yang isteri mithalinya hidangkan hanyalah SsSTFb dan sambal ikan tenggiri dimasak guna api yang amat kecik or else .....

Masak sekeping aje namun ehem ehem tup2 terasa sedaplah pulak, hehe.


Ndja gave me that comel looking tray when I visited her 2 weeks ago. It's written on the tray 'Provence' Lavender Sault. Provence terletak di Jasin Perancis dan Lavender Sault merupakan tempat menanam pokok lavender secara besar2an untuk dijadikan hasil negara. Jom melancung kesana bulan Jun nih, nak tak??

Pengenalan pertama pada bahasa Perancis bila dengar lagu Michelle masa zaman kanak2. Sedap melodinya mendayu2 namun tak faham sepatah perkataan pun melainkan tau Michelle ialah nama orang "Michelle, my belle..Sont des mots qui vont très bien ensemble..Très bien ensemble (masa tu English pun blur, apatah lagi French, kankankan?).

Lain ceritanya dengan roti Perancis. Masa tu tau makan aje cicah dengan sup kaki lembu yang Mak masak, beshhh.. tapi tak tau pulak asal usulnya sebab roti tu menjelma tiap kali sesiapa balik dari Spore. Sedekad dua nih baru tau roti perancis dipanggil baguette *senget bibir menyebutnya ek?*. tapi apa kaitan roti perancis, murtabak dan Spore?

Nih belum keluarkan cerita Dato' Shake lagi nih ... ehem.. suka kat dia sementelah kita share satu bendera *sambil senyum simpol*.

Akhir kalam, kebahagiaan tak datang dengan sendirinya maka berusahalah mencarinya wpun ia amat remeh pada mata umum.