Monday 9 April 2012

Lama tak buat ...

Sabtu 3-6pm: 2 beranak merambu lagi memenuhi beberapa agenda ...

Every now n then we make a point to visit Chik at Teh's house. Membalas budi cara halus sementelah kita semua pernah dijaga, dibela dan dibelai olehnya. She's almost 90 maka fahamlah kita daya ingatannya kian menurun. Soalan yang sama ditanya berulang kali. Harus sabar melayan.

Yang comelnya Chik nih.. bila kita tanya "how are you Chik?", dia sure jawab "I'm fine". Kalau kita tanya cerita2 lama, sejarah keluarga, jawabnya "I forgot" .. pastu kita gelak ramai2 anak beranak cucu cicit ceria bersama seadanya..

Singgah warong KakGR @KJ terlebih dulu beli kuih muih as 'fruit hand'. Pisang goreng KakGR terbaik sekitar KJ tapi KakGR tak berniaga dihujung minggu; dia cuma sub-let kat orang lain. So no pisang gor for Chik. Dah tiba tu, beli ajelah apa yang ada, kebetulan ada 'gegetas' kesukaan TB, hangkut 5 keping.


This big momma is dubbed as 'penjaga' dapur Teh, sangat aktif memasak didapur bila semua orang dah dibuai mimpi indah dan seram! Ish..memandai aje I bawak cerita hantu kum2 tapi kalaulah betul, isn't it scary to the bone? errrk..

From Teh's house we moved to the other side of PJ. Laluan yang tiap hari diguna masa bekerja dulu tapi sekarang hampas kelapa. I've lost my sense of direction atas nama pembangunan. Places such as SS2, Taman Megah, DUtama n DJaya have all become aliens to me including TTDI, an area where I used to 'toreh getah', once upon a time ..

Nasib baik T dipinjamkan kelebihan 'sense of direction' yang boleh dibanggakan, ehem kembang hidung (kalau pun sesat, sesat yang tidak memudaratkan, insyaallah), maka wajar dia ajelah yang drive.

Our mission to the other side of PJ is off the record .. *cukup usap dada sambil berastargfar*

Cuaca petang Sabtu kurang cun. Guruh, kilat & hujan berdondang sayanglah pulak. Skrin kereta samar2 dek limpahan hujan, bad for the vision, *tolong..tolong* namun tetap tak beralah, harus teruskan perjalanan. Bismillahitawakaltu a'lallah.

T as the co-driver pulak: belok kiri Mi.. kanan Mi ... terus aje jgn belok2.. brake Mi, brake.. U-turn Mi... pelan2 Mi...blablabla.. I tetap cekal pandu dalam hujan lebat hingga tiba jalan besar berhadapan Giant KJ tetiba ada bottle-neck. Tetiba rasa cemas bila kereta mengengsot kekanan jadi 1 lane aje. Whylah agaknya?? SiAga mengengsot kekanan juga *dubdabdubdap*.

Al-kisah, jalanraya dah dipenuhi air melimpah ruah deras mengalir yakni air bah u'olls. If only SiAga tu Hummer, takyahlah I mengengsot sama, ya tak??

Alhamdulillah reached home safe n sound. Never been happier to see my old karat gate again, ngeh3..

8-9.30pm went out again. Agenda petang disambung kemalam pulak. While T cari barang, I stay put at Tako stall chomping tako octopus. Harus balik cepat cos I need to prepare dinner..

So our dinner for Saturday night adalah...

(have to show proof nanti owang tak cayer I did use my kudrat menguli, hehe..)

Lama tak buat capati nih ... If Marina Chin can, so can CikSom .. kankankan??

Capati dan kari daging kentang. Masak lebih kari kot2 niat menjala kembali, hahaha..

Next time harus buat thosey pulak ............................... Vanakam !

13 comments:

Anonymous said...

Capati & kari daging memang sedap.

Tapi I tak sihat hari Sabtu kena batuk kokol sampai hari ini belum baik lagi. Hari Sabtu I cuti memasak, jadi malam tu kami ngeteh & ngopi di Makbul makan roti nan garlic dan lain-lain. Tapi I tak minum kopi/teh. Pelik kann

Ahkak

CS said...

AHKAK
Batuk kokol? Kesiannya.. I baru je habis sesi batuk kokol. You makan ubat tak?
U makan kat Makbul? Tempat tu sepelaung aje dari my house. No wonder I dengar bunyi mcm guruh, rupanya you yang terkokol2 kat situ, hehehee.. *guwau jer jgn mawwah*.

Kakcik Seroja said...

Oh... alangkah bagusnya akalu I pandai mencapati. BS ayik tanya capati tu apa? ;-)

Lili said...

Salam Kander.

Long time no drop by..hehe

Can I borrow Teh's big momma? Kot2 la I bangun pagi dah tersedia capati and kari daging or kari sardin.. hehheh

Queenie said...

pergh pergh pergh...

bakor selera nampak? gambor kari tu yg takleh tahan tu...

eh jap eh, I ada belen kari dari umah pengantin aritu tau...nak tengok jap...er..nak wat capati jugak ker?

ala you ni Si Eeeesssss....

Anie said...

Cik Som,

U ngan Jannah bole duduk serumah. Dia asik suruh I buat RJ aja. Penat lah nak menjala. Skarang tgh musim autumn tapi temperature masih panas hawt. Kalau lah dkt I hantar jer Janah gi rumah u tumpang makan hehehehez.

InsyaAllah nanti I upload gambar2 masa pegi show hot air belon. Bukannya apa my lappy ni slow siput. Yg si kecik netbook tu hb asik hog aja.....*sedih*

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam CS..
Amboi, rajinnya menguli pulak. Bila tengok you buat, nampak sedap je. Tapi tak kuasa nak menguli capati, I would rather buat roti..capati beli instant je!

Yat Maria said...

Cik SOm

U really made that capati eh? waaaaa!! I tak taw buat, but pernah tgk my mom buat..she either deep fry them in hot oil or just buat the ori goreng tanpa minyak but harus guna clean dishcloth to tekan2 the sides masa menggoreng..ingin plak I buat cik som!

I pon tak suka drive masa hujan..come to think of it, ada ka orang suka ek? tapi masa TERpaksa (if whilst driving hujan turun & tak der sesapa yg nak ganti, harus gak teruskan..cuma I tak leh senyap sunyi masa driving dalam hujan makin stress ai..harus I soh dudan(s)baca kuat2 apa yg patut nak kasi ai kurang tensi! :)

CS said...

KAKCIK
Apa2 yang datang dari dapur I, bolehlah dianggap senang membuatnya. I cuba jauhi diri dari membuat kerja2 rumit. Buat capati amatlah mudah. Tak perlu uli lama.


LILI
Wkumsalam. You ada sihat ka? Dah gemuk lum?? hehe..
You nak pinjam that big momma? Ekceli dia tak reti masak, dia reti bermekap aje. Tengoklah bieber dia "merahnya MakNgah".

CS said...

QJ
I tau you boleh buat capati sambil tidur, kan2?? Takpe, I buatkan you capati, you masakkan I mee PLOM, boleh? ekekeke..


ANIE
Jannah suka RJ juga ke? Mehlah, hantar dia pada I or let me kesana aje (naik hot air belon, insyaallah tiba kan?).

CS said...

ARTLOVER
Uli tepung atta sangatlah mudah compared to uli tepung nak buat roti (unless you use BM). Kadang2 I beli juga yg instant tu but since my mood berbunga2 nak menguli, maka teruskan juga.


YAT
Sampai ati you masih tanya I buat itew capati. Dah tunjuk proof tu, huwaaah.. I suka capati fresh from kedai mamak tapi dek kerana cloth yg diguna untuk usap2 tepi capati kelihatan teramatlah comot rupanya, maka I tak sanggup.
Psst..drive keta dlm hujan mmg not my cuppa tapi dah terpaksa.. I nih bila terpaksa, semuanya jadi. So paksalah I buat macaron ke, lapis legit ke.. Maaaaakkk!!! *lari*

Ibu n Abah said...

rajin...
cekap...
tangkas...
- macam tulis kat report card...
Selalu terhibur bila singgah sini dengan kisah yg 'Da Bomb'..

CS said...

AKAK
Rajin? -> kadang2jer
Cekap? -> jarang sangat
Tangkas? -> sekali sekala

Mekasih for your support, auwwww..