Thursday 24 May 2012

Jom kita lari dari rumah??

Al-kisah ...
Belek2 hp tetiba rasa nak menyeluk perasaan kawan2 yang jauh dimata tapi dekat dihati.
SMS out: Kadang2 u terasa nak be alone by yourself x? Sewa bilik hotel ke..and duduk sensorang for a few days... Do whateva we pleased? I ask my frens, all cam suka da idea ..

Their answers:
* definitely! In fact..am planning on it...
* yes I like it too!
* suka suka suka suka bangat
* yes yes yes, memang ada punyai perasaan macam tu. I ada satu lagi perasaan ie nak move out and tinggalkan sume kat rumah sbb no one appreciate malahan take me n everything that I do for granted
* I klu rasa mcm tu I gi window shopping sorang2, gi makan masuk restoran mewah sendiri, gi spa, buat facial. Memang I kekadang suka bersendirian, tulah I ajak u dtg KL atau kita jumpa mana2..

Biarkan aje komen2 tu begitu. Tak perlu dinilai apa yang tersurat dan tersirat. Ditakdirkan duit I berlambak2, tentu aje I bawak kawan2 berjimba sambil kuak lentang lentung kesini ...

'buggy' disediakan untuk LOL mcm kita2 aje

Beware of that ceramic froggy ada cctv taw *wink*


Keceburrr!!! kuak dolphin, kuak kupu2, kuak labah2 .. semua CikSom buat, haha..

Boleh lompat2 kijang dari katil kekatil..bila lagi, kan? 
On the floor ada see-thru glass panel. Sila berimaginasi secara 'buas', boleh?

We were here on Jan 4-5, 2012..
 Cerita percutian nih diperam berbulan2 mengalahkan nak buat kimchi. Percutian yang disponsor oleh Ndja n hubby. 3 mak dara were trying their luck berkuak2 dalam air memakai baju basahan aje. With a little help from 'boya oren' and being motivated by T, Teh n Ndja managed to swim gohead gostan confidently but I on the other hand did ala synchronise swimming on my own, alone! *cough2*.

Kalau dah terbatuk2 tu, confirm tipu.

Akhir kalam, I mengaku memang takut berenang wpun guna boya, wpun Teh n Ndja sorak pom2 kata "you can do it, kitorang dah boleh", wpun T kata "boleh Mi.. T jaga, T jaga" ... namun..

terima kasihlah ... I'd rather berendam dendiam dalam air sambil kocak2 main air, heheh..

22 comments:

Cat-from-Sydney said...

Ala......tak nak lah tempat ada air....kucing kan ala ala dry cleaning only. purrr...meow!

CS said...

CAT
Sejak bila you jadi kambing takut air nih? hahaha...kan dah kena gelak?? Tapi takper, you boleh aje tengok your momma kuak2 butterfly dari jauh, ok?

Anonymous said...

cool, that property is good buat bertapa and priced quite reasonably. the lap pool could be slightly bigger though :)

CS said...

NOIR
I think the place belongs to a Sporean, am I right?? I suppose you've been there?? Untuk I yg comel2 gebu, the pool size is acceptable.

rohaizahabas said...

jom la kita ramai ramai larik dari rumah gi tempat camni....3hari 2 malam pun ok lah pelarian kita..lepas kelepak keboom, kita gi spa ker..manja manja kan badan gitu....agak agak nya berapa tabung ayam kena pecah ni....

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Adoi...ni nak kena cakau ni...kita kucinglah bukan kambing. Kambing tu makanan kucing tau! Hari tu kan, Mama kita dengan kawan2 dia lari dari rumah, pergi kat dekat2 situlah..... siap bergo-kart lagi. Menci!!!! purrr....meow!

blu4sky said...

haha..i pun ada perasaan macam tu..
tapi dok pendam je.. and i did that early this year.. have my solo travelling..flew to sarawak, jumpa my good friend kat sana..and of course lerr with mr.hubs green light..siap cakap anak dah besar takpe dia bley jaga..lagipun none of them yang breast feeding lagi kan..semua dah schooling age..hahahah...

mmg best sangat sbb i get my ME time and bergossip tak hengat with my friend.. dari kluar airport sampai the day nak balik gossip tak renti...tu yang best..hahahah...
haaa how i sometimes miss my being single life..hehehehe

mokja said...

lusa sekolah dah nak cuti.Rasa nak lari dari rumah juga.
I love all girls out ...hubbies tunggu rumah.

Bintangjauh said...

Salam CikSom,

Ingatkan CikSom tidak pernah merajuk hati...

"escapade" dengannya yang lain sehati sejiwa pasti meriah ceria berkongsi bersama ditempat yang boleh bersenang lenang itu, ya ampun... sesungguhnya begitu tenang rasa perasaan hanya menatap begitu sahaja dengan keindahan yang mewah... seolah seperti berada disana pula...

Seperti biasa penulisan gambaran "escapade" tersebut membikinkan Ratna tersenyum simpul lagi... adore bahasa yang dipilih yang bertaraf the best sense of humour itu!

Salam manis semanis madu.

Sizuka said...

nak ikut!! I pun nak bawak hati.. tapi takat pegi tutti frutti jee.. :D

dina said...

kat PD kan kaksom... saya pun mcm nak lari dr rumah, dr kerja... n duk sorang2 kat memana bilik hotel kat cameron hiland... sambil hilang stress smbil menulis blog/novel dgn jayanya... bilakah ye dpt mcm tu?

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm..
Sabar CS, bawak bertenang...dah habis pikir ke, sampai nak bawak diri tu..Pegi jauh mana pun, kena balik juga..kann.
Tapi sekali sekala enjois seronok jugak.

Anonymous said...

ME TIME, is a must for us. Walopon ada anak kecil.

CS, jom pegi 3K Kompleks, I ajo U berenang on Ladies Nite (hari Senin kut).

Lepaih ni tak adalah pakai boya lagi. Sampai bila nak jadi kamben. Kita kena berani..ish, ish

ahkak

Ibu n Abah said...

Dak Esah cukup suker kesini....
Dari mula dtg sampai nak balik... Berendam sampai naik kembang.....
Ibu dak esah pun suker juger.....

Queenie said...

ai mmg suka banget bersendirian, kalo dlm majlis kan, nampak ada org menuju kat ai, dlm hati mesti merengek :"owh pleae leave me alone, leave me alone...."

hek3...keji ek?

CS said...

Assalamualaikum ...


EZZA
Jom kita? Bila lagi nak lari dari rumah cara berhemah, kan? haha.... Kalau tabung ayam belum penuh, pecahkan aje tabung unta, *mbekk*... eh?


CAT
Awak tunggu kita ketipkan kuku awak dulu, baru boleh cakau sampai berlubang.. Rugi jadi kucing sebab takleh swimming, takleh ber-go cart. Jadi human lagi beshh...


SUE
Kadang2 bateri dalaman kita perlu dicaj dan diberi nafas baru, tak gitu? Bukan nak lari dari tanggung jawab cuma we need some 'fresh air' once a while, kankankan??


MAMASON
You nak bercuti kat mana?? nak ikut, boleh?? I pun suka all girls out .. makan2 n gossip2 in a healthy way, hehe..


RATNA
Masa kecik2 dulu I memang kaki merajuk = moncong sedepa kekdahnya tapi lepas kawin, ada orang perasan I tak lagi merajuk (I pun tak perasan). Escapade dgn keluarga, dgn hanya suami atau dgn kawan2 rapat membawa erti dan nikmat yg berlainan. Setuju tak? Psst *berbisik* ..'bahasa yang dipilih bertaraf the best sense of humour'?? Auwwww... blushed *sorok muka dlm baju*. Merci..merci..


SHIDAH
Tapi kita pergi beli tutti frutti kat PD taw, is it ok with you? hehe..


DINA
Ya kat PD, you pun dah kesana ya?? Fokus pada kehendak dan doa banyak2, insyaallah dipercepatkan hajat, amin.


ARTLOVER
I bukan nak bawak diri/lari tapi dibawak lari semata2 untuk enjois dengan restu hubby, insyaallah.


AKAK
Bukan aje dak Esah suka kesitu, kawan dak Esah punya ibu pun komain menjadi2 sukanya dia. Bukan selalu boleh bergaya dgn yellow poker dot bikini size s, kenn? har3


QJ
Kadang2 I juga dijangkiti virus 'keji' yang you alami tu. Kita bukan menci orang tapi if only kita boleh buat orang faham sebab musababnya kita begitu. Boleh ke?



AKHIR KATA, TERIMA KASIH BERIBU2 LEMON ...

Mulan said...

selaaaaaluu terasa gitu nak lari2 kejap sensorang diri... tapi apa kan daya tangan tak sampai.. kuak2 pon tak sampai jgk.. ke mana2 pon kena heret kuak2 dgn 2 anak ni..

cool place tu..!!!!

CS said...

MULAN
Bukan tangan tak sampai, tapi kaki tak sampai, hehe.. apapun, you dah selalu lari2 dari benua ke benua, kan?

Kawan kita sorang tu mesti siang malam makan kiwi fruit ek?

zarin said...

uwaaaa i nengok gambar ni teruss teringat kepandaian i itu hari hahaha loklak betui lah pi salah booking kan! ingat nk pi lagi cuti skolah ni tp tk dpt la plak huhu

CS said...

ZARIN
Pergilah semalam dua kat tempat tu. Kesian Hasya tau <- saja nak buat you guilty, hehe..

LEEzasTOUch said...

My dear, merajuk ke sampai nak bercuti sendirian ni?
But ur idea do sound good jugak ya...tapi jgn sensorang biarlah ada company...takut! Tempat yg u p holiday tu look tempting bangat!!

CS said...

LEEZA
Tak merajuk tapi kerap kali juga I walk2 eat air without my hubby tagging along (dia kasi green light). Sehari dua berpisah makes the heart grows fonder kekdahnya, heheh...

Selalunya I makan angin with my sisters. Mmg tak berani sendirian memandangkan keadaan alam semesta yg semakin berbahaya.