Friday, 28 September 2012

999, penjara atau denda ...

1021am: Incoming sms 'talian 999 adalah utk kecemasan shj. Jika anda membuat panggilan palsu, anda boleh didenda, dipenjara atau kedua2nya sekali'.

Kalaulah boleh I jawab sms tu, I nak jawab "awak jangan nak ngengada eh? tapi awak macam tau2 aje yang kakak saya Teh pernah menyamakan saya dengan kenakalan FizzFairuz dalam iklan lapuran palsu ke999 tu tapikan tapiii .. dari mendail 999, lebih baik saya dail 1 tiga ratus 888 333 ke, 1 tiga ratus 30 555 ke ... lagi berpekdah".

(lainlah kalau memang betul2 emergency macam kecurian yang berlaku kat rumah my SIL 2 minggu lepas).

Agaknya kat penjara tu dapat makan cenggini tak?

Bfast hari nih
Bfast semalam
... atau nih?

Nasi ayam BikThom (pic taken from archive)

Since today is Friday dan kebetulan pulak The Boss kerja petang maka haruslah the so-called isteri mithalinya menonong kedapur menyediakan apa yang patut sebelum The Boss kemasjid dan keofis. Jangan tekun menyusur blog orang aje *geleng kepala*.

Ekceli kalau nak ikutkan hati, memang tak boleh berenti selagi article yang ditaip tak mencecah 3000 perkataan, kaan?

Jumpa lagi insyaallah ...
.

Wednesday, 26 September 2012

Wordless Wed, not! ...

Cuaca dingin pagi tadi terasa macam kat Frasers Hill aje. Dah sejuk2 gitu tetiba terbuat dan terminum neskopi 2x. Terbuat dan terminum? Gitulah nampaknya dah cawan yang digunakan pun kecik aje saiznya. Cawan free pulak tu beli kopi jantan, har3.

Terbuat air kali kedua sejam kemudian sebagai mengiringi sejengkal roti perancis yang disapu tebal dengan mentiga dan jem apricot. Sedaplah juga tapi lagilah sedap kalau disapu jem marmalade yang manis2 pahit tu, baru ummph!

Dan bila cuaca sejuk, getaran selera mendambakan (ewah) sesuatu yang garing untuk dikunyah. Dono why. Cari punya cari among the typical balang kuih raya bertutup merah, terjumpa yang nih..

Tak sure siapa beri tapi sangat sedap!

Semalam terima sms dari seseorang yang tak dikenali tapi paham maksud dan misinya menghantar sms tu "Salam, siapa yang lebih mesra rakyat & anda suka? (who is more people friendly & you like?) XX or YY. Kami penganalisa bebas".

Nak jawab ke tak nak jawab? So sebagai pengundi yang berjiwa rakyat (bolehkah?) jawapannya harus berbunyi bijak sket "Saya tak kira siapa asalkan dia buat kerja kerana Allah...bersih, cekap & amanah". TB kata diorang bukan nak dengar 'jawapan bijak' I. Yaaa I paham, diorang nak dengar jawapan objektif aje, kaan? tapi I kan peramah?.

"I OK jer" tiap kali Ndja ajak makan diluar tapi my OK disertai dengan syarat (komain lagi kan?) dan syaratnya berubah tiap kali waktu kerja TB berubah. Syarat kali nih boleh keluar lepas pukul 2 (ie selepas I siap mengendalikan hal ehwal TB sebelum dia keofis). Ndja pun dah paham benar dengan songel tembakau I nih, hehe..

Bila suami masing2 mengizinkan kita adik beradik berjumpa dan bersuka ria tanpa beri apa2 pra-syarat maka fahamlah kita not to take him n things for granted. Semestinya kita utamakan keperluan dia dulu (w'pun ada juga ketikanya fail, gulp!).

Our 4pm lunch yesterday ...

Mine... soto ayam jer
 
D's - mustahil kalau I tak cukai
 
Ndja's - kengkonon vegetarian (tak sempat snap her bodyguard's meal)
 
dessert shared between the 2 Mems

Bila dah kenyang sepatutnya terus balik rumah ajelah kan? Nih taaak, tetap u-turn koner baring ke Grocer mencuci mata kejap. Boleh percaya ke cuci mata kejap? Tapi memang pun kejap, baru aje capai 2-3 barang perut dah hantar signal may day, may day walhal dah 2x misi diselesaikan dengan jayanya masa kat rumah. So, tunggu apa lagi, kaan?

Somehow based on experience, I boleh anggarkan samada dapat menahan dan bertahan hingga tiba rumah atau thelethaikan dengan segera. Tepat bagai dikata, sesampai aje depan gate karat terus menjadi2 contractionnya *sambil kesat peluh jantan*, dah macam tak menyempat2 kekdahnya.

Sangat tak menyangka bila Ndja juga dapat signal yang sama. Are we twins or what beb?

Cerita may day, may day tamat disini sebab takde sponsorship untuk dilanjutkan sebanyak 13 episode. Sedih kan?

Anyway hari nih bikThom ada mood masak nasi ayam. Ada ayam goreng, ada ayam kukus (kicap pekat, minyak bijan etc), ada cili sos (versi ngelat) dan ada sup sayur kobis tapi tak pulak nampak timun mau pun tomato. Nape bik?

Dimaafkan takde timun atau tomato sebab rupa nasi ayam tu thedap mata memandang. BikThom kata dia guna basmathi belum expired (campur dgn beras siam sikit, stemet) dan insyaallah thedap juga rasanya sebab menurut bik dia guna 7 bahan rahsia terpilih semasa menumis. Hmm..

Tadi tu pun bila tengok TB makan cam tekun aje maybe betullah, nasi ayam yang dimasak bik Thom tu sememangnya the best in the WWW.

Tak caya tanyalah bik Thom sendiri :-)
.

Monday, 24 September 2012

Yeayyyy ... tivi, mimpi, terkucil ...

Bila datang 'mood baik', memang terasa betapa I love having this blog *hug3* ... Dahlah free (nikmat dunia, ada gak masih free, alhamdulillah) takde siapa pulak boleh melarang kita nak tulis apa janji berhemah.. tapikan tapii musykil sikitlah, kenapa masih ada manusia yang macam tak puas hati bila membaca cerita orang lain yang specifically sukakan itu dan ini lantas mengomen tanpa rasa hormat pada empunya blog? Dahlah dia sendiri takde blog *dush!*.

Betullah blog dibuka untuk dunia membacanya tapi ia tidak memberi lesen pada awak menyuarakan pendapat sesuka hati dan mencalit hitamkan perasaan orang. Lainlah kalau nak beri pendapatan awak, yang tu takper, bak sini! *sambil hulur tangan*, boleh I beli tivi besorrrr dan leborrrr dan nipisss!

Oh yes, sebut pasal tivi.. Nak dijadikan cerita dalam blog, alhamdulillah dengan rasa rendah diri sukalah rasanya I nak melompat kijang buat sekian kalinya sambil bersorak yeayyyyy!!! Tivi antik telah diberi napas baru oleh who else but by mr. GadgetMan himself, kikikikkk...

TB baiki TV, harharhar... ekceli tivi antik tu tak rosak pun. Sajalah dia nak berehat for one nite, ngada betul. Sesampai TB dari desa halaman petang semalam, tidaklah I terus menyuruhnya godek2 tivi tu sebab for sure tivi tu dah kiok; lagi pun otak dah pasang niat nak beli tivi baru yang sangat nipis, auwww..

Masa menanti dinner berlaukkan ayam lemak cili api, ikan gor dan daging kicap (T masak), I perasan TB capai remote Astro dan menggodek2 tivi.....jengjengjeng .... tetiba tivi bersuara dan tetiba ada gamborrr.

Dari dapur kedengaran bibik Thom menjerit kegumbiraan "yeayyyyyyyyyyy..." (bersyukur dalam hati takyah beli tivi baru sebab duit dah TERkeluar buat tiles, huwaaaa...).

the epic daging kicap by chef yang sedang meningkat naik namanya, clap3

Mekasih TB, you really can do wonderlah tapi bab beli tivi nipis camana? Besday I 2 minggu lagi nih, besday bulan Islam kekdahnya (kebetulan jatuh bulan Zulkaedah, yess!).

Masih subuh sepi dah diduga kesabaran. Haiii...sabar jelah. Tetiba sedar diri akan 'dosa' yang dibuat sepanjang hari. Dugaan kecik aje namun mengeluh panjang jugaklah. Story later. Now nak cewita pasal mimpi indahku dulu, hehe..

Senario mimpi indah :-)
Tetiba I berada dalam kelas. Muridnya tak ramai pun, dalam samar2 kelihatan 8 orang aje kot. I duduk kat baris belakang bertemankan seseorang. Teacher yang mengajar .. pakai cermin mata dan mulutnya kecik aje. Memang tau dia tu omputih. Tetibaaaa teacher berjalan menuju kemeja I "who is Kelly (nama glemer).. who is Kelly..". Murid2 lain mandang kat I konon nak kata "habislah kau, tak dengar teacher panggil ke?".

Sumpah tak dengar apa2 *innocent jer* sebab tengah syok berbual dengan kawan sebelah. TCTLDreamS, I terus bangun berdiri depan teacher penuh hormat, ehem. Dia tak tanya apa2 pun tapi dengan senyuman makrifat terus berkata tanpa rasa takut "I kenot listen to you cos everytime I eat, my ears bunyi bising" <-- Apakah connectionnya?

Back to cerita dugaan disubuh sepi. My Ony sikucing oren kebanggaan (?) keluarga yang dah dinaikkan tarafnya sebagai anak emas (kesayangan TB) dah buat onar tapi kalau dah sayang, tak termarah pun cuma gerrram jek rasa nak piat tinger dia! Geram pun sebab I kena bersihkan, huwaaa...

Ony satu2nya pet belaan yang diberi kebebasan kehulu kehilir menikmati keindahan alam. Selama setahun bersamanya, tidaklah dia terkucil merata2. Amat berhemah when he does his business, hehe. Tapi subuh tadi apasallah nalurinya lebih kepada menuju kesofa cikThom? Whai Ony whai whai whaaai ..?

Ony mengaku tidak bersalah sebab takde kesan jari2nya disofa
Takde kesan jari kaki jari tangan disofa tapi ada kesan dan bau2an du parfum originale camana? Maka bermandi-mandalah 2 kusyen cikThom subuh tadi...

Kalau nak beli sofa baru boleh tak Ling??
.

Friday, 21 September 2012

Malam ini dan besok takde tivi ...

Petang tadi I 'bukak' tv ch. 106 kerana nak pastikan waktu Asar dah benar2 masuk. Tekan remote kontrol 18x namun skrin tetap gelap gulita. Puaslah remote kontrol ditekan dan dipicit tapi masih tak berjaya juga.

Angkara siapakah ini?

OKLah, takat nih aje yang terdaya ditaip, excuse me I wish to yawn silently now "huwarghh" *sambil katop mulut*.

To be continued...terpaksa published dulu to get today's date. Good nite...eh, chup! notchet gudnite.

Can you? Jangan tak ngaku ehh?? heheh..

a small mishap
Ginilah gayanya kalau sikuat makan aka siblogger tegar buat dua kerja dalam satu masa. Boleh terpelanting sudu garpu tu dan terlanded dalam air. Patutlah air tu terlebih sedap rasanya, hehe..

Esok ana sambung rambling tentang 'malam ini dan besok' ok? Good nite.

22/9 Sabtu: sambong rambling.

Nampaknya bukan silap remote kontrol atau silap pihak Astro my tivi takde gambar atau bunyi. Silapnya datang dari tivi tu sendiri almaklum it has seen better days, huwaaa..

Howlah over the weekend no tivi hence no Ust Don, no Imam Suhaib, no Prof Kamil & no Ask da Ustaz? (sebut program yang baik2 jer dulu, hehe...and also no drama at 10pm?).

Then:   http://sukacupcakes.blogspot.com/2008/07/my-tv.html

Dah tivi buat hal, maka duduklah CikThom tiga beranak mengadap laptop memasing buat kerja berpekdah (hic!). Sunyi sangat malam tadi so I mohon pada D mainkan lagu2 sedap dari laptopnya. Kalau takde lagu dlm simpanannya, harus carikkan juga untuk halwa telinga Umi. Perintah nih, heheh.

Lagu pilihan malam tadi among 2-3 other songs seharusnya dengar lagu terkini, hehe.. 'MuaraHati' yang pada mulanya cam lagu jerit2 pekik2 tu turns out to have a nice melody dan kena pulak dengan suara anak angkat H.Tino mendayu2kan lagu itew maka lagilah lagu tu menjadik, kikikikikkk... Apa pun, sebelum menjiwai lagu tu, kenalah tengok dramanya dulu ya? 

Tivi rosak selepas TB berangkat kedesa halaman maka semestinya I hantar lapuran ...
* lupa nak bitau u... tv kita tetiba xde gambar..gelap gulita...
# dah sampai tempoh hayatnya
* tulah... i think tubenya wat hal. Nak betulkan mesti leceh makanya i berhasrat nak beli baru yg besorrr dan leborrr...yeahh..
# orang kaya katakan ... (kaya dgn budi bahasa jer, kih3)
* habis tu xkan kita tak nak ambik tau perkembangan dunia, tak gitu you? heheh..
# gamaknya   (cakap gamaknya aje? takde proposal nak hepikan bini ke?)

Tulah serba sikit bunyinya chit chat jarak jauh Uda & Dara. Kesimpulannya: Dara nak merasa tivi nipis. Patutkah Uda merealisasikan impiannya?

Minggu lepas kita bertiga beranak balik kedesa halaman nan permai seketika. Minggu nih TB terpaksa balik sendirian untuk menguruskan berbagai hal yang masih outstanding. I wish I could follow him back untuk memenuhi hajat yang belum terlaksana lagi dan mungkin tak terlaksana sampai bebila kot?, sob3.

Kekdahnya kalau dapat ikut TB balik, bolehlah I soksek2 dengan sipembuat jubin agar diperkenankan hajat yang selama nih terpendam. Bukan nak mintak anything spectacular pun, I cuma nakkan jubin disusun diagonally aje supaya ada feel Mediterranean sket, ehem.. cam kat bawah nih ...



... tapi nampaknya hajat terpendam tetap terpendam as first n foremost TB tak setuju... tapi kenapa tak setuju? SEBAB taknak nyusahkan oraaaaaang. Huwaaarghhhh....*mulut terlopong tak dan ditutup lagi*. Apa pun, alhamdulillah tapi tetap nak sambong huwaarghhh juga ...

Berita terkini tentang projek perparitan. Nak buat projek kecik cenggitu pun susah benar kekdahnya. TCTLSShort, bila jubin dah almost siap dibuat, 'tingggg' tetiba I tersedar dan terperasan something amiss. Camana nih? Patutkah I beritau pada tuan kontraktor kesilapannya?

Tonggeng2.. gigih bekerja nampak??
Nih yang malas nih ... :-(
.

Thursday, 20 September 2012

Back in the limelight, ehem ...

 "Naper dah lama tak hapdet blog?" .. tanya my friend kembaran TunTeja dari Petany River.

Hmm...naper dah lama tak hapdet?
Tiap kali bila cuba memerah kreatip jus untuk dimunafaatkan kedada Al-kisah, mulalah rasa mengantok yang tak terhingga. Sangap, yawn, menguap trillion times sampai terasa longgar engsel rahang dibuatnya tapi tiap kali muka disembamkan pada kusyen, rasa mengantok serta-merta hilang.

Letihlah asyik berulang alik sembam2kan muka kat kusyen aje (penyebab lain biasalah jadi chaperone sidara dan balik desa halaman berkenaan our so-called mega project).

So my dear TunTeja, itulah sebab utama blog picisan tak berupdate dengan cewita2 sensasi dan sensentap! Tapi jap eh.... kejadian sensentap baru jer berlaku *tetiba tak terasa mengantok lagi*.

As you know Ndja baru jer thelethai bagian depan rumahnya direnovet so I ambik kesempatan guna kontraktor yang sama untuk mencantikkan perparitan depan rumah yang dah lama mendambarkan a make over, auwww...

Niat nak simen taman sekangkang kera nih tapi mendapat tentangan hebat dari sidara pencinta alam

Kejap tadi masa mengintai disebalik langsir (saja tinjau takat mana dah siap) teruslah terpandang sorang pekerja tu berjalan kearah pokok mangga rumah jiran seberang jalan sambil memegang batang bendera dengan JalurGemilangnya sekali. Wah wah wah wah waah....banyak cantik??

Pokok mangga tu is beyond my jurisdiction, gasaklah nak ambik buahnya ke, pokok dengan akar2nya sekali ke, silakanlah "I ok jerr" tapi bila dia ambik batang bendera dgn JalurGemilangnya sekali tak mintak kebenaran plak tu dan dengan senang hati jadikan alat menjolok/mengait harta orang, I terus grrrrrr...

Boleh dia cekut aje batang bendera tu walhal JalurGemilang sedang berkibar dengan megahnya tadi. Sah dia memang tak hormat bendera Malaysia. Kalau dia mintak kebenaran tadi, I boleh aje pinjamkan batang mop (provided I have no inkling of his intention whatsoeva).

Bila ditanya pada pekerja sorang lagi "dia ambik buah mangga tu dah mintak kebenaran belum?". Jawapan yang diberi memang klasik "sudaaah..mintak dari sebelah" (mestilah maid sebelah rumah kata 'ambiklah, saya ok jerr).

Syawal yang tercicir ...
Semalam Teh n I konon2nya temankan Ndja beraya rumah Ngah. Sebelum kesana kita singgah kat 'warong' @K.Jaya untuk memborong kuih muih.. Sajalah tunjuk kat sini sementelah 'warong' bergerak nih keudara dalam rancangan JJCM minggu lepas.


Special request by Ndja, Ngah masakkan mee siam + kuah. Ikutkan kehendak Ndja, takyah bubuh tauco n udang kering but what is mee siam without the taste of tauco n udang kering (+kucai+taugeh), kan u'olls kan?

I pantang tengok biji limau masih terlekat bila limau dah dipotong, rupa2nya Ngah pun sama, hehe..


... dan salah satu kueh yang dibeli dari 'warong' bergerak ...

'Rissoles'
Cukuplah coretan sebagai warm up dulu ... Entry nih asyiklah tersangkut2 aje dari tadi. Oh blogging mood, please come to big momma!
.

Monday, 10 September 2012

23 Syawal ... RJ dan kari ayam!

Ahad semalam adalah hari berhempas pulas menyediakan 3 jenis lauk (ya, 3 aje yang terdaya) dan 'menjala' dengan rakusnya, heheh...

Selonggok RJ
Kengkonon work smart not work hard maka terjadilah kari ayam seperiuk besar sebagai salah satu lauk kebanggaan (yang bakal dijadikan lauk untuk lunch, dinner, b'fast dan tentunya sebagai entiti cicahan siRJ pujaan hatiku, keh3).

B'fast pagi nih ... RJ banjir
Kari ayam dijadikan lauk dan juga sebagai cicahan RJ maka wajarlah ia dibuat dengan kuantiti yang banyak tapi tahap keyakinan adalah tersangat rapuh bila masak lebih dari kuantiti yang biasa dimasak, gulp! namun mana boleh mengaku kalah sebelum gigit conet bom tangan dan baling pada sasarannya, kaan?

Nasib baik ayam dah tersedia bersih dan dijual mengikut kehendak kita. Nak beli bulat2 sekor pun boleh, nak beli bagian2 lain pun boleh. Janji ayam bersih no bulu2 terlekat watsoeva! Alhamdulillah stok ayam dah tersedia dalam freezer. Selalunya I beli drummet, kepak, betis dan peha. Jarang sangat beli bagian dada sebab tak suka isinya too fleshy dan lagilah sangat jarang beli kaki ayam.

Tapikan, dalam my freezer ada sebekas kaki ayam, bahasa Jawanya ceker atau kai kiok kata orang Cina, hehe..multi-lingual gitu. Dah berbulan mende tu duk bertapa dalam freezer tunggu D kotakan janji manisnya nak buang kuku ayam bersihkan sebelum dimasak tapi janji tinggal janji aje (I think D ngeri tengok rupa frozen kaki ayam yang keras kejung!).

Sebut pasal kaki ayam, ada sesiapa dah kembang tekak? Ekceli takde kotornya kaki ayam tu lagilah pulak kaki ayam ada selaput 'glove' so kupas aje glovenya tu sebelum dimasak. I takde masalah memasaknya apatah lagi memakannya tapi dengan syarat kuku kaki ayam mesti dibuang terlebih dulu (kalau tak, kamsia hamnida diucapkan).

Ditakdirkan TB terpaksa sembelih sendiri ayam dan I terpaksa atau dipaksa membersihkan ayam dari A to Z, aaaarh!! I sanggup bercerai hidup dengan ayam sampai bebila. Dari pegang bulu ayam lebih baik pegang bulu kucing *sambil senyum kat QJ, hehe*.

Masa kecik2 dulu mana reti erti geli. Bila Bak nak sembelih ayam, kita dah tiba dulu kat tapak penyembelihan w'pun ngeri n kesian sob3 tengok ayam menggelepar. Ever ready nak tolong Chik cabut bulu ayam pastu (sambil sesekali menimang ayam) tekun memanggangnya atas api biar terbakar bulu roma ayam, har3 *evil laugh*.

I menjala dengan rakus (guna 2 kuali leper sekali gus) dan memasak kari ayam lebih dari biasa sebenarnya untuk kawan2 T yang datang beraya. Kebetulan pulak anak sedara TB yang sangat menyukai RJ datang berkunjung. Kiranya I melempor guna sebijik batu untuk membunuh dua ekor burung hud2 ler nih, hehe..
 
Rummaging thru my 2nd fridge, (in horror) I found this! errrk..in horror konon.

Al-kisah's Believe It or Not, ngeh3 macam tak biasa pulak
Bukan setakat menyimpan Basmathi perang (sebutan: payrang) yang tarikh luputnya dah berlalu 16 tahun, nampak gayanya serbuk kari nih juga tak ketinggalan menempa sejarah *bangga tapi malu* dimana tarikh luputnya dah berlalu 15 tahun.

I suka sangat serbuk kari Sakthy kerana tanpa guna daun kari sekali pun bau kekariannya tetap menyerlah tapi yang sedihnya (memang sedih), kari jenama nih dah macam elusive butterfly. Dah lama benar tak nampak 'keSakthyiannya' dipasaran *mode muka monyok*.

Tak pasti camana serbuk kari kesayangan hati tu disimpan begitu rapi (ehem) hinggakan selama nih tak terpandang langsong dek biji mata. I tuang sikit serbuk kari atas tapak tangan, hidu2 sampai terbersin. Masih kuat bau karinya tapi ada juga unsur haFAk, makanya......?

TCTLSShort, separuh peket serbuk kari telah dihumban dengan jayanya albeit a tad rasa bersalah. Lebih baik dibuang aje, tak sanggup rasanya beri anak orang makan kari ayam berkemungkinan beracun arsenik dan tak sanggup tengok muka sendiri masuk buletin tivi-3, huhu...

Baru masak 3 lauk dan menjala goyang2 punggung sket, letihnya komain terasa lagi. Malam semalam tetiba badan rasa semacam. Perut dah masuk angin rupanya so haruslah signal mata pada you-know-who untuk khidmat dipicit secara percuma, hehe.. Burp...burp...sedawa dan toot toot lima enam das, alhamdulillah terus zzzzzz dengan lenanya.

P/S: Masa kitorang kecik2 dulu, tiap kali picit Bak kita dapat upah 20sen. Kita tak mintak upah tapi tulah satu2nya mata pencarian halal masa tu untuk terus menikmati aiskrim Walls :-)
.

Thursday, 6 September 2012

19 Syawal ... ole2 & projek mega ...

Baru 19 Syawal ... kalau nak puasa enam masih sempat lagi nih. Thot of fasting today but terlewat mintak izin suami almaklum puasa sunat wajib mintak ijin dulu. Lagi pun hari nih dan esok TB bercuti so bila dia bercuti, I upgrade diri terus jadi mademoiselle, boleh?

Anyway, hari cuti suami adalah hari bahagia siisteri. I ler tu.. w'pun ia tidak menjanjikan kita berseronok2 jenjalan makan angin macam sesetengah orang.. kepulaulah, mendaki bukitlah, berskuba divinglah.. Yaa, sesungguhnya kehidupan I tersangatlah hambar, boring dan sungguh tidak menyeronokkan, sepatah kata omputih very dull; tapi adakah I anggap dan mengaku kehidupan I begitu dull n boring?

T pernah membayangkan betapa I akan bertambah bo-ring atau ring-bo sebaik saja berpindah nanti. Kawan2 rapat jauh, adik beradik jauh, tempat membeli belah jauh, masjid jauh dan juga akan jauh dari dia. Betullah semua yang dikatakan tu, sob3 tapi sebagai emak yang konon2nya lebih berupaya berfikiran jauh, long n winding, tentunya I tak lepaskan peluang untuk menyumbat seberapa banyak 'food for thought' supaya mindanya bertahan kenyang selama mana yang boleh, insyaallah.

Talking about food ... pagi nih I makan lebihan nasi dan sup ayam semalam. Dah niatnya nak bersahur makan nasi dan sup tapi dah tak jadi puasa, haruslah I habiskan juga. Tak baik membazir, ehem.. dan dessertnya bukan bithkut raya tapi bithkut dan kek ole2 dari Jakarta.

kek lapis yang dah diswiss rollkan. So-so rasanya

bithkut cheese sedap lemak rangup

 Habuan datangnya dari Ndja .. to be shared with Teh

Sebagai mengimbau nostalgia D&T masa kecik2 dulu sewaktu suami Teh masih hidup
 U-turn pada 4 Syawal ...
4 beranak berkonvoi dengan kontraktor kesatu tempat yang unknown to me w'pun awal2 lagi kita tau tujuan ketempat tu untuk memilih jubin bilik air memasing, dapur, bilik tidur dan overall rumah..

Seronok memang seronok tapi kerja memilih jubin yang sesuai sangat meletihkan lebih2 lagi bila rambang mata tengok berbagai pilihan eksklusif namun kenalah juga berpijak dibumi nyata not to overdo it sementelah rumah yang dalam binaan adalah rumah untuk pensioner aka pesara jer, definitely can't afford to be lavish2 one, auwww... <- nak auwww jugak, keh3..

Buat julung2 kali memandang teratak baru sejak ia didirikan, perasaan cikSom amatlah teruja sekali kerana sangkaan awal yang agak meleset tidak menjadi kenyataan, alhamdulillah. Sangkaan bahawa jiran terdekat adalah amat jauh rupa2nya sepelaung aje jauhnya. Kiranya dari my ruang tamu boleh meninjau aktiviti keruang dapur jiran (kakak sepupu kamcing TB ler tew, hehe..).


my humble abode
Rumah nih tersangat straight forward. 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang golek2 (khas untuk ...cer teka), ruang makan, dapur dan bilik stor mini berkongsi kasih tempat letak mesin basuh.

Nak komplen lebih2 nanti kata tak bersyukur (walhal lebih dari bersyukur) tapi since inilah sa-ha-ja satu2nya peluang yang kita ada untuk membina rumah ikut kehendak dan spesifikasi kita, sepatutnya awal2 lagi TB n I perlu berbincang lebih teliti dan terperinci tapi tidaklah begitu jadinya kerana beberapa sebab tertentu.

Sekarang ... rumah dlm binaan takde bilik stor dengan erti kata sebenar. TB kata boleh ditambah kemudian tapi yang paling 'tak tahan' bila tengok bilik air yang sepatutnya dikongsi oleh D n T nampak kecik sangat. TCTLSShort, pintu bilik air dari bilik D dah pun ditutup so T wld have bilik air tanpa berkongsi. D pulak akan guna bilik air berdekatan washing area, selangkah dua dari bilik tidurnya aje.

Sepatah kata my SIL, adik TB "budak2 dah besar tak boleh share bilik air... " dan dalam fahaman yang seakan serupa, T dah keluarkan statement yang sangat lucu, hehehaha (tapi I takleh tulis kat sini, hehehe... anak2 zaman sekarang anggap mak ayah diorang so open minded n so understanding, diorang tak segan memberi pendapat tentang 'facts of life'....kan Akak kan??).

Sekian coretan untuk tatapan kemudian hari ... insyaallah.
.

Tuesday, 4 September 2012

17 Syawal ...

Pagi2 lagi I dah beraya kat rumah CikSom! Dia tak layan I pun, semuanya self-service so I really really make myself at home, haha... (why haha? sebab I tak hehe..).

Membuka keburukan diri tanpa segan silu kekdahnya nih..
Bertemankan secawan neskopi, (not in crono. order) I ngap 4 biji tart nenas, sepotong kek keladi, sepotong puding milo, sekeping nipis dodol, samtum bilis disapu pada 2 keping roti (hati berat berkata roti nih dah expired but since no kulat was in sight maka ia masih halalan tayyiban), dan untuk mengubati ngantok yang tak berkesudahan, I ngap non stop mende nih (sepupu marukku).

buah tangan dari anak sedara TB yg datang Sabtu lepas

Ahad lepas Ngah jamu adik beradik santap LJ (Johor signature dish)  but sentap to say I couldn't make it as TB was working and budak2 ada acara masing2 (pergi OH back-to-back mengalahkan kita pulak). If only Ndja (my saviour) had not gone to Jakarta that time, I would have burped laksa Johor, hehe..

Fine I kenot go to Ngah's house untuk menikmati LJ tapi ada pulak hambaAllah yang cuba menuang garam pada luka dengan menghantar MMS SB "we are enjoying ourselves here..".

SB = sambal belacan
Semua orang tau bahawasanya LJ akan lebih ummphhhh dengan adanya SB. I balas MMS adik bongsu kesayangan dengan satu rintihan "huwaaaa..." <-- dia memang jaaa-at!

For the record: Roti 2 keping yg I ngap pagi tadi rupa2nya dah berzaman expired tapi AAK? har3.

Prop: blue short-pants, auwww....
 Yesterday a Pajero almost hit our car. Kering darah kita dibuatnya. Tak taulah kat mana dia letak matanya tu. Kalau nak membelok, agak2lah sikit. Kalau membelok nak kekiri sekali pun, takkan tak tau awak patut kekanan dulu, bila pasti the coast is clear barulah boleh anggap jalanraya tu pohpoh awak sorang yang punya.

Nasib baik D alert tak berhayal bersms or on the phone (dapat mengelak in time) tapi kalau dia mengelak terlalu swerve kekiri, kita tidak juga terlepas dari bahaya sebab kereta akan berlanggar kisi2 jalanraya / pavement. Alhamdulillah kerana dijauhi dari musibah.
.

Sunday, 2 September 2012

15 Syawal ... OH etc.

Ngah jemput adik beradik kerumahnya petang nanti but sad to say awal2 lagi I dah bitau I kenot make it. Kenot make it bukan sebab I tak suka hidangan yang bakal disajikan nanti, hehe.. tapi tulah tu, bila TB kerja petang maka I wld be without a driver yang amat berkaliber (w'pun sering sesat tatkala nak belok kiri lepas tol D'sara dan terus terbabas guna MRR2, kah3).

Boleh juga kalau nak suruh 'D.Schumacher or T.Alonso' drive kerumah Ngah tapi kedua2 drebar F1 tu ada OH petang nanti. In fact I pun ada OH petang nanti kat rumah jiran deret belakang rumah. Semalam 2 jiran buat OH, sebelah siang dan malam. I thot bolehlah I hadirkan diri since majlis tak bercanggah, rupa2nya rancangan terbantut juga ..

Malam 31/8 TB fon dari opes bitau anak sedaranya nak datang beraya hari Sabtu (smlm) @2pm. The minute I kata OK, otak terus mencari idea apalah nak dijamu pada tetamu seramai 20 orang tu (ekceli 2 orang aje pun, kih3). Tup2 teringat akan jemputan OH rumah cikDah. Boleh ke I kesana sedangkan I ada tetamu? Dah bercanggah nih..

1/9 Memang anticipate sibuk dari hari2 biasa so pepagi lagi selepas bapak ayam bapak berkokok kukkukkukkuuuk, I mula merebus  ...

NI = nasi impit or himpit
Rebus jer dulu 2 ketuls namun menu masih samar2 lagi tho soto comes to mind but am I that rajin? Nohoho!! NI berduet dgn rendang sure 'thumbs up'. Boleh BELI jer rendang tu but tup2 semangat merendang tak semena2 menguasai diri, I was in a trance kekdahnya tapi makan NI dengan rendang jer? Terbegik kang. Takde lodeh ke?

Since tak rajin melodeh, I pun geledah freezer for an alternative dish and I found the gem in the form of KK. Never mind that KK dated 18 Aug.... shhhh...

Never before I kerja penuh semangat cam amputated cockroach. Masa rendang mereneh atas api, I buat sup bebola ayam + udang (makruh nih sbb sumber laut disatukan dgn sumber darat, namun...) dan goreng ikan untuk lunch TB at 1pm (menyambil juga goreng karipap pusar as bekal TB keofis). Dalam pada tu buatkan juga puding Milo specially requested by jiran 'T junction' untuk jamuan sebelah malam.

By 1pm segala kerja selesai so sempatlah I bersiram dan berendam cam baby hippo dalam bathtub full of 7 types of selected herbs *sedapkan cerita aje namun tidaklah benar* dan seterusnya bersiap tak pakai baju raya tapi pakai baju biasa to cium tangan n bye2 TB yang nak keofis (so mithali, yes?), menunggu ketibaan tetamu (dengan sabar) dan terus mengharap dapat kemajlis OH rumah cikDah.

My tetamu tiba lewat 45 minit tapi ada pulak kejadian 'take visitors for granted' berlaku, hehe.. I tunggu tetamu depan gate pastu 'paksa' dia bawak I kekedai jual murtabak. OK tak? Sekali sekala buli mintak tolong  anak sedara, apa salahnya kan? So dengan adanya murtabak disamping NI, KK dan rendang, (I perasan) bertambah meriah rupa hidangan I semalam tu, kih3. Ada kuih raya dan air oren lagi ...

My tetamu beredar lebih kurang pukul 5. Could it be my rendang yang buat punggung depa melekat kat kerusi? haha.. kari kari kari (read: riak!). I did tell them about my KK yang diselongkar dari freezer (hence my conscience is clear manalah tau kot diorang sakit perut ke, kan?).

Adakah I terus ke OH rumah cikDah sebaik saja my tetamu beredar? Lagu Jefrydin Seruling Bambu seolah2 menggamit mintak I kesana and I believed there were still last kopek guests being entertained but takkan I terkonteng2 kesana sensorang diri afterall majlis tamat kul 5. Seganlah.

Lepas Maghrib I bersiap2 kerumah jiran 'T junction' pulak .. majlis OH cum farewell anaknya nak sambung belajar ke UK. I cuma bawak nih as requested by puan rumah ..

Bahan: agar2, milo, susu cair, gula, vanilla, tepung kastad + konsentrasi
Dah lama sangat tak memuding so my skill somewhat has gone kaput! Dah tau sure kaput, apasal tak guna proper resipi? Ekceli pagi semalam dah bukak internet nak cari resipi puding yang guna roti but the moment I log off, baru TERingat tujuan. Nak log-in semula? Tak yah, timakasih jerlaah..

Alhamdulillah puding Milo turns out swell dan disukai rhamay *kembang kuncup idong kita dibuatnya*.

Nota: Bila jiran bertemu jiran selepas masing2 lama menyepi maka macam2 cerita atau update yang terkeluar. Someone had told me something yang pada I tak relevant that 'I've been keeping to myself sejak dua menjak I akan berpindah kesinun...'.

Tetiba aje terkeluar cerita cam tu tapi bukan ke selama nih kita2 bertemu muka, peluk/gesel pipi 3x bila ada majlis tertentu aje?  Oh well ...

Yang benar
Mak dara tetap pingitan
.