Monday, 15 October 2012

Don't mess up with me, ehem...

Assalamualaikum ...

Khamis dan Jumaat lepas menyaksikan 2 sahabat pergi buat selama2nya. Sorang mengidap kanser prostate dan sorang lagi kanser PD. Sorang tu bujang manakala sorang lagi dah berkeluarga. Just like Bak n Mak. Bak had prostate cancer while mak had breast cancer. Al-Fatihah untuk mereka..

Cuaca mendung bermuram durja seakan2 menambahkan lagi sayu dihati namun hati nih juga bagai dibuai rasa gembira almaklum hari yang dinanti2kan dah pun tiba.

Masa I sebaya umur dengannya, I dah takde emak untuk bermanja, untuk ngengada, untuk bergurau senda dan takde tempat untuk merengek2 nak cepat kawin, ahaks. Semuanya takde, kothong, kothong..

Lagilah rasa rugi bila tak dapat doa dari Mak. Campur tolak darab bahagi, rasanya dah 18 ratus kali I beritau anak2 tentang tu dan agaknya diorang pun dah hafal namun I berikrar, I will keep on telling them about it biar sampai tersemat rapi tersimpol mati dalam hati, jiwa dan sanubari memasing.

And to celebrate the occasion, Ndja bermurah hati belanja makan so off we went to K.Delight, all the 6 of us. We've been to this place about a year ago but somehow ada perubahan sikit. Instead of offering buffet  during lunch, they offer per plate 'nasi campur' style ie eat as much as you can but the catch is, you are not allowed for 2nd helping, no no no..

The per plate 'nasi campur' costs RM15 with free flow of drinks (sirap, teh-o, grape) at RM3. Pada I it is value for money untuk orang yang kuat makan, untuk orang yang boleh makan setimbun sekali duduk (tanpa rasa bersalah) dan untuk yang berjimat cermat, hehe..

Lauk pauk yang dihidangkan boleh buat orang tamak terus jadi haloba to the max! Siapalah agaknya orang yang dimaksudkan tu yek? Semua dia ndak, tengok tu ndak, tengok nih ndak. Cuma dia tak ndak bayar aje, har3.

Dalam keadaan haloba menguasai diri, masih tetap ingat I nih hidup untuk makan atau makan untuk hidup? makanya bersederhana ajelah wahai bik Thom oii...


Contoh 'nasi campur' but this aint bik Thom's
Duduk berkarya nih kenot really concentratelah! Kejap uruskan basuhan, kejap kemas cuit sana cuit sini dan curi masa seminit dua untuk pack baju dan manikam untuk bermalam sehari dua melawat kawasan didesa halaman. Travel light nih memang best, sangat best sebab tak duduk lama bermalam rumah orang.

Dek kerana malu dan segan asyik ganggu rumah sepupu TB, sanggup rasanya I bermalam dibawah pokok derian berneonkan sang rambulan, auwww sounds so owh-som! Yalah, derian baru berputik beranilah tidur bawah pokok tapi agak2 derian dah ranum anytime gugur dek sedutan graviti, berani ke? Sure berani kalau pakai helmet, kih3..

Psst... sedutan graviti katanya? auwww..

I dah lari jauh dari tajuk entry namun biasalah orang pempuan kalau dah mula bercerita, kaan? Sebenarnya sajalah nak tujukan ucapan 'don't mess up with me' khas pada para jiran yang suka letak kereta memasing beyond their territory.

Hangin juga dibuatnya sebab diorang make dono yang kita pun ada kereta juga... makanya I bertekad mendalami ilmu pertahankan diri. Just in case, mana taaaaau, kaan?

ehem!

Ada hati.. jari pun tak muat dalam glove, har3
 Eversince siFOLAN belajar muaithai, I nih dah dianggap as his sparring partner. I dislike anything ganazzz so I memang tak berapa layan namun terpaksa juga bila disuruh tumbuk perut, tumbuk lengan dan tumbuk badannya. Tak sker okay??

Setiap kali lepas kelas, I dipaksa dengar latihan2 yang baru dia belajar. Sumpah ngilu, gerun, ngeri .. tak sanggup nak dengar dan tak sanggup nak tengok dia demo... tapi ada juga baiknya sebab dia secara sukarela melantik diri jadi my instructor tunjukkan cara exercise yang betul untuk memantapkan muscle dan juga nyah lelemak (ekceli bab nyah lelemak baru aje bermula but I kenot tahan the gruelling exercise when parts of my body dilentok dan dilipat2kan, adoiii thakitnya!!!).

OKlah, takat nih aje yang sempat dingomelkan... hingga jumpa lagi dengan cerita2 terbaru 'pondok kaca' bik Thom. Tunggu taw ..
.

12 comments:

Cat-from-Sydney said...

Pondok kaca? Bagus kalau tanam segala macam herba dalam pondok kaca, termasuk catnip! purrr....meow!

blu4sky said...

al-fatihah buat dua sahabat CS..semoga roh mereka dicucuri rahmat..
br last wk my ex schoolmate passed away due to cancer..sian anak2 dia..the eldest is in std 1..moga Allah lindungi anak-anak Arwah :-(

*sedih mode

Queenie said...

al-fatihah buat semua yg telah pergi...i ni pun dok berulang alik jenguk kawan lama yg kena kanser usus...nangis i bila tengok perubahan fizikalnya yg drastik... now perut dah kena tebuk, buang air takleh lalu bawah..

kawan sorang lg yg baru buang payudara tu pun semakin merisaukan.. mana nak layan perubahan suami dia lagi..sedih!

bila u citer pasal segan nak susahkan sepupu tu, tingat i pada salah sorang maksedara i, memula dulu masa banglo dia dlm pembinaan, kat umah i la tempat makan berak dia...tp bila dah siap, nak ngaku i anak sedara pun dia segan..maklum la...

tp i yakin u tak camtu kan CS???

Ibu n Abah said...

Salam kekander...
Tak pernah u tak menghiburkan hati i dgn cerita ceriti u... Mmg best...
Langganan utk tahun depan please lanjutkan ya....

Mulan said...

alfatihah utk mereka yg telah pergi..

waaahh... jgn2 nnti u pon tergerak nak ber-motai... i lak rasa nak ber-sumo atas sbb keberketolan lemak2 yg ngada2 terkeluar lately ini..

park kete merata2..??? clamp je.. hehehe..

DeLancrettLurpak said...

Kalau pinggan saya cik Som, confirm penuh dkt ulam2 dan sambal belacan dan juga ikan, oh sedapnyaa...

takut pulak masa saya baca title entry ni, ingatkan bik thom nak mengamuk, nasib lah tidak, hehe

Bintangjauh said...

Salam CS,

Bisikan Al Fatihah dari Jauh buatnya dua sahabatmu...

Ditanahair boleh sahaja kesana&sini meringan kan diri pabila serasa lesu&longlai aka tiada semangat diri, namun disini Peranchis? dimana? sukar sekali... gimana pun itu gambaran photo makanan secara "no 2nd helping" sudah cukup sebagai penawar selera...

Salam manis semanis madu.

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
Al Fatiha to both ur friends! Lepas raya tahun ni byk sgt. berita kematian n yg sakit. Tapi bila baca ur blog terubat rasa hati ni yg mana empunyanye pun rasa tak berapa sihat.

CS said...

Assalamualaikum .. mahap lewat menjawab komen, almaklum..


CAT
Kita tak tanam apa2 dlm pondok kaca sebab pondok tu kita guna untuk berteduh sambil menunggu 'derian runtuh'. Mehlah join kita..


SUE
Kematian selalu buat kita sedih dan kematian juga menginsafkan kita. Allah knows best.

CS said...

QJ
Kita diduga dengan berbagai2 cara, dgn kesakitan fizikal dan mental; cuma tahapnya tak sama. BTW, mak sedara you tu maksedara tulin ke tiruan? Blood related ke? I tak nak jadi cam dia, I nak jadi muslimah contoh, auwwww..uhuk2.


AKAK
Alhamdulillah kalau you terhibur. Langganan untuk tahun depan dan depan dan depan dah pun diperbaharui pree of caj!


CS said...

MULAN
Jom ..? I boleh jadi your sparring partner bersumo dan you jadi my sparring partner bermotai. Pastu kita register masuk pertandingan. Nak tak?


DLL
I galakkan you kesana dan timbunkan pinggan dgn jayanya, haha.. Psst..bik Thom ngamok dlm ati aje :-)

CS said...

RATNA (w'kumsalam)
Disana atau disini mesti ada benda2nya yang positif dan negatif. Ramai orang disini teringin rasa kehidupan disana. Nak swap tak? hehe..


LEEZA (w'kumsalam)
How are you? dah sihat ke? I think you overworked dan terus terlupa nak makan kot? Take care n have plenty of rest..