Hari nih dah Jumaat. Kedai yang selalu hantar gas akan dibukak selepas solat Jumaat. Jap lagi bila keluar beli barang dapur haruslah juga singgah dimana2 beli 1-2 lauk (just in case). Asyiklah just in case, haha..
Barang dapur yang kering/basah pun dah depleting. Sebelum beras tinggal segenggam lebih baik I mengorak langkah. 2 hari lepas serbuk kunyit hit rock bottom, har3. I thot ada spare rupanya takde (patutlah takde kejadian expired serbuk kunyit dalam simpanan ek?).
Dah takde serbuk kunyit, ayam dilumur guna garam ajelah tapi sekali tu memandai bubuh serbuk kari, hehe. Ayam tasted OK but the minyak selepas menggoreng nampak tak cantik. Dikhuatiri gas tetiba habis masa memasak maka masak yang ringkas aje.
Tengahari masak mee bandung dan malamnya masak singgang ikan kerisi, keropok dan tempe goreng salut tepung beras (tanpa guna air). Gorengkan D nasi gor guna burger dipotong dadu. Ada sorang tu kononnya on diet.
Kita tengah nak jimat gas (as if I know how), D pulak terkesima nakkan tempe goreng juga tapi I kata tempe pucat aje tau sebab takde kunyit (to discourage him kekdahnya). Dah terlanjur dia keluar kekedai beli lampu dapur yang dah liplap-liplap sejak minggu lepas, dia pun offer kudrat beli serbuk kunyit sekali. Atta boy!
Mee bandung yang sangat basic, almaklum... |
Sama mangkok cuma penataan cahaya membezakan rupa, haw3 penataan? |
Tempe goreng 2 hari lepas (digoreng khas untuk nephew TB yg berkunjung) |
Tempe goreng yang sama Same case, rupa dibezakan dengan penataan cahaya, heheh suker! |
Minggu lepas: on tivi siaran ugama bertajuk taat isteri pada suami. Katanya kalau suami suruh isteri masak kari tapi isteri masak kurma, dah tak taat namanya tu. Apa tah lagi bila suami tak izinkan buat sesuatu, bukan aje isteri tak taat, dah jatuh hukum nusyus pulak.
Oleh yang demikian, adakah I dalam kategori tidak mentaati suami? TB selalu aje mintak I masakkan bubur kacang tapi tidaklah I buat a.s.a.p. Selalu delay ... ada aje sebab yang diberi walhal bukannya payah nak buat BK tu. Pejam mata pun boleh buat, ehem.
Dalam pada delay tu, I tetap buatkan juga cuma ia mengambil masa (untuk I beli bahan2nya) dan untuk I ambik mood membubur, hehe.. Alangkah bagusnya bila I masak BK, D&T pun suka sama menghirup slurp2 juga?
Dahlah diorang tak minat, between abah dan uminya tu pun selera berbeza, huwaaa... sorang suka cair dan sorang lagi suka pekat2 cair (boleh bayangkan camana pekat2 cair tu?).
Masa mula2 kawin dulu, I masak BK as how I see Mak/Chik memasaknya dengan menuang sebiji telur yang diwhisk terlebih dulu. TB tak suka cara tu so from then on takdelah I masak BK ikut tradisi famili. Tulah agaknya mood membubur kian pupushh??
WHAT I LOVE ABOUT HAVING MY OWN BLOG? Haha... betullah tu... I love it cos I boleh merapu merapi, yeahh..
.
10 comments:
I pernah masak bubur kacang dengan meletakkan seketul halia. Kononnya untuk buang angin. Maaflah kalau suami nak makan bubur tu! ;-)
KAKCIK
Tapi kita suka pulak kalau bubuh halia dalam bubur kacang. Very authentic rasanya...
selain boh halia, ai pernah makan bubur kacang with garlic, surprise? no sedap nyaman wlp tak sampai gila...yg penting ada pandan kot?
sker baca you merapu, cam ai gak la...cakap sensorang, ada ai kesah org baca ker tak blog ai tuh? haha
CS, ai setuju pasal penataan cahaya tuh haha..sometimes masakan elok berselera rupanya tapi gambar jadi pucat dan boring pasal kesilapan pada penataan muahaha...
kalau nak dengar ceramah ugama, ai memilih orangnya...tak semua ceramah ai sker dengar, depends la saper yg cakap...yg betul tetap betul, mmg takleh disangkal atau nafi tp yang agak... hmm...tapi biarla...ai tak kacau sesaper pun...
err...dah isi tong gas satu lagi tuh?
Aunty CS,
Mama kita kan, dia ada dapur gas kecik tu for standby, sentiasa ada 4 tong kecik tu. Anyway, as for goreng tempe, kalau takde kunyit takpe but can make mix spice of coriander, jintan manis/putih, cili giling and garam, and garlic. Tumbut lumat semua tu, gaul dgn tempe dan goreng. Sedap! purrr....meow!
Salam CS,
bersikap buat tidak peduli bagi Ratna itu bertaraf menderhaka atau tidak ta'at kepada suami dengan apa sahaja kehendaknya yang semestinya dijagai dengan sepenuh hati seperti memenuhi permintaannya itu dan ini namun... akan tetapi.. kok kita para suri sahaja yang direndah kan.. kalu keta'atan suami itu didalam rumahtangga lansong tidak diamalkan seperti semahunya agama jadinya diperkira kan atau tidak karena.., ya ampun, dizjaman sekarang ini kok banyak sang suami berlaku sembarangan dan tidak semenggah.. itu di hisab kan gimana...? apa-apa pun, bersikap adil saksama diantara suami&isteri itu yang dipinta olehNya bagi mengelakan apa juga namanya sebuah persengkataan... gitu aman damai sejahtera sesebuah rumahtangga.. kok Ratna merapu panjang.....!
Yang paling Ratna adore diantara gambaran makanan yang berlainan penataan sinaran cahayanya ialah goreng tempe! voilĂ ...
tong gasnya Ratna ada dua extra, mahu Ratna terbang kan sampai ke sana...
Salam manis semanis madu.
hhmmmm...
i ni lagilah tak pernah masak bubur ke haper ke....
opppsss... aalah sekali tu pengaruh kawan... i buat bubur jagung...
tapi bubur kacang ker.. bubur pulut hitam ker... bubur chacha er... memang tunggu orang bagi... hihihihihi....
yang kesiannya...
anak2 dan suami suka...
( Am i kategori derhaka????)
Ohhh banyaknya part derhaka kalu masuk dapr niii... Tapi MyToklaki tak pernah ler plak komplen. Syukur la sikit part tu.
Bubur Kacang bubuh telor?? Mmmmm... garu dagu dok fikir sambil bayang.
QJ
Bubur kacang bubuh garlic? Hiccup! *kenot imagine*. I jarang guna daun pandan bila masak manisan Melayu sebab selalu aje lupa nak beli tapi dah tobat nak tanam. Re: ceramah ugama, ada kalanya yang dikongsi oleh ustaz tu boleh buat kita 'garu kepala'. Tazkirahnya macam berat sebelah.
CAT
Thanks for the recipe.. tapi takkan you tak tau, tidaklah I rajin menyediakan herba/rempah semua tu. Boleh mintak your mama buatkan I tak? Purrr..
RATNA (waalaikumsalam)
Setuju dengan pendapat you. Mmg ramai lelaki yang tak bertanggong jawab, bertambah sedih bila mereka tidak rasa bersalah. My jiran a single mother, bersusah payah membesarkan sorang anak seorang diri tanpa terima apa2 bantuan dari siayah dan siayah sewenang2 boleh kawin lain (bercerai dan mengabaikan anak2 juga). Psst.. tempe didekati, tempeR dijauhi *bagus tak motto nih?*
P/S: You ada 2 extra tong gas? Maknanya ada 3lah ye? TQ for the offer. Takyah terbangkan tong gas, terbangkan kuih dgn hiasan capsicum warna-warni pun OK jugak.
AKAK
Tak sangkha I lebih maju dari you, clap3. I pernah buat BK, BJagung, BPHitam, BCCha, BLabu dan bubur nasi ayam/daging...*eh, riak ke nih?*. Atas sebab2 kesihatan, you belum boleh diiktiraf dalam kategori derhaka asalkan you tak sebut perkataan 'berdosya' versi Aisyah Sakinah, heheh.
AA
Alhamdulillah kalau dapat suami yg understanding, tul tak? You heran eh BK bubuh telur? Anyway, sila garu dagu sampai melecet, har3. Telur tu diwhisk dulu baru dituang pelan2 seperti buat huruf 'O' (periuk bubur on slow fire).
Post a Comment