Saturday, 22 December 2012

Mana boleh jadi, kaaan? ...

Ha'ahlah, mana boleh jadi takde satu entry pun dalam bulan doblas and yet mengaku tanpa rasa malu yang kita nih blogger tegar?

Assalamualaikum diucapkan pada semua yang mengenali cikThom samada kenal dengan erti kata sebenar (ya itu tau dimana specifically letaknya my tahi lalat manis, hehe..) atau kenal secara tak sengaja menerusi  penulisan yang memukow-memukow, heheh.. (ungkapan gurauan aje tu sementara dunia masih lum kiamat).

Anyway musykil sikitlah, sejak bila KB jadi sebagian dari Perak??


Hmmm...kalau KB dah jadi sebagian dari Perak, hambo ingin memohon Ja-Saint County dijadikan sebagian dari Sgor, boleh ke? *sambil gegarkan netbook mengharapkan jawapan segera*.

Al-kisah (diary of events)...
26/11-1/12 --- ulang alik kerumah Ngah yg jaaauuuh diKL kerana menyiapkan bunga telur dan bunga paha untuk majils kawin musuk2nya yang bongsu.



Selama beberapa hari kita semua berangan jadi pekerja kilang. Seronok rasanya bila adik beradik, ipar duai dan anak2 sedara berkumpul riang ria saling berganding bahu dengan misi yang satu, cewah. Peluang merapatkan lagi silaturrahim namun silaturrahim yang dah lama retak 1000 antara orang2 tertentu masih belum digam gajah lagi, sigh...

Once upon a time when I was still a SYT, I berangan nak kerja kilang setokin tapi dah namanya berangan maka takdelah ia jadi kenyataan. Bukannya I berani pun tapi kenapa mesti kilang setokin bukan kilang biskut? haha.. adalaaa..

2/12 --- majlis akad berlangsung dirumah perempuan. Alhamdulillah bertambah sorang lagi ahli keluarga. Berharap sangat2 agar menantu kedua my sister menjadi menantu yang baik (and I mean serba serbi baik) seperti yang menulis cerita nih, ahaks. My sister deserves the best.

I don't wear my wedding ring, what does that imply?
 *termaktub 'hari ini dalam sejarah' dimana cikThom (beyond her wildest dream) berF1 melepasi Bkt Lanjan terus kepinggiran KL.. I must say it was quite a challenge behind the wheels (TB terpaksa keofis hari tu, menciiii..)..

3/12 --- suka somewhat bertukar duka bila mendapat berita of the sudden demise of my SIL's mum. Al-Fatihah. Ralat tak dapat ziarah sebab kita berada 'diluar kawasan' masa tu (kat mana lagi kalau bukan kat RD).

8/12 --- majlis resepsi simusyuk2 bongsu bertempat diKPG*. Seronok dapat jumpa old family friends n some of the sedara mara yang dah bertahun2 tak jumpa. Ada a few pics worth sharing tapi I beri laluan pada sikambing golek dulu, boleh??

2 ekor licin!
10-12/12 --- ke RD lagi dan masih tak habis2 'menambah harta dunia' agar rumah disana menjadi our home sweet home juga. Beli sofa untuk tetamu, beli katil/tilam untuk T (nak pilih dengan mata sendiri mcm tak percaya taste umi dia. D pun cenggitu tapi akhirnya beli kat tempat I beli my own katil/tilam juga), dan terpaksa beli meja + kerusi makan kerana ...?

bukan granite bukan marble but all the same alhamdulillah
(I wanted an 8-seater and I got it)
... kerana sifolan sorang tu dah tak selesa duduk lelama kat lantai semasa makan. Lelemak yang terkompol sekian lama dah menjadi batu penghalang kekdahnya. Tak selesa duduk bersila apatah lagi duduk bertimpuh terkepot2 gaya perempuan Melayu terakhir. Semua nih adalah proses penua'an, adoi!

12-14/12 --- dari RD singgah rumah Ndja kejap. Teh n my niece dah sedia menunggu sbb diorang reramai termasuk D&T rancang berjimba kePD (without me joining them, cis! namun I pasrah sebab TB lebih memerlukan I disampingnya, auwww..).

Diorang sekali lagi ketempat nih *menci taw*
Mekasih pada tiga 'die-hard fans' of Al-kisah yang bertanya kabar dan mengaku rindu dendam kat editornya, ahaks.. Syoknya sekali sekala perasan dirindui nih, hikhik kita sker..

Sebaik saja my last entry got published, I terus simpan my netbook kat secret hiding place as I anticipate I will be busy with all the events going on. Bila dah simpan menda alah tu lelama, rasa berat kaki tangan dan malas ya rabbi nak keluarkan dari secret hiding place tu (and for the fact that T is on semester break, I haruslah mandi pagi dalam keadaan bersedia setiap masa. My me-time dah jadi my our-time so fehem2 ajelah).

15/12 --- temankan T buat pasport kat cawangan imigresen K.Jaya yg baru dibuka. Dah terlanjur kesitu, wpun takde niat terbang siung2 makan angin, I got that sudden impulse to renew my pasport which had been expired long time ago. TCTLSShort, alhamdulillah I had my new int'l passport in less than 2 hours, good uh? Hmm.. now that my paspot dah hidup, mana nak pegi ehh? Perth maybe?

18-22/12 --- my honey moon days will soon be over, hehe.. Right now D&T with Teh, Ndja n family are having a good time in Bandung. Why didnt I go there as well? Hmmm.. the answer is simple cos dalam hati takde taman so jiwa belum berbunga2 untuk berlibur kesana.

22/12 --- will be attending a wedding at SAlam. Insyaallah will car pool with a friend (meet half-way @ Sub.Parade). Takleh lelama kat sana as after that I've another mission to accomplish.

Kelly Clarkson, Grace Kelly or Kelly Lee Min?
(used choc bar as prop to cover the obvious for anonymity purpose)
BTW, ada sesiapa pernah rasa coklat dari jenama Royce? Kalau bukan kerana Ndja yang memberi, sumpah I tak tau akan kewujudannya namun selepas dah ngap berkilo2 (exaggerationnya komain lagi) barulah I perasan kiosk coklat nih ada kat Empire n Publika KL.

Aduhhai penatnya menaip. Entry nih aje took almost 1 day. Apa taknya, taip taip taip pause buat b'fast/ makan. Taip taip taip pause sidai baju. Taip taip taip pause tengok tibi. Taip taip taip pause bersiram. Taip taip taip pause keluar beli murtabak. Taip taip taip pause keluar cuci kereta dan potong rambut. Taip taip taip pause tengok tibi lagi. Taip taip taip pause masak for dinner/makan. Taip taip taip pause tengok tibi + zzzzzzz and finally entry siap way past midnite ... yawn! (but can only be published on Saturday).

Berapa kali I dah taip pause n taip?  Selambak ek? ekekeke..

Note: DLL .. tak riak kaan? hahaha...
.

21 comments:

DeLancrettLurpak said...

tak riak pun tawwww...

aaaaa, sedapnye rupa kambing golekkkk tu ciksommmm!

Ibu n Abah said...

Bestnya...
pagi sabtu i dimulakan dengan entry panjang dari u..
as usual... u memang dapat menghiburkan dengan kisah2 dekat sebulan jugaklah...
Memang sangat winduuuuuu

cahya indah said...

Cahya is more interested in the place in PD tu Auntie Som..so nice. Tapi kalau dpt kambing golek pun sedap jugak :p

Unknown said...

Welcome back my dear...
Memang lah Kota Bahru is in Perak n so is Gold Coast in Sepang Selangor n also in Australia!
Nampak gayenye kite serupe...asyik mengisahkan kenduri org.ya. Bile pulak kenduri kite ehh?

kak ja said...

amvooooiiihhh!! mcm bdk2 lepas kuar main pusing satu kpg!! selagi tak suruh tak balik, dah senja pun tak reti2 nak balik..

rasa bestest sgt bila jenguk2 je sini dah nampak tuan umah siap dh buat kopi nk sambut tamu..

Anonymous said...

Seperti biasa I enjoy this read tapi saya lebih enjoy kamben tu!

Unknown said...

CS..
Mana pergi? Betoi kata cik Ja, tak balik balik.
Hello, kita rindu laa!

CS said...

DLL
Sesungguhnya tak riak kan? Alhamdulillah. Itu kambing mmg awesome sangat empuk + garing2. Makan pulak dgn salad bagai ala omputih (sesaat terasa duk Bristol plak, hehe).


AKAK
Entry ditulis khas untuk you dan untuk mereka yg rela pedih mata untuk membaca entry yg long n winding. Mekasih for your support.

CS said...

CAHYA
Tempat yang you minat tu namanya Grand Lexis kat PD. Cuba google okay? Kambing golek disediakan khas untuk orang yg tak suka mandi tapi you SUKA mandi kan? :-)


HALIZA aka LEEZA
Bila pulak kenduri kita? Takperlah kita bantai nasi beriani orang cukup2 dulu haha.. masa kita akan sampai juga insyaallah.

CS said...

JA
MakTok kata since I dah dpt kunci kebebasan (just turn 21 kekdahnya, har3) maka I dibenarkan merayap tak balik2 rumah pun takpe. Berkawan n sama bergayut dgn para monyet dirimba Ja-Saint is a lot of fun. Tulah tak hingat nak balik.


NOIR
You sure tak tersilap taip statement kat atas tu (when you actually meant -> "Seperti biasa I enjoy al-kamben tapi saya lebih enjoy baca al-kisah" .. heheh..


ARTLOVER
Mana I pergi? Kita busy kena attend banyak meeting; kejap meeting perkep, kejap meeting mawar, kejap meeting pibg, kejap meeting puspanita, heheheee... *cakap2 gurau aje nih*.

.
.
.
TERIMA KASIH pada yang sudi mengomen ...

azieazah said...

I pun dah 2 minggu kene kemalasan. since mymother-inlaw passed away.

Sama ler kita. Ada passport tapi tak bercuti ke mana pun cuti sekolah ni. Dok keja saja.

blu4sky said...

Salam CS.
Selalu bila bertandang pintu postbox dah kunci. Ni tgh gigih nak letak jejak gak walaupun bateri tinggal 1% nak mati..jgn tutup postbox dulu nanti kita dtg blj

Queenie said...

ello my sedara duyan...

lately ni kita mcm malas nak tulis2 ek? eh itu I la...

wlp kaki i yg sakit sbb banyak sgt berdiri tp jari pun ikut malas nak ketuk kibod...

memula i ingatkan kamven tu unta you...nampak besor eks? ekekek

Kongkang Malaya said...

Tuh dia.. kencang CS ke sana sini, buat itu ini, design itu ini, shopping itu ini ye.

Ok, pikiran saya masih terbayang kat kambin. Nak layan kambin sat.

Mulan said...

khamvengs gholek..!!!! i takde pi wedding pon cuti ni sbb jemputan kat mukim lain.. mukim i kan keje hari ahad.. telan ayaq liyoq je la...

alaaa... kalo 2-3 line pon, update je la... tak yah save2 kat draft tu.. seronok taaauuuuu baca..

blu4sky said...

assalamualaikum my dear dear CS,
how have you been...miss your celoteh...
kambing golek tu ada rupa macam unta golek.. belek-belek gambo tu tengokk 3-4 kali.. hehehehe

dah nak penghujung tahun dah..nanti buat entry penutup dan pembuka yer...demand lerr pulak :p

CS said...

AZIE
AlFatihah untuk your MIL. I dah lama takde MIL, sob3. BTW, takpe kita sediakan paspot dulu sepatah kata pepatah sediakan ambrela sebelum hujan, auwww...


SUE
Kita konci ketat2 kotak komen kerana sebab2 tertentu. Bukan tak sudi ke aper taw :-)


QJ
Kekadang kemalasan melanda big time; pandang laptop pun cam no feeling gitu, harharhar... Psst..kambing tu cross breed dgn unta sebenarnya *I memandai*

CS said...

AIDA
Sekali sekala bershopping spree kekdahnya, harharhar... Bukan apa, saja tolong menaikkan ekonomi negara yg terchenta...


MULAN
Bukan tak nak update 2-3 line tapi dah nama blog pun AlKisah maka perlulah update sampai jejak lantai, heheh..


SUE (sekali lagi, hehe)
W'kumsalam.. I am in a hurry nih sbb after zohor nak berangkat keJasaint County. Nih curi2 masa. Oh ya, kambing tu kata ayah dia mmg dari gene unta, keh3..


TERIMA KASIH kawan2 semua kerana sudi mengomen.. Hingga jumpa lagi, assalamualaikum..


Amelia said...

Hi CS, Salam dari Amelia.
Happy New Year to you and all at home. Wish you all the best in 2013.

Kakcik Seroja said...

Salam CS...

Di Perak memang ada tempat yang namanya Kota Bharu. Pasir Putih juga ada di Perak. :)

blu4sky said...

Happy New Year CS!!!