Monday 7 January 2013

7 hari berlalu ...

Assalamualaikum ...

Panas yang mengetip2 semalam bagus kalau jemur keropok sebab keropok akan kembang mambang penuh keceriaan bila digoreng. Oleh kerana stok keropok Ganu dah habishh maka bagus kalau dapat jemur tilam dan bantal biar mati segala tok nenek maikrob seni yang menjadikan tilam dan bantal syurga dunia tapi adakah I sangat rajin nak buat benda2 tu semalam? Hhmmm..... (hhmmm memanjang).

7 hari dibulan Januari cepat aje berlalu so cerita yang afdhal dimasukkan kedalam arkib haruslah cerita berkaitan makanan (untuk renungan setahun akan datang kononnya) bersama gambar2 menarik (??!!) yang mengiurkan, hehehee... tapikan tapi blogspot tak izinkan I upload gambar macam biasa sebab cara mengupload somewhat dah berubah, grrr...

Tak tau camana nak buat .. samada I memang tak paham instruction bahasa omputih atau I memang slow coach! dahlah beg coach pun takde tapi takde pulak mesej mengatakan my blog dah sempit tak boleh tampal gambar lagi sebagaimana yang dialami oleh ramai blogger sikit masa dulu.

Pagi nih tergerak hati nak tau apa ke mende yang dinamakan Google+ dan baca juga feedback dari pengguna setia blogspot dimana rata2 agak menyampah, meluat dan menci tahap nak tumbuk dinding sampai berlubang akan Google+ itew. Ada statement yang buat I senyum kambing (almaklum notchet mandi pagi, kaan?) "jika engkau tk mampu menjadi jln raya jdilh jln stapak" .. whateva that means :-)

I will update Al-kisah minus gambar2 bermutu (nak ngaku juga gambar dari Cokia N97 bermutu, hehe suker), maka jadilah Al-kisah seperti RD (bukan 'rumah desa') zaman Alley Oop tanpa gambar menarik didalamnya (tu sebab I tak sker baca RD masa kecik2 dulu wpun Bak n other siblings boleh membacanya. Heran!).

Cuti semester adalah hari terbaik melayan napsu makan so bila T ajak makan kat TR, I kata big boss belum beri gaji lagi tapi setuju temankan the moment dia kata "kita go dutch eh Mi?". Kadang-kala I tunjukkan juga skill THM, kedekut atau hajjah bakhil kat D&T. Yalah kan, duit tak tumbuh atas pokok lebih2 lagi bila pokok tu daaah .............. dah apa ehhh?? dah reputs..haha..

1/1/13: T dah tak menahan dengan bayangan beef ribs (pernah keTR sorang diri melepaskan tension selepas final exam. 2 jam mengadap ribs aje). Bila dah makan sedap, dia nak I menikmatinya juga. JJCM kat tempat2 cenggitu tidaklah dipelawa abahnya sekali sebab tau abahnya will say "abah tak selesa makan kat tempat cam tu". Alahai abahnya pun, sekali sekala nak juga pamperkan diri kita nehhh...

roti leper or flat bread

beef ribs
Oder roti leper as entree (cewah cakap Perancis kita) dan sepinggan beef ribs ditemani kentang lenyek + coleslaw. Since mengaku belum dapat gaji lagi maka afdhallah kita kongsi makan bersama untuk mengeratkan lagi silaturrahim anak beranak, wahahah...

Berkat berkongsi rezeki, kenyangnya terasa hingga kedada or so I thought but it was never the case for T. Sempat dia buat plan B ie kalau dah kenyang sangat takyah makan dessert kat TR tapi sebaliknya makan dessert kat D'licious aje sbb kalau beli after 9pm dpt diskaun. Tergamam I seketika tapi motifnya adalah agar terbakar lelemak bila berjalan seminit dua dari TR ke D tu.

Selesai makan kek kat situ, ingat dah boleh call it a day namun tidak ya adik2, kakak2 dan puan2 sekelian.. Boleh lagi licin sekotak tako makan kat tempat tu juga. OMG, my doter!! (pastu bising kata dah gemuk bila jarum penimbang tak herot kekiri).

2/1/13 sempena besday sibujang trang tang2 I belanja makan aje. Ekceli dia sebut TR tapi takkan I nak kesana berturut2 2 hari, tak gitu? So I cadangkan kita keVS aje sementelah sepelaung aje dari rumah lagi pun masa tu my perut bermasaalah sikit, asyiklah nak menjawab nature's call in a big way.

Kononnya nak stemet I cuma oder sup ekoq lembu + 2pcs garlic bread aje but D had a field day ordering whateva to his heart's content! I signal dengan biji mata mintak dia ambik yang harganya OK2 aje tapi dalam hati terasa kesianlah pulak as he's been a good son lately, ehem.. Duit boleh dicari lagi pun faedah dari ASB katanya tahun nih alhamdulillah boleh tahan, so bolehlah recover sikit2, hehe..

My sup ekoq dah dihantar dulu, sempat juga D pow I punya. Pastu tiba Bombe Alaska ala rumah Eskimo versi halal. Yalah tu, nak makan yang manis dulu walhal bombe alaska tu cepat aje cairnya (half portion ngap kat situ, another half ditapau dan masih ada dlm esbok till now). Kasi chan maklum hari spesel dia..


Oh no... bundar mata I bila pesanan besday boy tiba atas meja. Wah3... sepinggan grilled salmon dan sepinggan lamb cutlets? Dia pun heran camana datang 2 pinggan sedangkan dia pesan 'combo'. Takperlah rezeki dah ada depan mata, so let us gobble makan polok2 rejoice together. Berbaloi oder cutlets dari oder lamb chops. Percayalah..



Note: a mother has the right to be kedekut, THM or hajjah bakhil as and when she wishes to be one for at the end of the day believe it or not, tup2 tiba2 aleh2 suddenly gitu, dia jadi philanthropist, hehe...

5/1/13 at last tahun baru dengan semangat baru cikSom menapak ditengah2 bandaraya KL, lebih tepat lagi keKLCC. I taklah macam rusa masuk kampong sebab dah kesitu beberapa kali phonn. Pernah naik ketingkat 54 berjumpa kawan2 yang bekerja kat situ and that was the time I bersyukur sangat2 sebab dilorongkan hati nih untuk pencen awal. Kot I dihantar bekerja kat situ...errrrkk!! me no like..

KeKLCC atas 'desakan' Ndja, D&T. Nak juga dihangkutnya kita keAquaria tu. Pada awalnya bila Ndja tanya nak pergi sana tak? I jawab "tak nak, takot gelas pecah". Sajalah kan? Lagi pun I dah pernah pergi Sentosa Island punya masa D&T were still 'toad'lers... T was 3 y.o n masih takut2 dgn benda pelik langsong dia buat hal tak nak masuk tengok segala ikan berenang atas kepala. I grrr aje sebab dah bayar, mahal plak tu..

Nasib baik masa tu I bawak Chik bersama so while Chik temankan T duduk diluar, I bawak D melihat dan menikmati keindahan makhluk2 atlantis minus Patrick Duffy, hehe..

KLCC pada hari Sabtu adalah sangat sesak, I donch laike. Anyway, sebelum penat berjalan keAquaria tu, tenaga perlu dimantapkan diB.Desa yang menyajikan lauk2 Sunda. Lauk penuh meja almaklum untuk 5 orang punya selera. Dah kenyang burp2 alhamdulillah barulah kita mengorak langkah menjamu mata tengok ikan pari yang senyumannya tersangatlah sweet, ikan yu perasan ayu dan jaws yang menunjukkan barisan gigi giler tajam macamlah kitorang takot, ekekeke...

FM given by Ndja
 HP Cokia sedang dicaj baterinya so masa kelam kabut nak bersiap, terus terlupa bawak. Macam2 khazanah laut (minus Titanic) yang dapat kita tengok. Kalau kesitu kita masih alpa dengan keagungan yang maha Esa maka I rest my case (so says ustazah Som).

Dah kat KL tu, sajalah kalau Ndja tak nak pegi Ampang Park, kan? So kesanalah kita. Dan dah keAmpang Park, sajalah kalau kita tak keCosy Konar, kan Akak kaaan??? hehe..

OKlah takat nih dulu Al-kisah berkisah. Mentari dah atas kepala basuhan masih lum dijemur lagi, hehe. Jap lagi nak keluar hantar barang kerumah Teh tapi mesti singgah kekedai murtabak V dulu nak belikan sekeping dua as buah tangan (murtabak dan Teh or rather Teh dan murtabak tak dapat dipisahkan. Begitulah intimnya mereka berdua tu, hehe..).
.

8 comments:

blu4sky said...

salam CS,

kalau lerr blogspot tak buat hal mesti entry ni penuh dengan gambo makanan...bila takdo gambo maka haruslah menggunakan daya imaginasi..end up i plak yang lapo skrg ni...isshhh isshh isshhh...

CS said...

SUE W'kumsalam
I harap siapa yang singgah baca my celoteh berimaginasi HD, hehehe..

azieazah said...

Weyyhhh SOM oi. Panjangnya celoteh kali ini. Somput napeh I nak baca sepatah-sepatah.

So I stop sampai 5hb dulu. Nak pi sambung hidang nasi. Anak dah balik skulah.

hehehe
nanti I sambung yeaaa...!

azieazah said...

*Guna HTML utk upload gambar.

Ibu n Abah said...

Best..
Kita org lama KL.. Dpt ke cozy koner tu... Mmg heben....

blu4sky said...

CS,
kalau nak upload gambo kena guna HTML..tadi dah try test..boleh upload :D

azieazah said...

Bila dah baca habis, terasa blank plak nak komen tang mana. Semuanya baik-baik belaka, plot teratur tidak lompat lompat. hahahaha

CS said...

AZIE
7 hari punya hal haruslah berjela2ngomelannya, tu pun dikira pendek, hehe. I baru tau you dah 'jual anggur'. Welcome to the club. Bestkan duduk rumah goyang kaki? ahaks. Thanks bitau pasal upload gambar guna HTML. Dah upload pun.


AKAK
Orang KL boleh pergi bila2 masa aje kan? Orang PJ pergi setahun sekali pun dah dikira alhamdulillah. Tempat tu makin lama makin mahal, apasal cenggitu?


SUE
Thanks for the tip. Dah berjaya menampal guna HTML tapi I prefer the previous one tanpa guna HTML.


AZIE (lagi?? hehe)
Mekasih beri komen yang meleTOP, heheh. Terasa macam you beri liputan drama DURI aje. Habis dah drama tu ek? Lega happy ending.

MEKASIH SEMUA...