Friday, 25 January 2013

NGUK, RJ, MG dan LP... hehe..

Salam Mailudur Rasul pada kengkawan yang diingati ...
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat sejahtera adanya ...

Sejak dua menjak aura memasak senipis kulit bawang tapi masak tetaplah juga kerana t'jawab, kerana nakkan pahala *wink* dan kerana I memang pandai suka memasak. Memasak tu pun bukan kerana dikerah oleh sesiapa sebab dengan kerahan I kenot perform well dan masakan sure rasa ntah apa2 sebab tak sempat tabur rasa kecintaan, har3.

Contoh malas tapi rajin, masak nasi beriani dan lauk beriani, janji SATU LAUK AJE, yeeehaaa... I sker...

sajalah show off udang besor, kaan?

Bila freezer takde bahan mengancam untuk dijadikan lauk meletop, nasi goreng adalah penyelamat tak kira makan tengahari atau malam hari. Bebila terasa malas ya rabbi nak masak nasi dan 3 jenis lauk (standard), I'll resort to masak apa yang I suka nak masak as opposed to apa ahli lain nak makan. Kuasa veto ditanganku, kaan? hehe..

The other day dalam kemalasan dan kebuntuan mencongak apa nak dimasak, bayangan RJ terlintas dibenak. Since dah lama tak kesungai Rengit menjala, why not menjala? Asalkan I tak paksa diri masak nasi dan lauk standard masa kebuntuan tu.

Tatkala buntu, selain bertafakur depan pintu esbok cari ilham nak masak apa, I selalu negotiate dengan diri sendiri, janji dua2 menang yipyip hooray..

Malas masak nasi dan lauk2 standard tapi rajin plak nak menjala? Tulah tuuu, bukan salah ibu mengandong tapi salahkan hormon yang tak seimbang, bolehkah?

Tak rupa French lace janji tak rupa lempeng
(cover line kekurangan diri, hehe)

3 hari lepas I masak *NGUK + goreng drummet aje walhal bahan2 dalam freezer dah tak boleh masuk satu jari lagi, macam nak merekah dah dinding freezer tu. Masak simple aje tu sebab dah penat mengemas dan bersihkan bahan2 basah.

I don't have the luxury to have a maid to assist me at home but then why is it always us (women) who have to do the cleaning up and do other house chores as well?  Whoa, angry bird ke CikSom? Ehh taklah cuma saja nak eksyen cakap omputih, hehe..

*NGUK  (nasi goreng udang kering)
dipagari drummet yang gagah perkasa

Tengahari semalam macam lazat sangat rasa my lunch berlaukkan masak lemak nenas + sepat masin, kacang panjang goreng, ikan tenggiri gor cicah kicap bawang/lada dan udang kering goreng (appetizer). Lauk2 tu tak bertahan untuk dijadikan lauk makan malam maka mee goreng taucu jadi penyelamat ...

MG ala ES (Embok Siti) jual kat kantin sekolah dulu kala
tapi mana boleh 100% sama macam ES punya yang awesome tu

Last but not least, dessert kedua tahun 2013 yang dibuat petang semalam. Let's call it banana crepe aka LP, shall we? heheh ..

Banana crepe aka Lempeng Pisang (LP)
Work smart not work hard iaitu berkompromi dengan nilai estetikanya, haha whateva that means. Tak rajin nak melempeng satu persatu so I lambakkan semua adunan dalam kuali leper selebar 10inci. Dah gedabak cenggitu, camana nak balik2kan, kang berketai lempeng tu rupa kain buruk maka hilang kredibiliti I melempeng.

Well.. time like this perlulah jadi bijaklaksana sini kalau tak sia2 aje jadi chef yang punyai berdekad2 pengalaman, tak gitu u'olls?

Sebaik aje yakin side A (of the lempeng) dah masak, guna sudip untuk 'kerat' empat lempeng tu pastu balikkan bagian 1/4 lempeng satu persatu. Makan ketika hangat adalah sangat marrrrveles sebab ada chewy2 bagian yang hangus tu (nak cakaplah nih yang hangus2 tu memang sengaja dibuat, kih3).

Ooooops dah pukul 11 rupanya. Bila TB kerja petang pada hari Jumaat ia bermakna his selebriti chef (siapa eh?) harus masuk kedapur sejam lebih awal untuk menyediakan juadah. Sebelum solat Jumaat dia makan terlebih dulu pastu baru keofis (tapi dari masjid dia u-turn singgah rumah ambik bekalnya dan minum secangkir 'male coffee' untuk memantapkan tugasannya diofis, haha...).

Sekian .. ink kibod dah ke...ri...n....g!
.

9 comments:

Ibu n Abah said...

Mee tu nampak menyelewakan...
Burrrppppp

azieazah said...

Selalunya, orang yang mengaku tak rajin masak tu, adalah sangat rajin sejak azali.

Macam orang dok kata, orang pandai tak mengaku pandai, orang gila tak mengaku gila. Hahahaha

Menjala? Seumur hidup I tak pernah menjala youuu...! U kena percaya.! Tapi kalu buat Kuah Kari utk celup jala, I rasa I terer! Wakakak!

Queenie said...

elee....merendahkannya dirinya dianya....
Johorian mana takleh malas masak???
malas2 pon sempat menjala dan melempeng.......!
wakakakak

Bintangjauh said...

Salam CS,

setiap kali ada tertera itu RJ, seringkali juga ingatkan namanya Ratna (terperasan !)... oh làlàlà ! rupanya siroti jala yang dimasak diatas Tefal Peranchis meski pun katanya CS tidak berupa French Lace... adore gambaran nasi goreng yang dipagari oleh itu drummets..

Hingga sekarang Ratna masih tersenyum oleh coretan CS yang bijaklaksana berjaya mencuit hati petanda author-nya berbakat tinggi sesungguhnya...

Sallam manis semanis madu.

Queenie said...

ollooo pembetulan...
Johorian mana boleh malas masak ekeke-Q

Unknown said...

CS..
Wow! look at your food presentations..mengancam tu.
Ini mesti new resolution..kann?

Unknown said...

CS...
Your mee goreng memang nampak tempting sgt. Terasa lapar pulak.
Nak pekene mee gorneg mamaklah!

Unknown said...

Ooppss..terlapar sgt.sampai terkolap lidah spelling goreng!

CS said...

AKAK
Alhamdulillah.....burp jugak nih.


AA
I setuju dgn baris pertama dan kedua tu tapi ia tetaplah N/A pada I. Takat menjala kasar2 bolehlah I buat tapi yg berseni bagai, ambo tak reti. Makan sendiri aje pun so belasah ajelah AA oii.


RJ nama sebenar (wkumsalam)
I panggil you RJ ajelah, boleh?Kuali jenama Perancis mmg best untuk menyenangkan kerja didapur. Thumbs up! Mekasih dgn kata2 penyejuk hati. Tak teringin nak dapatkan otograf siauthor tu ke? hehe...


QJ
Merendahkan diri yang rendah supaya orang tak suruh kita masak, har3... phandai tak? Takat menjala ikan kecik2 dan melempeng tu sambil terlelap boleh buat, ekekeke...riak pulak dah? ish3.


ARTLOVER
My presentation? Lawaklah you.. I tangkap gambar makanan dalam kuali, dalam periuk, gaya sempoi aje tu. Tapi kalau dah you kata mengancam, I sambut kata2 mengancam tu dgn dada terbuka, auww..mekasih.


LEEZA
As usual, goreng mee versi throw in throw in aje tu. Bestkan masak cenggitu??