Wednesday 9 January 2013

PR, RD n BO ...

PR @ BP ..
Dessert pertama awal tahun ialah puding roti dimakan bersama sos kastad. PR tanpa kismis atau bahan lain yang menyibuk semasa mengunyahnya. Terpaksa akur dengan permintaan sisweet tooth dan buatnya kali nih betul2 mengikut telunjuk resipi, vavava...

Lately I telah diberi mandat menyukat bahan2 yang bakal digunakan sebelum dimasak. Makanan seperti mee bandung, mee hailam, lauk lemak kobis, nenas, labu dan apa juga makanan kesukaannya. Selamanya I memasak ikut imaginasi liar dan naluri dalaman tapi tetiba disuruhnya menyukat2 pulak. Tension okay, boleh tumbuh jerawat batu!

Dah kata google ajelah apa2 resipi yang selambak kat internet tu tapi nehi katanya, nak juga resipi dari Umi wpun kerap mengomen masakan Uminya. Buang masa aje kerja sukat menyukat tu. Let's be spontaneous, barulah happening, hehe.. Apa juga resipi yang kita ikut, kesedapan makanan (apparently) terletak pada airtangan situkang masak.

Anyway, betul ke takde unsur derhaka pada resipi tu? heheh.. mau takde? Resipi guna 3 biji telur dan 5 keping roti tapi I kurangkan sebiji telur dan tambah lagi 3 keping roti. Gula dan susu turut diubah sukatannya mengikut 'rupa' puding roti yang belum dimasak. Kita buat dia kan?

My favorite 'retak 1000' baking dish. Awak ada?
Baked the bread pudding in my newly acquired convec./mw oven. Sharpie, oven yang lama tu dah koluinnalillah can't revive no more. Puas kita cari oven serupa Sharpie tapi hampa sehinggalah T mengesan dari internet oven tu ada jual kat Kots, SA. Dia berusaha kesana, buat pesanan serta bayar deposit sekali (stok tiba <> seminggu).

Yang kelakarnya (in wonderment to be exact), oven yang sama ada dijual diJaSaint. Oven yang T hajatkan sedang melambai2 kearah I dalam kedai yang sama semasa memborong barangan letrik untuk RD. I tak pikir panjang lagi terus sambar oven tu dan suruh T kensel pesanan yang dah dia buat kat Kots. Yang bestnya harga oven tu is cheaper by RM150. Alhamdulillah.

RD ...
TB kata minggu depan baru balik RD tapi tup2 semalam ajak balik untuk memantau projek menanam padi rumput keliling rumah. So orang pertama dan kedua yang perlu dimaklumkan akan pemergian kita ke RD mestilah H dan G (jaga kucing n hantar sokabar resp.).

2 minggu lepas kita upah jiran bubuh racun pada tumbuhan gelandangan, ahaks serta 'sabit' rumput dan lalang ..

The greener pasteur belongs to TB's cousin
I tak pernah sekali menyusur kat kawasan lapang tu 

I berangan Sherwood Forest, boleh?
Kisah 2 minggu lepas. TB bersemangat bersihkan tumbuhan gelandangan keliling rumah tapi lama2 macam takde aktiviti diluar tu, senyap aje. I tinjau bagian depan, kiri dan kanan rumah (takot gak kot TB kena kidnap dengan monyet) tapi rupanya dia kat belakang nun sana berbual2 mesra dengan anak sedara sepupu yang sedang membakar pokok kering dan melapangkan tanahnya untuk ternakan lembu.

Oh no!!!! Kalau dah bela lembu, takkan kumuhannya berbau harum selembut wangian Shalimar, kaaan??

BO ...
Apakah cara terbaik penuh hemah untuk beritau seseorang bahawa BO atau bau badannya berupaya menderitakan deria orang terdekat? Bila cakap beralas masih takde kesan positif, camana ehh?? Cakap straight to the point ajelah ek?
.

17 comments:

blu4sky said...

Salam CS,
i kalau tang masak2 especially recipe yg invent sendiri mmg main campak2 je..x sukat2 but when it comes to baking mmg i akan ikut recipe religiously sbb i'm hopeless with baking especially meroti sll x jadi.

rohaizahabas said...

Salam tahun baru....
Aiyah!too many short cut words la....fening maa!

Ibu n Abah said...

Setelit to da poin jer
Kita nak kena tahan idung/nafas/nyawa buat hape?
Thank u kanda... Rindu dendam i dah lerai dgn entwy ni
Lap u bely2 much

Queenie said...

i pun letih la kalu nk rigid sgt dgt dlm masakan...kan org biasa ckp masak dari hati dn penuh chenta keh3

tp kalu bab kek dan biskut tu lain la...ada yg kek jd bingka kang haha

td i nak tulis dh lama tk gunapakai word "stemet" tp you tutup pint plak, alahai sedaara durianku hini...

bab bau bdn tu, kalau I tewus tewang jer...tp kalu tak kenal dia i akan gosok2 idung lebih kerap sambil bersin2...patut tak?

ahkakbatik said...

itu keliling rumah cs ka? banyak busat itu keliling rumah loo...
kita berbesan yok? ..
bakal besan suka makan doyan... ekeke..

Unknown said...

Assalam CS
When my maid mula2 kerja...she smells awful! So i buat2 cerita about the benefit of limau nipis like washing ourself with it n even gave them to her. Alhamdullilah eversince she use it dah tak bau busuk lagi.

3E said...

Dear Auntie CS,
Selamat Tahun Baru 2013 ya buat auntie dan family.....
MOga dengan kehadiaran tahun baru ini akan mengindahkan dan menceriakan hidup auntie....

Ala auntie...bab2 memasak ni tak perlulag skema sgt...ubah je ikut citarasa sendiri...yg apsti menjadi dan sedap utk dimakan.....

Bab berbau tu...I ada pengalaman...cakap je face to face...tapi utk tidak menjatuhkan airmuka...cakap bila u berdua je la dengan org yang berbau itu....habis citer..tak perlu berselindung2....

Hi Auntie Queenie.....harap2 auntie sihat sejahtera jugak ya....

zurailah said...

Salam perkenalan Cik Som.I think i'm the 'peminat misteri' yg Rima mentioned in yr last entree,tersedak2 i dibuatnya tp bila i nk comment u dh tutup kotak u tu.So sempena tahun yg masih baru ini eloklah i menonjolkan diri w/pun actually dh lama jd yr 'silent reader',lg pun x elok kalau salam x disambut,betul x Cik Som?
If Rima selalu buat i terliur with her bakes & excited baca her travellog,u pula selalu buat i tersengih sorang2 dgn tulisan u yg bershj.Till then,bye..

Mulan said...

masak rendang & kek2 mmg kena sukat... kalo masak yg lain tu ikut suka hati & tahap kerajinan nak kupas bawang nyk ke tak.. huwa hahaaaa..

retak 1000 tu pon kita ada.. hubby suruh tohok/buang sbb takut pecah ater kononnya.. tapi yg tu lah feveret hati..

CS said...

Bersidang dari Rumah Desa .. assalamualaikum ...


SUE (wkumsalam)
Betul you cakap tu. Kalau buat kek harus ikut recipe to a T. If not sure bentat.. Ada makanan yang boleh kita memandai sendiri dan ada juga yang wajib ikut piawaian, tul tak?


EZZA (wkumsalam)
Selamat tahun baru. Apa resolusi tahun nih? Ezza, short cuts telah diiringi bersama maknanya. Masih fening jugak kah? Relax.. tarik nafas panjang felan2.. hembus felan2.. insyaallah tak fening lagi.

CS said...

AKAK
'Setelit' .. I ingat 'satellite' tadi, har3. Rasa kesian bila tengok muka orang blushed kemalu2an bila beritau face to face. Anyway, ianya masalah yg T hadapi. Tulah, ingat nak belikan T oxygen
mask/tank aje, hehe..


QJ
Part masak memasak memang I salute spring kat you. I berani masak campak2 sebab makan sendiri aje dlm kuantiti sangat sikit tapi kalau masak cara besar2an macam you, wajiblah I telek dan telek resipi. Tu pun ntah jadi, ntah tidak. Hal BO tu, my doter yg tanya sbb dia menderita kawan sebilik bermasalah. Bila I kata I nak tolong kawannya tu, dia tak setuju pulak.

CS said...

AB
Keliling rumah taklah luas cenggitu. Depan dan belakang rumah, luaslah sikit (cukup untuk I berrodeo bagai, yeeehaaa). Pls
jaga bakal menantu I elok2 (jangan letak harga in US Dollars ok?).


HALIZA (wkumsalam)
Thanks for the tip. Berapa lamalah agaknya your maid berlumur dgn limau nipis to get good result? Sebulan, 2 bulan or setahun? Selamat hidung you sebab dah takde pencemaran udara lagi.


ASILAH
Amin, thanks for the wish. STB untuk you sekeluarga juga. 2E dah masuk darjah satu ya? I tengok you memasak n buat kek tak putus2. Geram aje I tengok. Pasal BO tu, tak ramai orang ada kekuatan untuk beritau face to face sbb kesian. Syabas sbb u berani :-)

CS said...

ZURAILAH
Salam perkenalan Zu (boleh panggil Zu tak?) dan STB 2013. Terima kasih beribu2 lemon sebab sudi memperkenalkan diri dan sudi
'berlanggan Al-kisah'. Perasaan paling best bila silent reader literally menonjolkan diri (awak buat kita senyum meleret sampai keubun2 taw):-)


MULAN
Masakan yang jarang2 dibuat/ dimasak memang sewajarnya ikut resipi. I masak bread pudding selamanya mmg main campak2 aje sbb
yg makannya I berdua beranak aje. Lainlah kalau I nak jamu tetamu. Malulah kalau puding I bentat, kaan? You pun ada dish yg retak 1000? kita nak tengok, kita nak tengok.. boleh ke??

Rima said...

cough cough.. salam CS.. part masak tu memang main campak campak.. part baking ade satu macam was was if nak campak campak heheh

BO .. err... must tell mahhh or else how to tahan nafas berjam jam hehehe

Cat-from-Sydney said...

Alahai....tertinggal LRT....nasib baik tuan tanah belum tutup kotak komeng.

Anyway, Aunty CS, kucing-kucing di rumah ni semuanya menyukai bread and butter pudding tanpa kismis. Especially bab menjilat bekas retak seribu setelah isinya habis dimakan manusia. Hmmm....lain kali buat B&B pudding tu, kasi tau, boleh kami menyumbang vanilla ice creamnya. purrr...meow!

Unknown said...

CS..
Tersenyum I yg selama hari ni u memasak mengikut imaginasi liar...*hmm*
Bab BO..boleh fening mual satu hari baunya. Susah juga ye, nak selamba bagitau.

CS said...

RIMA (wkumsalam)
I setuju bila bab baking membaking, nak2 kalau bake kuih muih yg dabomb mcm you buat tu, haruslah telek resipi betul2. Bab BO pulak, alahai... I think I dare to tegur kalau orang tu sepusat sepusing dgn I, but then again it is always not easy.


CAT
OK, lain kali I tinggalkan you bekas kosong yg dah retak seribu tu for your jilat2 indulgence, ok tak?


ARTLOVER
Wild yg boleh membawa maksud buas atau liar so I pilih liar, har3. BO boleh mendatangkan mudarat pada mind, body n soul. Salah satu dugaan juga nih..