Tuesday, 12 March 2013

Dilemma ...

Khamis nih ada jemputan kawin, venuenya jauhlah juga tapi bukan diKL. First thing terpacul diminda "baju liplap mana nak dipakai" walhal bukannya takde baju yang boleh dipakai tapi tulah pempuan, kan?. Sigh...

Sejak tak berkarier lagi memang tak buat baju kurung secara pukal yakni hantar selonggok kain ketailor. Bila raya barulah beli atau buat sepasang dua maka bilangan terkini baju kurung dalam gerobok memang sangat terhad disebabkan (juga) gejala mengembang! Sedara cendawan kekdahnya, har3.

But seriously, nak pakai baju mana? Semua yang ada dah puas dipakai. Sempat lagi tak kalau baru sekarang terhegeh2 hantar kain ketailor??

Bab baju satu hal, bab kasut pulak another hal. Tulah kalau beli kasut tak ikut bidalan orang tua 'alah membeli menang memakai'. Pengajarannya, jangan percaya pada keikhlasan kasut yang lama tak dipakai.

Hari2 biasa untuk kesana kesini I guna sandal hitam yang selesa empuk, sesuai dengan umur dan 'BMI' *helppp!!!*. Untuk kemajlis, I ada 2 kasut fevret tapi disebabkan jarang kemajlis sosial maka kasut yang 2 pasang tu jarang2 dipakai (sambil mengharapkan kasut2 tu bertahan hingga kehujung nyawa, heheh).

Kot ada sesape nak belikan I kasut atau handbag, perlu ingat (haha), I suka warna hitam aje tapi bab dalaman kecik2 tu, black is a no no! Tak sker rona hitam takut tak perasan kutu beras sembunyik kat situ, errkk ... kena gigit kalu? haaa....

Nak dijadikan cerita ...
Last Dec masa my nephew kawin, I pakai one of the two kasuts harapan. Dah kata emak sedara pengantin maka I was quite busy menyambut tetamu. Dah banyak jenjalan kehulu kehilir, I berkeyakinan kental bahawasanya lelemak dikaki dah terbakar sebab tetiba kasut rasa longgar, tup tup ...

Tup tup tepi kasut dah terkopak!  Hei Salvatore, apasal you tak guna gam gajah masa menampal kasut I? (Salvatore katanya? ngeh3).

Nasib baik my adik angkat ada selipar seret pergi pasar dalam keretanya. Kehulu kehilir dengan selipar seret tu, hilang terus keanggunanku, ahaks.. Nasib baik kat majlis sendiri, taklah malu sangat.

Kejadian kali kedua sama halnya kat majlis kawin juga. Tetiba kasut yang dipakai dah tak mencengkam lagi, menciiiii menciii menciii! So todate ada 2 pasang kasut purba awaiting to be sent to cobler (tapi macam malaslah nak panjangkan hayatnya, beli baru lagi afdal, betul tak?).

Anyway, kemana tumpah kuah kalau tak kenasi, kaan? hehe.. takde kena mengena dengan kuah atau nasi tapi yang bestnya hal yang sama menimpa T bila dia pakai kasut kesayangan yang lama tak dipakainya kemajlis kawin.

Pelik bila tengok T berjalan sopan lagi santun ala orang Jepun berterompah berkimono bagai sambil senyom simpol, rupa2nya her stiletto sudah terkopak big time (nasib baik ada spare kasut ala nyonya dalam kereta, keh3).

So pengajarannya disini, jangan sangka kasut yang jarang dipakai elok tersimpan dalam kotak tak buat onar pada tuannya LAINLAH macam kawan I yang sorang dua tu, kasut kawinnya masih intact w'pun umur perkahwinannya dah berdekad. Cayalah..

OKlah, dah tiba masanya I bercengkarama dengan hasil laut dan hasil tanaman didapur sana. Untuk pembaca budiman, I hidangkan semangkok sup sayur-tauhu-bebola ikan ...



Sila kongsi reramai jangan berebut2. Kalau sedap jangan suruh I masak lagi tapi kalau tak sedap, diam2 ajelah ehh?
.

12 comments:

Queenie said...

CS....kasut I berderet2 tp yg selalu pakai ttp satu jugak keh3..

bab baju tu, lebih senang beli dah siap jahit jer, bg I la...jimat dan mudah...:)

Kakcik Seroja said...

I cuma ada sepasang kasut untuk ke pejabat dan sepasang selipar yang I lenjan selagi 'mereka' terdaya. :)

CS said...

QJ
Kalau ada kasut berderet2, you kena check samada semua tu dlm keadaan tip top. Jangan terjadi macam kes yang I alami.. Bab baju tu, I think I pakai apa yg ada but then again I pun tak sure samada nak pergi kemajlis kawin tu atau tak.


KAKCIK
You are being very practical. I sker..

Ibu n Abah said...

kasut...
i beli jer kasut but...
tinggi sikit dan sesuai dengan mana-mana baju/seluar..
i pun takder baju kurung banyak.. nak pergi kenduri pikir 1000 kali.. lama-lama pikir.. takyah pergi ler...

Queenie said...

CS....kata org -menjemput tu sunat tp hadirnya tu wajib hehehe

Bintangjauh said...




Salam CS,

Ferragamo... oooh là là là ! gimana pun CS sepasang baju nan lip lap itu lah yang menawan... lama nian tidak ke majlis kenduri raja sehari, nanti-nanti peragakan gambaran photos-nya ya... mahu menumpang meriah suasananya majlis kenduri...

salam mesra semanis madu.

Yong Kamariah said...

cik puan CS, saya ni klu gi kenduri kendara pakai baju pi opis jerr lahhh, dak pun baju raya, dok recycle hok tu jelah, kasut selagi tak terkopak selagi tulah buat belasahan, sib baik bukan pengumpul kasut tegar ala2 imelda marcos harhar

Unknown said...

CS
Your story merry goes same like me...pernah satu ketika bergaya ke function...tup tup heel sebelah patah. Terkeput2 teman berjln. Nasib baik ada spare kasut dlm kereta...tapi tk lah glamour.
Looks deliciousss...your soupy vegetables...I loike!

izman said...

salam ziarah.

CS said...

AKAK
Pakai kasut flat sangat macam tak best pulak. I masih pakai kasut 'tinggi' takat 2inci. Lebih tinggi pada tu akan memudaratkan diri. Kemana2 kita banyak pakai blouse/pants maka tak selalulah nak buat baju kurung, tul tak?


QJ
Ya betul.. menjemput dan menghadiri jemputan serupa seperti memberi dan menjawab salam. Dari sunat terus jadi wajib.
I bukan sengaja tak nak attend majlis tu tapi hari tu I takde drebar (TB kerja).

CS said...

RATNA
Ferragamo dan jenama2 semeletop dengannya tak pernah wujud dlm hidup nih, percayalah (begitu juga baju liplap). Saja tulis untuk menyedapkan cerita, hehe.. Insyaallah kalau ada gambar, akan dikongsi disini.



YONG
Serupalah kita selagi kasut tak terburai kita tetap menten guna yg tu tu juga (malas guna kasut baru nanti kaki melecet). Since sekarang pergi keofis boleh pakai pants bagai, ia juga penyebab kekurangan baju kurung. Kat sini upah sepasang baju kurung RM70 (tak taulah sekarang kalau dah naik harganya).

CS said...

LEEZA
Since every now and then you ada aje functions to attend maka I am sure your collection of baju kurung dah mencecah siling kot? hehe.. Shoes pun kena 'stand by' in case of emergency. Tul tak?


IZMAN
Salam & terima kasih. Insyaallah akan balas ziarah.