Monday 8 April 2013

Jantung P n semut K ...

Setiap hari jantung rakyat Msia berdenyut dan berdegup (tanda masih hidup) tapi sejak dua menjak denyutan dan degupan kian menjadi huru hara maka banyakkanlah beristighfar.

Dan lately juga I reti menguntum senyuman sinis, ishhh ishhh ishhh apa dah jadi nih? Mana hilangnya senyuman manis dibibirku pergi? Adakah disebabkan tekanan perasaan? hmmm...

Jadi jantung pisang juga best. Takde denyutan mau pun degupan tapi ia tetap hidup untuk memberi munafaat pada manusia sekerdil I yang meminatinya. Alhamdulillah.

jantung pisang sebulan dulu diRD
Al-kisah diAwanBesar 6 thn dulu
"ehhh lauk apa nih?" kehairanan kekdahnya bila pertama kali tengok masak lemak jantung pisang  (MLJP). Dah my middle name 'peace-ang' maka apa2 berkenaan pisang semestinya menaikkan minat yang bukan calang2 punya minat.

Rupa MLJP tu so so aje tapi tetap tapau seplastik sebab curious nak tau rasanya. Since semua orang dalam rumah tersuka dengan MLJP maka bermulalah cobaan pertama memasaknya. Tak google cari resipi tapi berteka-teki sendiri akan bahan yang digunakan masa makan lauk tu dulu.

P/S: Sekarang I dah smart sikit, hehe.. Bebila nak masak lauk nih I beli aje jantung pisang yang dah siap direbus. Jimat masa dan jimat gas.

Dah koret2 baru teringat mengabadikan rupanya dalam blog, hehe.. Nilah rupa MLJP yang dimasak semalam yang juga menjadi kesukaan T.

MLJP
Rupa2nya jantung pisang pun ada 'tulang'. Bahaya juga kalau tersekat kat tekak so berhati2 ok? I kasi 'warning' dulu, heheh...manalah tau esok lusa kot ada yang berminat nak masak MLJP, kaan?

Rencah utama ialah ikan bilis tapi sekarang I guna ikan bilis + udang kering sikit. Rasa 'othentik' datangnya dari daun kunyit dan lada sulah. I think kalau campur daun selasih pun sedap.

Kalau kita guna semut kerengga sebagai rencah utama, rasa2nya sedap tak masakan tu?? Tak pernah cuba maka tak taulah apa rasanya tapi berani ke kita ambik risiko memakan something yang mungkin makruh hukumnya?

Durian belanda diserang semut kerengga
(maybe) Makruh untuk orang Islam makan semut tapi orang Vietnam guna semut kerengga sebagai rencah masak sup atau goreng sayur. Hmmm....

Tengok diorang masak dengan ceria tersengih2 memang euwwww.... (belum lagi masak ulat) but having said that, I think I takkan makan udang, kerang, kepah atau siput sedut kalau sedari kecik tak diexposekan dengan makanan laut semua tu.

Sekian ...
.

9 comments:

Yong Kamariah said...

weyyy jantung pisang sedapnyaaaa, wat kerabu lemak pun sedap, klu tak pernah makan sila pergi resto Jaring PJ ni, pasti ada menu kerabu lemak jantung pisang hermmm sedak boh!

Ibu n Abah said...

Jantung pisang
jantung hati..
sakit jantung..
doktor jantung...
hahahahah
sajalah tu....
rindu nak merepek kat u....
ekekekekeke

ahkakbatik said...

saya takleh mkan jantung pisang kang somput... almaklum sakit org kaya..hahahaa.. maka bueger saja buley.
yok kita guna rencah semut... kang saiz kecik2 je macam org vietnam... pastu jadi pelupa cari pisau pun tak jumpa.

CS said...

YONG
Tell me, tell me..plishh.. katne resto. Jaring PJ tu? Dekat Mentari Sunway ke??


AKAK
I pasti you lebih arif soal jantung mantung nih almaklum *wink 6x*.


AB
I pun nak jadi kaya jugaklah. Say NO to JP, and say YES to burger. Mana boleh I tengok you sorang jadi kaya.
Psst.. bestlah kalau lupa cari pisau, ada alasan takyah masak :-)

blu4sky said...

salam CS,
i baru belajar makan jantung pisang setahun dua ni..kalau dulu mmg tak reti...mcm sedap plak kan ulam jantung pisang.. :)

Queenie said...

CS, 2-3 kali i berenti nak komen kat sini...maklum sambil sudip menyudip kan?

jantung pisang tkyah berdegup2 CS, sbb org yg tukang berdegup2 utknya... nak makan la tu...hehe

if I, I suka masak pecal bersantan tu, yg boh daun cekur bagai alahai...
kena pi pasar tani lg ler nanti gamaknya, chis!

CS said...

SUE (Wkumsalam)
Sebelum diperkenalkan dgn masak lemak JP tu, I reti makan jantung pisang rebus cicah dgn home made sauce aje...nyums..


QJ
U 'berchis' tu sambil menghunus keris kat I ke? whoaaa tatut kita. Anyway, cepatlah masak pecal bersantan tu dan share resipinya. ASAP pls (mcm memerintah aje bunyinya ek?)

Unknown said...

Aslmkm CS..
Ohh..I suker jantung pisang, baik rebus colek dgn sambal, kerabu dan masak lemak. Tapi kan..kalau makan bnyk2 angin you!

CS said...

ARTLOVER (wkumsalam)
I nih kaki masuk angin juga tapi kadang2 jer naik hangin. Takat nih alhamdulillah angin pus2 dlm perut masih boleh dikawal. Consume in moderation kekdahnya.