Tuesday, 4 June 2013

VavaVoom ... MakAjiCombi bercerita ...

Bulan Mei ada satu entri aje? vavavoom, sangat memberangsangkan sungguh! Standing ovation untuk mak aji combi, heheh...

kedai @ shopping mall opp. Masjid Nabawi

'Mak Aji Combi' sepatah kata QJ mengusik diblognya. Haha ... suka pulak kita dengar bunyinya, macam comel aje kan??

2-3 hari lepas tertengok drama Melayu ada aje watak emak/kakak diberi nama Som, MakLong Som dan yang paling best Chom (lakunan DDA). Kalau tak nak rasa cubitan 'crab claw' cikSom, katalah best, katalaa cepat.

W'pun tak berapa produktif berkarya namun boleh tahan produktif didapur sebab buat 1-2 masakan yang pada I lecehlah juga.

Sidara is on study leave so dia mentela'ah apa yang patut ditela'ahnya kat markas aje. Kat rumah tak kondusif nak study sebab banyak gangguan mental (gangguan utama asyik nak mengunyah bukak tutup esbok 44x sehari kekdahnya).

Maka merayulah sianak agar dapat dimasakkan nasi berlauk lazat hasil air tangan bonda (yang penuh barakah itew) dan dihantar kemarkas untuk portion 4 orang.

Ahad: Bermulalah kerja keras dipagi subuh yang hening. Sementara tunggu daging direbus empuk, disiapkan dulu bahan2 wajib (bahan2 sunat kendian pikir, hehe). Terdetik kat hati janganlah my so-called blender buat hal waktu genting nih or else I sure nangis sampai 3 keturunan kang. Tak sangguplah guna lesung batu menumbuk bahan2 tu sementelah lesung batu dah meniti usia usang macam empunyanya juga.

Sebenarnya dah lama I tak guna blender. Blender yang ada dah jadi gajah putih so selama 20 tahun I guna gadget buat puree sebab ia ringan dan ringkas. Lagi pun benda yang nak diblend tak banyak mana.

Tefal QuickFoodProcessor
Since lately I dah rajin sket blend cili kering maka perlulah alat tu dinaik taraf. Blender gajah putih yang sedia ada tu biarlah terus jadi gajah putih.

Yang konon sangat produktif tu apa yang dimasaknya?

OK sambung cerita.. daging yang dah direbus dibagi dua bagian untuk masak kicap stail Johor tiru resipi QJ dan sebagian lagi untuk dibuat serunding aka 'sambal lumat' (SL) sepatah kata Mak I. Serunding ada campuran kelapa parut, gitulah katanya lagi dan I dah set minda serunding bukan SL dan SL bukan serunding :-)

Bad time management! Patutnya SL tu dibuat hari Sabtu tapi I pulak lebihkan goyang kaki dan bergolek2. In other hemah words, I memang betul2 terlupa.

Menumis bahan SL dulu sebab buatnya memakan masa tapi semasa ia basah lagi I dah mula menumis daging masak kicap (kekadang kena work smart juga). The time was just perfect. Sebaik saja lauk nyum2 tu siap I dah boleh tumpukan perhatian tak berbelah bagi pada SL sebab setiap ketika kena kacau supaya keringnya sekata dan takde unsur hangus akibat terlelap 40 saat  (dah pernah tengok orang terlelap sambil berdiri?). Me? mana ada?

Buat SL tak susah tapi bab menyiat daging tu yang leceh, nak2 yang menyiat2nya kita sorang (wpun tak banyak 1/2kg aje) dan yang selesaikan sampai kering pun kita juga. Dah tu, siapa yang suruh buat?

Siapa yang suruh buat? T tak suruh, TB & D lagilah tak suruh.... tapi yang menyuruh tu namanya Semangat 46 (yang datangnya amat jarang sekali, sigh...).
SL ikan (salmon+tenggiri)

SL daging (jangan pandang pada rupa)

Quite unsangkarable tup2 bersemangat nak buat SL daging masa mula2 dulu sebab diri nih bukan makhluk yang rajin buat kerja renyah tapi kerajinan tu sangatlah berbaloi bila T kata "sedap macam rasa orang jual Mi" walhal dalam masa yang sama dia keluarkan soklan was2 "betul ke Umi yang buat?". Apadaa... see whose leg laaa :-)

TCTLSShort, bila daging kicap dan SL dah siap, I terpaksa keluar keMydyn untuk beli bermacam2 jenis kudapan yang dikirim dan beli udang serta nenas (yg siap dikopek). Bergegas balik rumah sebab nak masak 2 lauk lagi. Nenas masak lemak + cubes of ikan masin kurau dan udang goreng (guna butter, hirisan bawang n daun kari).

By 3pm T dan rakan2 mengadap juadah macam setengah tahun tak jumpa nasik. Kesian! Agaknya masing2 tengah fokus mentelaah so apa yang ada dalam bilik, tulah yang dimakan. Kesimpulannya, kalau juadah tu tak sedap pun, diorang sure kata sedap sebab dapat home cooked meal kekdahnya. Masakan yang diiringi ayat2 suci dan ditaburi dengan kasih sayang... Insyaallah budak2 tu lulus dgn cemerlang.

Dipercayai masakan Umi boleh bawak ketengah (tak malu pada kengkawan) maka I dapat satu lagi misi untuk hari nih, masakan untuk 4 orang juga.

Apa yang nak dimasak terserah pada budi bicara Umi....katanya. Phewh!! I nih pulak bila tau nak masak untuk orang selain keluarga sendiri, mulalah gelabah macam kaki labah2 berlari bila kena kejar..

Apalah jadinya nanti ehh?? Bismillah..
.

7 comments:

Queenie said...

salam MakAjiCombi...

labah2 lari kena kejar tu kompom comel you, nak2 part fonggong vulat dia yg ala2 JLo tu, fuyoooo...wakakak

serius cakap, honestly, to be frank, SL tu mengences kan I tau, I baru sampai dari MKZ ni...teruih tingat kat you...lupa2nya ada matanan thedap...nak cikit arrr....

Unknown said...

Assalam MakAji...
I've missed the last entry.
Anyway welcome back.
Sedap nampak serunding ikan n daging tu!
I pun suka buat serunding daging...tiap kali bila dpt.daging korban.

CS said...

QJ (w'kumsalam)
I selalu kejar labah2 tapi nasib baik labah2 tak pernah kejar I. Lagi pun dia tak ingin, kot? haha..

MKZ tu apa? Puas nak decipherkan namun tak gheti..

p/s: serunding/SL ala hentam (yg makannya pun 2 org aje).

CS said...

D HALIZA (w'kumsalam)
Mekasih... Bila lama tak berkarya, rasa azab nak memulakan, sigh..
You suka buat serunding daging? I buat guna bahan2 paling mudah. You know me, my mood memasak mcm roller coaster..

Yong Kamariah said...

Salam Hajjiah...
waaaaa nangis arrr tengok sambal lumat tuuu, mak saya ada gek buat sl cam ni tp dia buat ngan taik minyak fuihhhh sedap betul!
p/s : tertunggu2 entry umrah hajjiah ni...

Unknown said...

Asmkm Cik Som.
Hai..balik dr Mekah teringin makan serunding. Bukan senang buat tu.

CS said...

Hajjiah Yong (w'kumussalam)
Diharap dapatlah berkongsi resipi SL dari airtangan bondamu.. Tak tengok rupa dan terasa nyumsss..
p/s: entry umrah? kita C&P dari awak punya blog, boleh ka? hehe..


ARTLOVER (w'kumussalam)
Serunding aka SL tu I buat untuk sidara makan kat kolej. Boleh makan dgn roti bebila dia tak kuasa keluar cari makanan. Lagi pun I memang ra alif jim ya nun, kankankan? hahaha...