1 Ramadhan I timbul and now dah masuk 16 Ramadhan baru timbul sekali lagi, hehehe...
I am so happy blogspot.com dah kembali waras so bolehlah I berjimba berkarya bermerepekan sambil makan kerepek raya cam dolu2. Perasaan sekarang nih diibaratkan macam dapat typewriter letrik kalau dulunya biasa guna typewriter manual; atau pun macam dah biasa drive manual tetiba drive auto........... gitu kekdahnya I kasi 1-2 contoh yang sangat humble. Lalalalalaaaaa ....
The past 15 days apa aje I buat? I buat2 sibuklah, apa lagi? I ngait gebar, mittens n booties; I jahit sampul bantal dan alas cadar untuk bakal cucu angkat. Dah pun melihat dunia cucu angkat tu pada 22 Julai lepas.. dapat cucu lanang you, hehe..
Nihlah cucu angkat yang dimaksudkan tuu... best apa perasan2 nih, hehe..
Musyuk2...comel tak? |
Dah dalam bulan Ramadhan maka bahan bercerita mestilah bercirikan jjcm or jjcl dibazar Ramadhan, kaaan? I thot I boleh break rekod menjadi muslimah pertama (konon) tak langsung teringin menjejakkan kaki kebazar sebab dah berazam nak masak sendiri.
Dipendekkan cerita, kecundang juga azam tu akhirnya (atas ajakan T/TB). So far BARU 6 kali kebazar dan sekali berbuka diluar (batalkan puasa dan solat dirumah dulu lebih selesa). Kali nih I lebih fokus tak beli lauk atau manisan merepek meraban. Say no to nafsu! Cewah...
Beli makanan untuk berbuka saja so ia bermakna kenalah masak bila bangun sahur. So far semangat rajin sangat membantu keadaan. Depending juga pada kekuatan tenaga dan iman (ehem), selalunya segala amal ibadah akan selesai sebelum 10malam.
Kadang2 tak sempat bukak telekong, kat atas sejadahlah mimpi indah atau nota2 dengkuran syahdu diadun, ooops! Tidur bertelekung atas sejadah berbantalkan lengan gebu dah terasa sangat nyaman. Lagi nyaman berlipat ganda bila guna bantal busuk tapi wangi bau Mystique *sempat promo*.
Niway, dah tidur cepat maka terjaga dalam pukul 2-3 pagi gitu. Kalau minda dah set 'berkobar2 nak masak' pepagi buta maka takde masalah. Redho jer terus menonong kedapur. Nasi ayam jadi, nasi lemak pun jadi tapi kalau minda tak berapa set macam lengkong terlebih air, maka mengesut2lah bila kedapur tu.
Ahad lepas berbuka puasa dirumah my 2nd sister. Best tak payah masak. Best dapat tapau dan lagi best bila dapat berkumpul adik beradik ipar duai dan anak2 sedara. Berniat nak buat kek pisang untuk dibawak kesana sementelah ramai monyet jadian yang sukakan apa2 berasaskan pisang :-)
Hati berbunga2 tapi hati kecik kata jangan nak berbunga sangat ok? True enough bila kek dibalikkan nah kau, kat tengah2 sebelah bawah kek masih wobbly lagi. Relax...tarik nafas panjang jangan panik wahai CikSom; dan2 *ting* idea timbul.
Kek tu dipotong memanjang selebar 2". Mana2 bagian yang masih mentah dibakar atas non stick pan dengan api pelahan. Tetiba cara memasak kek dah berubah, mcm nak buat lempeng pun ada, har3.
Dah buat post mortem dan taulah sebab musabab kek perang sebelum masanya. Nak blame kat oven tu boleh tak? All the same, alhamdulillah. Sebijik kek dimakan sambil kedengaran kata2 pujian dan kutukan dari monyet2 jadian yang dikasihi semua tu. Sesuai sangat.. yang memasak kek pun monyet jadian jugak.
Pertama kali buat kek pisang guna cheddar cheese so rasanya ada unsur lemak. Sedap!
Special thanks to sahabat blogger dari Georgetown yang mententeramkan jiwa masa I sedang panik kalut kek masak cepat. I text dia mengadu domba seketika, hehe..
Pada satu pagi subuh I tertengok siaran memasak kat chan. 119. It was a local cooking program hosted by our petite local cook but diorang shooting kat satu negara di Eropah.
Gross tak?? |
Anyway, untuk orang baru guna smart phone, kesilapan selalu sangat terjadi. Kadang2 sendiri tekan, sendiri tak faham apa yang ditekannya, har3..
Mana silapnya? Jemari yang terlebih gebu atau key pad yang over sensitive to the touch??? Kadang2 bila tekan butang jarak/space, dengan tak sengajanya tertekan huruf B atau N. Kita tekan S tapi A yang keluar. Begitulah seterusnya. Sakit hati juga dibuatnya tapi kadang2 tergelak besar jugaklah of our own silly mistakes bila semua perkataan bersambung tanpa jarak.
Cukup sampai disini ... bestlah menaip guna kesemua jari jemari... taip laju2 sambil
.
4 comments:
pirst...
anak i yang bongsu pun cancer laaa
Akak
I rephrase your sentence for you supaya orang tak tersilap paham.
"Anak I yang bongsu pun berbintang Cancer laaa.."
P/S: I ingat pada semua ketam samada sebaya atau tak berapa sebaya, ehem...
tahniah la dpt cucu...tp tu cucu I juga, camne? ok la kala jengking ngan ketam kan seakan2 mirip...
tu monget2 jadian tu sure tebal bulunya ek? ekekeke...
aritu nebor I bg kuih, kesian depa, dua kali kuih tu basi, beli kat pasar ramadan, yg satu pulut panggang, kulitnya elok tp pulutnya berlendir macam gam...yg kedua kuih badak berendam, punya la masam tengik santan tu...geram sungguh I kat sipenjualk tu, smapainya ati depa kan?
QJ
It's ok, kita boleh kongsi cucu angkat tu. Tak bagus kalau tamak2, kan?
Monyet jadian tebal muka aje sbb diorang dah ketandusan bulu, ahaks.
Penjual dibazar ramai juga yg jadi musang berbulu ayam. Smlm I beli air cincau dibazar sbb D teringin. I mmg jarang sangat beli air yg berbagai rupa n rasa tu sbb....errrk gitu. Air cincau yg dibeli tak rasa cincau langsong...tawar hebehh..
CS...(tetiba jadi cik Anon)
Post a Comment