Sunday 4 August 2013

26 Ramadhan ... Blessed!

Assalamualaikum ...

Buat entri baru memang terpaksa guna HTML. Kotak 'compose' masih koma namun pagi nih tetiba 'ting' light bulb mengerlip2.. I memandai enable fungsi 'press "Enter" for line breaks', yesss! Dari pahaman omputih I yang tak seberapa, ia bermakna 'paragraph' ler tu.

Jap nak test dulu samada OK ke tak.

Alhamdulillah, tak sangka I ada bakat trouble shooting tanpa guna rifle, har3. Takat nih masih tak boleh tampal gambar tapi takperlah, I redha (ye ke?). Mungkin ada hikmahnya.

Sebut pasal hikmah nih kaan.. Selalunya kita alami musibah dulu barulah datang hikmahnya; tapikan tapi pernah tak orang alami hikmahnya dulu pastu baru datang musibahnya??

Anyway ...

Nak cerita hal minggu lepas masa balik kedesa nan damai. Bila balik berdua yang bestnya selera tekak kita jadi buddies. Tulah untungnya jadi pemakan yang tak cerewet, tak banyak hal. Jangan teka siapa yang tak cerewet sebab takde hadiah meneka tepat. Yang pasti orangnya bukanlah TB wpun dia dalam kategori boleh bawak berbincang.

Rumput, lalang and whatnot semuanya dah panjang so kita uruskan cari orang memotongnya. Mana patut diracun kita racun sama dia, haha.. Nanti nak buat BBQ ke, selesalah sikit.

Oh ya, peputik bunga durian kelihatan tersengeh2 dari kejauhan (kejauhan?). Berapa lama nak tunggu sebelum dapat dengar bunyi gedebak gedebuk sidurian runtuh kebumi?

Kali nih rumah yang ditinggalkan selama 3 minggu kelihatan ok sikit. Takde serangga mati bergelimpangan dan takde bukti aftermath sicicak mulas perut (adalah sikit tapi tak sehebat masa mula2 dulu). Agaknya para cicak dah tobat lahommm kot? ekekeke..

Satu jer yang I heran tentang para semut disana tu esp semut yang selalu kerumun pokok/buah rambutan. I think 'diamut' dah hilang instinct sebagai semut berkaliber. 'Diamut' konfius diantara pokok dan rumah manusia.

Kalau you tengok betapa 'diamut' seronok sangat menguasai dinding rumah dan celah2 tingkap, you mesti mengucap panjang. Dah nampak macam batalion enfantri ke berapa ntah, haha.. I tak larat mengucap panjang lagi dah but instead I dah bertegur sapa dengan 'diamut' semua tu. Mesti ada yang paham BM bila I menegur "hai...seronok nampak?".

Sebelum balik kesana kita dah beli spot light. Kata hari raya so kawasan hutan sekeliling haruslah dikejutkan dengan kilauan cahaya lampu biar burung hantu, musang pandan, ayam hutan dan sang serangga sama2 rasa keseronokannya. Layankan juga kehendak T yang idamkan lampu liplap dan colok lampu (5 batang @RM2.90 each).

Cakap benar, raya kali nih I rasa gugup sikitlah. Gugup sebab julung2 kali kena masak dlm amaun yang banyak, huwaaaa... help me QJ, helpp! Kali nih jadi tuan rumah, kalau tak selamanya I jadi adik bongsu yang manja. Habis kuat masak kuah kacang JERrrr.

Kata sepakat dah dimeterai. Kita tak nak makan ketupat rendang kuah kacang lodeh bagai dipagi raya (kita pergi makan kat rumah jiran ajelah, hehe) tapi kita nak masak makanan tradisi orang Johor. Siapa yang mengidamkan makanan nih telah berjanji taat setia akan meringankan tulang 4 kerat memasing OR ELSE chef akan mogok sembunyik 'dalam' pokok tumpang rumah burung hantu! Serius...

Semalam Sabtu kan? I dah buat onar kat Mydyn. Sah cari pasal sementelah tau tempat tu packed on weekends. Park kereta jauh sebatu tapi I tak komplen. Syukur diberi kesihatan yang baik w'pun kengkadang lutut kurang nak cooperate. Setelah mengerjakan umrah April lalu dimana banyak menggunakan tenaga, I dikejutkan dengan sesuatu 'yang baru'. Alhamdulillah.

Semalam juga I keklinik haiwan. Ikutkan hati I malas nak pergi tapi lepas T mentarbiah I, haha.. terpaksa ikutkan juga kehendaknya. Rezeki vet melimpah ruah sebab ramai betul yang bawak pet memasing kesitu. I tak bawak kucing tapi bawak arnab yang mengidap conjunctivitis. Dapat ubat titik untuk mata kirinya. Kalau matanya tembel, puas pulak I selidik siapalah selama nih dia duk ngendap :-)

Biasalah dalam klinik haiwan kita nampak kucing atau anjing, kan? Tapi semalam tetiba masuk sorang pakcik diekori maidnya memeluk sekor ayam belanda. Kitorang agak teruja. Pakcik kata ayam belandanya demam. Sopan santun aje ayam tu dalam pelukan maid, hehe.. Namun PakCik diminta keklinik lain.

I suka pergi klinik tu sbb doktor dan pekerjanya baik budi bahasa, peramah n most importantly doc tu ensem, ahaks. Ensem2 pun dia caj I RMTelu2, whatlaa..

Hari nih hari Ahad. Kejap lagi nak kePJ visit Chik. Kita adik beradik bergilir2 ziarah dia selama Teh berkelana jauh. Chik banyak berubah kelakuan almaklum umurnya dah mencecah 90. Last week I kesana saja berbual2 dgnnya. Dia tanya lepas jumpa dia, I nak kemana? I kata nak beli ikan dan barang2 dapur.

Sejak tu dia akan bertanya pasal ikan. Soalan yg berulang2 kali kekdahnya. Bila soalan ke-7 tanya pasal ikan lagi, dengan nada gurau I kata "Chik dah tanya 7 kali pasal ikan...." pastu I terus baring kat ribanya as if I pengsan dan sekelip mata I bangkit. Deraian gelak Chik was so priceless. She knew I was just pulling her leg, bergurau anak beranak kekdahnya. All in all, soalan pasal ikan = 10, hehe..

1-2 hari nih I dengar cerita pelik. Chik dah mula nampak 'perempuan kat pintu', dan selalu buat hal dengan maid yang menjaganya. Dia kurang berkenan dengan maid tu walhal maid tu punyalah sabar melayannya.

Cukuplah coretan tanpa gambar untuk kali nih. Hingga jumpa lagi..
.

6 comments:

Ibu n Abah said...

Hahahahaha
I pernah Ada makcik yg berulang tanya soklan yg sama..
Pastu anak2 i baru 1st time jumpa kakak sepupu i yg dok mengulang soklan yg sama...
Dan.. Jika kita panjang umur.... Kita juga akan buat yg serupa tanpa kita sedari....
Putarab hidup kan?
Sebelum terlupa..
Selamat hari raya aidil fitri...
Maaf Zahir dan batin....

Bintangjauh said...

Salam CS,

Ratna baca dan baca sampai ketitik terakhir... namun banyak Alkisah yang dicoretkan kurang Ratna fahami (dek ayat-ayat yang digunakan kurang pasti maksud/maknanya) akan tetapi tidak mengapa karena senang dengan gaya coretan CS yang berinti padat oleh Alkisah yang menyamankan rasa perasaan setiapkali terbitan entry baru seperti entry kali ini...

Gimana pun, semoga segala persiapan bakal sambutan Syawal nanti sedang disempurnakan dengan sejahteranya...
Sampai nanti, salam mesra semanis madu.

azieazah said...

Amboii sekali dia upate, berjela panjang dan pelbagai cerita pulun dalam satu entri.

Tak tau ker dia, kawan dia yang sorang ni mudah kena semput kalu baca entri dalam senafas? Ahaks!

SOM, sebenarnya seronok juga bila tiba lebaran U jadi kepala majlis. ahaa masak ler sampai berpeluh nanti ya? Nak I tolong dak? Hahahaha!

mela said...

Always enjoy reading al-kisah. Thanks for sharing your colourful life. I've never been to vet, haha i can imagine everyone looking at the sopan santun turkey yang demam.

blu4sky said...

Salam CS,
lusa dah nak balik raya..so before I tinggal donia blog buat sementara waktu.. just wanna wish you and your family Selamat Hari Raya Aidilfitri and Maaf Zahir dan Batin..

CS said...

SELAMAT HARI RAYA PADA AKAK, RATNA, AZIE, MELA & SUE SERTA SEMUA YG SUDI SINGGAH KE AL-KISAH ... MAAF ZAHIR BATIN KOT ADA YG TERSILAP KATA DARI CIK PUAN EDITOR, AUWWW..

AKAK
Gitulah putaran masa. Dari bayi kembali jadi bayi semula (almost). Semoga kita semua waras hingga kehujung nyawa, insyaallah.


RATNA
Bila berfikir sambil menaip laju kadang2 terlupa samada bahasa yg digunakan mantap atau tak, hehe..ikut syok sendiri jer NAMUN alhamdulillah kerana tak jemu kesini. Persiapan hariraya tersangatlah kelam kabut sebab banyak yg nak disiapkan sementelah beraya dirumah sendiri didesa nun. Persiapan diPerancis camana? Tentu sibuk juga..


AZIE
Olehkerana blogspot semakin nakal maka nak update sekerap mungkin macam malas aje. Gambar pun kenot tampal..alangkah boringnya. Kita pulun habis2an tapi kita bubuh noktah, comma dsb. Awat you semput? hahaha...cian dia. Puasalah katakan. Raya ni mmg agak nervous. Kena masak sendiri .................huwaaaah..



MELA
Hi... nih Mela from Spore ke? hehe..lama u tak kesini. Amacam preparation raya kat sana?? Masak sambal goreng tak? BTW, mekasih sebab masih setia baca coretanku yg dot3 nih, hehe..


SUE
You balik KK ke? If so, semoga selamat dlm perjalanan. Raya kat kampong sendiri sure melethop2 kan? Fun..fun..fun all the way, yes?