Monday 2 September 2013

Mood nak celoteh ...

Assalamualaikum ...

My 2nd mee-deka for the week
Kali nih perisa kari. Bahan campak adalah 3 ketul drummet goreng dan daging masak kicap leftover semalam.

Initially nak makan roti dengan telur aje tapi tanpa disedari dua2 tu dah habis. Nak buat jejemput masin pun tak boleh sebab takde telur. I tak berani ambik risiko, haha.. I perlukan telur sebagai bahan 'pemujuk' agar adunan jejemput tak meletop semasa menggoreng. Terbukti, jejemput digoreng guna telur memang tak meletop, insyaallah.

Bercanggah dengan statement diatas, sebenarnya I sangat suka jejemput hasil letupan semasa menggoreng sebab teksturnya sangat spesyel... garing semacam diluar dan lembut semacam didalam, hehe... tapi tulah... I memang fobia dengan segala jenis letupan termasuk letupan dari mercun padi, hahaha...

Ahad:  terjaga awal sebelum azan so cadangnya nak tarik selimut rapat2 bawah dagu lepas solat tapi terasa rugi pulak sedangkan I dah congak2 nak kesatu tempat tu. Semalam hari sejuk kan? So I bersiap tanpa mandi terlebih dulu, woot woot..

Well... I sengaja tak mandi sebab I nak berlibur kepasar Ahad dekat rumah. Pasar Ahad aka Sunday market bak kata omputih. Lama dah pasar tu dibukak kat situ cuma I aje menyombong tak nak kesitu, haha. Menyombong yang bermaksud malas to the max!

Kesanalah I sensorang diri. Whoaaaa..... I like what I see. Semua yang dijual nampak segar bugar belaka. I cekut ikan harem, gnarap, lawab, isirek dan gnigad ubmel, ngeh2. Rasa nak beli lagi tapi takut freezer tak muat pulak.

Lalu kat stall jual pisang... I dah juling mata tapi tetap bertahan. Kalau beli lebih, berat pulak nak bawak kekereta nanti (park jauh sikit) sebab I dah beli seikat rambutan. Sejak dua menjak, buah rambutan kembali jadi my favourite local fruit disamping buah mangga.

Lalu kat stall sayur pun rasa geram juga.. semuanya fresh belaka tapi cuma beli kacang panjang dan pucuk paku kegemaran QJ aje, hehe..

Berbaloi beli sayur kat situ berbanding beli diGiant atau diMydyn. Memang selalu buntu bila nak beli sayur kat pasaraya besar sebab kualitinya mendukacitakan. TB pun heran. Dia selalu kata "kan banyak sayur2 tu?". Memanglah banyak, tapiii...? Alternatifnya, sayur dibeli kat mini market atau kat kedai2 kecik dekat rumah.

Nak tunggu sayur2an yang segar bugar dari 'potager' sendiri ntah bilalah agaknya. Ratna oh Ratna, kirimkan sikit kacang buncis, boleh tak? Kita nak goreng dengan telur, nyumsss...

Dah beli perishables tu bukan nak terus balik rumah. Ada aje plan nak melencong so I telepon my abang (yang kematian isteri June lepas) tanya samada dia dan bujangnya dah b'fast ke belum. Dalam masa 20 minit I dah tercegat depan gatenya penuh tangan dengan 3 peket nasi lemak, sambal sotong, apam gula melaka dan kuih gegetas. Bertiga kita jamu selera bersulamkan air sirap ais.

Tiba rumah terus sengseng lengan bersihkan ikan2, pack dan nyah terus kedalam freezer dengan ucapan I see you when I see youlah. Done that kita tak terus goyang kaki okaay? malah kita terus masak ..... yang simple2 aje, hehe.

Nampak tak sebabnya kenapa I tak mandi dulu sebelum keluar rumah. Kalau kepasar memang tak berbaloi mandi dulu. Jimat air amalan mulia sementelah seluruh Selangor ada masalah air kerana pencemaran diloji.

Kejap tadi TB ajak keluar tapi I kata I belum siap berkarya lagi. Berkarya punya pasal I sanggup tak keluar rumah tapi bila TB dah berlepas baru teringat.. Ruginya tak keluar... kan boleh terus makan??

Tapi takper, hari nih I rasa rajin sikit dan dah tau nak masak apa.
.

16 comments:

Ibu n Abah said...

Thank u kanda
Mmg dah rindu dgn celoteh u
Vervaloi tunggu....
Masak mee apa ptg ni?

Ibu n Abah said...

I pun jenis pi pasar tak suka nak membazir air macam u.. Nanti balik kang kena mandi lagi ek?
Dah berapa gelen air kita jimat kan?
Kita ni mmg surirumah berhemah.. Pandai jimat perbelanjaan air ...

Queenie said...

hah hah hah...mesua pun da terlabik nyubi...kaib2 kaman tak bamuk!

hah hah hah hah...

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum CS...

Salam penghujung Syawal. :)

Anonymous said...

assalamualaikum! i tahu lu pigi mana, Pasar Pagi kat Taipan tu kan, kannnn.
I jarang, jarang pergi tapi suami saya selalu belikan durian crepe,sedap juga.

Ahkak

Anonymous said...

sungguh tak percaya, sebab i think only u yg berani mengaku.
rupanya i m not alone dalam usaha murni nak jimat air hahaha. sangat valid kan our reasons.

mela

Unknown said...

Tak pe...sangat suka dengan celoteh CS.
CS sangat budiman org nye...berjimat air amalan yg sgt bijak...my hubby would be very much like that!
Air Dari Perak telah dihantar sikit sebyk membantu masalah disana.

Bintangjauh said...

Salam CS,

Ooh là là là... Ratna pun gitu, meskipun ada potager sayuran pabila pergi berbelanja di marché kok rambang mata jadinya... manakan tidak segala hijauan tampak segar sesungguhnya, lansong seolah mahu diborong semuanya yang diperagakan, godaan dan nafsu mesti ditangkas kalu..?

Musim kacang buncis sudah berakhir dimana tuaian yang terakhir adalah sebelum pergi bercuti namun CintaJL mahu lagi menanami yang baru yang kini bermula menumbuh akan tetapi tidak pasti akan berbunga menjadi kekacangnya memandangkan musim gugur sudah sampai kini.

Gimanapun, adore dengan bingkisan karya penulisan celoteh darinya CS dimana boleh tersenyum, boleh berfikir sambil menganalisiskan maksud yang tersirat serentak dimasa yang sama rasa terhibur dengan bahasa cerdik lagi kelakar yang digunakan berjaya mencuit rasa hati lantas terukir sebuah senyuman nan mesra...

AlFatihah buatnya kakakipar (meskipun terlewat menyatakannya)maaf dipinta diatas kekurangan/ketidak prihatin darinya Ratna.... sampai nanti dan salam mesra semanis madu.

CS said...

AKAK
You mcm tau2 aje I akan masak mee ek? I masak mee bandung jerr...

CS said...

AKAK
Kita bukan jer berhemah tapi kita anggun, kennn? Alang2 memuji biar sampai orang uwek2, haha..tapi kenapa kita nak berjimat air, kan kita dpt subsidi? errk..

CS said...

QJ
Sejak bila kita reti bahasa orang asli nih? hehe..cayalah...

CS said...

KAKCIK
Waalaikumussalam.
Syawal akan berakhir... mudah2an kita masih disini Syawal tahun depan.. Insyaallah.

CS said...

AHKAK
Yuppp....kat situlah tempatnya. Tetiba Ahad lepas bersemarak plak nak kesana. Berbaloi2..

CS said...

MELA
Indirectly you pun dah mengaku so calet sikit. Wpun tak mandi tapi tetap wangi dan penampilan diri tetap mcm orang dah mandi... Adakah anda setuju? *wink*

CS said...

HALIZA
Terima kasih diucapkan pada warga Perak.. Penat gak I tadah air tapi alhamdulillah my area tak affected. Kita sukerlah awak kata kita budiman *kembang nih*

CS said...

RATNA
Sesungguhnya untung suami2 kita sbb kita rambang mata tengok sayuran segar aje, bukan emas permata, kan?

Mekasih *sambil tersipu2 untuk menyatakan sebabnya*.

Nota: kesian melihat abang mengendalikan kerja2 rumah sendirian tanpa isteri disisi. Pejam celik, pejam celik 45 thn hidup bersama berlalu dgn pantas sekali.