Saturday, 5 October 2013

Sekeping sotong 2 ringgit ...

Assalamualaikum ...


Bulan Oktober ramailah pulak dikalangan keluarga yang menyambut hari jadi. 5 orang semuanya. Tanda ingat, cukup hanya beri ucapan dan doa tapi adalah harus kalau nak belanja makan. Yang muda masih ada harapan dapat hadiah tapi yang senior pandai2lah bawak diri, heheh.

Besday TB kita meriahkan dengan membeli grocery part 2. Sebelum tu kita cari makan dulu but really macam dah boring nak makan apa kat situ. Sebenarnya I know what to eat but I mogok going to that same mamak stall yang jual rojak. Jap lagi I beritau kenapa.

Since besday boy tergerak hati nak mamam ayam, I pun ikutkan aje. Lainlah kalau ke SubPred, kat sana pilihan ayam meriah sikit so kita sama2 beratur memesan lunch feast jenis G. Masing2 dapat 2 ketul, pilih peha n betis. Tu sebab I berdiri sama masa memesan (tak suka kalau dapat dada ayam).

TB basuh tangan sebab nak mengongkang ayam guna tangan. Dasat bunyinya ek? Mengongkang? Taklah cenggitu, cuma dia lebih selesa makan guna tangan tapi I nak guna sudu/garpu tapi malas nak mintak kat kaunter so I guna aje sudu plastik meant to eat coleslaw n mashed potato.

Mengada ke tak nak guna tangan? Ehhh.. kita ada sebab musababnya taw.

Tak sangka... sebelum TB menjamah ayamnya, dia terus berdiri dan berjalan kekaunter. Yeayyy... masa tu I rasa macam we all tengah hangat bercinta, haha.. Bila dapat perhatian, mestilah sukerr.. I rasa macam my knight in shining armour has come to my rescue jer (wpun hanya dapatkan sudu dan garpu, haha).

Dia dah selamatkan keadaan sebenarnya maka dengan bantuan sudu dan garpu besi, dapatlah I merobek2 ketulan ayam dengan sempurna dan selesa! Alhamdulillah (jimat masa dan tenaga tak yah kesinki basuh tangan sebab selalunya kat sinki tu lecak).

TB makan ayam tanpa sos tapi I suka campuran sos tomato n sos cili (Thai sos tak sedap) tapi alahai, alat menekan sos cili dah rosak. Entah bila rosaknya, mungkin menunggu orang baikinya atau mungkin diorang tak lagi sediakan cili sos pada pelanggan yang dine kat situ.

HARI sebelumnya I keMydyn juga, acara grocery part 1. Tulah I beli rojak mamak. Kalau tak beli rojak, TB selalu juga beli cendol. Kiranya muka kita berdua dah seasoned kat situlaa. Selalunya I tak ambik set rojak tapi I pilih mana yang I suka. So I pasrahlah berapa harganya yang akan dikenakan.

I mintak telur, tauhu dan 1-2 yang lain termasuklah sotong. Bila I mintak 1 lagi sotong selepas sekeping sotong dah dimasukkan kedalam pinggan, teruslah sitambi bersuara "satu 2 ringgit". Ewahhh.. dah lebih sitambi tu. Kenapa tak beritau harga telur n tauhu? Atau tanya dulu samada I ada duit ke nak bayar harga rojak.

Maka I pun bersuara dengan nada selembut taufoofaa "kenapa awak cakap 2 ringgit masa saya mintak lagi? Kenapa tak cakap masa awak ambik 1 sotong tadi?". Hambik kau tambi! I think dia rasa bersalah sebab muka dia berubah jadi tawar..

Sementelah dah orang ingat kita tak mampu nak bayar RM6, I pun keluarkan syiling2 yang ada seraya berkata pada bos sitambi "saya bayar duit syiling, boleh?". Dia mengangguk (maka ringan sikit my handbag, now tinggal syiling RM3 aje).

LAST day beli beras Siam wangi untuk pemegang2 kad MesraMydyn so I pun belilah sebab ada diskaun RM8, hehe.. Masa pekerja scan barang2, I dah beritau 'beras ada kupon'. Dia menganggok so I thought anggokannya tu berpekdah tapi rupa2nya "saya terlupa", katanya. Lupa nak tolak RM8 dari harga sebenar.

Tak pasal2 kenalah I masuk kecustomer service untuk dapatkan pulangan RM8 cash. Dengan RM8 tu belikan D his lunch, haha ..

Akhir kalam, selamat hari jadi pada rakan2 blogger serta pembaca senyap sunyi Al-kisah yang menyambut hari jadi dalam bulan Oktober.

Selamat hari jadi juga untuk T, TB's sista, Teh and my nephew. May Allah bless all of you till eternity, amiin.

Note: Pic from Google
.

5 comments:

mokja said...

kita buat sambal sotong tesco hari ni..selamat bday to all octoberians.Have a nice weekend.

Ibu n Abah said...

I punya birthday bukan oct.. N i bukan libra.. How?
Mmg kena bagi sebijik kat tambi tu sbb kurang asem bgtau harga sotong mcmtu...
Apa? Dia ingat dia jer yg jual sotong kat malaysia ni?

Unknown said...

I'll be joining also for the birthday celebration this month....cos i pun a libran! (tak tanya pun).

kak ja said...

kesemua janthan dlm umah I ni October 'babies'.. 2 berbintang Libra wpun depa tak pakai br*, yg sorang lg Scorpio... oouucchh!!

kander, bak sini number tpon mamak rojak tu.. i nak kasi tazkirah skit..

CS said...

MAMASON
You 'buat sambal sotong tesco' maknanya you tapau ke? Calet sket, hehe...


AKAK
Lupa nak bitau you. Sotong yang kononnya gah tu tak empok pun. Nyesal beli dua. Rasa nak pulangkan balik tapi tetap habis ku kunyah hancur as tho mengunyah sitambi tu, har3.


HALIZA
Mana boleh lupa bday you in OCt. Your blog reveals all kekdahnya, hehe. Happy birthday in advance (sorry kalau belated) n happy anniversary too. Semoga ceria n gumbira selalu.


JA
You pun ada 2 Oct babies dlm rumah? So how? Senang ke nak jaga mood diorang? Cerewet tak?? Mamak rojak kata talipon dia dah termasuk dalam kuah kacang. Sajalah tu buat alasan sbb dia tak nak dengar tazkirah dari you, Ja..