Assalamualaikum ...
Pagi yang dingin memang sangat sesuai bermalas2an atas katil namun sia2 aje jika cahaya suria yang akan bersinar kejap lagi tak dimunafaatkan. Jom sama2 kita hidangkan cahya suria itu dengan satu dua load basuhan diampaian.
Nak jemur apa lagi? Keropok? bantal busuk? Nak sun bathing? silakaaan!
SEAWAL pagi dah menikmati sekeping roti dan sekeping rc. Sangat sedap bila dimakan dengan rendang Siam (beli masa jjcm smlm). Sangat suka rc jenama hamiaZ (tapi tak pernah beli roti boomnya; takut meletop!). Manisannya bubur pulut hitam (ok tak kalau mengaku I buat sendiri? errk..)
MISI SABTU:
Gunting cili kering blablabla sampai selesai dikisar (nak elak rasa masin cili bo yang dibeli, terpaksalah I berhempas pulas buat cili bo from scratch). Cakap benar, I tak selalu buat kerja2 bermutu cenggini, hihi..
Habis yang tu, sambung dengan sesi back-breaking 'menyiang' 1/4 kilo bilis (beli bilis yg dah 'siap dibersihkan' tapi masih tertinggal macam2 yang tak sedap dipandang mata). 4 jam bertafakur depan bilis aje, ohh what a bore.
T mintak dibuatkan puding semolina (nak makan puas2 yg sejuk kat rumah) dan sambal ikan bilis kering untuk bekalan balik kemarkas. Nak menyukakan hati anak, Uminya pun berjanji manis semanis madu "beres".
Buat kerja yang dua tu PLUS buat kerja rumah yang biasa dibuat really meletihkan so afdal rehatkan badan dulu sambil golek2 tengok konsert akhir AF. Boleh buat puding lepas tu tapi I mampu merancang, as in no time at all I terus belayar ke Terusan Suez naik kapal wap! zzzzz....
KALAU tak kerana mimpi ngeri, pasti tak terjaga awal. Kan I patut buat puding? Kalau lewat, camana puding nak sejuk gigil2 dalam esbok sedia untuk dimakan seawal pagi. Kalau T keciwa, I juga akan rasa keciwa (sedangkan I dah berjanji manis, kan?).
MIMPI ngeri katanya tadi? Memang ngeri pon! Kes mimpi dalam mimpi. I mimpi I sedang tidur tapi I yang dalam mimpi tu tersedar kerana bermimpi ngeri. Konpius?
Dalam mimpi tu, I tidur kat tepi laman, open air. Bila terjaga (sambil pegang sebiji bantal); mata terus terpandang berbiji2 durian berterbangan melayang2 tanpa arah tujuan. Sempat pulak tutup muka dengan bantal tu, kononnya perisai, haha..
NASIB baik terjaga sebelum dihempap durian. Terjaga aje teringat kat puding terus bingkas menonong kedapur. Kacau puding sambil genyeh2 mata, nak nangis rasa. At last siap juga. Pukul 4 pagi esbok dgn senang hati menyambut kedatangan puding. Walla!
TULAH asyik cerita pasal durian, kan dah mimpi durian juga? Nasib baik tak cacat kena hempap durian. Adakah mimpi tu sebagai petanda? Semalam tengok cerita dinosaur, nasib baik tak mimpi ditelan dinosaur.
MISI AHAD:
Beriya2 masak itu dan ini. Niat nak berdalca tak kesampaian sebab misi menyambal mesti dibuat segera. Setiap kali bila T on study leave, sambal bilis garing mintak dibuatkan untuk bekalan balik kemarkas. Period mengulang kajinya, dia akan jadi beruang, tak tengok dunia luar. In hibernation kekdahnya.
Pagi tiba rumah, petangnya dah balik kemarkas. Dipendekkan cerita, masing2 puas hati, baik yang memberi maupun yang menerima.
Berakhir sudah cerita dihujung minggu ...
INSYAALLAH akan ke RD selama beberapa hari. Agaknya buah yang banyak durinya tu menunggu2 kedatangan Mem tak?
.
NOTE: Blogspot.com memang tak minat lagi nak jaga hati pengguna. Hari nih tak boleh load gambar walhal tulah yang menjadi kesukaan pengguna, tul tak? Penat aje orang snap2..
.
4 comments:
Kalau ada buah tu, kongsikan la dengan kakcik. :)
Bercakap tentang dihempap durian....my sisiter pernah dihempap durian atas kepala semasa dia berjalan2 dlm dusun durian nye. Nasib baik tak serius tapi brpusing2 jugak kepala!
So u better watch out too!
Lagi Nunggu-in duriyan ya buk ya...?
Masih ada ka?
KAKCIK
Insyaallah boleh dikongsi. Diharap yg masih ada kat pokok tak dikebas dek kaum :-(
LEEZA
Can imagine the impact, berduri2 some more. Masa I kecik2 dulu, ada sorang jiran kena hempap sebiji kelapa. Kenoneng juga dia and it seems dia terus whacko. Wallahualam.
AKAK
Masih nunggu-innnn... nggak mao givap lagik. Doakan masih ada yg bergantongan.... (ooops! bergantongan?).
Post a Comment