Wednesday, 14 May 2014

My so-called French Chateau@RD, IG, blogging...

Assalamualaikum...

Hari nih bercita2 nak pulun 10 gulung entry kedada Al-kisah tapi bila dah kenyang akibat melapah sebiji mangga, teruslah jadi ular kekenyangan. Tak sangka sebiji mangga can do wonders.

Apasal nak salahkan mangga sedangkan for breakfast tadi I dah makan sekeping murtabak sebesar tapak tangan. Oooops, terlupa!

Kali nih makan mangga bukan sopan macam perempuan Melayu terakhir. Naluri hari nih is the rugged naluri. Takde nak potong molek2 letak dalam pinggan dan menyuapnya guna garpu comel atau toothpick.

Tulah, tetiba teringin ulangi sejarah silam.. teringat seketika dulu I pernah buat hal yang sama. Kongkang sebiji mangga dengan nikmatnya sambil mencangkong! Masyaallah.

Lepas kejadian tak bermoral tu barulah I sedar diri, perlakuan yang tak disengajakan tu adalah pembawakan budak (dalam pewut). Nasib baik juga budak yang dalam pewut tu membesar bukan kerana makan mangga. In other words, dia tak minat mangga. Bagus jugak ek?

Jam dinding dah menganjak kepukul 2.22 petang. Kononnya ada hati nak masak capati tapi mood nak executekan niat tu belum padu lagi.

SEJAK penggunaan IG lebih mendapat sambutan, I perhatikan ramai para blogger dah malas/ hilang minat/ untuk terus berblogging. Bersangka baik ajelah apa pun sebab musababnya.

I ada IG, hehe.. Tu pun baru 2-3 bulan aktif. I follow 2 'orang' tapikan tapi nasib tak menyebelahi, tup2 sorang tu tutup pintu IGnya ketat2. In other words, dia sudah block sama wa.

You tanya apa dah I buat sampai kena block? Hmmmm.... biarlah luka dihati ku baluti sendiri, harharhar... #malaslahnaksentap! #tapikecikatigak

I boleh conclude bahawasanya orang yang suka komen tentang kekurangan orang, memberi nasihat hingga orang terkesima mendengarnya, mengaku dia telus tak suka berselindung, tak hipokret blablabla SEBENARNYA dia pun sama tak boleh orang lain komen tentangnya, tak boleh menerima pendapat orang, blablablaaa lebih2 lagi dia tau dirinya diterima masyarakat. #Ilostrespecttetiba

OKlah.. sebelum I kedapur menguli capati, sajalah nak tampal 2 gambar kelam untuk tatapan/kenangan anak cucu cicit.


Pandangan dari dapur RD

At last dapat juga tengok RD
dari opposite direction
(ambik masa setahun untuk kesana, punyalah jauh, haha)
walhal 10 minit dah sampai

Tengok RD dari jauh membangkitkan perasaan seram sebab dikelilingi pokok2 yang I anggap mini hutan rimba tapi dah setahun lebih ON OFF duduk disana, perasaan tu kian hilang except pada malam Jumaat ....

Hah! apa ada pada malam Jumaat?

.

Tuesday, 6 May 2014

Budak nak exam ...

Assalamualaikum ...

Dah seminggu tak dapat berkarya dengan sewenang2nya sebab pejabat AlKisah (alah, kat meja makan jer, haha..) dah dikuasai oleh budak yang sedang hangat mentelaah for her final exam. Final here means real final. Lepas nih bolehlah cari kerja kasi duit kat Umi banyak2, boleh Umi bersyoping kat sini...


Yalah tu nak bersyoping kat tempat hi-class cenggitu. Pergi JPO dua kali pun tak terpijak kaki nih masuk kesitu. Kita tau siapa kita sebenarnya. Ukur baju dibadan sendiri kekdahnya tapiii...kan, tak pernah pulak I ukur baju kat badan sendiri bila nak buat baju. Tailor yang beriya2 ukurkan... har3.

TB kata takperlah tak tengok tv, kita berkorban sikit. O-kay kita berkorban (apa saja tapi I nak tengok Jodoh2 kejap boleh tak? hmm..)

Bila mem besor tak dapat tengok siaran tivi maka terpaksalah dia cari sumber lain untuk hiburkan hati. Selain baca sokabar (topik terpilih aje), selak2 majalah, ziarah fb kejap, ziarah blog sendiri (yg dirindui) dan masuk IG orang ikut laluan gelap, oooops; dia juga terpaksa hiburkan hati dengan mengunyah!

Berzikir? yalaaa... sambil mengunyah pun boleh berzikir, kan?

masin-manis-garing to my liking
Kesian bila tengok dia mentelaah at odd hours. Ada kala tersenggok2, ada kala terlentok kepala atas meja. Nasib baik takde lelehan air bateri, hehe. I tau dia gigih berusaha. Dalam masa yg sama dia masih beruntung kerana doa Umi & Abah tak lekang dibibir.

siap dengan tumbler air depan mata

Cara budak nak exam hiburkan hati bila dah mengantuk atau bila minda dah tepu...




Snacks berbagai rupa (buat sementara waktu khasiat tolak tepi). Tu belum lagi dengan cokelatnya, dengan biskutnya..

By end of the day "ehhh... T dah gemoklah". Haaaa... dah tu?
.

Saturday, 26 April 2014

26 Jamadilakhir = 26 April 2014 ...

Assalamualaikum ...

11.15pm
Baru aje habis masak seperiuk kecik sup daging. Bahan pemuai hanyalah kentang, tu pun sebiji aje. Siang tadi keGiant membeli-belah barang dapur tapi terlupa beli kentang sebab tergesa2 menghantar barang yang berselirat dalam tangan ditimbang dulu sementara orang belum ramai beratur.

Tiba rumah aje baru teringat belum beli makanan ruji siBit2 so terus aje capai kunci kereta kekedai (terlanjur masih senonoh berpakaian; kalau dah salin uniform rumah, memang bercinta nak keluar lagi). Sempat pesan 1 tong gas (hantar kerumah).

Selalu keMydin aje tapi ada baiknya juga sekali sekala bertukar tempat membeli belah. Kalau tak maka taklah tau harga makanan kucing kat Giant boleh dapat murah dari biasa. So kesana aje setiap minggu hanya nak beli makanan kucing seberat 7kg/peket. Kali nih dapat pulak 1kg percuma. Alhamdulillah rezeki kucing.

Ada promosi dishwasher yang memang I beli sejak azali so apa lagi, I hangkut 3 botol sekali (limited 3/person). Dapat pinggan percuma dan beberapa sachet dishwasher. Bila redeem resit for the free plate, penjaga counter hulurkan sebatang lidi satay. Disuruhnya kita cucuk sebiji belon dari banyak2 belon sampai meletop. I pun cucuk satu, ohh mak kau!! Terlatah plak, haha..

Meletop aje belon maka tersembur keluar kertas kecik yang siap tertulis 'hadiah' yang bakal dibawa pulang peletop bertuah. Oh yess, memang sangat bertuah sebab I dapat pena mata bulat, jenama Mont Blanc lagi! Diharap takde siapa yg jeles dengan nasib bertuah I kali nih. Nanti I show off the pen in my next entry, ok?? heheh..

BILA boot dah penuh dengan bahan basah/kering, adakah I akan bertukar jadi MsLawson pung pang kat dapur? Kebetulan pulak takde air so I know you knowlah, kan? Tapaulah jawabnya. Tu sebab malam nih makan roti Perancis cicah sup daging aje. Lagi simple lagi I skerr...

LATELY tak miss beli nangka madu, nenas Dole dan keledek. Beli nenas 2 biji dan 2 jenis keledek. Beli juga pisang; how can I not buy pisang? Kesian, nanti kecik ati pulak dia. Lagi pun ada budak sorang tu teringin nak makan kek pisang kukus. Insyaallah akan dipertimbangkan.

2 MINGGU lepas I teruja buat berbagai jenis kuiz diFB. Maklum I'm a lady of leisure, mana boleh buat kerja berat2, kaan? haha.. Salah satu kuiz 'Kalau I jadi buah, I akan jadi buah apa'. Keputusannya macam dirancang2 pulak, har3.

Auwww.... !

BILA buat kuiz tentang 'warna'. Since I kurang suka kuning, I buat kuiz sekali lagi, terus jadi biru. I report kat TB tentang perkembangan isterinya yang macam takde kerja tuu ...

Dengan sekelip mata TB jadi nujum pak belalang, woot woot. Kata NPB, warna luaran I ialah kuning tapi dalaman warna biwwwuuuu... Maybe betul telahannya sebab siapa lagi yang lebih kenal I selain dia yg ku kahwini sejak zaman the Stylistics, kaan u all kaan?

OK NOW barulah sedap nak bukak rahsia (kononnya). Tajuk kat atas tu ada makna yang tersirat. Hari ini dalam sejarah kekdahnya, hehe.. This latest entry is to commemorate my wedding anniversary yang keberpuluh2 tahun today, alhamdulillah.

AKHIR kata,


Kejayaan perkahwinan bertahan lama.. takde lain selain dariNya juga namun sebagai manusia kita perlu berusaha dan ikhtiar supaya perkahwinan bertahan lama. Kalau sebaliknya berlaku, tu pun dariNya juga, wallahualam.

.

Friday, 18 April 2014

Keledek, dalca dan .......................


masa umur 4 tahun
Assalamualaikum ...

Takde nak cerita apa ... takde.... memang takde...

Tapi kalau nak cerita pasal AIR, boleh jugaklah... hehe..

Today, tomorrow and day after (till 9am) got no water so I pun bersiram bersyampoo bagai at 2am sementelah dah berpeluh2 menadah dan mengangkat botol2 air berkapasiti 5 liter, phewhh.. penat ok?

Komain lagi exaggerationnya macamlah angkat air dari perigi buta sebatu dari rumah; atau hangkut air dari bawah naik ketingkat 12. Syukur alhamdulillah tak merasa semua tu tapi sangat simpati pada yang terpaksa mengalaminya.

PAGI tadi rebus keledek kulit ungu isi kuning dan masak samtum bilis. Niatnya untuk menggembirakan sang suami makan masa bfast tapikaaaan tapi, tak dimakannya pun keledek tu dengan my delish samtum bilis.

Menurut beliau, cewah.. samtum bilis afdal dimakan dengan ubi rebus. Ehhh... ye ke gitu? Atau I yang memandai dan memang pun pandai? heheh..

Anyway, I was enjoying myself alone sambil terkenang drama Combat, boleh?

siap effect minyak meleleh lagi, haha..
Sebenarnya I lebih suka keladi dari keledek tapi agaknya faktor hormon dah berubah menyebabkan tetiba suka makan keledek? Sebenarnya minda nih dalam fasa 'berangan'. Berangan makan keledek dari kebun sendiri kekdahnya...

Tulah padahnya suka tengok Screening Humanity! Orang2 Korea yang duduk jauh dari bandar memang pantang ada tanah kosong sebab pasti tanah tu dimunafaatkan. Minggu nih mengisahkan keluarga Wansu yang gigih menanam buah peach, apple dan cili.

Wansu juga bijak meng-invent alatan untuk kegunaan berladang. Memang terelah this Wansu, so admire him. Berbagai alat yang direkanya tapi nak sebut satu aje. Satu hari tu, Wansu kinda gelabah risau dan marah bila dapati khinzir liar (KL) dah makan buah epal. Makan buah sikit2 tu kira halallah kan? tapi siKL tu siap nyondol2 pokok2 epal sekali.

So Wansu invented satu alat untuk menakutkan KL tulah. Alat tu ... sila bayangkan wire, punat bla2.. attached pada sebiji payung (boleh muat 2-3 orang berteduh tatkala hujan). Bila siKL terlanggar alat tu, akan berkumandanglah bunyi siren 911 dan dalam masa yg sama payung tu akan terbuka luas.

Dapat bayangkan betapa terperanjat-berok siKL tu tak? Haha.... padan  muka dia.

BTW, Wansu is a true blue Korean (takde kena mengena dengan sesiapa yang namanya berpangkal Wan let alone chef Wan).

SEBAGAI bukti kata dikota, ehem...

Dalca tanpa dhal yang baru dimasak - agak cair
   
Dalca berusia 1 hari dah pekat sikit
Makan roti canai cicah dengan dalca yg dah 2-3 hari dimasak sangat dialu2kan sebab bahan2nya dah sebati. Mungkin tahun depan boleh buat lagi sebab lauk nih bukan kegemaran anak2.

Al-kisah
Kenangan hari Jumaat setahun dulu ... bersesak2 dan berpusu2 memanjat 4 tingkat tangga sementelah escalatornya rosak. Dugaan yang amat namun kemanisannya masih terasa2 padat diminda. Tulah satu2nya hari Jumaat diberi peluang mengerjakan solat Jumaat diMH, alhamdulillah.

AKHIR kata, nak tanya sikit boleh? Ada sesiapa yang sengaja atau terponteng solat Jumaat hari nih tak?
.

Tuesday, 15 April 2014

Berdekad-dekad-dekad tak jumpa ...

Assalamualaikum ...

Malam semalam masak bihun soto dan kuahnya guna paste segera aje. Sepanjang catuan air tak payahlah nak berkira sangat apa yang dimasak atau dimakan. Janji kenyang dan tukang masaknya tak tension. Kalau nak lagi senang, beli ajelah. Macam tak biasa pulak, haha..

Pagi tadi makan lebihan bihun soto, 1 mug neskopi-o dan sebiji kapkek susu.

agak dramatik keadaannya bukan?
... tapi ada aje yang spoilkan keadaan, menciii!!


Kenapa mesti camca tersentil cenggitu? Kasi chanlaa orang nak jadi Koperfil kejap.


HARI nih hari gantong periuk sebab Ndja dah bermurah hati nak belikan beberapa bungkus mee rebus (yang bukan calang2 punya mee rebus sebab ia membawa kenangan silam yang indah tatkala menyuapnya).

AHAD lepas ...

CAUTION: Please do not leave your valuables or bags unattended

Hari menyambung silaturrahim yang terputus berdekad2 lamanya. 6 ladies of leisure having a good time.

Belum sempat warm up bercerita tup2 datang live band kemeja kita. Diorang sanggup menyanyi apa juga lagu yang kita minat so kita mintak satu lagu "yang sedap dan meruntun jiwa", haha..

Lagu 'Haryati' berentak keroncong didendangkan untuk halwa telinga mak2 dara, down memory lane kekdahnya wpun lagu tu bukan dari era kita. Masing2 mendengar dengan khusyuk, fefeelinglah kejap.

Diorang masih teruja nak menyanyi tapi kita kata cukuplah, terima kasih daun keladi kerana mendendangkan kita lagu sedap. Mak2 dara tak biasa dengar live band performing depan mata, dengan bunyi2an kuat. Kita nak berbual dalam keadaan aman tenteram. Kalau cakap jerit2 nanti by end of the day, leher mak2 dara bertukar jadi leher ostrich! Dah tak anggun lagi, kaaan? haha...

The mak2 daras yang pemaluus..

SEBELUM menikmati mee rebus, I nak kongsi samting...


Untuk yang 'rajin' macam I dan teringin nak makan kueh lopes deSequeira, jom ramai2 kita beli aje kat pasaraya sebelah rumah. Disamping lopes, kelapa parut dan gula melaka disediakan juga.

Verdict: Berbaloi jadi 'rajin', hahaha...
.

Friday, 11 April 2014

1 pot dish blablabla ...

Assalamualaikum ...

Dah musim air dicatu maka tak dapat tidak nak juga cerita pasal air, air as in water. Lainlah masa jerebu dulu, 'air' bukan pasal water lagi dah tapi pasal udara. Hmmm.. perlu ke I tulis nih?

Anyway ...

Khamis: Bekalan air terhenti pukul 10 pagi. Pulaslah sampai nak rak, 'ada aku kisah?' kata sipili air. Pukul 4 ptg hari Sabtu (esok) baru ada air, grrr... *sambil urut dada*.

Blessing in disguise juga bila air dicatu (secara tak langsung kita lebih disiplin macam ada dead line gitu). Dan 'paling best' masa memasak. Nak jimat air maka masak ala kadar aje namun tidak kompromi pada halalan toyibahnya, ehem..

BILA perlu stemet air, kuasa veto menentukan masak 1 lauk aje. Sepatah kata omputih 1-pot dish (santapan lunch n dinner sekali).

Nasi dan lauk beriani
Nasi digarap dari 3 jenis beras (beras siam wangi, Maharani n Kohinoor basmathi). Kalau tak sedap, sengajalah kaaan? haha... *nasib baik mabeles* (cakap dlm ati aje, so taklah sounds riak, kan?).

Since ada yang suka/tak suka ayam/daging maka the ohh-SOM chef bertindak konon2 bijak dengan menyatu-padukan ayam direban dan lembu dikandang dalam satu periuk buatan Perancis, hic!. Telur rebus dan kentang dicampur sekali supaya effectnya nampak debaboom! Nak tambah lobak oren tapi kesian pulak siBit2 takde makanan pulak dia nanti.

SAJA nak kongsi... Nenas Dole memang manis kejadiannya maka sesuai sangat dijadikan pencuci mulut. Sesiapa yang anggap dirinya kurang manis (macam I), sila beli dengan kadar segera, ok?

Semanis Mem... (BBPJ)
Kopek kulitnya dulu (obviouslylah kan?) then chop chop chop, nihlah hasilnya ...

Sedap dimakan begitu saja
Nenas dah memang manis tapi tak melanggar akta negara kalau taburkan sikit gula & garam. A dash or two will do.

TODAY's menu will be another 1-pot dish. TB cadangkan masak dalca aje. Untuk memantapkan selera maka haruslah digoreng ikan masin. Kebetulan baru hangkut ikan sepat masin dari RD hari tu.. Nyumm...

TENGOKLAH nanti samada 1-pot dalca akan menjadi kenyataan seperti yg digembar-gemburkan. Diharap taklah rupanya macam warong-bought dalca pulak..

SEBAGAI penutup entry pada Jumaat yg mulia nih...

nampak tak?? nampak tak?
Saja nak kongsi keterujaan ... ayam hutan tu dari 2 ekor dah jadi 6. Idea liar CikSom 'ingin mengembangkan perniagaan ayam hutan' keserata Malaysia tapi bila terkenang cerita seram dari kawan blogger tentang adik dan kawannya pergi memburu ayam hutan (dihutan), sekonyong2 adiknya punya kawan ternampak ....... *gulp*

Anyway, it's up to your imagination 'nak nampak apa', hehe... Apa pun, I dah kensel niat berniaga ayam hutan *sambil humming tune TualiteZon*.

Hingga jumpa lagi, insyaallah.
.

Wednesday, 9 April 2014

From purple to lebam! ...

Assalamualaikum ...

Hari nih busy sikit sebab ada AIR (tapi tetap nak menyengeh juga). Buat kerja rumah yang ada kaitan dengan air; kalau hari biasa takde catuan air, jawabnya adalah 'jom procrastinate'.

Al-kisah ...
Geram bila tengok orang2 Korea merebus keledek dan memakannya panas2, so dari geram terus teringin. Bila dah teringin kenalah cari sendiri; lainlah kalau tengah mengidam anak sulung, dah tentu I paksa bapak budak carikan hingga keKorea Timur, haha..

Mencari keledek purple keMydin sensorang. Kira ngidam jugalah nih sebab nak yg purple juga. Memang nasib baik sebab yang purple aje yang ada (keledek Jepun bukan Korea mari).


Google: white flesh, purple skin
Verdict: manis dan empuk (chewy sikit). Part chewy tu yang beshh...

Macam tak puas makan yang tu so dibeli lagi yang purple juga. Dah seminggu keledek duduk diam membisu dalam basket. Kalau biarkan aje sure bercambah akarnya nanti. I memang famous bab2 menyimpan 'hasil tanaman' sampai berakar umbi, haha..

Last weekend masa ke RD, keledek tu dihangkut sekali. Say no to pembaziran, cewah.

Masa keledek direbus, air rebusannya jadi tersangat purple. Patutlah pun sebab isinya juga warna purple. Waaah...terkesima kita!

Google: inside out purple

Bila dah tengok isi keledek warna purple, niat nak makan begitu aje bertukar serta merta. Yesss... gitulah kalau mood rajin dah mai..


Memang jarang buat kueh keria sebab tak reti nak menyira dengan jaya. Bila masa nak menyira tu, my lil brother yang ajar cara2nya, haha..

Pastu Ndja menyelah "macam tebal ek?" lalu dijawab "tak kuasalaa nak gentel banyak2. Nak goreng lagi so tulah jadinya".

Dengan keringat masin yang dikeluarkan tu, dapatlah 7 biji keria lebam. 3 untuk TB dan 4 untuk Mem.

KALAU rajin nak buat kueh keria guna labu pulak. Sama2lah kita saksikan satu persatu kejayaan yang ditempa oleh CikSom, ekekeke.. (bila buat kueh keRIA aje dibenarkan jadi RIAk, heheh..).

.

Tuesday, 8 April 2014

'Air' supply ...

Assalamualaikum ...

Catuan air fasa 4 dah bermula sejak 4/4. Hari Ahad/Senin terpaksalah kita guna air tank dan air yang ditadah. Guna air dengan penuh hemah kekdahnya. Tersangat hemah hinggakan takde aktiviti meriah didapur (no cooking) dan kalau boleh tahan 2 hari, takyahlah layan nature's call yang besaq tu, boleh?. Stemet air, hehe..

Mengikut jadual, pukul 4 nanti baru ada air semula. Takpe, take your time ...

Petang semalam hujan komain lebat lagi. Air hujan tak disia2kan meresap kebumi. Tadah punya tadah dapatlah 3 baldiful. Air yg ditadah tu khas untuk kegunaan mereka yang berkaki empat. Alhamdulillah.

KAT sini air kena catu tapi kat RD belum ada catuan lagi. Air paipnya masyaallah tabarakallah, bersembur2 keluar mengalahkan limpahan air terjun Kota Tinggi. TB ajak kesana lagi this weekend but I am not that keen.

Not that keen sebab disini ADA AIR tapi sebab sebenarnya adalah rahsia! (kononlaa).

Tapikaan, kesian pulak kalau dia drive sensorang. Kalau terngantok ke, sape nak hulurkan kacang nanti? Tu kan salah satu objektif isteri mithali, kaaan? Tak pun, dia memang perlukan co-drebar disisi, a reliable one.

Jadi co-drebar sebenarnya stressful juga sebab takde peluang nak lentok2 lelap. Pendek kata level of alertness sama gak macam sidrebar. Tulah sebabnya afdal sediakan payung sebelum hujan biar sentiasa alert;

ada rupa 'payung' tak?

Kejap aje kereta bergerak I dah capai botol air. Perangai cam budak2 ek? sikit2 kering tekak, haha.. so bila diusik "belum jauh lagi dah haus?". Orang menjual, kita membeli kekdahnya "kena aktif kalau tak I tidur kang" ...haha..

PALING tak suka bila berselisih dengan bas. Berselisih takpe juga, tapi bila rasa kita disondol dari belakang, tu yang tak sker tu..
gerun!

Perjalanan yang sama saban bulan belum membosankan diri ini yang cepat bosan berada lelama dalam apa juga jenis kenderaan. Bila pikir bosan, jadilah ia bosan tapi sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat supaya tak bosan. Semua orang mesti tau camana, kan?

AKHIRnya selepas lebih kurang 2 jam dalam perjalanan, apa lagi yang perlu diucapkan setelah selamat sampai kedestinasi?

Alhamdulillah ..


NOTA KHAS: tak keen nak ke RD sebab kita ada date dgn kengkawan yang dah berkurun2 tak jumpa. Kinda excitedlah nih tapi berharap sangat kalau dah lama tak berjumpa, jangan pulak ada 'spoiler' yang menegur dengan kata2 negatif. Etika bertemu kawan lama harus dijaga dan terimalah memasing seadanya.

"nak pakai baju apa ek?"

Nota: From 'Tajukless' changed to 'Air' supply.

.

Tuesday, 1 April 2014

Monologue ...

Assalamualaikum ...

rasa sebak dan sayu
Dalam entry terdahulu I memandai buat andaian kapalterbang yang hilang akan dijumpai pada hari ke-10. Hari nih masuk hari ke-25 namun keadaan masih tetap sama w'pun usaha mencarinya berlipat ganda.

Wahai kapalterbang MAS yang hilang, kat mana aje awak bersembunyi sekarang?

Kehilangan kapalterbang negara sendiri jadi penyebab I terkesima membaca bahan2 atau berita dari internet/fb (selalu baca sokabar aje). Bahan bacaan dari internet bersandarkan pada fakta, andaian, teori munasabah dan teori konspirasi.

I pun baca dan menghayatinya. Kadang2 tak faham pun terutama bila ada unsur konspirasi. Susah hati/risau pun ada.

SETIAP hari dilaman FB mesti ada cerita panas yang mampu buat kita berwap berasap didada. Apa juga bahan yang dibaca, pandai2lah tapis sendiri, jangan telan semuanya. Dalam pada tu, harus juga baca bahan yang 'agak kontroversi lagi mencabar minda' sebagai food for thought. Biar terkuak sikit minda, sejenak berfikir luar dari kotak tisu, haha.

My FB memang tak aktif. Kalau pun ada interaksi, I cuma suka nak LIKE aje. Masa PRU13 dulu, I tetap bersabar bila baca segala bahan yang berbentuk tomahan/fitnah sebab I tak kuasa 'berlawan mulut' as once I bersuara, I juga nanti yang menyesal serta rasa bersalah sampai terjejas nikmat tidur.

See? I memang takde bakat jadi wakil rakyat. TIMID sangat (sempat jadi penolong ketua darjah aje pun, haha).

... tapi berbeza pulak kali nih. Sepatutnya bila negara sedang alami masalah atau musibah, setiap orang dari kita wajib bekerja sama dan bersatu hati. Bila bercakap atau beri pendapat biarlah sopan. Kalau nak cakap pedas sekali pun, takat pedas guna 5 biji cili padi dah cukup tapi tak begitu jadinya. Keadaannya serupa aje macam ada pilihanraya.

Yang sana menuduh yang sini, yang sini menuduh yang sana. Ramai yang put the blame on other people. Politik juga dikaitkan sama, sigh. Masing2 komain lagi jadi hero. Yang bijak pandai dah tua bangka pun tak menolong menegakkan kebenaran malah seronok mengeruhkan keadaan. Negara sendiri dan keupayaannya diperlekehkan.

Rakyat negara sendiri yang memburuk2kan tu; apatah lagi orang luar. TDGADamn pun!

Maka dalam keadaan runcing macam tu disamping tekan LIKE, I memberanikan diri beri pendapat 2sen sebab dah tak tahan berdepan dengan tahap kebodohan yang disengajakan.

Ishhh... sebenarnya tak mau tulis pasal semua tu tapi tetiba pulak jari jemari nih menginja2 atas kibod. Agaknya dah teramat rindu nak bercakap banyak sorang2 tak?

OK, kita beralih topik2 lain pulak eh?

SEJAK air dicatu, kawasan rumah BikThom masih belum terjejas lagi. Masih boleh mandi shower 4x sehari, lebih2 lagi dalam cuaca panas melekit nih. Berita terkini katanya fasa ke-4 catuan air akan bermula Jumaat nih. Mungkin kali nih kawasan perumahan BikThom akan terjejas sama (tapi diharap tak, amin).

Sekiranya terjejas, kenalah BikThom tadah air sebelum Jumaat tiba sebab mula hari tu selama beberapa hari BikThom n hubby will go for a mini getaway (to where else but RD laa, berhoneymooning for the umpteenth time).

LATELY bila kesana, D&T tak ikut/tak nak ikut wpun kadang2 kesana pada hujung minggu. Berdua tu sibuk dgn hal memasing (dan sebenarnya tak rajin nak tolong Umi bersihkan taik cicak bagai, kaaaan?). 2 minggu dulu kelkatu menyerang. Bila bangun pagi, lantai bersepah dengan bangkai kelkatu. Bila kat sana cik hampagas tak henti2 menyedut. Macam2 yang dithedutnya, good gal..

3 WEEKS ago on our way to RD (a sight that could not go unnoticed, cewah).


Amacam? Nampak terer dan daring tak budak pempuan tu? Sengaja cari pasal letak sling bag kat belakang badan. I (yang kepo nih) terasa gerun menengoknya. What if ada peragut2 bersiri menunggu peluang?

Psst.. ambik gambar dlm keadaan motor dan kereta bergerak, not bad ek? (ek?ek?ek?) hahaha...

Bila berdua, masak yang simple2 aje. Kalau tak masak, jjcm kat Mydin. Kat RD pun ada Mydin. BikThom dan Mydin tak dapat dipisahkan gitu, hehe..


Since sekarang dah minat bangat dengan sweet peas maka apa juga masakan (yg munasabah) akan dicampur sisweet peas (selagi takde siapa kata dia dah muak).


Nih kira masakan paling mencabar malaslah nih. Guna bawang putih, sos tiram dan sikit garam. Kalau rajin dan bahannya ada, campakkan udang atau masak sekali dengan cendawan enoki. It's up to you laa.. sker ati awak nak buat camana.

Bila dah berkemas dan takde kerja lain nak buat, maka melilaulah mata nih disekeliling rumah. Aktiviti skodeng bermula ...


'pheasant' rupanya ...

Ayam berdua tu selalu cari makan bertiga tapi malang tak berbau, sekor dah kena langgar bila menyeberang jalan. Innalillah :-(

Somehow I sangat teruja bila nampak benda2 yang tak selalu nampak bila duduk dibandar. Lagilah teruja bila dua ekor nih datang mencemar duli (awww.. I feel touched).


Gambar tak terang tapi ada unsur artistic value tu, heheh. 2 ekor hornbill atau enggang singgah bertanya kabar pada BikThom. Auwww... REZEKI datang berbagai cara dan rupa, alhamdulillah.

Sekian dari empunya cerita. Have a nice day.

.

Friday, 14 March 2014

MH = ?

Assalamualaikum ...

MH = memang hairan
MH = memang haru
MH = memang horror
MH = memang (ada) hikmah

I kecik hati bila Malaysia dan MAS dipersendakan. Yang mempersendakan tu orang2 kita juga. Orang luar jangan cakaplah. Memang cari peluang!

China keluarkan kenyataan tak benar. OK, diorang dah pun minta maaf tapi tak terbaca pulak China kena SEMBUR dari kuasa2 besar dunia?

Banyak yang nak dileterkan tapi cukuplah tu. Kita nih bukan siapa2 pun.

PENDAPAT PERIBADI: Kapalterbang akan ditemui pada hari ke-10, insyaallah. Ini bukan spekulasi tapi pendapat peribadi yang bersandarkan pada 'sesuatu' sambil kusyuk berdoa mengharapkan keajaiban berlaku.

JEREBU semakin menjadi2. Sedut udara berulamkan asap bakar sampah kekdahnya. Dapat pulak selsema. Bersin bukan reti sekali dua tapi berangkai2 5-6 kali. Bersin berkali2 waktu solat adalah bahaya (sama juga bahayanya ketika batuk). Kenapa? rahsia wanitalaaa, kenot tell.

TODAY I am on MC, sendiri approve (so acara memasak ditunda dulu). Tengah lapar sebenarnya nih. Sekeping roti, sebiji suji dan secangkir kopi masa breakfast tadi. SAH tak lama kenyangnya..


Suji dimakan dengan roti, macam makan sandwich. Bukanlah sedap sangat, haha tapi dek kerana nak mengimbau zaman kanak2 punya pasal, layankan juga. Terbayang2 muka bai roti yang datang setiap petang dari laluan pintas belakang rumah (tepi dapur).

SESI JJCM 2 hari lepas dengan TB agak bercanggah. Nasib baik tak bertumbuk, har3 ganaz. Dia nak makan ayam, I pulak nak makan nasi. Tak baik bertelagah sementelah dia yang nak belanja maka dengan senyum riang I pun mengalah.

TB mengharapkan ayam dalam balutan (wrap) tapi takde rezeki sebab promosi hanya untuk sebulan.

Gambar arkib dated 23.1.14

TB beratur menunggu giliran sementara I mencari tempat terus aje duduk . Romantik tak? haha..


Tu cara pemakanan baru yang dirombak oleh SAYA sorang. Selalunya roti tak habis dimakan. Kena cari cara lain supaya tak membazir bersekongkol dgn syaithon so roti dibelah dua... bubuh coleslaw, mashed potato, ayam dan cili sos, jadilah ia sandwich.

SEJAK dua menjak I suka sangat masak sweet peas. Goreng ala kadar gaya orang malas pun dah OK. Kemanisan peas sama terserlah dengan kemanisan orang yang menggorengnya, hahahaha... jokinglah! Tapi takde gambar nak share.

Yang ada cuma gambar lauk kacang panjang menggerutu. Goreng lebih kurang aje kalau suka rangup bila dikunyah. Bunyi krap krup .. meriah taw.

Bukan kacang panjang biasa

NAK SAMBONG berleter (baru teringat). Orang kita bila cakap omputih kena perli, kena kutuk. Well.. dah bahasa tu bukan bahasa kita, so what? Untunglah dapat juga AWAK (bukan awak yang membaca entry nih) paham dan tak perlu mengheret juru bahasa.

Saluran CCTV ada menemu-bual sorang AMOI dari negara DIA. Ada PhD lagi tapi bila bertutur BI, bunyinya OMG! and yet she was being asked about our missing plane. Didnt help at all! Buat telinga sakit sebab terpaksa kuak2kan telinga, haha..

And last but not least, kalau ada peluang nak aje I beritau Masterchef OZ yang sorang tu. Kita sebut belacan as BELACHAN bukan BELAN-chen, fehemmmm??

Note: tengah geram sebenarnya nih so takdelah nak proof read TAPI mood tetiba melompat2 kijang sebab Ndja datang bawak nasi dan bermacam2 juadah. Alhamdulillah n may Allah bless her always. Muah..

.

Tuesday, 11 March 2014

Science Technology vs Kuasa Allah ...

Assalamualaikum ...


Kita yang tidak terjejas secara langsong dengan peristiwa terkini negara/dunia turut merasa kesedihannya dan setiap hari harapan kita diperbaharui dengan harapan positif. Harapan yang digalas dari doa.

Bagaimana keadaan mereka yang berada dalam kapalterbang semasa 'kejadian' yang tak diingini berlaku?

I anak beranak berbincang mengenainya dengan berbagai andaian. Andaian mengikut logik, tak lebih dari tu. Terpacul dari mulut menyampaikan rasa dihati pada TB semalam tatkala dia menggosok baju "I rasa 'xxxxxxx' dengan apa yang berlaku". Alhamdulillah jawapannya I dapat pagi nih..

RASA bersyukur kerana terbukak hati menonton MHI. Bekas ketua juruterbang 777-200 diundang menjadi tetamu istimewa.. Apa yang dikongsinya memang tersangat istimewa!

Dalam banyak2 yang dibincang dan diperkatakan, I tersangat ingin berkongsi kata2nya disini dengan sesiapa yang tak berkesempatan menonton tadi.

Quote:
"Kita, terutamanya Msia berada pada satu tahap, keadaan kehidupan yg mana semua rakyat Msia begitu taksub dgn teknologi
anak2 kita, diri kita, orang tua kita.. semua orang, semua bangsa, semua agama telah terlalu taksub dgn teknologi dan mengeluarkan andaian sendiri mengenai segala perkara yang menyebabkan kita lihat negara kita dalam keadaan yg kita sendiri tak faham hala tuju rakyat ini.

Allah sw melalui perkara yg berlaku memberi amaran kepada semua, disini dan juga seluruh alam, hati2lah diri kamu mengenai harian kamu, pemikiran kamu, perbuatan kamu dan langkah kamu
Allah Taala telah memperbodohkan semua dengan peristiwa ini
percaya? kita lihat semua orang buntu
dalam press conference buntu
journalists mengeluaran soalan buntu
jawapan yang dikeluarkan juga menyebabkan soalan
bukan memberi jawapan
kebuntuan ini datang daripada? (Allah)
Tu sebabkan tadi.. manusia telah lari drpd maksud hidup, lari drpd janji Pencipta
tapi dgn berlakunya perkara ini, rahmat Allah
rahmat Allah untuk semua orang kembali kepada jalan asal
jalan yg akan menyelamatkan diri dan juga umat ini
jalan yang kita semua tahu dan semua orang lain tahu
bangsa apa saja, agama apa saja
mereka juga akan dapat munafaat daripada jalan asal ini
dan akan menyebabkan persatuan hati, kasih sayang semua orang
inilah dia HIKMAHnya
kembali kpd Pencipta dgn penuh rendah diri, kita perlu rendah diri
orang yg berpengetahuan agama perlu rendah diri
perlu menunjukkan kerendahan diri

Kita minta keluarga untuk doa khusus
sembahyang taubat mintak ampun keluarga mereka
dan pujuk rayu Allah subhanallah wata'ala
dan ketika inilah rahmat Allah akan turun dgn penuh kasih sayang
dan akan menyelesaikan masalah semua orang
yang kena mengena dengan perkara ini".


Nota: Alhamdulillah apa yang beliau kongsikan sangat terkesan. Terima kasih Capt. You made my day.

.

Friday, 7 March 2014

Masak apa hari nih? ...

Assalamualaikum ...
"tak jawab berdosa"
Ayat sebaris tu mengingatkan I pada anak jiran Teh. Dia meninggal ketika umur 9 tahun kerana kemalangan jalanraya semasa berjalan kaki kekedai gunting rambut. Jarak rumah dan kedai taklah jauh.

Ayat tu ialah ayat gurauan manja pada Mamanya tak kira masa dia akan memberi salam. Somehow I terlebih ingat pada aruah (sah menjadi ahli syurga).

SINCE TB perlu makan dulu sebelum kemasjid/opes, adalah afdhal I bersiap sedia awal dengan bahan2 yang perlu dimasak. Baru aje masak nasi. Ayam dan daging dah pun lembik, hehe. Apa taknya dah dikeluarkan dari freezer sejak pukul 9 lagi.

Thought of cooking something simple.. sup ayam n begedil daging. Kentang dah pun direbus (selalunya kentang digoreng). Bila bersihkan ayam tadi, macam terdengar2 ayam tu kata "jangan masak sup, masaklah lauk lain" .. ewahhhh? dah pandai mencadangkan pada chefkah?

Hmm.. kalau tak masak sup, nanti takde kuah pulak. But I kinda agree dgn cadangan siayam tadi tu. Rasa cam nak kensel masak sup sebab teringin nak masak ayam ponteh..

Bahan-bahan:
■180ml minyak masak
■300gm bawang merah
■10 ulas bawang putih
■150gm pes kacang soya (tau cheong)
■1kg ayam dipotong kecil
■10 cendawan kering cina, direndam di dalam air mendidih
■1 liter air
■3 biji kentang dibelah empat
■2 sudu kicap cair
■1 sudu kicap pekat
■65gm Gula
Garnish.
■1 tangkai daun ketumbar

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih selama 10-15 minit. Tambahkan pes kacang soya jeruk dan saute hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan cendawan. Kacau dan goreng hingga sebati.masukkan air.
3. Biarkan hingga mendidih dan masukkan kentang. Perasakan dengan soya sos dan gula.
4. Perlahankan api betul-betul masak dalam 25 minit sehingga kentang dan ayam masak dengan sempurna.
5. Garnishkan dengan cilantro dan hidangkan.

ERRRKKKKK ... bawang merah/putih tak diberitau samada goreng sebiji2, dimayang halus atau diblend?

Since resipi TAK TERANG it is subject to confusion (hehehe...cari alasan nampaknya nih) maka .... tengoklah camana.

MASAKAN dari Chef Thom 2-3 hari yang lepas. Tak sempat keluar tivi so keluar kat blog sendiri pun dah rasa EPIC, haha..





PENJELASAN amat perlu pada gambar2 tersebut.
Top to bottom:
1. Sambal tumis udang. Udang disponsored oleh Ndja. Terlupa nak tanya why gave me 7 only, why not 8? haha.. Siapa yg akan beralah? Chef Thomlah yang beralah. TB/D/T dpt 2 sorang. I dapat satu jerrrrr, sob2 sekotak tisu lencun, ngeh2.

2. Resipi sdn bhd. In other words resipi memandai. Campak capsicum dan nenas sekali. Biar mereka berkawan dlm kuali.

3. Sambal sothong digarab dari sotong kembang cam radar tu, hehe..

4. Tauhu goreng cicah sambal kicap (cili merah, kicap manis, gula, garam n garlic).

OK GTG. Isteri mithali nak mengutip pahala dihari Jumaat yang mulia. Jom kita main masak2

Ikhsan: Recipe Florence Tan/Google

.