Friday, 11 April 2014

1 pot dish blablabla ...

Assalamualaikum ...

Dah musim air dicatu maka tak dapat tidak nak juga cerita pasal air, air as in water. Lainlah masa jerebu dulu, 'air' bukan pasal water lagi dah tapi pasal udara. Hmmm.. perlu ke I tulis nih?

Anyway ...

Khamis: Bekalan air terhenti pukul 10 pagi. Pulaslah sampai nak rak, 'ada aku kisah?' kata sipili air. Pukul 4 ptg hari Sabtu (esok) baru ada air, grrr... *sambil urut dada*.

Blessing in disguise juga bila air dicatu (secara tak langsung kita lebih disiplin macam ada dead line gitu). Dan 'paling best' masa memasak. Nak jimat air maka masak ala kadar aje namun tidak kompromi pada halalan toyibahnya, ehem..

BILA perlu stemet air, kuasa veto menentukan masak 1 lauk aje. Sepatah kata omputih 1-pot dish (santapan lunch n dinner sekali).

Nasi dan lauk beriani
Nasi digarap dari 3 jenis beras (beras siam wangi, Maharani n Kohinoor basmathi). Kalau tak sedap, sengajalah kaaan? haha... *nasib baik mabeles* (cakap dlm ati aje, so taklah sounds riak, kan?).

Since ada yang suka/tak suka ayam/daging maka the ohh-SOM chef bertindak konon2 bijak dengan menyatu-padukan ayam direban dan lembu dikandang dalam satu periuk buatan Perancis, hic!. Telur rebus dan kentang dicampur sekali supaya effectnya nampak debaboom! Nak tambah lobak oren tapi kesian pulak siBit2 takde makanan pulak dia nanti.

SAJA nak kongsi... Nenas Dole memang manis kejadiannya maka sesuai sangat dijadikan pencuci mulut. Sesiapa yang anggap dirinya kurang manis (macam I), sila beli dengan kadar segera, ok?

Semanis Mem... (BBPJ)
Kopek kulitnya dulu (obviouslylah kan?) then chop chop chop, nihlah hasilnya ...

Sedap dimakan begitu saja
Nenas dah memang manis tapi tak melanggar akta negara kalau taburkan sikit gula & garam. A dash or two will do.

TODAY's menu will be another 1-pot dish. TB cadangkan masak dalca aje. Untuk memantapkan selera maka haruslah digoreng ikan masin. Kebetulan baru hangkut ikan sepat masin dari RD hari tu.. Nyumm...

TENGOKLAH nanti samada 1-pot dalca akan menjadi kenyataan seperti yg digembar-gemburkan. Diharap taklah rupanya macam warong-bought dalca pulak..

SEBAGAI penutup entry pada Jumaat yg mulia nih...

nampak tak?? nampak tak?
Saja nak kongsi keterujaan ... ayam hutan tu dari 2 ekor dah jadi 6. Idea liar CikSom 'ingin mengembangkan perniagaan ayam hutan' keserata Malaysia tapi bila terkenang cerita seram dari kawan blogger tentang adik dan kawannya pergi memburu ayam hutan (dihutan), sekonyong2 adiknya punya kawan ternampak ....... *gulp*

Anyway, it's up to your imagination 'nak nampak apa', hehe... Apa pun, I dah kensel niat berniaga ayam hutan *sambil humming tune TualiteZon*.

Hingga jumpa lagi, insyaallah.
.

5 comments:

Ibu n Abah said...

Oooooo
Baru tahu nenas Dole manis
Sbb qeeb ckp suka pisang Dole..

Ibu n Abah said...

Ayam hutan masak lomak dgn nonas Dole sure sedapppppp

CS said...

AKAKnABAH
11pm...alhamdulillah hujan baru jer turun dengan lebatnya.. sempat tadah air berbaldi2..

Dole nenas mmg manis tapi berhati2 jgn makan yg dah terlampau ranum...(ada rasa semacam sket..).

Ayam hutan tak banyak daging ek? I tengok kerempeng aje..

t.a.t.a said...

Kak, ni dok air kena catu ni, ayam di reban dengan lembu di kandang dapat minum tak? Tak haus ke depa tu?


Saya baru nak cakap, mana nampak ayam tu, ia dah lari la pi menyorok. Huhu.

CS said...

t.a.t.a
Soalan para.1 harus dijawab oleh penternak ayam dan gembala lembu. Nanti I suruh AhKow n Gopal jwb soalan tu, okay? heheh..

Enlargekan gambar baru nampak 'besar' sikit ayam2 tu..