MH = memang hairan
MH = memang haru
MH = memang horror
MH = memang (ada) hikmah
I kecik hati bila Malaysia dan MAS dipersendakan. Yang mempersendakan tu orang2 kita juga. Orang luar jangan cakaplah. Memang cari peluang!
China keluarkan kenyataan tak benar. OK, diorang dah pun minta maaf tapi tak terbaca pulak China kena SEMBUR dari kuasa2 besar dunia?
Banyak yang nak dileterkan tapi cukuplah tu. Kita nih bukan siapa2 pun.
PENDAPAT PERIBADI: Kapalterbang akan ditemui pada hari ke-10, insyaallah. Ini bukan spekulasi tapi pendapat peribadi yang bersandarkan pada 'sesuatu' sambil kusyuk berdoa mengharapkan keajaiban berlaku.
JEREBU semakin menjadi2. Sedut udara berulamkan asap bakar sampah kekdahnya. Dapat pulak selsema. Bersin bukan reti sekali dua tapi berangkai2 5-6 kali. Bersin berkali2 waktu solat adalah bahaya (sama juga bahayanya ketika batuk). Kenapa? rahsia wanitalaaa, kenot tell.
TODAY I am on MC, sendiri approve (so acara memasak ditunda dulu). Tengah lapar sebenarnya nih. Sekeping roti, sebiji suji dan secangkir kopi masa breakfast tadi. SAH tak lama kenyangnya..
Suji dimakan dengan roti, macam makan sandwich. Bukanlah sedap sangat, haha tapi dek kerana nak mengimbau zaman kanak2 punya pasal, layankan juga. Terbayang2 muka bai roti yang datang setiap petang dari laluan pintas belakang rumah (tepi dapur).
SESI JJCM 2 hari lepas dengan TB agak bercanggah. Nasib baik tak bertumbuk, har3 ganaz. Dia nak makan ayam, I pulak nak makan nasi. Tak baik bertelagah sementelah dia yang nak belanja maka dengan senyum riang I pun mengalah.
TB mengharapkan ayam dalam balutan (wrap) tapi takde rezeki sebab promosi hanya untuk sebulan.
Gambar arkib dated 23.1.14 |
Tu cara pemakanan baru yang dirombak oleh SAYA sorang. Selalunya roti tak habis dimakan. Kena cari cara lain supaya tak membazir bersekongkol dgn syaithon so roti dibelah dua... bubuh coleslaw, mashed potato, ayam dan cili sos, jadilah ia sandwich.
SEJAK dua menjak I suka sangat masak sweet peas. Goreng ala kadar gaya orang malas pun dah OK. Kemanisan peas sama terserlah dengan kemanisan orang yang menggorengnya, hahahaha... jokinglah! Tapi takde gambar nak share.
Yang ada cuma gambar lauk kacang panjang menggerutu. Goreng lebih kurang aje kalau suka rangup bila dikunyah. Bunyi krap krup .. meriah taw.
Bukan kacang panjang biasa |
NAK SAMBONG berleter (baru teringat). Orang kita bila cakap omputih kena perli, kena kutuk. Well.. dah bahasa tu bukan bahasa kita, so what? Untunglah dapat juga AWAK (bukan awak yang membaca entry nih) paham dan tak perlu mengheret juru bahasa.
Saluran CCTV ada menemu-bual sorang AMOI dari negara DIA. Ada PhD lagi tapi bila bertutur BI, bunyinya OMG! and yet she was being asked about our missing plane. Didnt help at all! Buat telinga sakit sebab terpaksa kuak2kan telinga, haha..
And last but not least, kalau ada peluang nak aje I beritau Masterchef OZ yang sorang tu. Kita sebut belacan as BELACHAN bukan BELAN-chen, fehemmmm??
Note: tengah geram sebenarnya nih so takdelah nak proof read TAPI mood tetiba melompat2 kijang sebab Ndja datang bawak nasi dan bermacam2 juadah. Alhamdulillah n may Allah bless her always. Muah..
.