Tuesday 4 March 2014

Screening Humanity vs Jejemput ...

Assalamualaikum ...

Cuaca hari nih sangat marvellous, syukur alhamdulillah. Malam semalam hujan dan pagi nih seawal 6.30 juga hujan. Hari yang menjanjikan tiak tak basah, haha..

Bila hari hujan, masalah lain pulak timbul. Sana sini sinun trafik jem. T dah macam nak nangis sebab jalan menuju ketempat belajar sesak. Nak cari tempat letak kereta satu hal dan menunggu lift naik ketingkat berbelas2 tu pun satu hal. Tentu lewat masuk kelas katanya.

Dengan nada cool bak mentimun Jepun yang rangup, I hanya kata "doalah biar dipermudahkan".

PAGI tadi plan nak mintak TB belikan bfast tak menjadi kenyataan, GAGAL. Nasib baik pun tak suruh dia belikan sebab dia tiba rumah agak lewat juga. Rata2 sana sini sinun jem. Isteri dia yang 'rajin memasak' tu (joking okay?) dah siap membancuh tepung.

3 hari berturut2 kitorang bedal (CW's fav word) jejemput masin. Selalunya I bubuh sebiji telur dalam adunan untuk menghindarkan letupan semasa menggoreng. Tekak nak sangat makan jejemput tapi telur plak dah habis. Takper, beranikan diri. Boleh guna penutup rice cooker hadang muka bila menggoreng nanti, hehe..

Sangat gumbira bila jejemput yang digoreng tak berlaku sebarang letupan pun. Not even bunyi letupan mercun padi. Masa suap menyuap jejemput kemulut memasing, I tanya TB "you rasa jejemput nih dengan jejemput yang sebelum2 nih, ada beza tak?".

Wahhh.. TB dengan tekunnya mengunyah sambil lelap2 mata (menghayati kekdahnya) memberi komen "yang nih rasanya lebih lemak".

Lebih lemak? hahahah.... Jejemput takde telur rasanya lebih lemak ke? Hmmm.... *berfikir sambil mandang kearah kipas yang sarat dengan salju hitam* (lagi kerap berpusing, lagi cepat dia berhabuk. Tak sker).

SAMBIL makan kita menonton tv chan. 391 siaran KBS. So bila menonton siaran bersub-title, kita dilarang bercakap. Kalau bercakap camana nak fokus baca subtitles, tul tak?

Setiap hari dari Isnin-Jumaat I ikuti siaran Screening Humanity (SH) (9.25-10am). Setiap minggu mengisahkan kehidupan sebuah keluarga. Lain minggu, lain keluarga. Siaran ulangan hari Sabtu (marathon).

SH mengesahkan kehidupan seharian penduduk diKorea. Kisah orang2 biasa macam kita tapi dalam masa yang sama agak luar biasa (macam kita jugakah?). Kisah kehidupan keluarga yang menyentuh perasaan dan macam2 lagi yang disentuhnya, hehe..

Banyak yang patut dikesimakan tapi paling terkesima dengan kerajinan mereka bercucuk tanam.

I tak pernah ikuti sebarang drama Korea (sumpah tak bedek) tapi SH ialah satu diantara 3-4 rancangan KBS yang I suka tengok. Kalau tak tengok rasa sengal2 badan dibuatnya, haha..

TB dah terjebak ikuti siaran tu bila sempat TAPI I memang tak nak miss. Kalau tak sempat, I rekodkan aje dulu. Nikmat berlanggan PVR kekdahnya.

SEMALAM I kemarket yang hyper beli barang2 dapur. Selalaunya mmg tak bawak kertas 'things to buy' tapi semalam I sediakan pulak. Ekceli baik tak bawak sebab belum sempat I refer apa nak dibeli, kertas tu hilang dari genggaman. Oleh kerana malas nak pikir apa patut dibeli lagi, I beli apa yang ingat aje. Memang kena pergi lagilah nampaknya, haishh...

SEBELUM I say bye2 adalah afdhal I share a bit about the T-incident, huwaaaah *nangis* tapi memandangkan entry hari nih dah panjang dan takde gambar, nampaknya the T-incident akan dikongsi lain kali ajelah ya??

ALMOST 3pm baru nak masuk dapur. Nak masak apa? Jangan tanya boleh tak? Sensitip taw, hahaha...

.

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik tiap2 hari fikir nak masak apa tapi kadang2 susahnya masak kat kedai je...

CS said...

KAKCIK
Hari nih I terrajin... Duk betapa dlm dapur selama 2 jam dpt ganjarannya..
Nasi wangi, kurmak ayam, samtum udang dan acar tomato. You nak sikit tak?

mokja said...

saya pun sangat suka KBS...

CS said...

MAMASON
Ya ke? Any particular prog.?

Anonymous said...

i pun tak bedek, sangat sensitip bila
ditanya, masak apa.

mela

CS said...

MELA
Hahaha.... rupanya I am not alone bila dengar soalan cepumas tu. Tak selalu sensitip sebenarnya cuma kadang2 mood kena tiup kearah laut Cina Selatan..

t.a.t.a said...

kakcik, saya pulak setiap hari dok ditanya nak masak apa. kakak saya tak de idea dah. bila saya senaraikan nak masak apa, ada je jawapan dia. bahan tak cukup la, tak cukup masa la. itu la. ini la. last² nya dia masak lain.

bila macam tu, next time dia tanya nak masak apa, saya dengan abg ipar buat tak tahu aje. malas nak layan dia.

CS said...

t.a.t.a.
Kakcik punya gelagat sounds very familiarlah. Mcm sape ek? hahaha....
Apa pun perlu diketahui, bila 'chef' bertanyakan "nak masak apa", dia sebenarnya nakkan attention, ahaks..