Thursday 16 September 2010

Masih tak habis2 lagi ...

Cuaca semalam tersangatlah mencabar. Dah molek2 sang mentari senyum girang tetiba awan kelabu menyengihkan diri plak namun ia berlalu dengan hemahnya. Alhamdulillah basuhan kering garing gemersik. Part melipat? Hmmm...

Majlis membasuh pekasam yang dibawa balik masa beraya di kampung masih diteruskan pagi nih. I memang tak pernah rajin suka nak basuh baju kat rumah orang; pertama sebab malu, kedua sebab mood diva bercuti haruslah benar2 bercuti. Tul tak?

H d'Bangla diberi misi penting untuk menjaga kucing2 sepeninggalan I beraya. Bersihkan kumuhan dan beri makan 2x sehari selama 3 hari. TB dah beri penerangan terperinci. Paling utama jangan sekor kucing pun TERlepas ...

Masa dlm perjalanan balik ke home sweet home, I terima sms dari H d'Bangla "1kucing suda lepas basy pagy siya tankab". Halamak!! I balas very stretfowad "tolong tangkap nanti dia kawin". You ingat dia tangkap tak sekor kucing yang dah terlepas tu??

Bila I tiba rumah, kucing tu semunyik kat bilik stor luar rumah. Kucing masih sunti, baru terlepas dari cage.. tak jauhlah perginya namun ada aje bujang senang yang cuba nak ganggu. Mencii I.

Bila H d'Bangla diminta datang sebab TB nak beri 'gaji'; kita taklah marah kat dia sebab sekor kucing terlepas. In fact, kita bersyukur sangat2 sebab H d'Bangla adalah penyelamat, kekdahnya. Ada sesiapa nak nombor hp H d'Bangla tak?

Hangkut hp dan spektikus kemana saja, nilah kerja berpekdah I buat, heheh .. klik sana klik sini (maklum takde kerja lain selain basuh pinggan sekali sekala). Malas nak menyalin resipi, nasib baik ada hp Wolverine. Resipi Serunding tuu ... jangan memain. Semangat tengah berkobar2 nih ..

OKlah .. harus berhenti dulu. Kerja menanti dan menanti ... (bilalah nak habis ek??).

9 comments:

Ibu n Abah said...

kak som..
baik2...
anak dara kucing yang terlepas tu.. jgn jadi macam kucing i.... pada mata kita dia masih dara lagi... tapi adalah kucing jantan dah buat hal... sampai ter'megandong' kucing i....
memang kurang ajor.... kita bela dari kecik... dia datang senang2 jer....
keluar 3 anak... 1 simpan... (dah pandai dah guna ayat 'simpan')

FaAtip said...

knock! knock! knock!
Nak rasa kuih raya!!

Dr Singa said...

tahukan anda bahawa
'kacau hingga kering itu'
adalah ber-jam-jam???!!!

CS said...

Salam ...

Akak
Yg lebih tragis, kucing tak lepas keluar pun boleh terpreg, camana tu? Kucing lbh pintar dari manusia ... sigh..


Fa
Nak kueh raya? Kitakan tidak dibenarkan makan kueh raya Fa??? Nanti weighing scale memberontak kang..


DrSinga
Sesungguhnya sedar akan hakikat "kacau hingga kering ambik masa berjam2", tapikan tapi boleh aje kita ngelat kot? Kita bubuh dalam oven. Selamat (hopefully).

kak ja said...

nak tunggu tengok bukti projek serunding menjadi kenyataan..

Sizuka said...

salam CS,

sedapnya nampak recipe serunding tu. On 2nd oct, I nak buat open house, will you come? I'll inbox my address. datang yek :D

CS said...

Ja
Semangat berserunding masih dipupuk as it doesnt come naturally (almaklum, kan kan kan???).


Shidah
Waalaikumsalam. Serunding tu 'berbau' sedap berdasarkan bahan2 yg digunakan ek?
2nd Oct you buat open hse?? Apa pun, I ucapkan terima kasih dulu kerana sudi menjemput. Psst.. adakah zoo negara sejauh ke KL? Ahaks.

azieazah said...

Amboiii ada hasrat nak berenti keja? uishhh nanti serunding ke mana, kain baju ke mana? Takkan H tu jugak yang nak disuruh basuh baju? hahahahaha

Serunding untuk Open House? sudah ada senarai tetamu? Ahaks!

CS said...

Azie
Bab serunding tu, kita ketepikan dulu sbb mood baru jer dipupuk. Serunding untuk open house? Ngeh3.. mungkin 2 thn dari skrng terpulang pada pupukan :-)

Sewonok taw kalau H disuruh basuh baju; bolehlah kita sama2 main air; cumanya H nih adalah my Hubby @ TB, kih3.