Thursday, 15 July 2010

Ketupat panjang, laptop percuma dan ...

Pagi semalam I 'patut makan 3' keping karipap berlainan hakcipta (yang tak payah dipelihara sebab tak sedap) yang D tolong belikan distesyen Peto-nas. I kata belikan 2 karipap jenis kecik (see pic: yg kena himpit kat tengah2 tu) tapi dibelinya 3. Budak D nih reti simple arithmetics tak? Dia juga beli sebungkus nasi Ambeng dan 2 biji 'ketupat panjang'. Dah terlebih bijak si D tu kot? Pandai2 aje tukarkan pulut panggang jadi ketupat panjang. Ishhh...

Kiri dan kanan tidak menepati piawaian tonsil

I suka karipap/tembosa/tepung bawang tapi amat cerewet tentang inti dan rasa keseluruhan k/t/tb tu.. Bila sekali beli dah hancus, I serik. Kalau dah cerewet kenapa tak buat sendiri?? Hehe, good question there, sekelepuk you kenakan kat I ehh? namun jawapannya ada pada tulang empat kerat nih haaa, haha.

Bihun bukan Mee PK (terlewat enterfrem)

Bihun yg sama cuma berbeza dari sudut & penataan cahaya

Laptop percuma kekdahnya

Minggu lepas sebelum semester bermula dan sejak T mulakan semester baru, raut wajahnya selalu aje tension (plus PMT lagi) tapi I layankan aje mood dia. Awal2 lagi T tak dapat bilik dikolej so maknanya samada dia berulang dari rumah atau sewa beramai2 sekitar tempat belajar. Selepas rayuan dibuat bersebabkan kesihatan; alhamdulillah berjaya. Atas sebab kesihatan bukan sebagai alasan, tapi siapa yang tau what's wrong with T, fahamlah kenapa.

Banyak dugaan dan rintangan yang perlu T hadapi... Allah saja yang tau. Kesian dia tapi syukur alhamdulillah kami masih berada disisinya tatkala dia berdepan dengan hitam putih kehidupan. She's still my baby .. umur belum pun 20 thn.

Dah tension dan penat kesana kesini, semalam kulihat wajahnya bersinar ceria bak pelangi petang selepas gerimis (kahkahkah.. I tengah geli hati nih). Laptop yang dinanti2kan dah tiba dipangkuan. Free laptop tu khas untuk pelajar2 IPTA dan seangkatan.

Siapa yang berminat dgn laptop percuma tu, silalah berurusan dengan I (maknanya I beritau cara2nya aje pada yang belum tau, tak lebih tak kurang, heheh).

9 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak som...
memang i pun cukup membara kalaulah karipap yg dibeli itu nampak cantik tapi rasa tak sedap... sebab itulah i beli sekali banyak. Sesiapa yang buat karipap yang i dah cuba sedap.. dan jual yang beku punya.. i tempah awal2 banyak2... lepastu makan puas-puas...
I ada beberapa supplier yang boleh buat karipap sedap... lagi senang.. nak makan bila-bila masa..Macam iklan siaran 611 astro.. "untuk kita aje...."

FaAtip said...

pasal karipap...

tak berapa minat
tak reti nak buat

tapi...kalau lapar...boleh aje!! hehe

Mama said...

Pelangi petang selepas gerimis... mcm pernah dengar je.... ish ish... dont play play... masih hot tau.. duit sejuta tak boleh nak keluar

CS said...

Salam ..

Akak
Bolehlah jamu kitorang akan karipap yg sedap itew. I pun ada pembekal karipap yg boleh tahan mabels tapi rumah dia tersangatlah jauh.. kat BBB nun (serius tak guwau)


Fa
You tak minat karipap sebab tiap kali you makan, you dapat jenis yg so-so kot?


Mama
I dapat rasakan hot.fm you itu, hehe. Saper tak gewam bila duit selambak yg kita simpan dlm bank tak dpt dikeluarkan. Bukan calang2 amount plak tu, kan Mama kan? :-)

PatinPasta said...

CS,

Saya pon dok heran bila tengok tajuk ketupat panjang, dok pikir camno la rupa nye ye. Rupanye pulut panggang ka. Heheheh!

Yat Maria said...

cik som,

ai cuma akan order karipap goreng sendiri ngan sorang pembekal karipap yg ada pertalian darah ngan ai...hanya dia yg tau selera ai setelah byk ai songeh trial & error..dia tetap setia membekalkan ai..kalo org lain dah lam ku kena kanselll....

CS said...

Aida
My son tu selalu 'melawan arus'. Suka ati dia aje apa dia nak namakan satu2 makanan. 'Ikan bilis' dia refer as ikan kering. Memanglah dah kering, kan? But that's not IT.. Issh, gerrr aje I.


Yat
Orang cerewet patut dibuang negara taw, haw3. Nasib baik blood is thicker than H2O kan? Kalau tak...?

kak ja said...

Makan bihun bertemankan karipap, sambil ngadap laptop baru.. indahnya idup!! (idup T le kot, kan? ke Umi dia pun bleh tumpang ngendeng laptop baru?)

CS said...

Ja
Ngendeng? takde maknanya Ja. Kalau boleh, laptop dia tu jgn ada orang lain punya thumb print. Alahai anakku owh anakku ...