Sunday, 1 August 2010

Klishklishklish .. kebum!

I gembira bila TB cuti. Adakah perasaan nih dikongsi bersama oleh para isteri lain? Semalam JJCM, hari nih begitu juga nampaknya. Apa lagi kerja suami selain menggembirakan hati isteri, kan? Berapa banyak na lah yang kita boleh makan?? Kita pun tau .. takdenya nak mintak yang mahal2 kat hotel 6 bintang. Janji tempat tu halal lagi tayibah. Bukan tu aje, rezeki yang dibawa suami wajib halal juga.

Semalam jiran ajak ke besday pati cucu dia cum house warming. Cucu baru setahun jagung tapi tumbang sekor kambing yang digolek2 untuk selera tetamu berpangkat datuk dan nenek, kih3. Dah tau nak pergi jemputan besday, takkan datang dengan tangan kothong... ishh malulah kan? So, Tok TB dan nenek Wan CS dengan gigih mencari hadiah. Ishh.. dah lama benar tak beli baju kenit2 tu tapi berjaya gak beli sepasang. Tok TB dan Wan CS berpuas hati.. hehe.. cantik taw baju tu terasa nak beranak sorang lagi plak.

Kami terus ke majlis. Masa nihlah jiran2 yang rapat bertemu mesra; kalau tak, masing2 jadi dara pingitan susah betul nak jumpa. Bila dah berjumpa maka bermacam2lah cerita yang keluar termasuklah musibah menimpa sorang jiran tu.

Alahai .. manusia nih penuh dengan hasad dan dengki. Selalu ambik jalan pintas untuk nikmati kesenangan duniawi dan buat dengki kat periuk nasi orang. Sifolan dijatuhkan dengan cara 'halus'. Semoga yang menerima musibah bersabar dan berdoa dan semoga yang buat onar tu tercekik tulang ikan parang, bertaubatlah..

Selera T yang kerap berganti2 sebelum & selepas PMT pastu baru perasan
"alaaa Mi.. dah gemuk..dah gemuk"
.
Tetiba dapat hadiah Pashmina @ shawl dari Dubai.
Tetiba juga dalam sehari TB dapat 2 key chains.
'Kichen' yang sedia ada dah sebeban. Bila nak guna semua tu ek?

Yang biru tu diberi oleh kawan D yang bekerja di Dubai. Yang putih tu kaaan, I baru beli semalam .. sukerrr tengok jenis kain dan designnya. Budak Pakistan yang menjual tu panggil I 'Ma..'. "Yes Ma.. No Ma..." Kesian plak tengok muka dia, kot dia windu kat mak dia dan muka mak dia cam I? har3 .. maka shawl putih tu dikurangkan RM5. Bila pulak nak pakai? Dah ada 2 tu. Ishh.. bukan reti nak guna camana.

Almost 1 o'clock. Nak bersiap2 biar ayu lagi manis untuk aktiviti seterusnya, heheh.

Yesterday was July 31st and tomorrow will be August 2nd. Well.. Happy birthday to you both! May Allah show you the way to the one and only path *amiin* ... tssk.. tssk..

9 comments:

Mama said...

CS... tak boleh nak komen.... I sdg tergolek2 sorang2 ni.... kelakar sgt N3 ni.... I bygkan U & TB pergi pilih baju baby.... aduhai... dr Datuk TB & WC... ha ha

azieazah said...

Laaaa... dah pangkat Tok dan Nek dah kaar? uishhh kalu pangkat Datuk dan Datin sedap skit, yer dak? hehehehe

sama la, tiap kali pegang barang baby, memang gaduh nak beranak kecik, tapi bila teringat dah tak kuat nak berjaga malam, tepuk nyamuk pun rabun mata, so renti kan lahh berangannn...

Aikk.. baju raya ler tuh ya?

kak ja said...

I kalau tgok baju baby bknnya dan2 pengin nak beranak, tp dan2 rasa sakit mcm nak beranak je.. hehehe..

Wan Som, ari tu I pi mamam kat satu hotel bintang 3 tu.. Table sebelah kami tu, beriya2 dgn keknya, lilin2nya, sambut bday anak depa yg kedua... BULAN!!

Tak bleh belah betoi!! (I dengki)

ahkakbatik said...

cantiknya shawl tu.... ada anak kecik tak digalkkan pakai kalau takmau jadi macam cerita hindustan gaduh2 tarik sari..

Ibu n Abah said...

kak som...
i pun nak guling2 mcm kak zah bila u tewasa nak ber'baby' lg... kalau iyer... boleh gak i buatkan kawan dgn aisyah....
i sedang membayangkan.....

kucingorengemok said...

rupa orang pakistan? ke rupa kluang-stan? hik hik...

somuffins said...

Salam semua :-)

Mama
Harharhar .. masa D&T kecik2 dulu, takdelah kita berdua seiring jalan belikan baju diorang. Almost all the time, I lone ranger. Maklum donia kita yang ponya masa tuu, kaann?? (apa taknya, payslips dpt 2x sebulan).


Azie
My hubby memanglah datuk tapi I bukan nenek atau datin. I hanyalah 'wan', heheh. Baju raya? tu bukan baju raya tapi shawls orang beri dan diwi sendiwi beli.


Ja
A few times I mimpi terpreg. Cemas gak wpun dlm mimpi. Mana nak dapat baby untuk digomol2 aje? Pasal selebret besday, kita kan sama? Kita tak rajin dgn hal ehwal majlis harijadi, kan?


ahkakbatik
Masa untuk anak kecik main tarik2 baju, tarik2 seluar dah lama berlalu ;-)


Akak
I pun sedang membayangkan ..... ouch!!! sakitnya beranak.


KOG
Camana rupa Kluang-stan? Ada kepak dan bergantong dalam gua ke? hehe. Kita 1% iras Altantoya dari Gohead Gostan :-)

Tie said...

Err.... Som.

Raya ni eloklah buat baju punjabi, boleh gak gayakan dengan shawl tu... Dapat bayangkan Som dan cik abang tu lari-lari pusing-pusing keliling pokok pisang, he hehe...

somuffins said...

Tie
Auww... pusing2 pastu kita buat2 terjatuh gitu? kih3. Pusing2 keliling pokok pisang, yesss I like.. sementelah pisang is my fev :-)