Thursday, 1 July 2010

Post CCM ... part 2

Sekali sekala bercuti best juga ek wpun seketika aje. Tulah diorang kata (siapakah??) jauh perjalanan luas pandangan. Bukan I tak tau tapi tulah the fact of the matter is I memang tak gemar betapa lama2 dalam kereta tapikan tapi bila dah berada dalam kereta, rasa cam beshh pulak dek terkesima dengan pemandangan indah bumi Malaysia, tanah tumpahnya darahku, Kluang to be exact.

Masa kerja dulu, kompani budiman ada menyediakan tempat bercuti. Ada kat PD, Penang, Strawberry Park, Monaco, Bermuda Traiengel dan takde lagi dah, tu aje. Tu pun Monaco dan Bermuda Traiengel tak pernah wujud sebagai venue percutian, I saja memandai, harharruu...

Seingat I (memang ingat pun), hanya sekali aje I bercuti ramai2 dengan adik beradik ipar duai anak sedara di PD. I pasti I sorang saja yang tak menggunakan kemudahan bercuti sepenuhnya. Bunyinya macam menyesal tapi sumpah yaa ehhh taaak, tak menyesal, heheh.
.
Sedang menaip nih I menyambil menikmati 'toasted pocketful'. Pedas dan masin... Tak sesuai untuk pengidap darah tinggi.


Nak sambung cerita bercuti yang ala2 sewonok hari tu. Bila I masuk bilik yang berkatil tinggi, berkelambu bagai, memang seronok benar rasanya. Pulak2 tu disediakan dua katil yang vewy cosy, sah selesa untuk guling2 dan golek2, auwww.

Toiletnya luas, boleh muat sepasukan pemain bola dari Paraguay, Spain atau Germany, heheh (agak2 siapa jadi juara World Cup nanti??). Toilet tu menepati citarasa I tapikan tapi ada juga yang turn me off sebab dalam toilet ada 'balcony'. Cuba bayangkan 'swamp thing' merayap memanjat tiang 'rumah' menghala ketoilet. Masa tu you tengah basuh muka; bila you bukak mata aje terus terpandang 'swamp thing' duk tersengih2 kat you. Tak ke lelah you dibuatnya? Kalau I, sure dah koluinnalillah..

Sesungguhnya I nak bitau samting ... it's up to you to believe me... *berbisik nih* Percaya tak I nampak ikan duyung didarat? Percaya tak I nampak pontianak disiang hari?? Cuma I tak dengar ngilaiannya aje tapi percayalah tanpa was2 memang ikan duyung dan pontianak tu real belaka. I berani bersumpah .. tengok nih, tangan I dah naik nih, nampak tak? Nanti I elaborate more camana rupa ikan duyung dan pontianak tuuuu .. k?

Pencarian tempat makan riuh juga dibuatnya maklum kami musafir kelana tak arif dengan tempat orang. 2x makan tengahari ditempat2 yang sama, senang cerita. Makan satay Hj S dan Kopitiam. I heran kat TB n Ndja; macam kena rasuk dek roti bakar berseletkan mentiga/gula dan mentiga/serikaya, hehe.

Sesi mencari tempat makan malam pun havoc juga. Tak sangka rupanya PD terdapat banyak kedai 'seafood' Melayu dan Cina. Cari punya cari, pusing punya pusing, tersasar punya tersasar, T nampak kedai bakar 'mesra'. Without much ado, kami terjah kesana aje...

Seri Mesra ikan bakar

Sotong bersalut tepung - terrrrbaek !

Kulit dan clawnya aje yang tinggal

Sotong dan ketam antara 2 drp 7 lauk yang dipesan dan dipersetujui oleh the so-called gremlins. Pilihan yang tepat, se'eh kita dibuatnya. Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih Teh sebab belanja kitorang, Allah saja yang dapat membalasnya.

Oh yaa.. cerita pasal ikan duyung dan pontianak akan disambung sket masa lagi. Nak berihat kejap, nak kumpul tenaga nak buat besday kek ............... yeayyyy!!!!

11 comments:

PatinPasta said...

CS,

Uiks.. saya komen first ka nih? (terkezut)

Argentina menang nanti :D (tak de dalam senarai CS nih)

Serious ada pontianak ke? Isk.. camno nak baca nih, takut lak sesorang. Huhu!

Kakcik Seroja said...

Dah beberapa kali 'mengendeng' suami ajak bercuti ke PD, tapiiii bak kata oghang Peghak, 'tak disiyonye'... :(

Mama said...

CS...I adalah di antara pekerja2 yg tak melepaskan peluang bercuti yg disediakan oleh company budiman .... semua tempat I redah... hingga ke Sydney I lanyak jugak... BESTnya FREE

Yat Maria said...

Cik Som,

ishhhh...seram lak baca pat swamp thing tu.. coz itulah yg selalu i bayangkan tatkala basuh muka ngan sabun...setiap kali cuci tak leh lama2, musti nak lekas2 bukak biji mata..aku seriau tutup mata lama2 dlm toilet..kekadang meleh-leleh airmata...bukan takot..pedih kena sabun..heheh..

Lili said...

CS,

Kiranya ni percutian sambut besday awal yek?

Anyway, I dah hantar mesej besday kat you via inbox facebook.

Once again, here wishing you:

HAPPY BIRTHDAY CS...
semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, bahgia dunia dan akhirat. Ameen.

Ibu n Abah said...

kak som..
happy2222 birthday 2 uuuuuu.....
happy2222 birthday 2 u....
ccm ni kekdahnya sempena sambut besday yer...

CS said...

Salam semua ...

Aida
Sebenarnya I tak follow WorldCup, hehe.
I am serious, ikan duyung dan pontianak memang ada masa I kesana. Hari lain, I tak pasti.


KakCik
Tak dapat pegi PD, tapi you puas jenjalan hingga nun keSarawak sana. Lagi best tu, kan?


Mama
Bila I tulis tentang tempat2 bercuti tu, memang I have you in mind, hehe. You mmg rajin CCMsia n your zest for life memang kow2 punya :-)


Yat
I mmg tak gemar pergi ketoilet asing waima secantik mana pun. Ngeri taw (imaginasi liar tak boleh nak agak2 kekdahnya).

CS said...

Lily n Akak
(Amin)terima kasih diucapkan, hehe.. semakin muda belia pulak rasanya hari nih.

Trip to PD takde sempena hari apa2 tapi saja CCM kekdahnya.

ain said...

mcm best je Avillion ni. Klu cam tu, nak suruh hubby book utk nxt week.

psst...jgn lupa ye episode pontianak n ikan duyung tu!!

ain said...

sat2...hari ni bday akak ke..?? happy bday kak CS!! semoga akak selalu dlm lindungan dan rahmat Allah!

CS said...

Ain
timakasih, hehe.
Avillion tu best.. apa kata you cuba Legend Waterhomes pulak. Tempat nih boleh berenang dalam bilik taw.