Tuesday 1 July 2008

Ganti diri ...

Masa sekolah rendah darjah 1-6, gantidiri 'kami, awak, kita' yg selalu digunakan. Pempuan aje yg guna gantidiri cam tu tapi budak2 lelaki, 'engkau aku' lebih selesa. Gantidiri yg tak termaktub dlm tatasusila bahasa ialah 'orang' (sesuai tapi kelakar).




SiFolan1: Awak! awak nak makan katne?
SiFolan2: *Kami taknak makan apa2, takde duit aah..
SiFolan3: *Kita pun tak bawak duit, tapi kita bawak bekal
SiFolan4: Orang puasalaa ari nii!

*gantidiri seorang atau lebih

Kononnya gantidiri 'kami, awak, kita' tu memang sesuai untuk sekolah rendah dan sekolah Melayu aje. Begitulah persepsinya. Persepsi siapa? Persepsi orang yg tak sedar diri kot? Kihkihkih (ketawa kat diri sendiri). Bila dah ke sekolah menengah, pulak2 tu aliran omputih, maka 'gaya' pun kenalah tukar. Gaya camana tu? Ishhh, cam tak tau pulak. Bila dah sekolah omputih (walau takde omputih yg kelihatan), maka tak semena2 orang India dan Cina akan jadi kawan kita jugak, kan? Maka bermulalah episod 'I you yes no alright' cam real aje.

Sekarang ni penggunaan gantidiri dah bercampur aduk. Bila berinteraksi pompuan dgn pompuan, lelaki dgn pompuan, bila2 masa aje boleh 'berengkau aku, ber-I you, ber-lu gua'.

Untuk sekian lama bila berinteraksi dgn kawan2, lidah ni memang dah otomatik guna I-YOU. Susah rasanya nak ubah lidah ke 'saya awak' melainkan tau orang yg dilayan bercakap tu lebih tua (as a mark of respect gitew) dari diri ini (yg ala2 tua gak).

Dalam pada susah nak ubahkan lidah, tetiba ntah camana, lidah ni terbiasa dgn 'LU WA' pulak dah. (berbisik: Bukan apa, ni memang nak bitau you all, 'LU WA' tu adalah hasil bad influence dari si Folan yg kononnya sangat 'hambel'. Lama kelamaan 'LU WA' ni dah serupa cam 'I YOU' jugak. Camana tu?

Untuk blog hamba yg hina ni, mungkin ada rojak mamak disana sini, dimana semua gantidiri sedonia akan digunakan tertakluk pada mood, cuaca dan harga ikan dipasaran.

Memang teramat PANTANG bila orang muda berengkau-aku dgn orang tua terutama dgn mak/ayah (wpun perbuatan tu tak berdosa atau kerana kebiasaan bangsa tertentu). Kiranya no big deal, sedangkan dgn Allah kita ber-engkau-aku. Mana boleh cam tu?

P/S: Bak selalu ber-ANA INTE, ber'kawan-I-U-ME' dgn kengkawan dia. Tssk, tssk ... rindunya!