Sunday 1 November 2009

Jiran vs Doggy ...

P E R H A T I A N
Coretan kali ini teramatlah panjang dan berliku2
Mohon bawa bersama
minyak angin cap kapak atau cap singa berdiri
bawak kacang NganYin pun OK
(janji jangan buang merata2)
"amiret hisak anarek idus acabmem"
.
1130pm: I baru lepas makan. Lauk tak best pada pandangan mata tapi rasa nikmatnya tersangat luar biasa (read: saja nak mengiurkan anda). Ada orang takde selera makan sorang2 kan? Tapi alhamdulillah, I boleh pulak (psst.. makan sensorang tak perlu ikut 'etiket', so yunowadaimin..). Apakah lauk2 itu wahai Cik Som? Hehe, tak moh bitaulah.. nanti QJ tiru lauk kita.

Masa I tengah basuh pinggan, lap meja dan seterusnya baru nak melabuhkan punggung kekerusi, kat luar sana kedengaran anjing menyalak sakan "goof.. goof.. hwark.. hwark"; dan juga dengar suara orang bercakap2 agak kuat. I intai dari langsir, I nampak D keluar menghala ke gate Ndja (I juga berjiran dgn Ndja my sista, in case ada yg tak tau, hehe).

Oh, takde apa2 maybe si D dan kawan2nya dah makan terlebih gula, hyper seketika kot? I pun kembali melabuhkan anchor punggung kat meja kerusi tak empuk tadi. Ehhh, nape anjing menyalak begitu galak sekali? Ada intruders ke? Suara yang kuat tadi bertambah lantang dan ada bunyi ketukan yang lain macam aje. Ehh, time kita nak perah creative juice melimpah ke kibod, time nilah diorang buat hal ..

Dan sebagai jiran yang jelita caring, I terpaksa angkat punggung sekali lagi untuk mengepokan diri (mana tau ntah2 si D kena baham dengan anjing ke).. tapikan, tapiii setakat jadi peeping tompel ajelah, intai dari celah2 langsir.

Lo and behold!!! cewah I tersangat takot okay?? Eighh.. apsal my jiran (lat dua rumah dari rumah I) berdiri dan bongkok sambil ketuk2 lantai depan gate my immediate jiran? Keadaan boleh tahan 'happening' .. suara lantang manusia bercampur dengan suara lantang googoogaga 2 ekor anjing hak jiran sebelah nih. Hiruk pikuk I tell you .. takut punya pasal, nasib baik I tak ... dot3 dalam suar heheh.

Sebelum I lanjutkan cerita ceritut tu .. untuk pemahaman yang lebih telus, let me story a bit more ok? (cerita belakang tabir). Are you ready troop? (ikut gaya suara macho dlm game Counter Strike tu).

Al-kisah - mesti tulis nama blog, if not depa tarik lesen I kang.. :-)

Bayangkan ... (pejam mata sat). Jiran terdekat I duk konar lot, bangsa suka papadom (camana nih? I pun suka papadom?). Masa mula2 nak menternak anjing, Mem dia yang lembut berbicara dan sangat sopan santun tu bertanya kat I "Kak Som, do you mind if we ...... blablabla...obladi oblada.....".

Kalau boleh memanglah I tak setuju tapi apakan daya.. diorang ada hak juga kan? Jiran nih orang kuat sokabar 'on-line' yg selalu menjerit2 pasal hak asasi manusia sejagat; and psst.. samore every year they invited me to their Diwali do, so I terpaksalah bertindak profesional juga. demi seketul gulabjamun. Yanadeiii...

.. but I have my say too .. indirectly I berMOU dengan Mem tu".. but you know, I do mind about the najis....blablablacksheep". Dia faham maksud I dan berjanji dotdotditdat.. (btw, bonda Mem seugama dengan kita, so I harap sangat dia paham), tapi adakah dia betul2 faham?

Tang anjing2 tu pulak .. dua ekor ni memang dilepaskan dalam kawasan rumah aje. Luas juga kawasannya sementelah konar lot dan kereta2 tuan rumah park kat luar aje. Waktu malam aje anjing dilepaskan.. Up to the dogs nak buat apa; nak cari jodoh ke, nak ber'wili' ke, nak poohpooh ke. 2 ekor nih dah kenal sangat dengan kami berempat tapi kadang2 depa menyalak juga.

Bila menyalak tak tentu pasal, D pun beraksi guna jari buat sign pistol dan panjangkan sebelah tangan as if menembak kearah sasaran, maka terkedek2 dua ekor tu beredar (siap toleh lagi, cute pulak tu). Doggy tu pandai bahasa isyarat macam RinTinTin, hehe. I pun dah master the skill tunjuk2 jari macam tu.. tunjuk jari ala2 nak tembaklah, bukan yang TU.. (ishh..ishh.. KewJae n Ja neeeeh). Bila I pegang 'pistol' tu, terasa macam berperang ala Combat siap dengan hand grenade sekali. I ketap cunitnya guna bibir yang comel nih dan baling ............ kat rumah sebelah. Hehe, just my wild imagination, VicMorrow wanabe..

Al-kisah (terpaksa diulangi, if not..), OK sambung cerita peeping tom tadi ..

Huruhara betul.. Jiran yang pegang kayu ketuk2 depan gate tu, macam dah dirasuk hantu. Dalam masa yg sama, si tuan anjing sibuk menyabar dan menenangkan emosi 2 ekor tu (terus diikat dan diperap belakang rumah). Apalah agaknya yang dipikirkan dek anjing2 tu ek? Mungkin "alaaa.. kita nak guwau2 jer pun kena marah.. woof..woof".

Tuan anjing tu bila kena sembur oleh jiran pegang kayu tu, dia diam aje you .. tak defensive pun but he did apolo13gise "aiyemsoree" jerr.. I takot sesangat tadi tu sebab nampak D berdiri depan gate I together dengan jiran yang dah naik hantu tu (berdiri depan gate tuan doggy). I tak mau D berperang sama, no! Tapi rupa2nya D bertindak membawa bendera pengaman 3B (QJ, Ja & SOL, bukan bendera 4B okay?). Note: 3B BangsaBangsaBersatu whereas 4B batubelahbatubertangkup

Nak dijadikan cerita, jiran pegang kayu baru balik jenjalan dengan famili .. wife dan 3 anak2 kecik. Masa salah sorang anak turun dari kereta, si anjing meluru kearah dak syomel tu. Haa.. time tu, all hell break looselah kan?? Pernah sekali dulu, anjing2 tu cuba nak 'berkenalan' dengan wife n anak2 jiran pegang kayu tapi wife tu sempat bertindak.. dia ambik samting dan lontar ke arah lain dgn harapan anjing tu kejar benda yang dilontar tu, tapikan haha.. lain pulak jadinya. Anjing tu tiru gaya Lassie .. dikejarnya benda tu, digigitnya dan terus buat U-turn. Niat murni nak pulangkan benda tu tapi BO layan. By then, jiran dah take cover masuk rumah.

Situan doggy ni pun satu, lepas insiden melontar tu berlaku dia diberi kata dua; in short jaga bebaik anjing2 tu or .... ? Patutnya dia tak lepaskan anjing2 tu begitu aje tanpa diikat dan dia sendiri patut monitor gerak arah anjing2 tu, ni taak!

Pada hemat I, anjing tu mungkin takde niat nak baham sesaper; maybe anjing tu terlebih makan gula, tu yang hyper tak ingat dunia! As parents, tentulah keadaan tu mengejutkan, lebih2 lagi pada budak 7 tahun, boleh trauma. What if anjing tu betul2 baham peha comel anak jiran tu? *Blink2* I kenot imajin.

Kalau keadaan yang sama kena pada my family, apa patut kami buat? Patutkah I....TB cabut pembentung air kat luar sana tu untuk dijadikan senjata dan libas anjing dan tuan anjing tu sekali? Insyaallah tak, takde aksi libas melibas; maybe kita approach cara lain. concoct molotov cocktail? hehe, guwau jer

Perlu ke I tulis skrip jiran yang mengamok2 tu? Hehe.. sikit aje eh..
1. I don't care, if this happens again .. I make sure I kill you *help 911*
2. If this happens again, you know I will smash .. I will not smash your dogs but I smash you, you know! ... *ouch ouch ouch*
3. I don't care if you have a lion or a gorilla .. you keep insidelaaah *gorilla?*

4. Why you let your dogs out? What for? You have big place here .. *huhu*
5. Go ahead if you want to report *takotnya*

6. What if this happened to your children? *haaa..*

I pasti tuan doggy tau kesilapannya, tu sebab dia tak melawan. Lagi pun, soalan 6 tu memang kena tepat pada batang hidungnya. Dia juga ada anak2. Yang bongsu kembar dua umur 5 tahun dah sangat comel. What if the same situation befall on them .. Doberman Uncle Lee sinun terjah anak2 dia pulak?

I kata "Innalillah ..."

11 comments:

Queenie said...

heyagh! heyagh! syhooo..syhooowww!!
I tak hina anjing as dia pun Allah creation kan, tp terus telus I tak sker..tak sker..bcoz ;

1. Mughalazah
2. Mughalazah
3. Mughalazah

pastu memekak, mengonggong, mengencing merata2, melepas ikut suka, pastu melucah masa kawen, tak sker, tch tch tch...tak sker

kak ja said...

U ni CS, mcm tau2 je yg Adik n I sdg pusen memikirkan dr manalah dtgnya anjing2 (berkurap) liar kat area umah I ni.. Lately ni smakin meriah plak depa..

I setuju sgt, sblom katok anjing tu, katok kepala tuannya dulu.. Anjing dah tentu xde akal, tp tuannya akal letak kat mana? Dlm freezer?

(I ttp nak imagine u dok tunjuk2 jari TU..)

ain said...

so far kat tpt saya ni, depa2 yg bela2 anjing masih lagi sedar diri. tau takut kena serang ngan jiran tetangga. tapi kannnnn...anjing depa punyalah tinggi dn besaaarrrrr. tengok pun kita boleh terkucil. belum lg kena salakkkk...mau bukak langkah seribuuuuuu!!!

tp mmg tak patut lah, lpskan anjing kacau org tu org ni. nak bela pandailah jaga. kang ada pulak anjing dia mati kena racun.hihi

Ibu n Abah said...

kak som....
syabas..syabas..(gaya MGR gitu...)
persembahan yang cukup menarik...
apa yg terjadi kat umah kak som macam kami nonton drama 'potret pekerti..'.
Hal anjing ni dari kami duduk penang, sampailah kat bangi ni.. ada cina, mesti ada anjing. boring betul.....

3E said...

uits....panjang betulla coretan kali ni...berapa lama la ya nak karang ni...Aunty, kat area rumah I pun ada anjing bela..anjing liar pun banyak....sadiss arrr..
oh ya...btw Aunty, nak inform kat u...tadi I deliver cupcakes utk Ibu n Abah kat spital Serdang...1st time face to face dgn Ibu n Abah....

ceriaWAN said...

anjing??
ada 2 benda yg wa selalu ingat dan gunakan kalau berkaitan dgn anjing ni..
LASTIK DAN MERCUN..
Lalalalalalalaaaa

anneaziz said...

CS,

Agaknya camtu lah jiran I yang anti nyau-nyau tu rasa. Tapikan Nyau-nyau tak penah pi umah dia tau...rumah dia tembok tinggi..macam great wall of china tu!

Nyau-nyau lain siket dgn woof-woof. Sebabkan woof-woof ada yang baham org mcm Rotweiller, nyau-nyau mana ada...melesettttt jer.

Tapikan tapiii....jiran Cs yg pegang kayu tu patut bertendang...eeeeh bertenang! Masa marah memang gitu...bila dah reda, baru boleh bawak ke persidangan JJB (jiran-jiran bersatu!)

Kalau kita yang memang di larang agama kita bercampur gaul dgn woof-woof tu (tpi I suker Lassie!) diminta paham dengan kegemaran depa yang tidak dilarang, hendaknya the feeling is mutual ler yer tak? Dah bela...jgn dibiar lepas sbb kot2 ada kejadian yg tak diingini seperti terpijak bahan buangan woof-woof ke...atau pun di jadikan teether ke untuk mengetest ketajaman gigi woof-woof..

Amacam CS, i nak minta keje ganti Ban Ki-moon...diplomasi I boleh pakai ke?

CS said...

QJ, kalau betul caranya, I tak kisah kalau jiran kafir bela anjing. I suka bila dia woof2 kat orang tak kenal. Boleh alert I yg dah saun trabel nih :-)


Ja, tuan doggy ni sebenarnya berhemah, sopan lagi santun (psst.. 'jiran' tuan doggy ni lagilah superb, hek3). Since you suka I tunjuk2 jari, come Ja gimmefaiv!


Ain, anjing2 tu kiranya bersopan jugak takde gungguung2 tak tentu pasal. Tulah kan, manusia selalu buat silap dan take things for granted.


Akak, vanekem! (gaya S.Velu)
Potret Pekerti? hehe, macam best aje ek? Takleh miss (wpun kadang2 ntah apa2 namun I tetap support dramas made in Malaysia).


3E, berapa lama karang coretan? hehe.. 7hari 7mlm taw. Wah, glemerlah you kat dapur kapkekkasih. Yes, airliur I meleleh bila Akak tunjuk chiffon kek tu.. huwarrrghhhhh <- nangish nih.


CeriaWan, lastik dan mercun untuk anjing liar bolehlah; tapi ni kat rumah jiran next door aje. Tak cukup pantas nak sembunyikkan tangan lepas baling batu/mercun :-)


Anne, diplomasi you memang kelas. Bila depa pilih you ganti Ban Ki-moon, I nak ikut ok? I nak jumpa KoPi Annan. BTW, you tau tak nape Kofi diberi nama tu? Teka jgn tak teka.
And I agree with you, jiran pegang kayu shd bertenang a bit tapi tulah.. smlm wasnt the first time doggies tu berkelakuan sumbang cam tu so apa lagi? kenalah!

mrswongjowo said...

somuffins...
rindunye nak baca celoteh u all semua! Huh doggy doggy ....kalau zaman dulu my dad letak racun dlm doggy food he..he...

MamaFaMi said...

WHO LET THE DOGS OUT...
HUH HU HU HU
WHO LET THE DOGS OUT...
HUH HU HU HU...


Nak komen, biarlah ada background muzik sket, barulah happening! Hehehe...
Citer pasal anjing ni, mama pernah experience kena kejar dengan anjing dan lagi 1 inci lagi, nak kena gigit dengan anjing tu. Masa tu mama baru darjah 5. Owner anjing tu, samalah macam owner kat dalam cerita ni.. Masa tu mama berjalan kaki lalu depan rumah dia. Then dia cakap, "Girl you better hurry up and go home. I am going to let the dogs out". Bila dia kata 'hurry up' tu, kita pun berlarilah. Kita lom jauh, lom lepas dari pandangan mata dia, dia dah lepaskan dua ekor anjing dia. Ate, kawan tu kejarlah mama. Mama lari kat tengah tengah jalan. Tak pikir apa dah. Nasib baik ada kereta yang datang dari conner sempat brake. Kalau tidak, gamaknya dah jadi aruah la mama ni. Bila dengar kereta tu screeching, barulah si owner India tu nak panggil anjing dia! Aduhai, mama lari tak cukup tanah. Sampai rumah, pucat lesi. Sib baik tak demam. Hampeh punya tuan anjing!!!

Kat rumah mama ni pulak, jiran belakang, ada bela anjing dua ekor. Dia letak je kat belakang. Dengan mama, dia dah selalu nampak, so dia tak nyalak sangat. Tapi dengan hubby, sebab hubby jarang jengok muka kat tingkap dapur tu, bila dia nampak, dia nyalak. Ada once tu, hubby ma dah tak tahan, dia salak sekali je kat anjing tu...hah kau... terus senyap kawan tu.... HAHAHAHAHA.... sabor je la!

Moral of the story : Sesiapa yang rasa-rasa nak bela pets ni, kenalah bertanggungjawab. Even kucing pun, janganlah let that fella melepas sesuka hati di mana-mana yang sempat. Potty trainkanlah kawan tu! Hahahaha.. Tu sebab rumah mama, pets adalah diharamkan. Bukan apa, kerja rumah pun tak terhabis, nak ngerjakan dia pulak... aiyoyo...very sorrylah!

CS said...

Hi MrsWJ.. long time no see. Hope you're doing fine. Lama tak drooling kat dapur you taw.
Psst.. your dad guna racun jenis apa? Racun tikus ke?


WHO LET THE DOGS OUT...
HUH HU HU HU
WHO LET THE DOGS OUT...
HUH HU HU HU...

Mama, lagu tu masih berkumandang.. hehe.Pengalaman '1 inci' Mama tu kaan, kalau ikut trend sekarang Mama dah jadi jutawan tau. SUE aje tuan anjing tu.. Bikin susah sama olang saja.

Yes.. bila kita bela pets, kita mesti own up segala2nya. Tu juga sebabnya I kurung my cats so that depa tak pooh2 merata2 (initially they are stray cats tapi mencari kasih dan sesuap nasi dari kami. Kesian gak.)