Saturday 31 October 2009

Kalsom-ohh-Kalsom ...

Siapa kata nama Kalsom femes?. Siapa kata? Ntah siapa kata, tapi memang pun. I takde statistik mengiyakan tanggapan tu, tapikan .. dalam 10 drama Melayu yang main kat tv tu, I think 6 out of 10 mesti guna nama Kalsom. Tak kiralah Kalsom jadi Som, Kak Som, Datin Som, Nek som, Puan Sri Som .. semua tu macam sesuai aje dengan watak masing2 MELAINKAN watak jahat (kita tak skerr nama semolek tu jadi jahat taw); tapi kalau SomSom? bubur SomSom? hehe.. I like.. lama dah tak makan .. dah bertahun2.
.
Kebetulan I ada dua jiran terdekat nama Hjh Kalthom dan Che Som; sorang dari Muar dan seorang dari Kedah.

Sambil menulis ni, I 'dengar' drama Melayu over TiViTiga. Tak silap tajuknya Kurnia (tapi sinopsis kata Payung Siti Fatimah (sori nak lencung kejap .. I bitau TB I tak nak payung Siti Fatimah tapi I nak equivalent to a kemah. OK tak I cakap cam tu?).

Kan dah kata nama Kalsom tu femes kan? Kebetulan drama malam ni berkisar cerita MIL yang tak berapa nak suka dengan DIL dia nama Kalsom aka Som/Chom (macam familiar aje..?). Kalsom ni menantu yang sangat2 baik but sad to say, MIL tak suka menantu orang negeri yang kononnya QC. Kesudahan ceritanya? hehe.. nasib baik happy ending.

Anyway baru2 nih I teringat nak tanya my kakak2 macam mana Mak/Bak boleh beri nama sama macam nama menantu yang baik tu, heheh.

Al-kisah..

Aruah PM my bapak sedara ialah kadi besar di JB sekitar 'zaman tu'. Dia juga bertanggung jawab mengajar hal2 ugama pada warga istana termasuk Sultan sendiri, maka good rapport terjalinlah. Masa tu juga Tengku Mahmud baru berkawin dengan an English convert nama Islamnya *Kalsom. So bila my Mak lahirkan I, PM cadang bubuh nama Kalsom. Of course bila dah tau cerita sebenar, I felt somewhat honouredlah kan? ehem .. (PM ialah abang pada Mak). Dah terlampau syok agaknya, PM juga menamakan cucu dia dengan nama yang sama.
* Bonda pada TMJ dan TengkuZizi (pioneer Tabung Uji untuk ibu2 sukar mengandung).
.
Malam ni ingat nak cerita tentang masakan I tengahari semalam. I masak 4 pot nasi untuk 4 orang tapi hanya 2.5 orang aje yang makan (tu sebab terlebih2). Baki nasi dibawak kemalam, terus kepagi esoknya (hari nih), berlarutan ke tengahari tadi dan patutnya malam ni kami makan benda yang sama tapi TB ajak makan luar pulak ... hehehe ..

Kenyang I makan mee Kung Fu.. (dah 2 hari T inginkan mee nih; cari punya cari dapat juga tapi tak sesedap yang I makan tadi). Sila rujuk gambar rajah .. tu aje yg I tak makan!

Nilah beriani instant yang I masak semalam. Ada orang gelakkan bila tau I ambik masa 2 jam untuk masak 'instant'. Tapikan tapiii.. nape plak I kata instant when ekceli I did everything from scratch?

Dengan bahan yang tak cukup, I laksanakan tugasan dengan begitu cemerlang, hahaha.. (harap takde siapa yang mencebik2 nak nangis sebab tak dapat tandingi I, mueheheh).

Bila hati kata BUAT, w'pun tak cukup bahan, I tetap buat. Takde tomato puree n tomato sos, I gantikan dengan cili sos. Takde daun ketumbar/saderi/mint, I ganti dengan celery aje. Alhamdulillah dengan semangat yang ada .. sempat masak lauk beriani ayam dan sambal tumis udang (terhitam sikit sebab I guna gula melaka). Side dishes? Papadom & acar timun/tomato/cili/bawang.

Apa jadi bila semangat dah pudar? Hmmm.. cerita pun tak guna.
.

20 comments:

kak ja said...

Puan Kalsom,
Sj je u nak goda I, tunjuk gambaq mknan sedap2.. mentang2le I dah 2 ari memaksa diri menelan buboq nasik.. I sgt tak sukerrr!! Tp demi masa depan yg cerah dan gemilang terang benderang, I terpaksa akur dgn keperluan sistem penghadaman yg dah bercelaru haru-biru-ijau-kuning-purple nih..

Tunggulah besok.. I nak tenyeh sambal belacan dgn penuh perasaan!!

Queenie said...

Assalamualaikum wbt YB YM Kalsom,
(baca dgn penuh lemah gemalai ya)

Saya singgah di rumah anda ni jam 2.58am. saya ulangi...AM ya, pinjam kata2 anda tadi...

Mengapakah anda menguar2kan kpd khalayak yang saya mentertawakan anda? Bukan kah saya melengkapinya dgn cerca sekali? Dan kerana itu hidung saya dah kembali mengembang...

Olehkerana anda begitu berjaya menyempurnakan semangat suci anda demi TB, saya dgn berlapang...berlapang...lapangan terbang, ingin memberi anda sebuah hadiah - hadiah fatihah.
(teruskan membaca dgn lemah gemulai sampai khatam taw)

Ibu n Abah said...

Cik som,
gigihnya masak nasi beriani...boleh buat kenduri lah macamni...
tabik lah..
saya bab nasi beriani, belum khatam lagi.. mana nak belajar?

Sizuka said...

cs, tak ku sangka rupanya cs ni ada bakat memasak yang terpendam. nak sikit briyani instant boleh? nampak tersgt la sedapnya!

CS said...

Puan Aniza, apa kabar perut mu? Semoga kembali aktif menghadamkan segala makanan. Betul ke you tergoda? har3 .. (sambil geleng paler penuh ketakjuban).


Puan Khadijah @ Aishah (ngendap dari file CSI), waalaikumsalam. Terima kasih menghadiahkan Fatihah. I memang suka terima hadiah tanpa dibungkus bagai. Very practical kan?
Oleh karna idong mu dah kembali kembang dan mengambang, nah amik.. I hadiahkan you sepit baju 12 ketuls. Sila sepit mana yg patut. Jelitamu, jelitaku jua Jah..


Akak, nak belajar masak beriani ke? Ni ha.. ada 2 orang yang boleh tunjuk ajar kat you .. Mereka adalah QJ n Sizuka .. Tanyalah apa2 juga soalan kat mereka.

Sizuka, tekak I kata sedap, heheh. Bakat memang selalu dipendam dan direndam .. kadang2 bila mood baek-punya datang, tulah timenya tak sabar2 nak masak wpun bahan tak cukup (malas nak keluar beli dikedai). I confident masak untuk 4 orang aje you .. Mengejikan ek?

Fadhil said...

somuffins,

Nama Kalsom itu sungguh indah sekali. Banyak juga berkait dgn royalty. Selain dari ibu TMJ, sultanah Pahang sekarang pun bernama Kalsom. Salah seorang puteri diraja Johor bernama Aminah Kalsom.

Menurut Pakcik Wiki, nama asal bonda TMJ ialah Josephine Trevorrow.

Ampun tuanku... :-)

CS said...

Oldstock, yaa beta ampunkan khilaf tuan hamba kerana tidak memantau pulau Riau dengan baik namun terima kasih kerana tuan hamba telah menaklok pulau Batam single-handedly, hahaha heeha..

Mmmm.. Aminah Kalsom tulah Tengku Zizi.. kan? Tak terpikir nak check kat Pakcik Wiki. Tq for the added info (btw I ada gambar2 lama diorang tu complete with Lady Marcella)

MamaFaMi said...

Ooo nama somuffins ni Kalsom ye. Yes, memang tak dinafikan lagi, nama Kalsom ni memang famous kan.. Tapi pernah tak masa sekolah sekolah dulu, bila citer P.Ramlee ditayangkan di TV, orang panggil you Chombi? Hehehe.. cute kan?

ain said...

maknanya...gleme gak le akak ni. nama ala2 bini sultan gitu!!! cayalah!!!

saya pulak klu masak tak cukup bhn, memang tak reti ler pulak nak substitude ngan benda lain. almaklum le otak tak kreatif!!hehe

Queenie said...

Sizuka...u dah berkira2 lom berapa nak bagi komisen kat Cs tuh? mandai2 dia pecahkan tembelang kita cerdik beriyani kan?

Ummi said...

Waaahhh Ma...sempat lg menulis tuh..hehe..Patutlah beriya tanya Ummi pasal nama haritu..hehe..Memang femes dan glamourous la Ma..hahaa..x kira lah orang perasan tak or kita yang terperasan tp nama cam kita ni mmg baik2 orangnya, jadi anak dan menantu yg baik, mak sedara yg baik, sahabat yg baik, kekasih yg baik..ahaakkss! So far, so good la kan...Ya lah, dah termaktub di LohMahfuz dah nama kita ni kan, even my mom have tried to name me with Suriani..emmm..Ummi Kalsom jugak yg lekat..hehee...X kisahlah, asalkan Ummi ni sihat2,baik2, disukai ramaiiii...wakakaa...

CS said...

Mama, alkisah SOMuffins dicipta dari separuhkata akhir nama sebenar, heheh. Ada gak kawan2 usik panggil I Chombi, tapi kalau you buang 2 huruf akhir 'bi', maka
tahulah you yang seantero dunia duk manggil nama I cam tu.. Memang cute, ahaks.


Ain, salam perkenalan, saya Tengku Kalsom.. ha3 perahsantan gitu. Bab masak gaya tak cukup bahan, beri pada I. Tu yg tak konfiden nak jamu orang.


QJ, I tak harap komisyen. Hantar I ke Mekah wat umrah pun kira OK lah..


Ummi.. rasanya you tersilap dapur kot? hehe.., tapi tak per I suka sebab kebetulan tadi I gi lawat rumah you .. I nak tanya you samting ie you ni member KBR ke? Apa pun you kata (tang kebaikan nama tu.. I setuju aje, hehe).

kak ja said...

I semlm singgah jenguk u lbh awai drpd QJ, kan? I menang, kan? kan kan kan?

Ni pun cuba u tengok pukul brp yg I mai bertandang kat umah u ni.. I ketuk2, u buat 'dek' je.. I godek2, tengok pintu dpn u tak berkunci pun.. Mesti TB yg lupa kunci sbb dia sibuk nak menerkam nasik beryani u mlm tadi..

I tgh tunggu u bangun buatkan I kopi O, nak cicah cream crackers.. Kopi O Cik Com manyak sidap tau???

CS said...

Hi Ja, memang I tidor mati selepas berkarya a very long and winding story. Nanti I tampal eh eh??

Nak bitau you, umah I takde kopi dan takde cream crackers. Yg ada cuma teh, neskepe and kopi sixINone TB, auwww. BUT, I ada murtabak n I ada biskut Osborne. Nanti I buatkan you sambal tumis, you bolehlah cicah2. Nak jemput QJ n Anne x? QJ dah baik ati tu beri kita pudding roti (tapi lokek tak kasi I sosnya). Camana Anne? Katanya dia on diet kan?

Unknown said...

Ya, nama Som memang popular dan bunyi nya pun very innocent... very baik budi dan segala very-very yg positif la!

CS said...

Cik Som .. terimalah ciuman yang berlambung2 dari Cik Som .. hehe. Kita skerr taww...

Queenie said...

som
som apa?
sompek
pek apa?
pekkak
kak apa?
kak som
som apa?
sombong!
larriiii....

bong apa?
bongkang
kang apa?
kangkong
kong apa?
kong kali kong!

kali nih betul2 punya lariiii....

CS said...

QJ, I ibaratkan you sebagai adek yang suka pulun gula2, coklat, gula batu, gula melaka. Very hyper. Ada2 aje ..kenakalan yg teramat menyerlah.. "Haighhh.. camanalah bila kawin nanti? Takkan nak terkinja2 aje Jah oiii?" <- kedengaran suara Mak Bee memekek..

anneaziz said...

C(HOMBI)S

Kat sekolah I dulu kan...ada jugak nama sama ngan you tapi kan di singkatkan menjadi Kelly...sekali sekala I panggil u princess kelly camna? Kan glemer tu?

Nampak nya you sedara jauh lah ngan bonda i...bonda I Tengku Jenab... Aduh! Sedara bau-bau belacan rupanya kita ye?

CS said...

Anne, jangan tak tau, Kelly is also my nickname but takdelah dicantum dgn Grace. Masa kerja dulu, budak2 muda yindia cinerr panggil I dgn nama tu, auwww..

Jgn panggil I Princess Kelly .. terasa panas berdenting nama tu, tak sesuai nanti I demam plak. BTW, ntah2 your mum bersedara dgn my step mum who's also a Teng..ku..