Thursday 24 December 2009

Nak 1K daya (int'l passport) ... Part 2

I nak sambung cewita .. sebab cewita tu belum basi
dah terkompol kat dada lama sangat nih
kena gak kuarkan ..


21/12 Isnin:

Projek buat paspot a'bangsa gagal. Gagal teruk sebab we could not even get a number (to start with). Patutnya kita berkemah aje kat situ atau pergi pagi2 sebelum lalat terbang untuk dapatkan nombor. Nombor apakah itu? Hum tum .. (ingat nak nyanyi lagu Hindustan tapi tak hapal plak liriknya).

Note: learn thru mistakes - lesson no. 1

22/12 Selasa:

Diorang kata .. why not try buat paspot kat epot lama Terminal 2 (T2) di Subang tu. OK.. I menurut aje cadangan bernas dari diorang. Kali ni I bertolak dari rumah cepat 2 jam dari semalam. Pukul berapa? Percayalah I cakap, memang cepat. I boleh agak lokasi T2 kat mana; dan I yakin boleh tiba sana tanpa sesat and on time.

Ni RAHSIA so pls baca senyap2 k? (I dah nekad dari malam lagi nak ke T2 .. dah angin2kan kat T .. dah fone staff kat T2 to seek some info tapi bila we all tiba dipersimpangan dilema 2 cabang .. belok kiri ke SA, belok kanan ke T2 maka tetiba all hell break loose (sepatah kata omputih). Pungpang pungpang dumdam damdum dua beranak dalam kereta tu. Memang tensyen to the max! I assume T tau kita sepatutnya ke T2 dan dia assume I tau kita sepatutnya sambong projek gagal ke SA aje NAMUN assumption memasing tersasar.

Note: learn thru mistakes - lesson no. 2

I teruskan perjalanan ke T2 diiringi doa berbakul2.. I thot tempat tu lebih dekat dari SA tapi tak sangkha plak tempat tu owh so far away - benar2 menguji tahap ke'teral'an my driving skill. Alhamdulillah tiba juga ke T2 albeit kesesatan yang tidak disengajakan. T terus melompat keluar setibanya di T2 dan I terus cari tempat letak kereta.

Sekilas pandang .. OMG .. (let me exaggerate a bit) dah berjuta orang beratur rupanya (baru pukul berapa aje?). Where got chance like that? Dipendekkan celita yang manyak panjhang, T lompat naik kereta before I could even keluar dari kereta .. lompat2 macam circus Shanghai plak and another pungpang2 damdamdum session ensued *sigh* Sabar jerlah.

Tanpa lengah I terus F1 ke SA. Cuba nasib sekali lagi kat sana. I tak seronok drive kat SA wpun co-drivernya FURS class. I tetiba terlupa bezakan kanan dan kiri, terus dan belok. Terok ek? But then, I yang terok atau route dalam SA tu yang terok? Dahlah mengkonpiuskan orang dengan lebih 18 'rondabot'nya. Kita tak sker, kita mencii, kita 10-sen.

Gaya lentok badan dah tau diorang tu boring dan penat

At last .. tepat pukul 4.30 ptg T dianugerahkan dengan paspot merah antarabangsa. Dari pukul 8.30am - 4.30pm kami disana baring2 duduk, berdiri, berjalan, makan, window shopping, makan, grocery shopping, lunaskan t'jawab padaNya, duduk, berbual2 (dengan orang sebelah yang juga sedang bowsan menunggu). Berbaloi tak?

Berbaloilah jugak setelah I berhempas pulas menerai satu baju nih .. nampak glem habis dan ada plak my size. Acu punya acu, cuba punya cuba .. hahahaiii .. MAUT MUAT! Tapikan tapiii, I have to say no to pembaziran memandangkan baju tu tak selesa dipakai semasa I duduk. Nampak glem dimata orang I but I could foresee something .. hehehe, secret! kenot elaboret. Tak beli yang TU, I beli yang biaser2 punya. Jadilah, alhamdulillah.


Last kopek ke SR selepas misi selesai. Sedap ke pie tu? Taaak!

As though 2 hari mcm tak puas seksa I mandi pagi, come Wednesday ... oh man!!! SEJUK taw...

23/12 Rabu:

Demi keselamatan, I terpaksalah temankan T ke KL. Dia kena buat exam. Pungpang2 damdum dumdam sesi masih kedengaran. Sabar jelah. Nak buat decision pun susah walhal tau dah jawapannya. Tak mungkin I boleh drive ke KL "it's just impossible" sepatah kata Andy Williams or Perry Como. So eventually, we chose to take a taxi.

Note: learn thru mistakes - lesson no. 3

Dah lama benar I tak naik taxi. Dah tak tau camana diorang caj penumpang. I duduk aje dlm taxi, meter dah tersenyum simpul RM3. Tiba destinasi .. huahuahua nak nangish .. RM35 tervang merayang .. <- bahasa apa I guna tu? haha.

Masa tunggu T buat exam, I JJCM ringan .. sedap plak tu!


Alhamdulillah T lulus exam tu. Berbaloilah naik taxi semahal tu. Balik dari KL, kami cuba naik LRT/komuter hingga ke Subang. 1st time jejak kaki ke KL Sentral. I thot dah tua2 nih, takdelah I naik 'bus' berdiri depan orang yg ada BO (body odour). I pulak tak perasan, orang depan I tu 'jenis' yang berupaya mengeluarkan bau2an yang OMG! Dia dengan rela angkat sebelah tangan untuk pegang sesuatu kat atas kepala agar dia tak jauh dibuai ombak LRT/komuter.

You larat ke menghidu campuran bau2an yang dah 'pering' dari bau kari, cempedak dan nangka? Can you imagine the aroma?? Nasib baik I tak mabuk, mun***

Naik LRT/komuter tak sampai RM10 untuk berdua. Oh well ...

Dari stesen komuter anakanda D menjemput bonda dan adindanya ... Sempat singgah Karfu beli pretzels dan singgah klinik amik ubat awet muda (haha BBPJ baca boleh percaya jangan).

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam CS...

baca cerita you ni, mcm kakcik ikut serta pulak..dpt rasa apa yang you lalui :)

Ibu n Abah said...

kak som,
best ada penerbitan Al-Kisah hari cuti ni...
tahniah buat T yg lulus periksa yg diambil....
tahniah juga buat ummi T yg menemankan ke KL dgn menaiki teksi dan komuter....

CS said...

wkumsalam KakCik .. penat dan letihnya tak terkata. Korban kasih gamaknya...


Akak, penerbitan Al-KASIH, unconditional gitu. Hujan panas ribot topan salju salji tetap akan diterbitkan, insyaallah. TQ dgn ucapan tersebut. Alhamdulillah.

Tie said...

Ooohhh!!

Tak sangka begitu susah nak buat pasport antarabangsa tu ,ekk . Berapa kena ? Beratus kan ?

Tie ingat nak buat........
nak gi shenzen !!
Waakakaka... dah terpengaruh citer 'Kelab Jeng Jeng'.. tengok sesekali tak tau macam mana boleh terikut-ikut.

Tang bau-bauan tu, err.. Tie pun tak tahan bila terbau orang yang tak tukar bajunya. Boleh pitam!

CS said...

Tie, RM100 jer untuk 2 tahun. Bila nak pergi Shenzen tu? Agaknya kalau buat lepas cuti sekolah, keadaannya tak seteruk skrng.

Good luck (jgn lupa bawak tikar bantal..haha)

kak ja said...

Tu lah, CS.. I ajak u JV dgn I bukak Jab Imigresen sdiri u tanak.. Kan ke dah kena putar stereng kiri-kanan-depan-belakang, baru dpt iTTew passport meyah..

Kari yg blom basi baunya harum, cempedak yg dibuat pengat pun wangi, nangka madu apatah lagi.. Tp kalau combine bau semua2 tu, Akak tak sanggup!! Akak nak lariiiiii!!!

ain said...

mmg betul tu, time2 cuti sek ni lah, ramai yg dok buat int passport!! sbb tu, tu hari saya pi beratur seblm kol 7 layi, tu pun dah dapt no ratus ratusan. ada yg dah sampai kol 6 pg lagi.

tahniah utk T!!!!

CS said...

Ja, bukan I tanak berJV dgn you. I tanya besarkah modalnya tapi you tak jwb pun.
Bau2an tu boleh membunuh Ja oii!


Ain, thanks. Imigresen yg u pegi tu kat JB ke? Patutlah pun sbb JB kan tempat happening?

kak ja said...

CS, kalau kita tauke, kita gak kulinya, mesti tak besaq modal, CS.. Tp kalau u nak lagi jimat, biaq I jd tauke, u je jd ****nya.. Tak tergamak I nak menyebutnya!!

Melawak sj, CS na??

CS said...

Ja, u jadi tauke dan I jadi BOSSnya kan kan kan? Har3 .. adakah bunyi 'boss' lebih glem dari tauke hinggakan you tak tergamak menyebutnya Ja? Ngiah3..
Apa pun, tauke ke.. boss ke.. kita tetap humble pie kan Ja kan?