Dear Mami, it's a pleasure to have received the tag from you. I apologise for the delay. Jangan serik k?
.
.
1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
2. Select the 8th photo in that folder
3. Post that photo along with the story behind it
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same
.
Gambar dibawah nih I cekup dari Google dan difile dalam folder 'ducks'. Ada 28 gambar itik semuanya.
..
Why am I obsessed with ducks? Al-kisah ...
.
.
My sister Ndja and I selalulah ikut my Mak ke pasar basah di JB. Masa nih jangan mimpi bersyoping ke supermarket sebab satu2nya supermarket yang ada kat JB ketika tu semacam dikhaskan untuk orang asing terutamanya mat saleh yang bekerja diWoodlands. Some of the mat saleh tu ada yang berjiran dengan I.
.
.
Tiap kali van Cold Storage hantar barang2 yang dipesan oleh jiran omputih, I berempat beradik semacam jeles aje. Maybe tak jeles cuma sikit iri hati aje sebab kitorang tau Cold Storage tu ada jual sponge kek tersedap didunia dari jenama Birds Eye. Kek tu serupa Victoria Sandwich Cake. Kan ke sedap tu? (masa nih kita masih belum berani masuk CS tu sebab duit belum cukup dikumpul untuk beli sponge kek. Harga sebiji kek kurang $5).
.
.
Ehhh.. I ni sepatutnya cerita pasal foto no. 8 tu, kan? hehehee .. melalut! Where was I? OK, dah ingat dah, hehe. Mak selalunya beli ayam dari kedai PakSheikh. This would be the last place in the world I would bercita2 to go. Selalunya bila Mak masuk area terlarang memilih ayam, Ndja n I akan berdiri jauh dari 'reban' supaya kita boleh tarik nafas dengan selesa. W'pun tak suka pergi kat tempat tu, hati kami dah terpaut dengan kecomelan anak ayam dan anak itik.
.
.
Mak perkenankan hajat murni kita, heheh. Mak bayar $1.60 untuk 4 ekor anak2 itik yang sangat comel serta gebu (rasa macam nak penyek2kan aje, har3 sadis!). 4 beradik dapat sekor sorang anak itik tapi yang paling rajin beri itik makan sawi, yang rajin sediakan sebesen air untuk itik berenang dan yang rajin bergurau senda dengan anak2 itik ialah ............ (alahai, seganlah pulak nak bubuh nama orang tu kat dot2 tu).
.
.
Nama itik I Didik tapi yang tiga lagi memang nameless. Bila Didik meningkat dewasa, I dah tak pegang dia lagi sebab I dah mula geli. Siang hari, Didik berempat ekor dilepaskan roaming about dan pada malam hari Didik tidur dalam 'rumah' yang dibuat khas oleh my sepupu yang diimport khas dari seberang.
.Malang tak berbau, Didik kena langgar oleh prebet sapu. I menangis sebaldi! Hari tu juga I koyakkan sekeping kertas dari buku latihan sekolah untuk I luahkan rasa pilu, geram dan sedih didada. Kertas tu I tampal kat dinding almari kat dapur ala bulletin board. Semua orang baca termasuklah Bak. Ehh Bak I tu, kita tengah bersedih, dia boleh ketawa kikikikkkkk pulak. Menerusi Mak barulah I tau kenapa Bak terkikikikkk...
.Sejak kejadian tu, minat I pada itik terus membara. Suka sangat tengok itik berenang, rasa tenang aje. Suka tengok anak2 itik ekori ibunya tak kira diair atau didarat. Suka tengok itik mandi manda celup2 kepala dalam air. Lama kelamaan I dah berminat pulak dengan figurine itik. My first set of 5 was given by a friend's friend from seberang. Banyak juga yang I kumpul tapi kebanyakkannya orang hadiahkan. Sekarang nih I dah mula simpan some of the figurines dalam store. Takut juga malaikat tak masuk rumah I nanti.
.
.
Masa ada kesempatan melawat tempat orang nun jauh disana, I ralit bila pandang kolam/sungai yang dipenuhi itik berbagai jenis. Puas puas puas!!
.Nak gak tunjuk my masterpiece dari lakaran 'free hand' (foto no. 25 dalam file 'ducks').
..
Mami, you tag I mintak I bercerita kan kan kan? Haaa, kan dah???
.
Last but not least, misi no. 4 perlu disetelkan juga so I berbesar hati ingin TAG :
1. Akak.. 2. Ja.. 3. Lili Heta.. 4. Eleena.. 5. Rima.. 6. Anne.. 7. Naz.. 8. Shidah
15 comments:
waaaaaaa...panjangnya ceritaaaaa......
lombor 8 manyak ong oooo....
(psst..baru lepas kemas dapoq, basuh pinggan, siram pokok, basuh kete! baru lepas mandi, baru nak tidoq!)
alamak! I dah tersampai dan ternampak namaku di situ.
Kalau I buat buat tak nampak boleh tak?
Kita suke lukisan itik awak. Berbakat, sungguh berbakat Kak Som kita ni ya :)
Habis sape lak I nak tag kalau yang nak kena tag tu you dah garap? Hahaha!
Tolongggggg)))))
Hmm...nak kuor gi paso dulu, pastu nak minum2 dgn kawan2...pastu nak gi ushar pinggan mangkuk kat kilang di Juru...ntah pukul berapa nak balik...nak masak lunch, nak...nak nak...nak...nak....
aisey! i'm in the list?? hehe... masa kecik2 dulu, i love itik sebab anak itik comel sgt2, mcm anak ayam. but i dont like itik bila dia besar. yang paling comel, itik serati. kalau rumah you kat sebelah my house, i'd hadiahkan 4 ekor itik. unfortunately takde pulak company yang buat home delivery itik hidup :D
ps : selamat pagi CS :D
Salam kak som....
terima kaseh kerana masukkan nama i dlm senarai TAG.... berbesar hati i menerimanya....
(heran i...) pagi2 sepi'ee peminat2 u dah menunggu nak komen... i tumpang seronok sebab.. masing2 berlumba2 nak mengalahkan i hantar komen awal-awal.. semua nak tempat pertama...
Lukisan itik u memang cantik... kalau u fremkan dan letak tengah dinding hall pun kira memang cantik.. kalau org tanya harga.... kira beribu, ratus juta jugak...(kiraan aisyah...) serius....
Salam semua ..
Mami, tulah jadinya bila I ON my B button, haha (B=blabber).
Fa, I mcm tau2 aje you dah penat mengemas maka I tak TAG you kali nih. Good nite Fa n sweet dreams!
Naz, I tau you mmg adik yg baik, muah! I berbakat? hehe, thanks. Bakat yg dah sangat lama dipendamkan (if so there ever was).
lili, kawan blogger kita tak ramai ek? Orang yg sama gitu, har3. Tapi you boleh aje TAG I semula. Instead of 888, you ubahlah ke 222 ker?? Haa.. ni nak tanya sket. Beli pinggan mangkok tu nak simpan kat rumah I ke??
Sizuka, you boleh buat TAG bila you dah betul2 sihat ok? I wish anak itik remains as anak itik takyah membesar (senang I picit2, heheh).
Akak, gambar tu mmg dah diframekan. Lama dah I lukis gambar tu. Nak dijual? Har3, laku baper sen aje kang.
panjangnya citer akakk...
pasal itik je tu
PB, panjang ke? Hehe, nasib baik boleh berhenti dgn sendirinya
CS,
Tak jadi ler pulok pi kilang pinggan mangkuk kat Juru tu pasal semalam terlama ler menyembang dgn kengkawan masa minum2 pagi. Ingat nak pi ari ni..dah hubby tak kerje lak! Nanti dia heran asyik mengangkut pinggan jer since last Friday!
Just to update you...Mikasa sale kat Kulim tu best gak cuma kali ni tak banyak yg derang offer. Tak macam two years ago. Kali ni buy 2 free 1. And set yg kita nak tambah dah tak de dlm stock sale derang. Kena pandai2 ler mix n match. Hihi!
Kalau you nak tgk design tu just google 'Mikasa Tableware'. Kat US, kiranya pinggan mangkuk ni 'imported' ler...hehe! Yg dibuat sale ni overrun stock and some yg lelong tu reject stock...
Eh...panjang lak I beri penerangan ni! Takpe ek?
Yg dekat Juru tu pulak, tableware utk hotels. Sja nk cari tea-pot. Maybe esok kot...hihi!
psst...berkenan ke?
Kwang kwang kwang.. semalam tak kesempatan singgah ur blog... panjang cerita and menarik also.. cakap pasal bird eye sponge cake.. dah lama mak tak beli.. besok i will go to cold storage ah and see if they still hv it there.. and i didnt know seh u orang johor.. hehhe
lili, biasalah pempuan kan? I have not been buying sbb takde tempat simpan but I love tea pots berbentuk gemuk and base lebor (cam bentuk I kekdahnya, auww).
Rima, thanks. Jangan lupa update kat blog you shd you terserempak dgn birds eye sponge cake tu. If possible pls include harganya sekali. Misi spesel untuk you, hehe.
I am a true blue Johorean tapikan tapii .. by name only, sob3
dulu kan som, i dok sekejap kat taman pelangi sebab rumah stulang tu mami buat semula. kat taman pelangi tu adalah supermarket fitzpatrick. dan kami kerap beli kek sarah lee. terima kasih Som, cerita Som mengingatkan kembali kisah lama saya.
Eleena, kat Taman Pelangi ada supermarket Fitzpatrick? Masih ada lagi ke??
Kek Sara Lee? Ntah2 sponge kek yg I suka masa kecik2 dulu dah diambik oleh Sara Lee kot?
Now baru I tau nape U suka itik since our working days dulu....skrg baru rahsia terbongkar. anything kenangan bersama bonda tersayang....syahdu kan
Nanti campak sikit Birds eye sponge kat I
Post a Comment