Thursday, 4 March 2010

TV oh TV ...

An extra ordinary quiet day today ...

Pagi tadi terasa nak jengah cik O kat rumah dia no. 702. Dah lama tak tengok dia beraksi. Jangan dia sangka kawan lama dia nih dah terlupa kat dia pulak (hic!). No, how can I forget my old buddy! Hari nih boleh tahan interesting. Geli hati tengok gelagat her 'ferosh' designer yang cute tu tapi cik O macam tak selesa bila berjalan pakai high heels. Tapikan tapii, apsal pulak I nak sibuk2 nih? Kan dia ada image consultant sendiri? Surely diorang lebih tau apa yang sesuai dan apa yang padan kat cik O tu, kan?

Movies pun dah lama tak dilayan dengan erti kata sebenar tapi ada juga jeling2 movie either pilihan D or T. Semalam I tengok satu movie (pilihan D) fasal budak lelaki yang berupaya membawa diri kemana saja dia suka. Maksudnya kalau dia berada dalam biliknya, dengan sekelip mata aje dia boleh berada dalam living room rumah I di SJ. Kenapa di SJ pulak? Yaalah you, kalau heronya Hayden Christensen, takkan I buat contoh dia harus kerumah you pulak, kan? :-)

Takat nih I berjaya tak follow 2 drama Melayu (bersiri) yang 4.30 dan 6.30pm tu. Lega rasanya tak 'terikat' tapi tak taulah boleh bertahan sampai bila namun I pastikan drama malam Sabtu (kalau bagus) tak dilepaskan begitu saja. Semenjak drama tu diubah ke pukul 9pm, maka kerap juga terlepas 40 minit pertama (either sibuk didapur, terlupa atau ada orang sudah genggam itu remote). Malam Sabtu sepatutnya Umi rules tapi kadang2 tewas juga... Aisehhh..

Drama bersiri Korea (kegilaan seantero dunia) dan yang lain2nya pun I tak layan. Even masa Winter Sonata was at its peak, I buat dak juga tapi I amat su-ker dengan lagu temanya. Macam boring aje kehidupan I nih tapi I tak rasa boring pun, hehe. Satu2nya drama bersiri yang memang I ikhlas ikuti tak lain tak bukan drama Filipino yang ada 2-hero-1-heroin tu (lupa tajuknya sebab dah lama, maklum dah 'aut-aut' nih kan?).

Drama bersiri omputih .. you name it, satu apa pun I tak follow. I used to follow drama '24' tapi bila season dah habis, minat I pun habis sama. Bila orang syok tengok ER, CSI, House, Desperate Housewives (to name a few), I macam *$%#???!! (jeling2 cenggitu aje). I'm such a bore, am I not?

Dulu kala .. I suka sangat tengok cerita yang berkisar dihospital, dimahkamah, dan semestinya I suka sitcom. Dah jadi taik tivi so apa juga jenis cerita I tengok tanpa kompromi. In fact I suka movie yang naik kuda, turun kuda, yang ada ketua red indian nama Sitting Bull dan anak dara rupa Pochahontas tapi nama Sweet Hawk (ada ke nama tu? haha).
.
Dalam pada perang2, ada pistol ada senapang, hero cedera kena tembak (cedera ringan dahlah, kalau tak I tension nanti); ada pulak diselitkan romance sket ie hero mesti selamatkan damsel in distress.. cam tu barulah I suka. Ndja ketawakan I masa mula2 I tengok How The West Was Won. Hero tua tapi berkarisma, cewah (mcm House juga, hehe).

Nowadays dah amat jarang dengar lagu tapi bila ada mood dikala malam, bila duduk sorang2 mengadap laptop sambil berkarya, I akan dengar lagu2 yesteryear. Blog I tak disediakan hiburan halwa telinga dan I selamanya mutekan volume laptop nih. Once again, I am such a bore, am I not?

Tunggu jangan kemana2 dulu, I nak nyanyi kejap "sepohon kayu, daunnya rimbun ... lebat bunganya serta buahnya ... walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya ...." (you boleh sambong tapi jangan lupa himpunkan kedua2 belah tangan dan letakkan keparas pusat). Nyanyi lagu nasyid harus buat cenggitu, kan?
.


Aaargh ... blabber and more blabber.. tulis dah macam gaya budak2 dah nih, ishh!! Dalam pada tu sempat ke dapur goreng 2 ketul ayam. Ayam goreng nampak gelap aje sebab digoreng pada malam hari kot? Dah lewat tengah malam goreng ayam untuk siapalah agaknya ...

19 comments:

Lili said...

Salam CS,

Oh, you're giving me chills with your opening line.."it's extra ordinary quiet day..." because, I was writing a hanging line myself this morning with: "it's awfully quiet..."!!

I've got to go now...will continue reading your entry and maybe leave a comment. Hehe...! Nak pegi surau ada program sikit.

kak ja said...

2 heroin 1 hero.. was it Sanay Wala Nang Wakas?

I pun tak kaki tivi, tp I tau ada sorang tu, dah berumur sesgt, tp dia dgn tivi dah mcm kembaq siam!!

kak ja said...

silap.. 2 hero 1 heroin..

Ibu n Abah said...

Salam lili, ja... kak som,
i sengaja tunggu nombor 4.. sebab i ada 4 anak...
TV ni... kalau ada citer 'ER'.. i punya. jangan sesapa ganggu... drama lain, kurang minat... pernah dulu minat citer cina keluaran TVB mengenai kisah toke teh... tak sanggup tinggal ... lepas tu, tak sanggup nak tunggu.

Kakcik Seroja said...

Salam CS..

antara rancangan TV yang kakcik paling suka, kalau berkaitan dengan hidupan laut atau pemandangan dalam laut.. wah.. memang boleh tak bergerak dibuatnya.. :)

uMMisYa said...

Salam Kak

Gelak sorang2 sya baca..suka cara akak menulis..best..tak boring..walaupun kadang2 sya tak paham..hahaha..

akak kreatif,kalaulah sya se-kreatif akak,pasti hari2 sya update blog..:)

Sya suka CSI tau..semua csi sya tengok,CSI,CSI miami,CSI Ny..& juga HOUSE..
Skrg ni petang2 dok melekat tengok Na O Mei..

3E said...

Salam Aunty Som,
I sebenarnya hantu tivi...tapi semenjak2 dah beranak tiga ni...alamak, kesukaan yang ini terpaksa dibataskan. Kalau leka ja dgn tivi, mesti la rumah I tonggang-langgang, dapur tak berasap, kain menimbun tak dicuci..ish...tapikan tapikan bila semua house chores dah settle..for sure kuasa veto ditangan I....hahahahaha,,masa tu la I yang paling berkuasa......hahahahahaha

Lili said...

Hmm...citer pasal tv rupenye! Hehe!
Baru sempat baca habis. I ni dah lupa nak minat rancangan apa sebab asyik ngadap laptop ni! Dolo2 memang ada jer program nak tengok.

American Idol this season is so boring and can't wait for it to end. Last season masa Adam Lambert nad Kris Allen tu, I tak sanggup kalo season tu ended!

I'm more into movies kat HBO and StarMovie tu...selalu berebut dgn hubby yg suka Cinemax tu. Tapikan tapi..movie ni ulang ulang..so, tak dapat tgk ari ni, masa lain ada lagi, kan?

*Pagi ni, ada solat sunat tasbih my group mengaji buat. Selesai aje, I bertiga dengan kawan2 'lari' ke Kulim... Mikasa Godown sale! Dah angkut pinggan mangkuk yang ntah bila nak gunanya! :D

CS said...

Salam kengkawan yang dekat dihati tapi jauh dimata (penemuan terbaru, tulis terbalik cam tuu, heheh).

lili, u pun rasa dunia ni sunyi seketika ya? tapikan tapi.. lepas kelas boleh melencung pi beli pinggan mangkuk lagi. Kalau takde tempat nak simpan, meh bawak sini meh (psst, tampal gambar pinggan kat blog u voleh?? Let me drool).


Ja, yesss.. drama si Nang Wakas tu laa (I masih takleh ingat tajuk dia in full, maklumlah kan?). I boleh teka siapa sikembar tivi itew.. ;-)


Akak, bukan I tak suka tengok ER cumanya lately nih I kinda seram dengan hal ehwal pasal penyakit so 'I lari dari kenyataan hidup', gitu.


KakCik, I pun suka tengok dokumentari cam tu. Skrng nih tengah menantikan saat I berdepan dengan ikan paus.. (mesti pengalaman yg menakjubkan, kan?)


UmmiSya, timakasih dgn kata2 semangat you itu, auwww. I hanya pandai merapu dan merapu2 nih mmg prasyarat in creative writing. I belajar kejap aje dulu, tak katam I dah cabut.


3E, kedengaran hilai tawa you seperti halilintar membelah bumi aje, hehe. Hepinya bila remote ada dlm genggaman kita, kan?

Anonymous said...

ayam goweng untuk diri sendiwi ke?
I lagi lah Som tak follow cerita apa pun, tapi kalau hari khamis malam, i sure ada depan Tv for Mega Thursday kat Nat Geo. heee...lagi boring i ni.
TV ada se aje kat rumah, kalau anak main game , tak ada chan mali chan lah I.

CS said...

Eleena, apa yg you tengok @ Mega Thursday Nat Geo. tu?

p/s: ayam goweng untuk bapak borek anak rintik... ;-)

Mr Ceriawan said...

nape xde org yg bercerita pasal channel 611 hingga 616 ek? peberet ambo tuuuu

CS said...

MrCeriawan ... ada gak budak2 kat rumah nih bukak channel 611-616 sebab Umi diorang suka Shaun the Sheep!

Anonymous said...

heee...mega mall, mega mendung, mega sale..heee...tak delah som ,gurau je.
Mega structures lah Som.

CS said...

Eleena, yes. I pernah tengok. I was in awe masa diorang terangkan camana KLCC tegak berdiri serta lain2 structures yg bermega2 tu.

Alfie said...

salam cik som....
i'm not a tv person...so don;t know what u r babbling about. but the 2 chicken legs goreng really caught my eyes.. sodap nyeeee....

alfie

CS said...

Salam EyeSha .. vavavoom, at last awak jumpa umah kitaaa. Guna GPS meh?
Silalah amik seketul ayam gor tu. Jgn lupa beri tulang2 kat PeeWee n Dalfie, OK? And acih singgah kat sini ;-)

Mama said...

I kat sini dpt tengok catch up TV3 je... tengoklah Na-O-mei (taklah best sangat tp sbb dah tertengok .. episod awal mmg mengancam pastu dh entah apa2) dan hari tu tengok Nigina sbb I minat Rosyam Nor punya production.

Nak menyampuk je... I like

CS said...

Mama
Macam tak percaya secara tak sengaja I terjumpa your very 1st comment.

Masa tu you kat UK ...