Takat menggaru leher, lengan dan bahgian yang tercapai dek
kesian garpu nih
Dah lama guna garpu SS barulah perasan, oleh kerana intensity menggaru ada kalanya tak ingat dunia hence ada kala mencalar balarkan kulit
Dalam 3-4 hari nih I dah bertukar nama. I am now Florence Nightingale! Jadi misi pada sibujang senang yang sedang gering. Kalau dah demam, jadilah dia anak yang tersangat mendengar kata (read: tak keluar rumah, tak ngadap laptop, baik aje tidor macam anak kucing). Bila demam dah OK, selera pun turut OK sket, tu yang tetiba kemaruk nak makan benda-alah kat atas tu.
Haighhh... anak punya pasal terpaksa juga keluar w'pun dah almost 12 midnite. Nak jimat 3 ringgit delivery service kekdahnya. Apple pie tu untuk I, tetiba teringin ..
Paginya I keklinik dengan bujang senang untuk dapatkan result blood test yang dibuat pada hari sebelumnya. Alhamdullillah negatif denggi. Pada hari sebelumnya, punyalah lama menunggu baru dapat jumpa doktor. Oleh kerana suhu demam dah naik mencanak2, doktor cadangkan masukkan ubat ke dot3 aje. Si bujang senang mintak disuntik aje but doktor knows best kan?
I sempat juga ambik vaccination H1N1 atas cadangan doktor yang bercakap sungguh lembut tapi pada mulanya I macam decline aje "takperlah doktor lain kali boleh?". Doktor cadangkan aje tapi sibujang senang mendesak I ambik vaccination tu. Mudah2an dengan izinNya, wabak tu dapat dikawal, amin.
Tugasan Florence Nightingale masih belum selesai sebab masih memantau ubat2 yang perlu dimakan ikut jadual yang ditentukan. Ada ubat kena makan sekali aje, ada yang kena makan waktu pagi dan waktu malam sebelum tidor ... ada pulak yang ...
Alhamdulillah misi pencen nih masih boleh diharapkan .. Lagipun I memang berangan jadi misi penuh dedikasi masa zaman Ben Casey dan Dr Kildare dulu tapi nih rahsia okay? Jangan bitau sesiapa!
16 comments:
Alhamdulillah,
sibujang senang u hanya demam biasa.. lega rasanya kan...
acara menggaru ni, mana pun serupa.. aisyah selalu mintak mak dia garukan... kekadang dia sandar kat bucu pintu, menggaru sepuas hati... kesian pulak...
Akak, selalunya kuku orang lain tak sama mcm kuku sendiri wpun dari species yang sama, kan? Orang2 kat rumah I nih takde gene pontianak yg berkuku panjang, haha. Memang spot yg gatal rasa tak puas bila digaru esp kalau T yang menggarunya. Macam tak makan sebulan kekdahnya (ke jari dia cepat sengal dek badan Uminya yang sasa berlemak? kahkahkah). Bye .. nak gi jemput Puteri Hang Za Li sat.
P/S: Belikan Aisyah alat penggawuk tu eh?
Salam CS..
kalaulah I ada misi macam you, kan bagus.. I selaluuuuuuuu je lupa nak makan ubat!
cuaca yg extreme panas ni mmg beri kesan yg berbeza pada setiap individu. For me plak, masalah tonsil yg membengkak. La ni lecture sebelah petang dah beberapa hari terpaksa cancel sbb dah tak ada suara nak bercakap.. minum air dah bergelen-gelen dahh.. :((
I kalau dah gatal sangat (gatal kat belakang badan!!) cepat2 suruh hubby garuk. Selalunya gatal tu akan berjalan2, mula2 kat belakang, lepeh tu naik kat bahu, lepas tu gatal kat belah kiri, lepas tu kat kanan, kiranya hubby kena garu habis satu badan kat belakang...(gitulah kekdahnya..heheh)
KakCik, kesiannya you tapi I boleh beri idea aje. Apa kata you beli whyte board kecik dan tulis schedule ubat2 yg patut dimakan. Jgn lupa pasang hp alarm untuk trigger waktu makan ubat.
Yg ikhlas, misi pencen :-)
CikSom, you kena ambik cuti dah rehatkan suara tu sampai betul2 ok.
Fa, kekdah yang you amalkan mmg sesuai dan menepati citarasa 'penggatal' namun in my case penggaru berkenaan takde rumah tiap kali servisnya diperlukan *sigh*
I baru je nak mengesyorkan beli kayu penggaru tu...rupa2nya U lagi advance dgn garpu plastik tu!! ha ha...Cerita kayu penggaru ni, I ada 2... satu bawah bantal dan satu lagi dlm kereta. Tapi bila nak guna, selalu hilang....grrrrrr
Cian anak bujang...kirim salam kat dia.. pesan makan ubat rajin2
Oh Som. cukuplah satu florence nightingale dalam keluarga i Som, mami i. I tell u, sebelum pi klinik lagi dah boleh sihat, takut punya pasai, misi garang.
And also Som, bukan tak percaya pada you Som, but since i dah dengar cerita garfu you Som, kalau you jemput kami makan, i ingat i use my own fingers je lah :}
salam CS,
siannya si bujang you yang sakit tu. bila anak sakit, mak pun sakit jugak kan? mak sakit dalam hati, sedih tengok anak sakit. sometimes, bila iman or iffah sakit, rasa perit je dalam dada ni. sedih dan sayu.
cs perlukan pengeruk gatal yang baru ke? i can lend u mine.. hehe.. but i use erm.. kad. apa2 kad la, usually kad member jusco.. hahahha.. just kidding! selamat menggaru! :D
Florence,
The more you scratch, the itchier you feel...so let it be, let it be!
Kurang kurang pun mungkin you can break into a rumba...haha!
Lulu's 2 kroner ;D
Kanda, skali pandang garfu tu kan, mcm kat umah u ada insan bernama Kasim Selamat le plak.. ada ke? xde kan?
I kalau gatai belakang, paling puas kalau Puteri Gunung Jerai yg garu.. perrrhhhhh!! Agaknya hasil amalan segala herba kat atas gunung tu kot..
Nak tumpang bagi pantun 3 kerat kat my laling kazen sat.. My Bapak yg ajaq.. mgkn Ba dia pun pernah ajaq kat dia..
Naz,
tam ru tam rai
katak puru balik tirai
makin garu makin gatai..
Sekian, terima kasih..
Mama, my penggaru plastik terpatah akibat my niece jadikan magic wand. Garpu plastik helps somewhat tapi garpu stainless steel juga yg best. Kepuasan maxima gitu. Bujang dah beransur sembuh. Smlm asyik ingat nak mati aje. Tension I ..
Eleena, my sister once a Nightingale too tapi dia baik, hehe. Bab garpu tu, you jgn khuatir. I akan simpan untuk you, harharharrrroarrr ..
Shidah, betul tu. Bila anak sakit mak mmg tension so much so mak takde selera makan dan angin menghembus2 masuk keperut.
Psst, are you enticing me to go shopping? ahahahahaiii.. memang nak pegi; nak carik kain lip lap.
Naz, cant do, cant let it be, kena gak scratch waima garu2 manja. Nikmat menggaru is beyond a tub of Haagen Dazs, kekdahnya.
Ja, kat umah I mmg takde Kassim S tapi neber I ada nama Kassim. Tulah, wife dia suruh I simpankan garpu2 tu takut hubby dia buat perkara tak tentu. Berat t'jwb I sebagai neber, kan? :-)
Haha... Tie tak terpikir lak nak guna garfu plastik tu.. Tapikan, Tie ni kalau gatal selalunya kat belakang. Nak suruh anak garukan macam tak puas je, kalau abang pulak, dah jadi cerita lain, hihi... Mujur ada alat penggaru ni.. tapi bila sedap menggaru, ada pulak yang jealous.
Tie, bila sidia yg menggarukan, dah jadi lain jalan ceritanya ek? ekekeke.
Psst, ada juga orang yg jealous bila tengok orang lain sedang menggaru?
salam perkenalan..jemput lah ke teratak amy ya...
Salam Amy .. terima kasih. Dah lawat blog you smlm tapi tak boleh tinggalkan jejak, internet slow sangat2.
Post a Comment