Friday, 28 May 2010

Jalan jalan tukar angin ...

Upacara semalam berjalan lancar tapi mencii taw. I telah dipersilakan masuk ke dewan annex jer sebab dewan besar dah penuh (kot?). I pulak mati2 ingatkan dewan tu dewan besar. Maka tak dapatlah I wave2 kat T bila dia keluar bercatwalk atas stage tu, heheh.

I thot bolehlah I simpan airmata setitik dua, namun tertumpah juga dipinggiran. Dah besar amoi I rupanya. Terkenang ayat pelatnya dulu "achem Mi"= nak dukung. Kalau nak ikutkan hati boleh melalak2, haha tapi tersangat ssebak esp bila menghayati ucapan dari VCnya tapi I tetap konterol.

Bila tengok T sengih mengih, rasanya biarlah dia berkeadaan begitu selama2nya namun hidup di dunia nih mana boleh cenggitu. Tak real namanya tu, kaan? Apa pun, jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan jadilah anak Umi n Abah yang taat dan patuh.


I sedang menunggu chofer dari Sban nak cekut I ke KL. Bukan nak gi shopping tapi nak kerumah kakak. Misi merewang cenderahati disambung dari minggu lepas. Boleh tak kalau kita tak beri cenderahati pada tetamu? Hehe, mestilah jadi bahan umpatan kalau buat cenggitu, khaan??


I nih memang tak senonoh taw. Niat murni sentiasa berkilau2an (cewah) konon nak bawak kueh mueh kerumah kakak namun niat tinggal niat aje. Lesap semuanya .. kueh bakar jagung, kek butter creamcheese, kek pithang .. hampeh betul I ni taw.


Chofer dari Sban dari hantar pesanan katanya "sket lagi sampai". Harap2 sket lagilah tu. Jangan dia kata sket lagi walhal dia baru tutup gate rumah dia, kahkahkah (kah) <- extra 'kah'.


Nampaknya anak2 burung kat rumah kenalah cari makanan sendiwi sebab ibu burung nak berkicau2an kat lain daerah.

Thursday, 27 May 2010

At last I have proper reading glasses ...

Segala errands selamat disetelkan melainkan bayar bil air RM15.45. Biorrrrkan.. dahlah kita sakit jiwa tiap2 pagi bila tadah air untuk dijerang, air warna perang pulak yang keluar. As if tak cukup dengan air warna perang, small black particles pun tunjukkan diri. Bila I repot kat TB, katanya "nanti I ganti filter kat luar tu". Wah!! kata2nya seperti music to my ears. Let's see berapa lama music tu boleh lama bertakong kat telinga I ;-)

Hal semalam: Chofer tersangat efficient membawa Uminya kesana kesini. Dia heran kenapa I perlu 'melawat' banyak2 bank. Yalah, dah Msia ada banyak bank, maka perlulah dilawat, tak gitu kawan2?

Done trnxns kat bank kita menyusur ke supermarket pulak. Duit dah tak banyak dah maklum dah akhir2 bulan kan? Maka perlulah berbelanja penuh hemah. I dah 'warn' itu chofer that "Umi lum dapat gaji taw", heheh tapi kesianlah pulak.. upah jadi chofer mesti ada, tak banyak sket. Bila dia dah kenyit2 mata dengan I, bila dia dah cuit2 bahu I .. pahamlah "ambiiiik... cepaaat". Kena cakap 'cepat' sebab hari dah petang sedangkan kita bertiga lum lunch lagi.

Kesian plak kat TB yang menunggu dirumah balik dari ofis lum makan. Kadang2 I rasa I nih macam ibu burung membawa makanan kesarang untuk disuap pada anak2 yang sedang menciap2 kelaparan, hehe. Apa pun syukurlah sebab toleransi TB boleh dipuji, muah3.

Chofer tolak troli, mem terus singgah kekedai cermin mata. Well ... nak ngamuk tak ngamuk? Haha.. taaaklah esp bila tengok *sicantik manis lebih kelihatan manis bila menggayakan spek barunya itew.. auwww <- *baca boleh, percaya jangan.

Nilah rupanya spektikus yang lama benar nak siap, tapikan tapi .. jengjengjeng .. I dapat free holiday for 2 sekitar pulau2 diMsia. Bolehlah bercanda ditepian pantai kekdahnya (sambil membayangkan swimming suit polka dot rona shocking pink, har3). Holiday for 2 means honeymoon for me kot? Auwww... blushed!!.

Kalau macam tu maknanya I kena travel jauhlah kan? Alaaaa.. malasnya! tempat2 tu pulak lebih jauh dari KL. Whoaaaa.. Ekceli I am just happy n contented bila dapat free umbrella .. ella .. ella.


OK .. time to get ready to attend majlis bahagia for T. Semalam dia balik kejap dan bawak jubah n 'motarbod' sekali. Apa hal pulak dia bawak balik kan? Hehe.. saja nak suruh Uminya menggayakan seketika dan snap snap snap .. buat kenangan. Kesian anak I, terharu jugak I bila dia buat cenggitu.


Semoga hari nih lebih baik dari semalam. Semoga segala2nya berjalan lancaaaaaaar. Amin.

Wednesday, 26 May 2010

Kan dah konpius?? Dah tualah tu..

Apa hal dengan I niih? Hari Ahad I sangka Sabtu. Isnin I sangka Ahad. Hari Selasa plak I sangka Rabu. Majlis hari Kamis I sangka akan berlangsung hari Jumaat. Adoii.. kiotiknya! Penyakit apa namanya nih??

Setelah muhasabah diri (ala2 gitu), ketahuilah I sebab musabab I tertinggal keretapi Tanah Melayu! Diharap ia tidak disebabkan oleh apa2 penyakit, insyaallah.

Selalunya hari Ahad I duduk diam2 kat rumah, buat house chores segala (wpun ngelat curi tulang gak) .. buka tivi siaran JJCM sambil keluar masuk kedapur, kedepan, ketepi atau ketengah. Capai sokabar baca ala speed reading, tinggalkan. Masuk dapur bukak esbok tinggi, bukak esbok rendah .. tension juga sbb dua2 dah gelap gulita. Camana bulb dalam tu boleh 'mati'?? Bila microwave dah diganti bulb baru, esbok pulak buat hal. Ehh, terbebel pulak. Abaikan.

Terkonpius kerana hari Ahad lepas agenda tetiba berubah out of the norm. My adik beradik berkumpul kat rumah sista no. 2 (better known as Ngah) merewang buat cenderahati untuk majlis kawin bujangnya Jun nanti. Kerja belum selesai lagi mungkin disambung hari Jumaat akan datang.. and that means I have to jelajah ke KL lagi... Owh man! Jauhnyaaaaa...

OK, ok bertenang.. I jawab soalan sekarang. Ada yang bertanya (sumpah takde sorang pun tanya, har3) samada I dah buat baju liplap2 atau dah beli tudung laplip2? Hehe, I mana reti pakai baju/tudung liplap ala lampu hariraya digantong kat tingkap tu. Baju/tudung cam tu berat! (dahlah I memang berat). I like something simple yet nice supaya orang tak pandang dua tiga kali kejelitaanku apa yang I pakai.

Sepatutnya I keluar ronda2 beli barang dapur, pergi bank, bayar bil dan ambik my cermin mata tapi I takde kereta sbb T bawak ke kolej. Chofer yang boleh diharap bawak kereta manual dah tarik selimut lepas subuh tadi tapi sempat juga kata "kejut aje bila2 Umi dah siap". Nak kejut orang tengah tidur isn't my forte cos sekali kejut orang tu tak bangun, I dah givap! Silap timing I plak kena marah, kot masa tu dia sedang bermimpi makan dan suap2 anggur dengan puteri bunian? *senyum jap*.

Nak drive sendiri tapi tak reti drive kereta manual. Mahap cakap I hanya reti drive auto aje. Skill drive manually dah lama terkubur. Nasib baik D&T boleh drive both (I plak terasa vangga). Nak tunggu TB balik ofis dah lewat petang, kesian pulak dia dah penat. Pastu kena tolak troli lagi? Mau dia senyum tanpa gula kang.

Oh ya, untuk penggemar ayam penyet. Siapa yang ingin makan Iga Penyet ie spare ribs silalah ke Summ*t Subang (I tolong promo tapi bayar sendiwi2 ok?). Diorang ada promotion iga penyet (waktu terhad). Apa pun, I prefer ke restoran ayam penyet yg sebelah masjid AlFalah tu sebab disitu disediakan dwi sambal, merah dan hijau. Tahap kepedasan? Boleh keluar bola2 api dari rahang, kekdahnya.

Tuesday, 25 May 2010

Geram taw ...

Dengan keadaan yang berlaku, I nak jadi orang baik2 maintain senyuman 18jam sehari pun tak boleh. Mesti kena tolak pahala (yang tinggal tak seberapa tu) sebab tak sabar. Ehh.. bukan tak sabar tapi geram aje ....

Hari lain I OK aje tapi bila kegeraman tu dah bertindih2, makanya pagi nih I kinda hot! Setiap pagi air paip kat dapur tu mesti cam nih .. (ala2 memandai siap buatkan I air neskefe-O, kekdahnya).


Siap dengan bau karat lagi ...

Sepatutnya my specs siap dalam masa 10 hari (janji mulut) tapi sekarang dah 3 minggu. Bukan I tak boleh follow-up tapi geram taw .. I dah bayar harga specs in full but I get that kind of treatment? Nih cerita nak tolong peniaga Melayu tapi menyampahlah ....

Tunggu... I nak telefon diorang kejap. Tarik nafaaaas dulu *hembus*. OK dah telefon dah dan kesimpOlannya "bla3 ... baru dapat pagi nih puan .. bla3". Haaaa.. bagus kan? Samada I pandai bertanyakan TEPAT pada waktunya ATAU diorang yang pandai menutup sesuatu? Either way, I tak terasa nak jadi manusia paling baik dlm dunia semasa I ambik my new specs tu nanti ...

Yang nih patut geram kat diri sendiri sebab mata tak fokus pada tulisan (tanpa guna specs yang penyangkutnya dah pengkar tu). Tup2 I terkesima dengan scallop (sejak SIL perkenalkan) so bila jenjalan kat s'market hari tu terpandang gambar 'scallop' tertera kat tin, so I grab aje (tanpa pedulik membaca).

Masa masak tu pun, I masih tak perasan hinggalah benda tu landing dalam mulut. Apahal lain benar rasanya serupa rasa cendawan aje?? Kalau T ada sure dia sound kat I "Umi niiiih .. bla3". Apsal I boleh silap? Masa tengah makan tu I 'pause' kejap sebab nak geledah plastik sampah mencari tin kosong. Wahahahhh .. rupa2nya I beli 'scallop mushroom', no wonder!!!

Dah lama I geram dengan RD 'Read to Digest' tu. I memang subscribe to one magazine tapi bila tempohnya tamat, takdelah I nak renew. Tetiba surat warning datang dan katanya "we dispatched 3 magazines to you in good faith" n "despite 2 reminders, this account remains unpaid". Wah.. mencabar betul kata2 diorang tu and that clearly meant I wasn't a good pay masterlah kan?? Ada sesaper nak tolong cilikan mulut diorang tu tak??

Mungkin memang ada 2 reminders yang suruh I bayar tapi tiap kali I terima surat dari RD, I just put it aside cos I know surat2 tu semua nak suruh beli their products. I least expect dalam tu ada bil suruh I bayar benda yang I tak beli not even had placed an order. Tak kuasa nak bertegang urat, TB kata biar dia bayarkan. Oh well.. tapi jahatlah diorang buat taktik menjual cara tu, kan?

Semalam mood juang I sudah mari. Tanpa lengah I pun call terus bercakap dengan cik S. I pun dumdam dumdam (eksyenlah sket sebab suara I yang sengau nih dirakamkan). Boleh cik S tu kata I order mag/buku menerusi contest form. What? I pun dengan cermat mematahkan kata2 beliau. Selama nih berkeping2 contest form I terima, I tak pedulik nak participate pun (sbb tau I memang takde such luck). Having said that, I bitau cik S kalau ada proof I betul2 ada order mag/buku, tolong kemukakan bukti (wpun bil untuk magazine dah dibayar oleh TB).

Dan .. I mohon buku yang diorang TER hantar tu diambil semula dari rumah I tapi cik S kata "we have no such service to collect product from subscriber's location". Haha .. baguslah tu. Kalau RD takde such service dan I tak berapa nak ingin dan baik hati nak hantar thru PosL*ju, apa akan jadi seterusnya?? Dulu pun terjadi macam nih. Diorang hantar 3 buah buku cerita yang I tak order tapi bila I dumdam dumdam kat customer service, I dapat jawapan cam nih "it's ok, you may keep those books" <- maknanya freelah tu. I bukan berharapkan barang percuma tapi biarlah betul caranya dan tidak menyakitkan hati pembeli.

Last but not least, hadoiiii .. semalam juga I cuba telefon satu bank tu. Dahlah nak bercakap dengan sorang manusia yang benar2 bergelar manusia amat susah .. hanya 'suara' aje menyuruh tekan 1, pastu tekan 2, kejap tekan * 3, pastu suruh key in bla3.. tralalalalaa...

Really testing on my patience but alhamdulillah (I would say I pass with flying colors ... ). Boleh aje cakap pelan2 tak perlu jerit2 atau maki hamun w'pun terasa nak hempas telefon kelantai namun sabar tetap sabar (jangan kasi chan setan menang) tapi dalam pada bersabar tu, terkeluar juga perkataan sepedas lada sulah.

Saturday, 22 May 2010

JJHariAhad ...

Would you marry the same person twice?

Jawapan pada soalan tu terpaksa diperam @ incubate dulu sebab masa mencemburuiku .. kena bersiap wangi2an dan cecantik, heheh.

Hari Ahad hari untuk bergumbira, panjangkan langkah ... kita nak jenjalan ke KL (tetiba KL macam dekat aje), so KL .. here I come!

'Chofer' dari Sban baru bertolak .. Sban to SJ takes about 45 mts kan? .. so now I have less that 40 mts to get ready. Semalam dah mandi, hari nih kena mandi juga ke? Kena ke? Ohhh man!!


Khas untuk Fa*Atip .. lihatlah pandanglah ...

Thursday, 20 May 2010

Retail therapy ...

Seperti diuar2kan semalam, sesi JJCariKain menjadi ...
9.30am sedang I gigih menggoreng instant pratha berintikan telur, bawang n pepperoni, Teh telefon beritau dia n SIL dah otw menjemput I. Alamak! I lum pakai cecantik lagi w'pun I dah siap mandi (percayalah). Nasib baik bibik yang kaki berblogging tu boleh diharap; dia dah siap gosokkan my blouse n pants awal, so kejap ajelah I bersiap (sambil mengunyah pratha).

As Teh is very punctual I have to be double punctual. I perlu lawan tokay, kekdahnya. Mak selalu pesan jangan biasa biarkan orang menunggu kita bila2 kita menumpang orang. I ingat dan patuh dengan pesanan Mak tu tapi bila orang yang menunggu tu ialah TB maka I kembali relax, haha.. namun I tetap beri pesanan yang sama pada D & T to always be punctual. Patuh ke diorang tu dengan pesanan Uminya?

Kita bertiga tiba 10 minit awal. Gedung kain masih ditutup rapi tapi takpe kita memang bijak memunafaatkan masa so melencunglah kita bertiga ke kedai sebelah yang menjual segala jenis tudung fesyen terkini. Jenis bawal, senangin atau talapia, sah memang takde.

Jenis kain yang dibuat tudung dengan tudung2nya sekali diimport dari Italy (gitulah yang tertera). Harga tudung on promotion boleh tahan jugalah @ RM60 buy 1 free 1. Rata2 harganya RM60 keatas. Sempat juga I belek2 selendang mayang yang berbagai corak cantik2 belaka. Kainnya pulak owh so lembut sekali tapi sayang harganya tak berapa 'lembut', heheh.

Ada jenis tudung tanpa corak dihiasi beberapa butir diamente dah menjadi igauan I. Yang simple cam tu seems to be my choice tapikan tapi at RM300 each? Berbaloi2 ke??

Sebenarnya 2 minggu dulu I dah beli selai tudung harga RM15 aje, hehe. Jenuhlah I ngadap cermin menggayakan tudung tu sambil klik2 guna camera hp fokus pada setiap sudut (to capture my best angle kononnya) namun ku kuciwa! :-(

Dari pengalaman sendiri dan dari pandangan mata kasar, tak semua perempuan nampak cantik menggayakan tudung jenis tu, esp bila muka dia kinda loyot chubby n pudgy = montel. Komen nih ditujukan pada kitorang sebenarnya *sigh*

So, did I buy any? Taklah .. tapi tudung berdiamente tu camana?? I dah fallinlav dah nih...

Kelu mata bila memilih, semua cantik. At last tak beli apa2 pun

... sempat 'ambik' kain2 aje

Berihat bercerita kejap .. mata dah penat memandang skrin. Specs senget yang I pakai nih dah tak selesa bila dipakai lama2 esp waktu malam. Specs yang I tempah 15 hari dulu belum siap2 lagi. Diorang janji boleh siap within 10 days. Hmmm... nih yang geram nih.

Wednesday, 19 May 2010

tulis delete tulis delete ...

tulis delete tulis delete tulis delete ... aighhhh... penat dah, asyik cenggitu aje.

Oleh kerana minda gagal mengolah 26 abjad menjadi sebuah karya maka ada baiknya I divert my attention dengan mengunyah lite cream crackers. Ada juga pekdahnya.
Maybe bungkusan jenis nih dah lama dipasaran tapi I baru perasan last week tentang cara membuka bungkusan tu which I like very much. Nampak tak arrow merah tu? Initially ada stiker rona biru atas flap kuning; kopek aje stiker tu dan terus tarik flap. Individually wrapped crackers tersusun rapi, nampak comel, cantik dan menyelerakan.

Hari nih w'pun terasa malas yang amat, terhidang juga - daging lemak cili padi, sayur sawi Jepun, ikan goreng dan ikan kering. Cukuplah tu ... tapi kalau ada lauk lagi simple untuk dimasak, pls bitau I.

Misi berjumpa dentist masih ada 2 temu janji lagi. Semalam dan hari sebelumnya I duk menganga close to 2 hours each session. Selama 2 hari I buat root canal dimana procedurenya teramatlah rumit. OMG! macam2 yang I rasa; ngilu, sejuk, manis perisa stoberi dan paling tak best rasa pahit sebaik diinjek LA pada gusi.

I bitau seseorang that I really need a good set of teeth untuk persediaan hari tua bersama cucu2. Yalah kan? Kalau I berdepas depus tanpa gigi, susah pulak diorang nak paham sesi Al-kisah bersama TokMi. Nak ajar cucu2 I baca Quran lagilah payah; mana idghamnya mana tajuidnya nanti.

Dan esok insyaallah .. Teh, SIL and I akan mengukur jalan hingga ke SA. Thot of visiting gedung kain yang baru dibukak berdekatan kolej T tu. Kalau ada kain yang molek2 haruslah capai 2-3 helai. Bukan suka2 nak capai tapi terpaksa beli kekdahnya sebab baju2 yang sedia ada dah 'kecut' kainnya, heheh.

Lagi pun tak cun kalau pergi majlis kawin pakai baju ala sarong nangka.

Sunday, 16 May 2010

Sekolah zaman Pebbles Flinstones Part I

Mesti ada yang tak sabar2 nak meneka mana satu I @ sicomel tu kan? har3. Dulu memang comel tanpa kompromi tapi sekarang hanya TB aje yang mengenal manikam, kekdahnya.

Peratikan bunga poppy kat dada memasing tu? Comel kan? Ia menambah seri pada wajah mereka yang memakainya, in particular budak tu lerrr, heheh. Okaaay .. minta senyap seketika sebab I nak test ingatan samada masih ingat lagi tak nama diorang tu semua.

Dari sebelah sana (sambil memoncongkan bibir kearah yg dimaksudkan): Rohaya, Jamaliah, Ros, Maznah, Habibah @ Halus @ apple of the eye Embok CT tokay kantin yg masak mee kuning n sotong d'best in the whole wide world, *tak ingat nama*, Zubaidah, Safiah, Fadzillah, Kartini, Zaharah, Norzian, Rohaya, Kamariah, Fadzillah, Hamimah, simanis blogger, Jamilah dan Salbiah.

I dah beri hint 'kedudukan/kebedirian' simanis blogger. Diharap takde saper dapat meneka dengan tepat sebab penaja kata 'guess at your own risk'. Apa punya penaja namanya tuu??

Masa tu ada 2 kelas darjah 1. Cikgu Fadzillah was my class teacher manakala Cikgu Salbiah ajar kelas satu lagi. Nak bitau sket.. heheh.. Cikgu Salbiah tu manis, cantik, ramping dan rupa dia ezekli cam Jepun. Kendiannya ketahuilah I yang Cikgu Salbiah tu (sambil angkat tapak tangan kanan bersumpah) ialah isteri pada Tok Mat (yang 'jaga' Angkasapuri sket masa dulu).

... dan saper pulak cikguru BESARnya?? Nama dia Cikgu Pon tapi tak pasti samada 'Pon' derived dari keluarga Ponti yang femes tu. Well .. berdekad2 telah berlalu namun baru sebulan dua nih I tau yang cucunya masuk AF. Yalah kan? Kemana tumpahnya kuah kalau tak kepinggan juga as anak Cikgu Pon masa tu memanglah penyanyi.

Kawan2 sedarjah I tu majoritinya dari anak2 pekerja hospital. Bila pergi sekolah, diorang berdedai ramai2 ke sekolah, tak pandang I pun. Eksyenlah tu sementelah diorang ramai. Kalau kena kejar dengan Lassie atau RinTinTin, diorang sedia gah boleh lawan dan menang! Diorang tak guna jalan pintas makanya ancaman dari itik dan angsa siTipah amatlah tipis (unlike me; both ways also terancam).

I pulak, kalau takde Ndja.. memanglah takde kawan lain bersaing ke sekolah tapi selalunya bila dah separuh jalan tiba kat koner kedai Ah Bah, I akan bertemu dengan Norzian (Yan), Rohaya dan Zubaidah (Bedah). Ekceli my other good friend memanglah Jamilah tapi dia duduk sekitar sekolah. Geographical factor menyulitkan kita bertemu dimana2 simpang tiga rumpun bambu.

Dalam ramai2 tu, I still in contact dengan Jamilah dan Norzian (jarang sekali KIT tapi I tau dia mengajar diMRSM). Jamilah dah ada 2-3 orang cucu, komain lagi kan? Dia dapat menantu/cucu awal sebab dia kawin muda dan fertile plak tu whereas I nih kawin masa umur tak-muda-tak-tua tapiii tak berapa nak fertile, kekdahnya. If not ... mesti by now rumah I tak lengang dari bunyi kicapan anak2 burung chirpy2cheep2 aka suara cucu2 I, kan? Bising2 cam tu agaknya mengganggu tak I nak berkarya??

Terpaksa berhenti dulu *yawn* (sambil katop mulut). Bila sedang yawning, jangan ada bunyi "aaaah" (as advised by our Prophet saw).

Sepeninggalan I, silalah layan diri sendiri (wpun dah lewat malam) dengan sajian mee udon dan serabai (mahap bahan cicahan dah habis). 1st time buat serabai guna resipi MamaFami. Thanks a lot Mem ...

Makan elok2 ya? Jangan gaduh2 ... Fa...? Akak...? I'm watching you, heheh...

Saturday, 15 May 2010

Al-Kisah menjawab komen ...

Salam semua ...
Misi semalam berakhir dengan jayanya w'pun badan rasa teramat letih.

Tak pernah dibuat orang, komen dari kawan2 dijadikan modal entry. Selalunya kita jawab komen kengkawan kat kotak komen juga, kan? hehehe ... (sambil melompat2 katak..). Bukan takde modal nak tulis cerita lain tapi saja nak cari kelainan, cewaaah..!

kakcikseroja said...
Salam CS.. semoga ceria di pagi Jumaat yang mulia serta sihat selalu. (Gusi dah ok ke?). Lebih dari satu jenis lauk tu, bagi kakcik dah kira rajinla.. :)
Wkumsalam. Hari Jumaat (semalam) boleh jugalah dikatakan ceria sebab awal2 pagi dah produktif. Bertambah2 ceria sebab gusi dah mula menjalankan tugasan mengunyah tanpa prejudis, heheh. Terima kasih sebab mengiktiraf 2 lauk adalah kerja orang RAJIN.. hehe, kita sukerr ..

azieazah said...
PJ = Putrajaya or Petaling Jaya? Jumaat kalu, mana-mana pun selalu jem. Depa ingat Piala Thomas start kui 3 petang kot.. hehehehe. Ayam Masak Kurma, paberet hubby ku, tapi I malas nak masak selalu, sudahnyer dia selalu masak sendiri jer... hahahaha bleh gitu?
AA, I pasti nangis tak berlagu kalau kena drive ke PutJaya. Alang drive kat PJ tu pun dah terasa masuk Amazing Race. Bab ayam kurma tu kaan, my hubby tak suka ayam dikurmasisekan, tapi kalau guna daging, dia OK plak namun lauk semalam tu, dia tetap makan maklum air tangan istewi, khaan?
P/S: Hubby you pandai masak? (sambil bundarkan mata) Waahh.. bertuahnya taik lalat you AA??

fa*atip said...
aiiikk? Crocs pegi mana? Dah habis stamina ke? kihkihkih....`I memang tak minat masak lauk pagi2' `I memang salute dengan kawan2 yang mesti masak dulu sebelum keluar rumah kerana bekerja, bercanda atau bersyoping'.`tapi tak larat pulak nak masak lebih dari 2 lauk'. Hahahaha... naya kita Som! 2x5, 5x2!!!
Fa, hari Jemahat Crocs berehat sebab kena kumpul stamina, ahaks. BTW Fa, I kenot fathom camana kita boleh 2x5 n 5x2. Dahlah tu, boleh pulak you berbintikan nama abang I sedangkan you vukan my niece? Psst Fa, rahsia kita... nanti oghang spekulet kang..

Ibu n Abah said...
salam ks dan pemilik reebok...u sebut telor ikan, baru teringat minggu lepas i ada beli telor ikan. masak lemak cili api dan hiris daun kunyit...sodapppp... tp kena ada belimbing.. mana cik jamilah ni? dia selalu supply belimbing dari jiran dia cik soyah... crocs ada.. croc bg kemenangan mudah pd reebok... (hero selalu kalah mula2.. lps tu.. kejayaan milik dia...), har3har3har3...
Wkumsalam. Psst Akak.. jom kita ubah ejaan Reebok tu, nak tak? Kita buang Ree kita ganti dengan 'Ce' je, amacam? har3. Bila you sebut Jamilah n cik Soyah, berdewau dawah I. My eldest sista nama Jamilah; dan cik Soyah (we all panggil Mak Soyah) adalah kawan baik Mak I (camana diorang boleh menjelma dalam life you). Sebut nama Mak Soyah maka teringatlah I tentang harga minyak wanginya yang pernah dia uar2kan kat Mak I dulu namun Mak I tetap guna Eau de Cologne 4711 jer..
P/S: Gigi Crocs perlu diasah dengan lebih tajam ;-)


fa*atip said...
kihkihkih...akak baru balik jumpa cobbler ye...jahit tapak yang tekoyak tuu...hihihi...
Fa, you nih dilahirkan dalam tahun Monyet mcm I ke?? Vewy mis-chi-vers!

acciaccatura said...
Alhamdulillah Cik Som, lani i dah buleh dengaq suara you bila i baca di sini, baru real.
Heheh Eleena .. suara yang ala2 sengow tu kah? kah3.

Ibu n Abah said...
fa...mana ada?.. mana croc buleh koyak.. kulit buaya ma...reebok lainlah.. buleh tercantas jahitan....
Yaalah Fa nih punnn .. kulit buaya kan tahan lasak?? Tapikaan jap.. jap.. nak pahamkan maksud nih.. Akak.. tercantas tu tertetas ke?

fa*atip said...
akak, fa bukan ada reebok je... kekadang tukor nike, kekadang tukor adidas, kekadang pakei seliper Jepung je! Tapi kalo bekaki ayam lagi laju! Kalah cap boya tuuu....hihihi....
Fa, maybe you shd also try kasut2 jenama nih 'Kobeer, Ekin (tak terhad pada tudung, kih3) dan Sadida'. Bila pakai jenama2 tu, I yang boyak nih pun boleh pecut cam peluru kapur (tapi dalam mimpi ajelah, kan kan kan?).

kak ja said...
KS, I baca tak faham ke, I salah fhm? Setelah 10 thn kawin, u start keje.. Then u keje 3 bulan je, u berenti.. Gitu?
Ja, you salah faham sket aje. Allow me to enlighten you ok? 1st 4 years of my working life, I masih solo. Then barulah I kawin, auww.. I kerja dan kerja dan kerja dengan gigihnya .. tup2 bila I dah kerja 17 tahun in total, I terkesima nak jadi suri rumah menjual anggur. 10 tahun lamanya I jual berbagai jenis anggur, pastu teruja nak kerja semula. Windu ngengada dengan office environment, kononnya tapi memang I betul2 windu.

Alhamdullilah, dapat pulak kerja kat area Tepan tu. Dah dapat kerja, barulah bitau TB, nasib baik dia merestuinya tanpa I kena sign MOU. Sebenarnya dia lebih gumbira kalau I duk rumah dendiam. Tapi tulah .. I bertahan 3 bulan jer kerja kat tempat Hagar the Horrible tu (wife baba nerakaMelaka, hubby orang nun).

Masa nihlah terjadi peristiwa yang amat menyakitkan, jeng3 ... (MakTok kata sekali sekali boleh gantongkan cewita ikat tali rafia. MakTok yang kata ..)

lili said...
CS, I dah lupa nak komen apa, sebabnya, pi baca komeng orang len dulu... nak nak komeng adinda Ja tu.. trus gelak gulin' gulin' sebab I pun macam dia! Hahahaha))). BTW, Ja, tak kesian ke kat I...tak dapat baca blog Ja dah. Udah ler kanda Anne dia menyepi.. I terkesepian gak...
Lili, diharap coretan I pada Ja dapat memberhentikan gelak gulin'2 you tu, heheh. Ja lokap blog dia tak kasi access kat you ke Lili?? Jom I tolong you tulis petisyen.

shaz said...
Cik Som, I dah lama menyepi ni baru nak timbul kembali. Terpaksalah I buat homework and buat revision entry entry Cik Som yg I terlepas, sure best macam baca buku cerita :)
p/s I pun macam TB, kureng berkurma, so ahli ahli rumah I hardly ever makan kurma, sebab mem tak suka.
Hi Shaz, memang lama you menghilangkan diri. I thot you dah takmoh berblogging lagi rupa2 you ada hal penting nak diselesaikan. About my kurma tu, what can I tell you.. Lepas sehari, rasa dia seolah2 lebih yummy, hehe. My TB suka kurma cumanya dia tak berapa suka bubuh ayam. Macam2 kan?

G'Zain said...
Salam Cik Som, kalu wa tahu lu masak seperiuk wa singgah mamam kat umah lu wa ada kat USJ20 semalam ada hal sket.. Lama tak menyinggah wa bz sket. Blog wa dah bersawang dah hope this weekend wa leh update. Beruk band kat umah wa tu tahap mau gaban..
Wkumsalam Gee. Lu cuti ke semalam tu? Kalau nak datang pun, wa takde kat umah sebab wa keluar rumah dari 1230-8pm memenuhi misi di PJ.

Terima kasih diucapkan pada semua yang sudi singgah untuk membaca atau mengomen.

Friday, 14 May 2010

Misi hari Jumaat ...

over-exposed = pucat jadinya my kurma

I memang tak minat masak lauk pagi2; just plain tak minat sebab my CPU tend to get jammed by the mere thought. Can't blame me (mestilah ada valid reasons). I memang salute dengan kawan2 yang mesti masak dulu sebelum keluar rumah kerana bekerja, bercanda atau bersyoping.

Selalunya benda2 yang I tak suka nak buat, oleh kerana keadaan, I terpaksa juga buat. Setelah 10 tahun jual anggur, goyang2 kaki kat rumah, I mula bekerja setelah diperkenankan oleh sipemegang mohor. 3 bulan okay? Selama tulah I bertungkus lumus masak nasi dan 1-2 lauk sebelum I pergi kerja. Nasib baik 3 bulan aje and I was back to selling seedless grapes, kekdahnya.

But today? Haa.. as early as 7am I was already very productive! (with 51% kerelaan). Bujang bertuah kata dia lapar nasi dan lauknya would be telur ikan goreng. Leftover kari ikan masih ada so takyahlah I masak something berkuah. Kalau nak kuah, tuang jer kicap, haha. Done that, I siang kangkung untuk digoreng. Ayam kejung dah selamat dithaw'ngong'kan, har3. TB tak berapa suka kurma tapi mahaplah ya TB ya, cos hari nih I terkesima nak masak kurma.

Hari Jumaat.. so it means TB akan makan dulu sebelum pergi masjid pastu baru pergi kerja. Tulah tu istewi mithali dia memasak, rajin kan? haha.. nak dapat pahala lebih tapi tak larat pulak nak masak lebih dari 2 lauk, ngeh2.

'masih kelamayar'

Apsal tetiba I rajin sangat nih? (selalunya I JJCL aje kan?). Well .. saja nak cari pahala hari Jumaat, lagi pun waktu mencemburui ku as jap lagi perlulah I temankan T ke PJ untuk memenuhi satu misi. Harus tiba kedestinasi tepat pukul 1.30pm tapi waktu I menulis nih dia masih dikolej.

Nak ke PJ pada hari Jumaat? Whohohohohoh <- batuk nih bukan gelak sakan. That side of PJ yang I berdua nak pergi nih taklah sejauh nak ke KL tapi tempat tu, OMG! Semoga dipermudahkan usaha dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik, insyaallah.

Thursday, 13 May 2010

Breakfast pagi Khamis ...

Hi there ...

Dah breakfast lum? Silalah jamah rendang tu, jangan malu2. I tak selalu buat rendang (dan tak selalu dare to give other people to taste my own cooking) tapi rendang kali nih tersangatlah OMG rasanya hingga tak terkata (w'pun usianya dah 2 hari). Takmoh thebut thedap, lazat, mabeles or vandeful .. nanti orang kata I riak pulak :-)

Pernah tak tengok orang buat rendang bubuh telur? Kalau pun ada, I tak pernah tengok tapi dari telur yang dah direbus duk beku dalam fridge maka eloklah I munafaatkannya. I have changed, haven't I? Kalau dulu I boleh aje buat tak tau membazir, tapi sekarang? CikSom dah betah berkata "NO to pembaziran".

Cerita 2 hari lepas. I beli paste rendang dari jenama 'tak pasti'. Thot of buat rendang cara pintas tapi bila I hidu bau pastenya, owhhh .. kenotlah. W'pun my idong tersumbat coz of the double C, I tetap dapat hidu bau2an yang kurang menyenangkan pada paste tu, so terpaksalah I prepare rendang from scratch.

Dah 'penat' masak rendang, takdelah I teruja nak masak lauk2 lain. I goreng aje keropok dan telur dadar + bawang + cili hijau (kalau nak ikut selera I yang mesra alam, nak aje I campurkan tomato, seaweed, atau daging tapi tulah dah tekak selera orang lain tak sama, I akur jer buat the simplest possible).

Semalam hari genjatan periuk dan kuali.

Seawal 5.30pagi I dah siapkan satu sms untuk diberi pada Zai, my jiran. Entah kenapa I biarkan aje dalam draft dan I sambung golek2 lepas solat subuh. Pelik tapi benar (cewah!), pukul 7.15pagi I terima sms dari jiran tu "jom minum I belanja". Vavava.. terbeliak mata sepet I seketika .. telepati kami berdua mengalahkan Mdm Zorra nampaknya, hehe. Sebenarnya sms yang I simpan dalam draft tu punyai tujuan yang sama. I nak belanja dia, ends up dia pulak belanja I. Alhamdulillah..

Lama tak keluar makan2 cam tu so semalam sesi balas dendam, kekdahnya. Sesi makan sambil bual dan bual sambil makan berjalan dengan jayanya; maka energy untuk aktiviti seterusnya haruslah dibuat2 lupa, haha. SAHM mesti berfikiran a step ahead, always. Rosak plan A, kita guna plan B. Dapur kita tak berasap tak bermakna kita kelaparan, kan?

*Buat2 pelik dan buat2 heran*, bila dah tiba rumah barulah I tersedar 2 paket nasi lemak pandan bertemankan sambal bilis n ayam goreng voluntarily ikut I balik rumah. Tak tau apesal tapi katanya nak jumpa TK n D (nasi lemak pun dah reti berkomplot dengan manusia ek? hek3).

Eh eh ehhhh.. did I write TK there?? hehe, biarkanlah, takde orang perasan pun, mungkin sowang dowang jer yang pewasan ... kot?

Tuesday, 11 May 2010

Sempena hari ibu ...

On the eve of Mother's Day I saw a box of cupcakes on the dining table. Waah... was that for me? (heheh berkata2 dalam hati). Minutes later "Mi... T beli ni mahal Mi...". Ouch ouch ouch!! "ya ke? berapa ringgit?". Yup! I heard it loud and clear how much a box cost but the way T says it, it was kinda lurus bendul. Kesian plak I dengar, hehe but still I want to tease her "jadinya Umi kena bayar bila makan nanti ke?" to which she answered "taklaaa .. T beli untuk Umi sekali, nanti kata makan sensorang tak ingat Umi", hehe .. how thoughtful.

Much later "Mi .. tak nak tengok ke kueh tu? Bukaklah kotak tu". "Malulah Umi nak bukak, lagi pun kotak tu sealed". "Alaa ngadalah Umi nihh, bukak aje" (tu baru dikata I ngada; lain masa dia kata I gedik; boleh ke cakap gitu kat I yang ngandungkan dia tak sampai 9 bulan 10 hari ?

Al-kisah .. there were 6 pieces in a box with several perisa and colorful buttercream toppings. Yang menjadi musykilnya, kan kan kan .. I wasn't given the liberty to choose which one I rili-rili like but instead I was given that particular one, (nevertheless) Alhamdulillah for the rezeki (sambil menadah tangan).

T nih ada satu pe'el yang kadang kala menaikkan ruam di dada dahi I. I just can't stand her blabbering esp when it comes to eating 'immediately' some specific food eg ice-cream, cakes and her other favourite food. Selagi I don't touch on my share, selagi tulah dia blabber "tak makan cepat, lama2 mesti buang". Hoho.. she knows me better than I know myself ka? kakaka...

Having said that, it's not to let known that she's a glutton or setanding dengannya but she simply hates to see good food go to waste. Kalah mak nenek bila potpet2 kat I how she loathes pembaziran. Hehe, I don't deny the fact for I sometimes keep some food for D but it ends up keras kejung dalam fridge. Mana tak meroyan Kak Nam tu, kaan?

Back to the cupcakes, consiously or unconsciously she would remind me over and over again "Mi.. bila nak makan kueh tuuu?". OMG! sabarlah weh .. "kalau T cakap lagi sekali Umi tak nak makan langsong". Haa.. pandai plak dia senyum2 bila I gertak dia satu das cam tu. Kak Nam tu, taulah kita bila nak makan share kita, tul tak?

Soon after dinner I capai that cupcake box. T came closer when she realised that I finally have the mood to layan the cake. My one and only cupcake with a pecan on top was intact whereas the rest was half-eaten. What? Bila pulak dia buat kerja makan senyap2 cam tu? Before I could say anything "Ni Umi punya .. yang lain2 kita share ... yang separuh2 nih Umi punya blablabla". Aduhai, tak tersenyum I dibuatnya.

To cut the long story short, I ate the whole cupcake with a pecan on top and jamah a 1/4 of another cake. That was all I had. Thank you T but all the same, nanti Umi ganti duit beli kek tu k? Kesian plak ...

What else did I get on Mother's Day? Hmmm... I got 'nangka busuk' baek punya!!! Imagine orang seberat I boleh terselepot depan pagar rumah Ndja soon after hujan berhenti?? Semua tu gara2 wearing 'flowerless' selipar. I've been warned by TB not to use that selipar but ...

I ended up having a blue black patch right on my right arm next to the elbow and also bruises on my right leg sekitar tulang kering. Luckily I didn't fell down terhentak but I kinda glided away slowly .. kahkahkah .. imagine the BIG ME berpaut pada pintu gate? Kihkihkih .. nasiblah kalau Ndja punya pintu gate dah lari alignment .. hehehe ..

Sekian terima kasih ..

Friday, 7 May 2010

An apple a day ...

I masih berhutang 2 tag. Insyaallah akan dilaksanakan. I sker gak buat tag2 nih tapi biarlah yang 'seperihal' dengan diri sendiri. Apa makna 'seperihal' tu? hahaha .. tak sure maksud sebenar but I think maksudnya lebih kurang 'ukur baju dibadan sendiwi' (takyah guna khidmat tailor, kekdahnya). Ishh.. apa2lah.

Kalau buat facial, 'dai' wambut atau perm wambut bolehlah juga pejam2kan mata sambil pasang MP4 menikmati lagu2 Albert Hamun; (eksyen jer sebut MP4 walhal bukan ada pun); tapi amatlah tak sesuai bila dentist sedang buat kerja akin pekerja JKR -menggerudi, memancut serta menyedut air, menyocok dan tetiba menyalai; takde makna dengar apa2 lagu pun!

BTW, pernah dengar gusi kena salai? Baunya macam wambut kena bakar. Camana I tau baunya cam tu? Dora Explorer comes in many forms kan? So, masa kekecik dulu, I explore lerr ... bakar nih, bakar tu (tak terkecuali misai kucing tapi takde penderaan okay? Kucing beri dgn ikhlas).

Sesi berjinak2 dengan dentist masih belum berakhir. Minggu depan ada lagi .. there's one more graham bell tooth to be given a TLC! Apa2lah doc, you just do your best. Duit boleh dicari, kan doc kan? Sepatah kata my BFF "kat swiss bank banyak lagi kan?". I kata "dah tertimbus kat swiss alps and now mapnya pun dah hilang, how?". "takper, boleh guna gprs" balasnya pulak.

Sepatutnya hal jumpa dentist hal semalam tapi setelah pusing2 setengah jam atas jalan tar yg sama masih tak dapat2 juga park kereta maka I rescheduled ke pagi nih. Segala errands dah disetelkan semalam, bayar bil cosby, beli grocery dan segala manikam termasuklah buat spec baru; yeayy spec baru!

Pekedai: Boleh saya bantu puan?
I: saya nak harga untuk orang dah pencen dan yang murah (arrhar3)

Tanpa disedari, 2 jam I berhaggle kat kedai tu. Ikan, udang and all perishables dalam troli menjerit2 "cepatlaah, balik.. cepatlaah balik, panas nih". Hahaha, ada I kisah??

Deal closed. In less than 2 weeks bertambah tewang bendewanglah dunia I, insyaallah. Yes teWANG but there goes TB's wang, tapikan tapi ... camana nak bitau dia I dah terover bajet? Sekarang nih I dah melawan tokay. Camana ek? Terpaksalah beri dia email aje ... (too guilty n too scared nak bitau face to face, helllp!!!).

Dear Ehem,

I hope you are in a swell mood, senyumlah sket. Ingat tak you janji nak belanja I buat specs? Well.., I baru jer buat specs yg glassnya berupaya melihat alam semesta dengan kuasa bionik terang tak kira siang atau malam. Glassnya giler cun sebab boleh layan cahaya UV jadinya you takyah susah hati kot terjadi apa2 pada mata I yang kerap ngadap skrin laptop, skrin tivi atau skrin hp (hp I pun dah tua you, you tak nak belanja juga ke? hehe.. just try my luck). I kena juga buat specs cam tu untuk mengatasi rabun ayamitikangsa; sebab bila mata dah bermasalah, keadaan akan lebih rumit. Lagi pun you mesti suka tengok I lawo cantik bergaya dan takde frown2 bila I carikan uban you, kan??

Orang beli acuan bundt, I pun teringin juga. Dari harga RM12.90 sebiji turun ke RM5, tak terkesima ke? So ... I hangkut 4 jer. Buat kek ke, tak buat ke, different story :-)

Wednesday, 5 May 2010

I have my say ...

For whatever reasons, berblogging pun boleh mendatangkan masalah. I memang rasa amat dukacita ia boleh terjadi. Hairan pun ada.

Dah 2 tahun Al-kisah dicipta, tak pernah sekali pun I terima e-mail berbentuk keluhan atau amaran, jauh sekali menerima kata2 pujian. I berada dalam keadaan selesa but having said that, baru2 nih ada komen bertulis dari sorang pengecut yang menghamburkan kata2 tak manis. Takde satu entry pun I tulis fasal politik tapi I dapat komen mengatakan I nih parasit sebuah parti memerintah. For that, I just have this to say "k.h.h!".

Sejak baca some concerns dari para bloggers tentang sesuatu, I mula berfikir dengan lebih serious tentang perkara berikut :

Perlu ke disimpan nama2 blog pada sidebar jika blogger berkenaan :
* tidak aktif dan tidak berusaha mengaktifkan blog
* privatekan blognya secara senyap, takde susulan mempelawa
* pilih bulu
* tak kisah menjawab komen kita dalam blognya
* tak peduli tinggalkan sepatah dua komen dalam blog kita
* lebih suka jadi silent reader seumur hidup


Sudah tentu jawapannya "terpulang pada individu, semua tu hak masing2 takde paksaan" tapi jangan lupa tentang satu perkara ie hemah. Hemah does make a great difference.

Satu lagi my concern :
Mereka yang memang kenal atau 'tahu' dengan empunya blog :
* tetap jadi silent reader .. tak terasa nak menegur atau menyapa langsong ke?


Setiap blogger pasti sedar betapa famous blognya berdasarkan ...
1. bilangan pengikut yg tercatit dalam kotak 'followers'
2. bean counter yang mencanak2 naik bilangannya
3. feedjit / whos.amung.us
4. bilangan komen bertulis
5. sapa'an dishout box

Bila blog dah famous maka tentulah saban minit dikerumuni oleh manusia yang berbagai ragam; maka terjadilah hal2 yang tidak menyenangkan hati siempunya blog apabila ramai yang mendesak itu ini, ramai yang silap tafsir tentang apa yang dibaca maka timbullah hasad, dengki, iri hati, dan kutuk mengutuk pun terjadi.

Untuk mengelakkan tu semua berlaku .. juga untuk mententeramkan jiwa semasa berblogging .. apa kata empunya blog ..
1. tutup kotak komen
2. buang kotak shoutbox
3. baca komen dulu baru siarkan atau tidak disiarkan langsong
4. privatekan blog untuk selected tetamu tapi sebelum tindakan diambil, perlulah buat kerja sikit (contohnya beri nota pada die hard fans tentang niat memprebetkan blog)

Kalau dah biasa membaca dan menjawab komen pembaca/peminat setia, apa kata for a change, kerja empunya blog hanyalah menulis? Jangan hirau tentang apa2 pun.

Cubalah ... ia pasti beri kelainan pada diri sendiri dan hari2 mendatang. Ouch!!

Monday, 3 May 2010

3rd May ...

Salam dan selamat pagi kawan2 :-)

Tak sempat buat entry tajuk '1st of May' sebab on that day I was poofed, lembik dan semangat hilang gara2 sorang budak tak jawab my sms dan beberapa panggilan telefon. Hari Buruh tahun nih I diduga; dugaan yang disamakan (sepatah kata Mak) "kering darah kita dibuatnya".

Tarik nafas, hembuss .. tarik nafas hembuss pelan2 ...

Dah seminggu nikmat mengunyah tak dapat diaktifkan namun tak pulak I berlapar. Makan bukan nak kenyang (ya ke?) tapi sekadar alas perut sebelum makan ubat. Bad timing sebenarnya, perut pulak buat hal maklum pengaliran makanan tak seperti hari2 biasa.

Sepatutnya simulut beritau siperut, "hang on there .. we should support each other and not to cause further discomfort to our boss". Terang lagi nyata, siperut enggan bekerjasama. Dia lebih suka sedut angin pus2 ntah dari mana. Bila perut dah masuk angin timbullah rasa mual, lidah rasa tawar, nafsu makan terus hilang dan badan rasa sakit2 (demam urat kot?); ditambah dengan denyutan sigusi, kepala pening dan seterusnya hari2 suramku ...
.
Aktiviti didapur masih diteruskan al-maklum kata nak rebut pintu no. 2, kan? Sempat jugalah masak beriani dan lauk pauknya. Lauk pauk? hehe, macam meriah aje bunyinya tapi mana adaa.. Ada 2 lauk aje, udang goreng butter tabur bawang goweng dan lauk beriani ayam. Kalau ada acar dan dalca mesti lagi kapow!! tapi tu aje yang sempat dan terdaya, alhamdulillah.

Sunday: D's bfast - leftover

Semasa orang mula mengulit mimpi (TBlah tu), I kat dapur berlelehan peluh mengacau puding semolina @ suji. Mood memuding datang juga akhirnya setelah sekian lama T meminta dan mengugut merayu agar I buatkan puding tu. Sambil menyelam minum air, dengan keadaan gusi yang oh so so, memang sesuailah makan makanan lembut. Selalunya I buat sos kastad tapi kali nih makan dengan aiskrim aje (kerja mengelat beri kat I). Sedap juga kalau dimakan dengan buah2an dalam tin.

Sarapan pagi nih .. bermula dengan manisan ...

Puding semolina + aiskrim

"aumm chaaak?"

menepati citarasa, lala-lalalaa...

Hari Ahad dalam sejarah. Dah berkurun tak buat ikan bare-back nih tapi semalam macam terajin pulak. 1 setback: minyak mengoreng cepat hitam tak best digunakan untuk goreng kali kedua. Inti ikan: kelapa parut, cili boh, kunyit, bawang, serai, gula, garam, perahan limau nipis dan tidak ketinggalan belacan <- puas I geledah freezer, nasib jumpa.

Dah lama belacan tu kecik hati dengan I sebab baktinya tak diperlukan untuk meng-umph-kan my asam pedas dan sambal tumis.

*kedengaran belacan dan asam jawa berbisik2 .... * Mengata kitalah tuu ...