Tuesday, 25 May 2010

Geram taw ...

Dengan keadaan yang berlaku, I nak jadi orang baik2 maintain senyuman 18jam sehari pun tak boleh. Mesti kena tolak pahala (yang tinggal tak seberapa tu) sebab tak sabar. Ehh.. bukan tak sabar tapi geram aje ....

Hari lain I OK aje tapi bila kegeraman tu dah bertindih2, makanya pagi nih I kinda hot! Setiap pagi air paip kat dapur tu mesti cam nih .. (ala2 memandai siap buatkan I air neskefe-O, kekdahnya).


Siap dengan bau karat lagi ...

Sepatutnya my specs siap dalam masa 10 hari (janji mulut) tapi sekarang dah 3 minggu. Bukan I tak boleh follow-up tapi geram taw .. I dah bayar harga specs in full but I get that kind of treatment? Nih cerita nak tolong peniaga Melayu tapi menyampahlah ....

Tunggu... I nak telefon diorang kejap. Tarik nafaaaas dulu *hembus*. OK dah telefon dah dan kesimpOlannya "bla3 ... baru dapat pagi nih puan .. bla3". Haaaa.. bagus kan? Samada I pandai bertanyakan TEPAT pada waktunya ATAU diorang yang pandai menutup sesuatu? Either way, I tak terasa nak jadi manusia paling baik dlm dunia semasa I ambik my new specs tu nanti ...

Yang nih patut geram kat diri sendiri sebab mata tak fokus pada tulisan (tanpa guna specs yang penyangkutnya dah pengkar tu). Tup2 I terkesima dengan scallop (sejak SIL perkenalkan) so bila jenjalan kat s'market hari tu terpandang gambar 'scallop' tertera kat tin, so I grab aje (tanpa pedulik membaca).

Masa masak tu pun, I masih tak perasan hinggalah benda tu landing dalam mulut. Apahal lain benar rasanya serupa rasa cendawan aje?? Kalau T ada sure dia sound kat I "Umi niiiih .. bla3". Apsal I boleh silap? Masa tengah makan tu I 'pause' kejap sebab nak geledah plastik sampah mencari tin kosong. Wahahahhh .. rupa2nya I beli 'scallop mushroom', no wonder!!!

Dah lama I geram dengan RD 'Read to Digest' tu. I memang subscribe to one magazine tapi bila tempohnya tamat, takdelah I nak renew. Tetiba surat warning datang dan katanya "we dispatched 3 magazines to you in good faith" n "despite 2 reminders, this account remains unpaid". Wah.. mencabar betul kata2 diorang tu and that clearly meant I wasn't a good pay masterlah kan?? Ada sesaper nak tolong cilikan mulut diorang tu tak??

Mungkin memang ada 2 reminders yang suruh I bayar tapi tiap kali I terima surat dari RD, I just put it aside cos I know surat2 tu semua nak suruh beli their products. I least expect dalam tu ada bil suruh I bayar benda yang I tak beli not even had placed an order. Tak kuasa nak bertegang urat, TB kata biar dia bayarkan. Oh well.. tapi jahatlah diorang buat taktik menjual cara tu, kan?

Semalam mood juang I sudah mari. Tanpa lengah I pun call terus bercakap dengan cik S. I pun dumdam dumdam (eksyenlah sket sebab suara I yang sengau nih dirakamkan). Boleh cik S tu kata I order mag/buku menerusi contest form. What? I pun dengan cermat mematahkan kata2 beliau. Selama nih berkeping2 contest form I terima, I tak pedulik nak participate pun (sbb tau I memang takde such luck). Having said that, I bitau cik S kalau ada proof I betul2 ada order mag/buku, tolong kemukakan bukti (wpun bil untuk magazine dah dibayar oleh TB).

Dan .. I mohon buku yang diorang TER hantar tu diambil semula dari rumah I tapi cik S kata "we have no such service to collect product from subscriber's location". Haha .. baguslah tu. Kalau RD takde such service dan I tak berapa nak ingin dan baik hati nak hantar thru PosL*ju, apa akan jadi seterusnya?? Dulu pun terjadi macam nih. Diorang hantar 3 buah buku cerita yang I tak order tapi bila I dumdam dumdam kat customer service, I dapat jawapan cam nih "it's ok, you may keep those books" <- maknanya freelah tu. I bukan berharapkan barang percuma tapi biarlah betul caranya dan tidak menyakitkan hati pembeli.

Last but not least, hadoiiii .. semalam juga I cuba telefon satu bank tu. Dahlah nak bercakap dengan sorang manusia yang benar2 bergelar manusia amat susah .. hanya 'suara' aje menyuruh tekan 1, pastu tekan 2, kejap tekan * 3, pastu suruh key in bla3.. tralalalalaa...

Really testing on my patience but alhamdulillah (I would say I pass with flying colors ... ). Boleh aje cakap pelan2 tak perlu jerit2 atau maki hamun w'pun terasa nak hempas telefon kelantai namun sabar tetap sabar (jangan kasi chan setan menang) tapi dalam pada bersabar tu, terkeluar juga perkataan sepedas lada sulah.

12 comments:

kak ja said...

Sesak nafas skejap baca n3 ni.. Tp skejap je lah.. apa kes plak I nak over sdgkan tuanpunya badan dah berjaya mengalahkan setan yg asyik dok tuang petrol tu kan?

Sabaq KS, sabaq.. takkan lari gunung dikejar.. relevan ke? hantam sajalah labu!! janji jadi pengomen pertama.. (tetiba rasa pengin nak main berebut2 tempat ari ni)

Kakcik Seroja said...

Hadoii.. jap nak tarik nafas..lepas.. tarik..lepas..

ok.. Subhanallah... :)

Ibu n Abah said...

kak som..
macam ni lah peniaga melayu..
i dah terkena banyak kali.. kita nak tolong bangsa kita, tapi macam ni lah yg buatkan darah kita mendidih...
Sebab tu kedai cina lebih maju dari kedai melayu.. PR dan servis depa baguih..
Habis tu macammana??????
Takkan peniaga melayu tak boleh tukar attitude?? Jom kita pulak meniaga buat spek..

Anonymous said...

Part 'jangan bagi chan setan menang'
tu memang i suka sangat Cik Som.

PatinPasta said...

CS,

Hmm bila baca pasal kes RD CS tuh, saya terus tingat pasal pengalaman saya. SEBIJIK tau! Tapi dah lama dah la (kiranye derang memang still pakriskan cara nih la, kan?)

Derang hantar BANYAK buku2 cerita, dengan cover buku la, dengan kamus tebal lagik, buleh? Tak lama pastu suruh bayo lak.. kalo tak bayo, suruh KITA lak pulangkan. Means kita lak kena tanggung postal cost bla bla bla (join geram CS nih).

Saya buat tak reti jek.. and dah bertahun, tak de lak surat2 saman ke hapa macam derang gertak2 tuh.

Lili said...

Jom kita nyanyi ramai-ramai...

2,3, Go!

"Gewam, jangan engkau gewam
Gewam bermacam ragam...."!

Hmm...rasa macam penah jer I nyanyikan lagu ni kat you, kan CS...

Anyway, betul gak kata Cik Aida Rezuan kat atas tu... surat2 tu saja nak gertak. Very the membazir kan?

FaAtip said...

selalunya kalau kita geram2 atau hangin2 kannn, ubatnya not only ambik wudhu' tapi kan sommmmm...elok dibawa mandi-mandi...shower-shower...gunakan body shampoo yg harum2 gitu. Hehehe...

ceriaWAN said...

Lalalalalalaaa.. :)

en_me said...

laser jer mata tewww.. ahaks

azieazah said...

Alaaa sekali sekala biorlah mesin telefon depa rakam suara kita. Kan biasanya Customer Service ada "rakam perbualan untuk tujuan peningkatan perkhidmatan"? konon...!

I pernah buat sekali... "U rakam suara I, kan? bagus. Biar I cakap habis-habis sekarang!"

sekali tu jer.. pastu tak berani dah, nanti mesin tu kenal suara makcik garang nih.. heheheh

CS said...

Servis internet kejap tenggelam kejap timbul maka mood nak menjawab komen pun cam tu juga. Bertambah 1 lagi hal dlm my kategori 'geram'(kekdahnya).

Salam semua ...

Ja,
tahniah jadi pengomen nambar one! You nak hadiah apa? Cakap aje ... (hek hek hek <- gaya gelak janji palsu)


KakCik,
Pernafasan dah ok ke? Dah? Alhamdulillah. Mahaplah buat you sesak napas ;-)


Akak,
Kedai ceminmata tu dah lama me n my laling berlanggan. Diorang ada kita punya rekod. In fact dah kenal susur galur empunya kedai. BTW, kalau kita jual spek, ada ke orang nak beli selain kita berdua or bertiga (termasuk doc K) or berempat (termasuk Fa). Camana? nak teruskan niat ke?


Eleena, alhamdulillah memang selalu 'depa' kalah TAPIKAN tapi sekali sekala diorang termenang gak :-(

CS said...

Aida,
You pun pernah kena sebijik ka? Memang jahat itu RD kan? Timakasihlah join geram dgn I (tapi tentunya setan takde chan nak menang, kan kan?). Syok juga nih.. cos I'm waiting 'what's next' from RD.


lili,
Masih terngiang2 suara lemak merdu you nyanyikan lagu "gewam gewam" dulu tu.. kalah suara Jatt, ahaks. Betul ke Jatt? heheh, hantam jer.


Fa,
Kalau semua yg you sarankan dah dibuat tapi masih gewam, how babe? Terpaksalah buat retail therapy kekdahnya.. kan?


ceriaWAN,
Simpanlah suara tu (wpun sumbang, ahaks) untuk dodoikan baby awak yang akan kunjung tiba :-)


en_me,
Laser? Kita TAKOT !!!!


Azie,
I cakap cun2 masa membedil staff tu sbb shuwawa I direkodkan. Biar diorang terkesima, tercengang serta terlopong bila mendengar tape tu seraya berkata "lemaknya suara dia kalah suara KakPah". Relevan tak? :-)