Friday 11 June 2010

Cerita dulu kala ...

Tiap hari breakfast dengan rotcan segera (belum muak). Dah dua hari juga I duk cicah dgn daging rendang-tak-kering-kuah. Punyalah sedap I masak tapi kurang dapat sambutan *sambil mendengus*. Daaah, I dah majuk tak nak masak lauk tu lagi.

Dulu kala tiap kali bulan puasa Mak punya gulai asam ikan pawang parang tak berapa nak laku. Dengan sedih Mak kata "daah.. tak nak masak gulai lagi", hehe kesian Mak tapi mana boleh tak masak sedangkan lauk tu lauk fevret Bak? Tapikan tapi .. bila bulan tak puasa, tak kecukupan pulak sebab ada modal baek punya nak habiskan gulai asam tu. How? hehe..

Adik beradik ramai so mana mungkin nak makan biskut jenama Jacobs tiap hari, khaan?? Maka Mak pun berlanggan setiap bulan seTONG biskut Osborne dari kedai Datuk Majid. Tengok pada luaran tong memanglah kurang selera tapi ada kitorang kisah? Janji biskut Osborne saiz oval sedap dimakan bila disimbah2 dengan kuah gulai asam dan titiskan sket dengan kicap A1.

Tak dapat tampal gambar bithkut sebab blutut meragam *sigh*.

Bertahun2 tak makan biskut tu tapi bila M bitau biskut tu ada dijual kat pasar malam, berseri2 terus muka I. M tu my abang merangkap courier man. Dialah orang harapan adik beradik untuk hantar apa juga barang dari PJ ke SJ ke KL; tapi sejak 3 tahun lepas, amal jariahnya terhenti sebab M pergi buat selama2nya. Al-Fatihah untuk abang I yang sentiasa lekat dihati, yang sentiasa I rindui, yang ..... *maaf tak dapat teruskan .. ish airmata nih memang tak boleh nak kering*. Semoga rohnya tenang diSana... amin.

Since last October I dah tau kat mana nak dapat biskut tu. Kat mana lagi kalau tak kat Jaiyen. Tak pernah sangka harga sekilo biskut tu cam tu. Since biskut tu dah jadi fevret, senanglah I jadikan modal as buah tangan atau hadiah harijadi untuk my kakak2 and my adik (kelakar aje biskut tu sebagai hadiah harijadi ek? Tapi diorang sukerr).

Makan biskut Osborne dipatah2kan lalu disimbah kuah gulai asam .. nikmaaaat ... deja vu kekdahnya.. but I must tell the world bahawasanya I kecik hati dengan kerajaan Johor sebab tapak dan kawasan sekitar rumah dimana I membesar dah dijadikan highway. Luput segala kenangan 'tangible' :-(

Kenangan hanya tinggal kenangan .. kenangan I panjat pokok rambutan sambil mengalun lagu Saloma (tentunya dengan Ndja yang jadi lead singer. I jadi korus girl jer); panjat pokok jambu air pastu cepat2 turun sebab nak buat bahan cicah kicap + gula; panjat pokok pisang kedondong separuh jalan sebab kena attack dengan kerengge; petik buah cermai, tunggu buah durian jatuh tapi pokoknya bukan kita yang punya; kejar mak ayam sambil membantu adik boomerang kat anak dia; beli aiskrim dari si Bogey (boleh Ndja jodohkan I dengan penjual aiskrim tanpa gigi?); beli fish n chips dari van (maklum berjiran dengan omputih); berkaki ayam berlari2 anak kejar mamak jual mee rojak waktu malam pekat dengan beraninya tanpa hindari kubur Jln Mahmodiah just inches away .. ekceli I idamkan mamak's samsot *terbaek u olls*.

Banyak lagi kenangan mengusik jiwa tapi kenangan yang satu nih boleh tahan ngeri ...

Masa tu I darjah 4 (kinda comel juga) berjalan sorang2 balik dari sekolah tak bersaing dengan Ndja sebab kelasnya keluar lewat satu period. Jalan yang sama I berlari2 anak mengejar mamak mee-rojak-samsot tu laa. Sedang berjalan sambil mendengar siulan cengkerik mengkerik (dekat kubur, remember??) maka terpandanglah didepan sana jejaka berkulit hitam tapi tak manis.

As kita berselisih jalan, boleh dia tunjuk 'alat' dia kat I?? Ciss.. kongajar betul itu parpu!!! Nasib baik I dah almost tiba rumah Mak Mah (laluan pintas lalu rumah jiran ke rumah I), macam tak cukup kaki I berjalan. I was innocent (kan?) tapi I semacam tau tujuan keji siparpu tu.

Apa patut I buat kalau ditakdirkan dia ikut I dari belakang ekk?? Nampaknya takde jalan lain selain melaung sekuat hati "Mak Maahh.. tolonngg.. Pak Dolah tolongg .. Empokkk tolonggg". Empok? Wan Empokkah? vukaan, vukaan, vukaan...

Anyway, sesampai rumah dengan tercungap2 I bitau Mak n Chik pasal si parpu tu. Apa terjadi pada hari2 berikutnya? Takde pulak Mak or Chik temankan I ke sekolah atau sarankan I bawak kayu atau pinjam pistol plastik James Bond kepunyaan adik untuk pertahankan diri. Al-kisah kawan2 sekolah alami peristiwa yang sama juga. So kitorang dapat khidmat nasihat dari cikgu Kalthom katanya "kalau nampak orang tu tunjuk2, laaaarrriiiii". Wahahaa, baik punya nasihat. Masa tu jugalah I faham maksud 'flasher'.

Berbalik masa kini ... yang membuatkan I bersemangat bawak kereta memang kerana I takut hal2 yang tak diingini berlaku. I hanya mampu berusaha selebihnya Allah menentukan. Masa tu T masih sekolah rendah dan masa tu juga berita mengenai rapist berleluasa. T pester I belajar bawak kereta sebab katanya nanti dia nak ke tuition senang. Ya tak ya jugak..

Alhamdulillah Allah memudahkan usaha dan syukur tak terhingga setelah umur I bertukar warna keemas2an, Allah pinjamkan sedikit keberanian menepis rasa takut dihati; ketakutan yang lama bersarang pada setiap organ dalaman, kekdahnya <- fevret word, harus disebut sekerap mungkin :-)

At last, I berupaya to empower diri sendiwi *sambil mengukir senyuman lebar hingga keubun2*. Terima kasih juga kat T sebab dia membantu melodakkan semangat yang selama2nya I tak perasan wujud...

P/S: Apa pun, KL tetap jauh! Alamak dah pukul berapa nih? I belum pack lagi .. hellppp !!!

11 comments:

Lili said...

Oh, sambil ketawa, sambil kesat airmata ni!

Sememangnya kenangan mengusik jiwa...

p/s CS, you nak kemane?

Ibu n Abah said...

salam kak som..
i pun sama macam u.. dah penat masak.. takder orang nak makan.. i merajuk taknak masak.. small liver i.. sebab i masak half dead.. budak2 dan bapak budak masa itulah nak diet...
selamat bercuti balik kg.. kami sekeluarga pun nak balik 'sana'.. semuga perjalanan u selamat pergi dan balik...
psst... bestlah baca entry kali ni.. panjang... tapi masih tak sempat nak rebus kacang parang...

en_me said...

Kl jauhla sangat kaanss.. ehehe

CS said...

Salam Jemahat ...

Lili, kenangan mengusik jiwa dan raga. I nak ke Melaka Bandar Bersejarah, auwww. Belum pack lagi.. masih tercari2 tudung dan baju yg boleh muat dibadan serta match biar nampak jelita, kih3.


Akak, selamat bercuti kat u n fmly juga. Oleh kerana I lum pack dan oleh kerana kibod dah kehabisan dakwat maka I tak leh nak panjangkan lagi al-kisah cewita dolu2.. ;-)


en_me, sesungguhnya JAUH. You setuju kekdahnya KL tu lbh jauh dari JB kah? ahahaa..

Mama said...

CS... ikan parang masak asam tu is my fav..... tp anjer tak brp suka.

Down the memory lane... kenangan mengusik jiwa... well written. I pun ada gak story psl biscuit... U biskut omputih I biskut Thye Hong...

Alfatihah utk abg M... I still remember I attended the funeral

CS said...

Mama, I pun suka :-)

U jangan salah faham. Namanya aje Osbourne tapi maybe Thye Hong mari, wo pu cher thau, hehe.

Masa tu Jacobs mcm best aje kan? So sekali sekala jer kita indulge. I pasti you tau biskut yg I maksudkan tu..

mrswongjowo said...

Hi Che Somuffins...

Uhukss how I missed U.. :)
Selamat bercuti n take care....!

ain said...

lamanya tak mkn asam pedas ikan parang. memang sedapppp!!!!

psst...akak asal jb ke..??

azieazah said...

Baca mukadimmah jer macam dah tau orang tu nak balik ke kampung..

nak jelajah tempat2 nostalgia dia...

sambil intai-intai kot wujud lagi mamat hensem yang dulu hanya berani jeling jerrr Ahaks!

sambil tak berenti berangan nak makan biskut oval tu lagi, sambil cicah kuah asam pedas di sana...

kekdah nyerrrrrrrrrr.....

kak ja said...

Rindunya I kat bithkut Osborne!! Nnt akan ku gagahi jugak ke Giant, mencari bithkut tu..

KS, I penah citer tak, I pun tak hingat.. Umah aruah Maktok n Tok Abah, di mana tempat kekanda2 I n I grew up, musnah dlm kebakaran akibat litar pintas sekitar 5 thn lepas.. Wbmanapun, kenangan zaman kanak2 kami ttp segar, sesegar ketam yg baru ditangkap di laut dan dibawak balik ke darat..

P/S: KS, my word veri is tedek.. isshh, mcm lucah le plak, kan?

CS said...

Salam :-)

MrsWJ, hi hi hi *sambil melambai2*
Kemana you menghilang?? I miss you too *hugs*


Ain, JB tempat tumpahnya darahku. Sempat gak membesar takat dara pingitan, hehe.


Azieazah, taaklah you. I tak balik kekampung halaman sendiri. I berkunjung ke kampung halaman suami jer sbb ada majlis walimatul urus..


Ja, I tak ingat samada you pernah cewita kisah malang tu. Ingat2 lufer (almaklum jenis CPU dah phase out).
You suka bithkut OS tu juga ke? hehe..jgn termimpi2 kat Mr Os sudaah.