Wednesday 9 June 2010

Jeruk jb, pizza and MS blog

Lamalah juga I amalkan gelak cara pempuan Melayu terakhir, sopan lagi santun (sambil katup mulut guna hujung jari jemari), tapi malam nih I just kenot tahan. Terpaksa lepaskan lodakan dari perut hingga bergegar rongga! (for sure berpusu2 syaitan masuk ikut laluan mulut, astarghfirullah). Meleleh airmata dibuatnya.

Semua tu disebabkan siFolan mengaku dia 'gagap tekno', bertanyakan pada siFolin dan siFolun satu soalan yang sekian lama dipendamnya. Bayangkan aje gelagat 3 Stooges.. wahahahaha..

Sebelum dan selepas batuk-selsema, selalunya lidah rasa semacam kan? Nilah ubat sesuai untuk lidah. Rasa masam, manis dan pedas boleh suppress rasa mual. I bukan penggemar asam jeruk tapi yang nih exceptional sket sebab ada roughage. Oh ya.. siapa tau apa bendanya kat gambar tu?

Saja nak tunjuk pinggan antique saiz kecik warna light pink peninggalan Mak (I bubuh my fevret asam). Bila guna pinggan nih terasa dekat dengan Mak.

Thai Seafood = so so ..

Royal Masala = sedap rangup

Dah 45 hari I guna tong gas seberat 12kg tu. Tup2 sedang I gigih memasak untuk makan malam, gas tetiba habis (alasan?). Berat hati kata begitu so I better not cook *wink*. W'pun I ada tong gas spare tapi I tak reti2 nak simpan yang berisi. Kalau satu kosong, satu lagi juga kosong. Adil gitu, har3.

Malam nih atas permintaan anakanda2 beta yang idamkan pizza .... jap nak beri tip .. murah kalau order on-line .. so order dibuat untuk 1 large (dapat 1 large free). All in all RM32 aje untuk 3 beranak. Tuan Besar tak minat pizza so dia nak makan apa? Hehehe .. besar kemungkinan nasi goreng jer (resipi: semangkok kasih, sebuku sayang, 3 helai manja, sesudu ngada2 dan dashes of auwww.. takleh bitau).

Sebelum I menonong kedapur menggoreng nasik, I nak uar2kan @ promo blog (MS) Martha Stewart (sambil memoncongkan bibir kearah side bar kanan). Klik jangan tak klik ok? Bestlah baca cerita ceritut dia masa lawatannya ke Malaysia tempoh hari.

P/S: I verangan jadi PA halimunan MS (self-appointed kekdahnya). Apa pun, hidup Malaysia !!!

14 comments:

Mama said...

Semua yg U mention tu (pizza ke, jeruk ke, MS blog ke) I tak minat. Yg I minat pinggan antique tu dgn receipe nasik goreng utk Anjer...mengancam!!!

CS said...

MamaZah.. kena minat gak, I insist, haha. Tak minat pizza takpe tapi jeruk tu kan, syedap .. u ingat tak camana I pujuk you suh makan TCBY dulu? Haa, jeruk tu I pasti you suka.
MS blog.. bacalaa.. different perspective dari pandangan orang luar.
Nasik goreng dah pun habis licin. Bahan2 as mentioned earlier tetap digunakan :-)

P/S: You ingat Fa dah tdo lum?

Kakcik Seroja said...

Salam CS..

pastinya waktu I datang menjengah ni.. you sedang lena diulit mimpi, kan?? Jadi tak payahlah you hidangkan pizaa waima nasi goreng untuk I.. nanti I gi cari sendiri kat dapur you.. :) (huhuhu... rindunya nak selongkar dapur QJ..) :(

ain said...

jeruk apa tu kak CS?

kak ja said...

I suggest si Folan, Folin n Folun pi join kelas Celik Tekno kat memana.. Cian u, terpaksa korbankan identiti Pompuan Melayu Terakhir kerana lawak The 3 Stooges..

Eh eh.. awat I rasa mcm I sdg ditertawakan ek? muakakakaaa..

en_me said...

jap, nak klik blog martha ittewww..

Lili said...

hmm...nampak macam jeruk halia kering ek? Suka jugak makan tapi masa tecik2 dulu...dah kertu mertu ni kurengs banyak but I still indulge now and then jeruk buah salak, pala...sebab, well...(smug sikit, hikhik..nak bagi CS jeles kat kami yg ada laut ni!)..sebab (2X ulang!)sini Penang manyak jeruk weh! Anyway, tak boleh makan selalu tau!

CS, tu JG Meakin ek?

CS said...

Salam ..

KakCik, dapat cari nasi goreng kat dapur tak? I tinggalkan you 3 ekor udang taw..
P/S: Kita semua windu kat QJ mungkin dia juga windu kat kita, wallahualam.


Ain, tu jeruk jambu batu. Ada dua jenis. Satu yg manis/masam/pedas disaluti gula (moist) dan yg satu lagi rasa masam manis tapi kering aje.


Ja, rasanya takde sape dare nak bukak kelas untuk Folan, Folin dan Folun. Apa kata kita belajar sendiwi2? Ooops, kita? Aduhai, terbukak fekong didada bidang, har3.


en_me, dah dapat lum? Cuba klik kat MS blog..

CS said...

Alahai lili, komen kita berselisih nampaknya...

Lili, I bukan pencinta jeruk n asam asim semua (nak ckp I tak jeles you ada laut) sbb tu I remain shweet, har2 (boleh baca, pircaya jangan).

Tu jeruk jambu batu. Sedaps!! Lepas makan nasi, pop one or two dlm mulut. Dessert kekdahnya.

Yup .. tu JG Meakin :-)

Ibu n Abah said...

Haipppp...
pagi2 tadi i dah begi komen.. hilang pulak.. kemana yer???
i nak citer.. semalam pun i makan jeruk jambu kering... tak lalu i potong pulak jambu batu segar sebijik.. tanam pokok jambu batu dah 3/4 kali... tak pernahnya hidup.. kali ni, i beli jer jambu batu segar kat sitiawan nun....
(Ja.. i pun terasa di ketawakan oleh perempuan melayu terakhir ittew....)

Ibu n Abah said...

I datang umah u sebelum lili...
komen i ilang di angin lalu....
Daaaa....
######i nak masuk kolam join adik-adik angkat u yang 4 orang tu.....

CS said...

Akak, I almost mengontek FBI untuk cari you kot2 you MIA. Rupa2nya you tak lepas masuk gate karat rumah I ya?
Mahaplah komen you hilang namun itu adalah diluar bidang (dada) kuasa pemilik blog. No idea camana tu boleh berlaku.

P/S: Saper ketawakan you? Meh I 'ajar' dia.. tapikan tapi Folan n Folin tu memang cute cara dia membuka fekung didada :-)

catz said...

hi..
salam.
di johor ke? di mana ya?
btw,
nice blog.

salam kenal.

catz

CS said...

Salam catz,
Timakasih hidangkan oren jus dan mee siput masa I ziarah blog you tadi, hehe.

I orang JB tapi duduk di Subang.