Friday 6 August 2010

Menjalin silaturrahim .. selagi hayat dikandung badan

Sambungan cewita dulu: kat cini

10 couples (mainly love birds in their twilight years) dijemput beriang-ria kePJH. Motipnya? Saja nak cari pahala kot? hehe. Patutnya kita ke China tapi last menet tukar ke Jepun plak. Nasib baik tak kena bayar duit tiket lebih, kih3 (gelak kat diri sendiri yang kian ala2).

Kalau ke Jepun, apa yang TB nak makan?? Dia tu tidaklah adventurous bab makan. Tu sebab cara I memasak takde gaya world chef .. day in day out, dia boleh aje makan ikan goreng dan sayor berkuah. Boring tak? Taklah tapi kadang2 best jugak.. mcm malam tadi .. kita berdua2an makan ayam gor dan sup campur aduk aje - ada tauhu, udang, bebola ikan, daun bawang dan sohon (benci nak eja mende nih .. so-ohn, so-own, so'on kah? mana yg betul??).

Bila tengok harga yang tercatat/tercatit kat menu .. owhh no! .. tapi member2 yang lain cam dah selesa tak rasa guilty mengoder yang harganya mencecah 3 digit (refer makanan kat gambar bawah nih). Kalau majoriti dah oder cenggitu, boringlah kan? I perlukan kelainan lagi pun I tau diorang sure pelawa I jamah diorang punya makanan.

Maka dengan beraninya I oder soft shell crab yang ditempurakan (gaknyalah). Pastu I oder tempura sayur2an tapi ada plak udang tersesat dalam tu. Dua2 tu harganya tak sampai 3 digit (so OKlah.. I taklah rasa malu sangat); tapikan tapi maybe dah cecah 3 digit jugak, jus mango punya pasal.

Verdict: Texturenya garing rangup dan sedap tapi kendian tu I perasan lidah I cam terluka. The soft shell of that crab wasn't soft afterall?

My camera hp memang sengaja nak buat I malu taw.. Bezakan gambar atas nih dengan gambar bawah. Niway apa ada kat pinggan atas nih?? Macam2 you .. pendek kata segala hasil laut ada dalam pinggan sekecik tu .. Yang takde paus, seal, walrus dan penguin, har3. Bila plak penguin dikategorikan hasil laut? Alaaa.. sker ati kita laaa.. kan?

Nama dia Nor Shashimi (nak simpan nama nih untuk cucu I, hehe). Tu haaa... 1st time cuba makanan yang tak dimasak. Mampu ngap hirisan cod aje. Ehhh... not bad gak .. cod tu cicah dgn kicapnya dan dimakan dgn hirisan halia rona pink panther... Jgn cuba nak rasa telur ikan tu, I dah terngap 2 bijik.. Nyesaaaal!!

Dessert Jepun tak sah kalau takde kacang merah. Ya ke? Yaaa... teringat kuih Jepun zaman I kecik2 kat JB dulu.. intinya memang kacang merah bukan hijau. Alasan yang boleh diguna pakai sampai bebila, heheh. Top most setompok kacang merah, pastu aiskrim perisa teh Jepun dan bawahnya adalah cubes of buah2an sedara semangka @tembikai @watermelon.

Salah satu pencuci mulut .. yang nih tak berapa sedap tapi bolehlah .. yang putih tu cam heavy cream pastu potongan apple yang dah dimasak dengan apa ntah. Pardon my ulasan. Tu sebab I tak bercita2 pun nak jadi food critique <- nihaaa, betul tak ejaannya nih??

Anyway, we had lots of fun. Satu hati, satu jiwa dan satu kepala tapi lain2 badan. Thanks a million to Abg Mat & Ngah for being the gracious hosts, alhamdulillah. Sebelum beransur, ada lagi sesi bertemu ditepi lorong gelap ... biasalah Njah n Teh ada aje buah tangan yang nak dihulurkan. Alhamdulillah ..

May Allah bless my families and bless us all - my para pembaca yang sudi singgah ke Al-kisah.

Salam Jumaat ..

13 comments:

Lili said...

Eh, I nak beri laluan kat orang lain dapat tempat no. wan ni...


Anyway, part yang last tu terasa baru abis tonton Al-Kuliyyah ler pulok!

Bless you too!

(sowi, dah lupa ape nak komen pasal food review you tu! Heheheeh!)

Kakcik Seroja said...

I kalau bab makan yang mentah ala2 Jepun tu, memang I ketinggalan jet pejuanglah. Biarlah I makan cekodok pisang sejuk! :)

May Allah bless you and your family too, CS. Amin.

Tie said...

Terus teringat zaman anak dara dulu, ada seorang kawan chinese belanja budak kolot ni makan di restoran jepun kat bukit bintang... Masa tu kita kerja kat kedai laundry, ekeke...

Oo.. dia tu pompuan laa.. tapi pandai lak berbudi bahasa. Mula-mula kita taknak pergi, takut tak halal, tapi dia kata tukang masak semuanya melayu, masak depan mata lak tu.. memang betul pon!

Tie suka tempura dan sup apa entah.. ada tauhu tu. First time makan, sampai sekarang terkenang-kenang... adoi laa...

Malangnya nama kawan tu pulak kita lupa !! Baik punya kawan!

FaAtip said...

boleh ke i makan makanang jepung, sebab sebiji shushi pun susah i nak habiskan...**ala, i suka food yg ada belacan, that's why laa** pastu i suka bila masak tu kan...ada bunyi syehhhhh...kepang kepung bunyi periuk kuali..meaning to say, i prefer chinese food...heheheeeh.


psstttt....*bisik mode* ni kat restoran yg ambik gambar tunjuk tangan peace tu kan? ihik ihik ihik

azieazah said...

Ulasan bab menu ni macam pengkritik makanan atau food tester yang kena paksa makan. hehehehe... panjang lebor youuuu...

Citer dating skit benor, marah orang tu nanti. hahahaha...

ahkakbatik said...

saya kalo pi kedai makan jepun mesti cari belut depa...sodap.... nampak mee ijau macam hingus tu teruih poton stim.

tapi gambo no 3 tu memang cantik...err... tu jelah den nak komen pasai gambonya ek...ekeke...

CS said...

Salam semua :-)

lili
Maklum hari Jemahat .. memang sinonim dgn Al-Kuliyyah, kan kan kan?


Kakcik
Yang mentah2 memang I tak layan tapi dah ada depan mata, terkesima jugak.. Kalau nak cuba lain kali nanti kena bayar sendiwi maka sambil menyelam gosok2lah apa yg patut, kih3.


Tie
Memang tekak Pempuan2 Melayu Terakhir lebih menjurus pada tempura kot? Yalah, kita dah biasa dgn makanan bergoreng, tul tak? Takat sushi, I boleh telan lagi .. tapi yg mentah2 tu beri aje pada KOG, kiah3).


Fa
Kalau you suka makanan yang bersyehhhhh maka tempuWa lebih syesyuai untuk you. Takkan you nak ke China aje tak nak ke Jepun ................... kanz??


AA
Kritik yang panjang lebor sah pengkritiknya berkaliber jalur lebar dan jalur gemilang, kah3. Dengar kabar TV3 nak cari orang gantikan host JJCM bila dia on confinement nanti.


AB (Abadi?)
Ramai orang suker belud sebab sedap tapi imaginasiku berlari2 anak dengan buasnya bila terkenang bab belud nih, hehe.

Gambo no. 3 boleh tahan kliar kan? Tulah salah satu fungsi tepon cap ayam tu.. sker ati dia aje.

Ibu n Abah said...

kak som..
ooopppppsss nenenda nor shashimi...
soft shell crab tu memanglah sangat sedap.. i pun suker...
lili....
kiranya you juara bertahan... i nak nengok berapa lama u boleh tahan???? (bunyi jer macam threaten tapi penuh gelak ketawa...)

CS said...

Akak
Wah.. sukalah tu kat sana pun boleh berinternet.. Kalau takde sure rasa sengal2 badan, ya dak??

kak ja said...

wakakakakaaaa.. wpun akak boleh bersiaran dr sana, ttplah n3 terbaru KS, I yg menang tempat pertama..


KS, u ni sgt kejam.. pd saat2 I kena pantang makan sgl mcm lauk, u main tayang2 sgl mak nenek tu kat I.. Air liur I meleleh tup-tap-tup-tap tauuu..

Pssttt!! I nak mintak cuti pantang seafood brg sebulan dua, boleh ka?
(*sambil menyapu si airmata dgn kain yg buruk dan busuk)

CS said...

Ja
I terlupa you sedang berpantang ala2 beranak kembar 3. Sowilah tertunjuk makanan hasil dari dasar lautan ... (tssk..tssk.. sengaja sebenarnya, hiah3) <- pun intended, heheh.

Psst.. Akak dah tak kuat berlari kot?? shhh...

PatinPasta said...

Cik Som,

Amboi.. sejak kenduri hari tuh, terus dah nak simpan nama untuk cucu ye? :D

Nasib baik tak de dihidangkan paul si sotong mentah tuh ye. Mau terus Cik Som tak sentuh gamaknye!

* apa2 pon, saya sebenornye suka bebenor makanan Jepun! :)

CS said...

Aida
Tak taulah samada peluang terbuka luas untuk I beri nama pada cucu sendiri (semua cucu pempuan wajib ada nama ***som, boleh? keh3).

Tekak I boleh terima sushi, tempura dan Tako tanpa prejudis.