Saturday, 30 October 2010

CBs aka Jejari Kongo ...

Perasan tak ramai dah terkesima pada CBs?? Orang berCB, I pun berCB - mana bleh ketinggalan, kaan?

Mood membaking berada pada latitude/longitude 1deg 0'0"S/15deg 0'0"E. Apakah? kahkahkah.. Maknanya mood berada pada tahap yang tersangat luar biasa maka bermulalah expedisi merentas benua Afrika, kakakaaa...

I macam tau2 aje apa silapnya dengan CBs nih.. Sepatutnya I guna pizza tray yang lebih luas dan lebar berbanding dengan loyang yang kat atas tu (dah lama tak sebut loyang). Adunan dan loyang mestilah ada keakrabannya, if not we won't get the desired result. Percayalaah ;-)

Loyang tu baru jer dibeli (notice the kilauan 'bling2'), memang sesuai sangat untuk buat kuih lapis (bukan kuih lapis yang guna 188 biji telur untuk satu adunan tu taw, vukan.. vukan.. tapi kuih lapis yang guna tepung beras tu laa.. rona putih n pink). Loyang tu molek2 aje ngam dengan saiz pengukus antik hadiah kawin *auwww dalam ati jer*.

Sebahagian dari bukti2 sahih that I really baked CBs.


1st failed attempt - CongoBars @ Jejari Kongo

When cut, the cake should just look like brownies n gooeyish whereas mine looks very very wrong! Overall, I think I've failed on my 1st attempt!

.. and look at the crumbs, nampak so unreal aje. Crumbs tu takleh menonjol sangat, patut bubuh crumbs kecik2 sikit biar terserlah effect 'selamba dan manja' pada keseluruhan gambar. Siapalah food stylist dia nih, kan?

Agaknya orang2 Congo kat benua sana tu buat kek nih tak??

Credit to Rima sebab berjaya naikkan semangat I. Acih eh??

Pelik jugalah II ...


kunyit ke?
bukan!
.
dah tu??
.
tengah duk mikirlah nih

Friday, 29 October 2010

Pelik jugaklah ...

Al-kisah cerita duit kertas seringgit yang berlObang ...
.
Duit kertas nih tak laku sebab dah berlObang
tidak ketahui siapalah gatal tangan made that lObang
but for sure bukan I
.
I dapat duit tu dari penjual kat tempat lain
and yet penjual air mendakwa
duit cam tu tak laku
.
duit berlObang mungkin digigit themut api
dikira wang counterfeit juga ke?
terasa cam nak telefon be-en-em
untuk kepastian
.
penjual kecik molek was so adamant
tak nak terima duit berlObang
even after I've explained a few facts
(yang sahih dan kurang sahih)
.
I yang suka beralah takmoh mengalah
so I mintak dipulangkan saja duit
sebab I dah takde hati nak beli air kat situ
tapi sipenjual kata "tak boleh begitu"
.
blablabla ....
.


Oleh kerana I agak grrrrr n roarrrr
I yang pada mulanya dahaga kasih sayang
terus aje beredar sambil mengucapkan terima kasih
maklum dapat diskaun limerplohsen
.
since I was gone in a hurry
maka terlupa plak nak ambik straw
tiba rumah baru dapat minum

eleh.. macam thedap sangatlah air dia tu??

tapi habis gak, hehehe..
.


I tak tahan bila tengok gambar mee
yang ditampal kat dapur YatMaria
geram kat mee dan cili hijau dia tu
.
so tanpa kepakaran
I cuba buat sendiri cili hijau jeWuk
*sambil tarik nafas panjang*
komain lagi nikmatnya
bila makan mee hailam dengan cili jeWuk
buatan sendiWi ..

Thursday, 28 October 2010

Tetikus Mondok vs Tetikus tonet ..

29/10/10: Dah beli daaah ... tetikus sekufu (left pic). Barulah selesa meluncur @ surf!


Hasil pemakanan sihat serta seimbang maka kegebuan berlaku. Kita abaikan tentang camana terjadinya kegebuan tersebut, owait?

Now kita beralih perhatian pada kedua2 tetikus diatas tuuu *sambil moncongkan bibirs* .. Nampak daak?? ...

Katanya bila pilih jodoh, haruslah pilih yang sekufu, betul kah?? Yaa.. betullah tu (tapi ada juga yang tak sekufu bertemu jodoh, dengan izinNya kekal abadi hingga akhir ayat, amin).

Abaikan tentang jodoh, kita U-turn pada hal tetikus mondok dan tetikus tonet tu semula, okay?

Tetikus mondok gebu cam tu haruslah berkawan dengan tetikus yang sama gebunya. Tetikus gebu yang lama dah tak berfungsi lagi maka pihak berwajib volunteer gantikan dengan tetikus tonet yang harganya bukan singgit dua. Katanya bagus tapi tak sampai 3 purnama, conet tetikus tonet dah jadi longgar. Memang susah bila scroll up and down and down and up. Conet tu licin cam brake keta tak makan. Dah haus, kekdahnya.

Terpaksa memohon dibelikan tetikus sekufu yang baru kalau tak, memang takde joy n fun bila meluncur dari satu lubang kesatu lubang blog kesatu blog. Dah hantar RFA pada Tuan Besar dan janjinya nak belikan tetikus gebu hari nih. Yeayyy .. hari nih ..

RFA: Requisition for Fund Approval/Appropriation ... (nah kau...)

21 Oktober punya cewita basi ...

Al-kisah <= *back to the future kekdahnya*

Khas untuk D&T ... Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tolong amati dan fahami kata2 bernas dari Umi tu (w'pun diplagiat), okay??

Musyuk2 .. muah! (ehh! Umi dah mandilaaah..)

Tuesday, 26 October 2010

Kek Owen Cicilian ...

At laaaast ... dapat juga merasa kek owen selepas 7 hari melawan semangat yang beronak dan berduri.

Why do I need 7 days to bake such an easy cake?

Amboiiimak.., sungguh eksyen dan riak bunyinya statement tu ek? Hek3, mana adaa.. Soalan tu berbunyi sesalan aje. Sesalan yang bersandarkan banyak sebab musabab yang akhirnya jadi alasan. Biasalah kaanz??

Bila I buat apa2 kuih, I pastikan ada orang minat nak makan sama so that there's no wastage. Just before T went back to kolej yesterday, I promised to myself that I must bake the cake by hook or by crook (so that she could bring some to her friends or for her to nibble @ konyel2 while studying).

Kek tu pulak harus guna icing sugar so that it looks wholesome n vavavoom. Do I have any icing sugar then? I thought I have kept somewhere and so pencarian icing sugar pun bermula, fuhfuhfuh ...

Tu diaaaa u'olls!!! I not only have one but 3! Camana nih? Bila pulak I beli berpeket2 cenggitu?? Ekekekee ... semua tu hasil terkesimaan nak buat biskut Arab dan ntah apa2 biskut yang bahan asasnya is icing sugar; namun hari raya berlalu pilu tanpa kelihatan kuih aman makmur maupun biskut Arab yahabibi ya maulana :-)

I think I work best under pressure or at least I thought so, ehem. Just like magic, kejap aje jadinya kek owen tu, haha *vangga*. I managed to bake about 15 c'cakes and one piece a size of a small loaf.


Somehow those 3 packets of icing sugar tak dibukak langsong sebab ada lagi lebihan icing sugar yang ntah dari alaf bila; tapikan tapi.. I'm a bit disappointedlah .. how come rupa icing sugar tu cam rupa castor sugar aje?? Tu sebab my kek takde rupa bukit diselaputi snow langsung (icing sugar gagal memberi effect sewajarnya).

Tiru gaya Rima snap gambar kuih dan crumbsnya sekali, kih3

Banyak mana rupa 85ml squeezed orange juice (SOJ)?? Since takde 'penimbang' maka mak andeh main agak2 aje. So 85ml SOJ = setengah perahan oren. Settle yang tu.

Icing sugar perlu dilarutkan dengan 5 teasp. SOJ. Oren Sun-kiss2 nih tak berapa umphh, so sekali lagi mak andeh melelehkan jus kreativitinya mencari2 dalam esbok kot adalah tomato atau carrot tetiba bertukar jadi lemon. Bunyinya macam mustahil aje tapi percayalah esbok mak andeh memang handal buat silap mata! :-)

Maka icing yang patut dilelehkan pada kek yang siap dimasak menjadi lebih umphh, lebih harum dan lebih berperisa dek karektor lemon yang lebih menyerlah dari oren Sun-kiss2 tu.

Kata penyudah:

T selalu kata bila kek/biskut dibuat guna SRF, akan terasa semacam pada lelangitnya. This I can't deny. Ada sesiapa bersetuju dengan remark nih?? BTW, T makan 2 biji aje, tak nak bawak apa2 balik kekolej. I only knew much later that she's not in favour of orange cake.

As for TB yang memang tak suka nak makan kek lembut so soft like cotton candy, tetiba termakan juga dengan promo menggila tentang kehebatan kek yang I buat tu (riakkah? kah3). Mula2 dia mintak satu aje tapi termakan 2.

Dah habis dua kapkek, apalah agaknya komen darinya?? Tak taulah samada dia ada niat lain memuji I so generously hingga terlentik kedua2 ibu jarinya, auwww.. tapi biarlah I simpan pujiannya dihati jerr (tak sebut 'didada' nanti Ja soal2 plak).

Sunday, 24 October 2010

zzz, masak, makan, rihat .. masak, makan, zzz, rihat, zzz...

Kesihatan kurang menyerlah tapi taklah ia menjadi alasan untuk bermalas2an atas katil menantikan one kind soul membawa makanan. No such thing having breakfast in bed, let alone lunch and dinner. I pun tak berminat makan atas katil (what with the crumbs n all), lainlah kalau I baru bersalin anak ketiga pada umur yang semakin muder nih. Posibelkah?

Kenapa jam punya jarum panjang dan jarum pendek bergerak laju tanpa toleh kebelakang bila I masih belum congak2 nak masak apa?? Jam zaman moden dah takde bunyi tik tik atau tuk tuk lagi atau ding dong setiap jam. Masa waktu berkarya memang best dalam keadaan senyap sunyi. Tulah kadang2 tersasar lebih waktu duk ngadap skrin. Bunyinya macam nak salahkah jam aje, har3.

Siang tadi I goreng ayam, goreng bilis spesel dan masak lemak (discreetly bubuh 3 biji cili padi aje) peria + daging (TB kata kombinasi yang agak off). Cukuplah lauk tu untuk TB makan tengahari dan malam.
.

Spaghetti syok sendiri untuk TUmi (gandingan nama 2 veranak)

Bila the surge of semangat dah berkibar dan berkobar, laut api masin sanggupku renang, kekdahnya maka siaplah AGM versi kukus n versi bakar. Terkenang kat Mak .. dia memang suka buat AGM (Annual General Meeting? har3).
.
Nak juga 2 jari dia enter frame, ek? Bukan nak kasi hint jarinya masih kosong tak dihiasi sebentuk cincin belah rotan tapi tu tandanya dia dah tak tahan nak rembat dan ngap itu AGM (maklum dah sedekad Uminya tak buat ApamGulaMelaka yang tersangat izi-pizi tu). Cian anak I.

Baked drummets hasil airtangan T.

Dia guna seasoning mix Hickory BBQ yang I beli beberapa purnama lalu. Dah nak expire bulan Dec. maka bisinglah dia kononnya I nih suka membazir; tapi bagus gak ek? Bolehlah I harapkan dia bebila I tak berapa rajin nak kedapur nanti. Pwektis meks purrfek..

Dari alis mata I peratikan gerak gerinya kat dapur, siap guna penimbang kuih untuk pastikan drummet yang diguna tu tepat 2 paun as per the instruction kat peket seasoning mix tu (orang Amarikah masih guna paun lagi rupa2nya). T really follows the instruction to a T, thehee..

Terasa nak usik dia, kalau I yang buat, pejam mata dan sekelip mata aje ayam tu dah siap dan boleh dimakan tapi nanti dia sure PBK kat I "nak tunggu Umi sampai dah expirelah kot?". Anak2 zaman sekarang memang pandai PBKkan mak2 diorang, kan??

... tapi betul jugalah. PBK cam tu memang kena tepat pada batang hidung I yang satu nih.

Sebelum YOU sound kat I, sila pahami PBK tu bermaksud FakuVuahKeWas.. okay? :-)

Saturday, 23 October 2010

Little rascal ... road-tax ... jemput2 ...

Membebel nih bukan bermakna tak bersyukur. Syukur alhamdulillah untuk segala kebaikan yang this Little Rascal aka SiKecik dah sumbangkan pada I selama nih tapi tulaaah ... can I have a bit more please??

Apa semestinya kita buat bila beli laptop baru?? Nak cakap lebih2 I tak tau sebab tak pernah buat segala benda to get it up n running (w'pun sekarang adalah sikit kepandaian nak menghidupkan bluetooth) tapi for sure kita install dulu segala manikam to our liking, kan? We set our own profile or rather personalise/customise it, betul tak? (harap2 betullah apa yang I cakap nih, kah3).

.. and TB has been doing just that! Segala manikam yang dia fikir berguna untuk I, habis diinstallnya. Setiap kali that Little Rascal pengsan, TB akan buat benda yang sama juga. I don't need 'skype' and a few others tapi dia installkan juga. One thing yang I suka sangat2 tak pulak dia buatkan ie Notepad. I suka tengok Notepad on 'desktop' untuk I menyalin nota, resipi dll (well not an issue anymore as I know how to do it myself, hehe).

These few days, the Little Rascal has somewhat changes its behaviour. Agaknya dah penat pengsan, sekarang dia dapat amnesia pulak, tetiba running on temporary file (lebih kurang cenggitulah). Senang cakap ... apa2 yang I buat samada simpan gambar dalam file, tulis nota kat Notepad dan apa2lah yang dah customisekan ikut sesuaian kehendak, all those will be gone once I OFF the notebook.

TB masih belum ada masa nak merongkai masalah yang I hadapi sekarang. Cam serious aje kan? Hehe, taklah serious sangat cuma agak membosankan sebab I kena buat benda yang sama tiap kali I ON the Little Rascal. Menciii!!

Okaaay ... now I nak tampal breakfast hari kedua which we had on Friday, jengjengjeng...

Fokus pada ikan bilis ...
.

Since this entry is filed under 'dugaan', maka perlulah sebut sket fasal another so-called dugaan. Can anybody imagine how could a road-tax sticker which already been affixed kat sebelah dalam kereta boleh gone with the wind just like that?

Yes it's gone and D doesn't have the answer for it. A day before, TB dah bitau anakanda tersayang, sticker road-tax tu dah longlai. Budak lelaki nih kalau kita cakap sekali, memang tak lut telinga tu. BTW, apsal sticker road-tax kita macam takde kualiti aje?? Sticker tu tak melekat betul2 pada cermin walhal baru jer dilekatkan pada 13 Oktober. Baru 10 hari, hardly 2 weeks pun.

So what's the next course of action? Kereta yang selalu D guna untuk pergi 'kerja' harus direhatkan. TB kena pergi JPJ .. bawaklah dokumen yang patut dibawak bersama bayaran ala denda sebanyak RM50; and that can only be done this Wednesday sebab TB kan, dia tu kaan .. dia jadi sleeping beauty disiang hari sebab malamnya dia menoreh ...

Sekian harap maklum.
.

Thursday, 21 October 2010

Bila dia cuti 2 hari ...

.
Abah kata dah lama dia tak makan kat SaWiWatu (SR) maka Umi sebagai satu2nya isteri mithali yang memahami kehendak suami ingin bertanya pada D & T "siapa lagi yang lebih layak temankan Abah kesitu?". Jawapannya jelas lagi nyata takyah suluh2 dengan toclait free redeem dari B*nuslink tu lagi, hehe .. untung jadi Umi, kan?

Bila D&T takde, Umi n Abah pergi makan thedap2 kat SR. Allah aje yang tau betapa kita rasa 90% sedih dan 10% bersalah bila makan something yang juga jadi kesukaan awak berdua (n yet awak berdua takde depan mata). Nak tunggu kita berempat makan sama2 sambil berebut who gets the last piece of whatever left on the plate, ntah bilalah agaknya. Dahlah schedule kerja Abah tak menentu, ditambah plak dengan schedule awak berdua yang mengalahkan NGO bergerak kesana kesini tu ... Haishh...

Kita oder the usual lauk ... gulai keting, ayam gor berempah (untuk Umi sorang), BGG (belud goreng garing), dan sayur peria bilis - sayur kebencian D&T, hehe. Abah oder ABC dan Umi oder mango juice.

W'pun kita makan cukup berselera namun ingatan Abah n Umi tetap kat D & T. Perbualan kita pun berkisar pada awak berdua. Kekadang (kekadang aje) terasa serpihan ayam terselit kat celah gigi BGG tersekat kat tengah tekak tak tertelan rasanya <- Umi tengah emo n sebak, kekdahnya masa tu.. kita makan thedap2 tapi D & T takde (menyibuk sama, har3). Nasib baik ada mango juice, Umi terus gulp gulp gulp .. maka BGG menonong terus keperut.

Kalau mango juice tak berjaya, kesian plak kat Abah tak dapat terus menikmati BGG n ABCnya. Abah sure bergegas nak tolong Umi tapi Abah tau ke nak buat camana bila orang terbegik aka tengah choking?? Mintak2lah Abah tau nak buat Heimlich Maneuver kat Umi, kan??

Sebenarnya Abah tak beri Umi bitau D & T that kita berdua makan kat SaWiWatu. Abah kata "toksah bitau .. nanti kita datang lagi". Umi sebagai isteri mithali (harus ngaku tanpa prejudis) dan juga sebagai ibu yang perihatin (kadang2 mithali) geleng2 angguk2kan kepala aje dengan cadangan Abah (kalau tak angguk kepala nak angguk apa ek?).

Kita makan berdua aje tu .. boleh tahan gak diorang caj. Seketul ayam (waima a tiny village chic) costs RM8.50.. tapi Umi kenot komplen sebab memang berbaloi .. bumbu ayam berempah tu memang thedaaaap! Masih ada saki baki dalam piring (Umi rasa nak cekup masuk dalam handbeg untuk lauk malam, kih3) .. Ntah apa2lah Umi ni kan? But do you really think I would do such thing?? tssk.. tssk .... Siapa silap meneka, Umi fotong duit velanja!

Gendang gedut tali kecapi, kenyang peWut senang hati... Dengan cerianya Umi dan Abah keluar dari SaWiWatu menuju ke P*arkson sambil berpimpin tangan .. auwww.. We've had such bliss moments together (psst... esp bila Abah yang bayar, har3).

D & T bertanya sesama sendiri: Sejak bila Umi n Abah kita reti pimpin tangan??

Bila dia cuti sehari ...

Bila TB cuti, orang yang paling seronok dalam donia adalah saya ... yaa, sayalah orangnya. Seronok sebab terasa nak manja2 gitu, heheh. Manja cara I lerr.

Pucuk dicita ulam mendatang bila niat murni tak terucap lagi tup2 kedengaran "jom kita makan kat AnjungMeWah? Dah lama tak makan kat situ". Yabadabaduuuu ...

Masa tu jam didinding kuning baru pukul 11. Takkan cepat sangat nak pergi lunch kot? But knowing that place will be swarmed by office workers by 1227, we better make a move ASAP. Pergi lambat bukan aje susah dapat tempat duduk malah peluang nak reserve ikan bakar stingray pun mungkin tipis ...

Cepat pergi cepat balik, lagi pun lepas makan nanti kena plak buat lawatan mingguan ke Mydyn. I nih kalau perut dah kenyang, takdelah minat nak berjalan2 lagi. Dah kenyang harus terus balik rumah, salin baju yang kononnya cantik tu pada baju basahan rumah. Tanggalkan segala yang tak applicable dibadan, haighhhhh ... lega!!

I nih suka makan buffet sebab lauk2 yang disediakan luas mata memandang tapi selalulah lambat buat pilihan. At last, nih aje yang teruja ... mostly vege.

Terung tu tersangatlah lazat. Tak tau apa nama masakan tu. Overall: Nyumnyum..


Nak pilih minuman pun dah jadi masalah. Kesian ek?? At last pilih air semangka al-tembikai dengan lycee. First time cuba minuman nih. Sedap tak? Well... biaserrr aje tapi licin berdesit hingga menjilat straw *sambil senyum anak kambing*.

Masa mula nak makan, terpandanglah satu couple .. Akak n Abang. Diorang pernah berjiran dengan kita beberapa puluh purnama dulu. Akhirnya kami duduk makan semeja sambil bertanya kabar itu dan ini.

Jika dilihat dari luaran Akak tu, tidaklah terfikir diminda orang tu alim atau tidak. Bukan hak kita untuk menilai seseorang tu, tul tak? Anyway, I nak sebut sikit aje. Kehidupan Akak tu boleh membuka mata dan hati 3 beradik dari negeri dibawah bayu untuk memeluk Islam. Bukan peluk cam peluk bantal busuk, tapi peluk Islam dengan ertikata yang sebenarnya. Wallahualam.

Sebelum beredar, I kenyit mata kat TB sambil mengerling 2 biji mata kearah resit kepunyaan Akak n Abang tu. TB balas kenyitan briefly maklum tempat tu tak sesuai untuk kita balas membalas kenyitan, yaaa dak kawan2? miffmiffmiff... *sambil kembang2kan idong yang tersedia kembangs*
.
Nota hampa:
Tak dapat makan ikan bakar stingray sebab datang terCEPAT punya pasal :-(

Monday, 18 October 2010

Kita nak buat kek oren ...

Ramai benar para bloggers dah cuba buat kek nih. I on the other hand (cam selalu pantang dengar mesti nak mencuba juga), dah terasa2 kek tu lalu kat tekak dengan haruman segar sioren sun-kiss2.

Semalam T ke Jaiyen so I mintak dia belikan oren. Tiba aje kat sana dia fone "Umi, oren takde tapi sun-kiss2 adalaaaa...". Aduhai anak ... selalu2lah ikut Umi kepasar, kesupermarket, kekedai, kemana2 jugalah, okay?

Sejak semalam dan hari nih, nasib simentiga sebuku tu asyik keluar masuk esbok aje. Dia pun konfius kenapalah dia rasa kejap panas kejap sejuk. Kalau mentiga dah merajuk, memang tandanya kek mungkin bentat. Oh tidak...

So malam nih malam penentu, cewah. Agak2 terlaksanakah niat dihati Somuffins membakar kek oren nih? Tengok gambar2 kat sini, jiwa rasa terkuit2 ...

Hari panas, tekak nak minum jus ...


Sebelum nih dah berkarya sebanyak 2 naskah. Tajuk lain2 maka jalan cerita pun lain. Haha, big deal bunyinya. BTW tengok tak drama Sabtu lepas pasal sorang ibu benci kat anak yang baru dilahirkan akibat meroyan @post-partum? I bukan nak cerita pasal drama tu, tapi nak cerita tentang I yang pada mulanya menonton duduk atas kerusi, pastu slowly landing kat lantai bertemankan 3 kusyen yang dah se'eh. Menonton golek2 sambil mengomen, hehe.

Lepas sekali-dua stretch of iklan keudara (wasted good 5 mts), I dah takleh fokus .. makin lama makin kelabu skrin tivi. Kalau ada sesiapa yang menonton sama, waktu iklan I akan 'rihatkan mata' kejap; habis aje iklan, sesiapa yang ada sama kat living room haruslah kejutkan sekiranya I terlelap (read: tidor lena). Selalunya I pesan either kat TB, D or T tapi ...

... Sabtu lepas I menonton sorang2 tapi tak kesaorangan. D&T were around doing their thing tapi bila tersedar dari 'rihatkan mata', tivi dah tunjuk cerita lain dan I benar2 tinggal sorang. TB katne?? Hehe.. dia bawak diri naik atas sebab I berjaya konker remote kontrol!

Apa kesudahan drama tu? H'aaa, nasib baik masa I ronda2 blog orang, ada sorang hambaAllah tu tulis jalan cerita drama hingga selesai. Owhh, mak dia mati rupanya you... Lakonan S.Rus memang OK tapi kali nih dia bercakap loghat Kedah which I think cam tak kena aje (macamlah I tau loghat Kedah camana? Well.. sket2 taulah jugak).

Pagi tadi hujan sekejap aje tapi cukup untuk mendinginkan atmosphera, insyaallah. Keadaan dalam rumah masih panas so pepagi lagi I dah bukak segala tingkap yang tertutup. Bila hantar TB kegate karat siap berpayung, rasa cam nak buang payung dan mandi hujan aje.

Masa tu baru pukul 6.30am. Kalau I mandi dalam keadaan gelap cam tu, harus takde yang perasan, kan? Sambil mandi sambil menyanyi rain rain, go away come again another day .. ehh silap lagu tu .. Oleh kerana dah lama tak hujan, harus nyanyi "rain drops keep falling on my head ....".

Jangan pulak jiran sebelah terkesima lalu intip I dicelah2 langsir ala paparazzi. Kot esok lusa muka I terpampang kat sokabar MesiaKini "the old woman who appreciates the rain like there's no tomorrow". Verangan femes cara mudah kekdahnya nih, hihihih..

Ekceli I nak cerita sket aje pasal jus fevret tapi dah terbawak menaip berjela2, mentang2 kibod tak guna ink langsong. Hari2 panas I lalui dengan menyediakan air sedap sejuk dalam fridge khas untuk I sorang (plis jeling kat gambo jap). Bila terasa dahaga, bukak esbok terus capai dan tonggak penuh hemah (tentulah I bukak tutupnya dulu, kan?).

Apa pun, takyah berimaginasi how buruk I look semasa menonggak, ok? Hilang keanggunan tapi tonggak2 cam tu, makruh hukumnya, kan? Oooops!

TB pernah tanya "dah nak ikut D plak?". I kata "taklah ... saja nak save masa tak payah buat 2-3 kali air dan basuh cawan".
.

Sunday, 17 October 2010

Terasa nak makan ...



Hari nih terasa nak menjamu selera dengan juadah riraya. Bukan masak yang terel2 pun.

Sebelum tukar niat, misi dan visi, awal2 lagi dah rebus nasi empet yang kenit2 tu. Kalau pun tak jadi masak lauk2 terel, kang malam oder jer satay Hj Sam, jimat tang nasi empet, selamat!

Ekceli in mind, nak buat kuah kacang campur daging transparent, nak buat rendang, sambal sotong dan lodeh (tempe, kentang, so'on, kobis, sengkuang, tauhu kering ... ishh.. takyah eksyen nak sebut bahan bagai .. siang2 dah kensel niat, hehe).

To cut the long story short, kat dapur tu ada satu periuk besar kuah kacang, rendang daging transparent (mana dapat santan?? Miracle happens once a while taklah memanjang si Murphy dengan Lawnya menang) dan sedang direbus seketul daging, ingat nak goreng kering aje dengan 18 jenis herba herbi, keh3.

Bila makan nasi empet dengan kuah kacang, pilihannya ada 2 samada nak makan dengan rendang atau daging goreng kering tu (nak thebut daging dendeng tapi tak sampai hati plak... sebab memang bukan dendeng pun, kiahx3).

Diharap bila TB balik dari opes at 4pm nanti, hatinya terus berbunga2 daffodil. Apa taknya... rajin sungguh isteWi dia masak juadah riraya walhal belum pun raya haji. Tapikan tapi ... I tau TB lebih suka makan nasi. Takde lauk gah pun takpe asal ada lauk berkuah (sayur air atau singgang) dan ikan gor.

Jap lagi nak bersiap2 wangi (shower kali kedua okay?) menyambut kepulangan TB dari opes (kesian kan? hari Ahad pun dia kena kerja). Lepas makan (does lunch at 4pm sound ok to you?) kena temankan T ke Summ*t plak (nak collect something). Sejak jiran kena rompak at knife point, T dah takot nak kesana sensorang so kenalah I jadi body guard dia.

Sabtu semalam agenda T amat penuh. Lepas I jemput dia dari teratak 4 tingkat, kita terus ke Sec. 17. Section 17 PJ I arif tapi tidak Sec. 17 jajahan kanda Deris. Siang2 lagi I dah serahkan kunci pada T biar dia drive dalam bandar SA tapi dia tak nak pulak. Terpaksalah drebar McLaren nih tunjuk handal, wahahahah!

Buat apa kat Sec. 17? T nak beli handbag (handbag dia dah melebihi koleksi I yang sebanyak 2 tu, har3). Bila dia belek2 handbag, I pun kekedai jual blouse. Waaahh bestnya. Kedai jual blouses yang menyediakan untuk mereka berbadan ba-sim-ra. Pendek kata I berkenan kesemuanya tapikan tapi sedihlaah ... masa nihlah timbul penyesalan ... Kenapa??? :-(

Dari Sec. 17 ke SACC Mall nak beli besday prezen untuk kawan sekolah, Han*sZal*ka. Tiba rumah dia terus setelkan basuhan yang dah terkompol seminggu. Since dia dah rajin basuh baju sendiri, nampaknya dia lebih cerewet dari bondanya siap guna 3 baldi lagi, ishhh... *sambil geleng kepala*.

Pukul 4 dia bertolak ke Bkt J kerumah Han*s. Balik almost Maghrib, bersiap2 lagi untuk makan2 dengan kengkawan kolej diFlam*ng apa ntah... Kedai jual stimboat.

Ja, pasal concert Paramore tu, T berjaya dapat 4 tiket percuma kesana. I yang susah hati. Boleh tak gomen halang diorang tu perform kat 1Msia? Atau pun halang aje bebudak bawah umur 30 pergi ke konsert cam tu (ok ke had umur 30 tahun?). T berharap dia masih 'ABC' masa tu.

Alamak, TB dah balik .. tak sempat nak showerrr...

Saturday, 16 October 2010

belum pikir topik lagi Maafkan kami x 3 ...

  1. Beberapa ekor udang dan janggutnya dah dikeluarkan dari freezer konon nak buat bihun goreng tapi mood masih berkira2 nak tak nak tak nak... Selagi perut lum berkrioke, better put my thots didada skrin dulu.
  2. Ehhh..., apsal karya kali nih ada nombor 1 n 2?? har3.. sejak jari jemari dah lebor selebor jalur lebor, ntah apa2 funat yang I dah tekan... tapi baguih gak, at least I learn samting pagi nih. Ok, I better offkan funat itu dulu ...

Mmm.. baru dapat text dari seseorang yang amat dikasihi. Nak ke M sekali lagi. Ayat2 dalam text meminta maaf blablablaaaaa tapi terasa musykil sket. Yang nak pergi tu dua orang, patut ke sorang saja yang memohon maaf dan bertindak sebagai wakil yang sorang lagi tu? Ayat diguna "kami .......".

Mungkin tu cara alaf baru memohon maaf secara menyeluruh?? Kalau berdoa boleh buat begitu, mohon maaf pun boleh juga kot?? Wallahualam.

Alahaiii .. terpaksa beransur dulu. Hari Sabtu, charge supir mesti mahal, kan?? Heheh, kaya...

Friday, 15 October 2010

2010 October babies ....

To celebrate Teh's birthday
we make it happening at VS
Thanks to Mr & Mrs Kem
for hosting the dinner
May Allah bless us all
Amin

Birthday gal .. feewit!


Happy birthday to the Octopus October babies esp to ...
TB, T, TB's sista, Teh & Adam.


6th grade? 6th Sense?
Kek tetap ada pithang sponsored by Mr Kem.

3 stooges yang pemalu tapi bila menyanyi komain lagi!


Thursday, 14 October 2010

Khas untuk budak yang nyambut besday on 131010 ...

2 hari dah bercerita hal baby kailan yang regenya patsen tu, now nak bercerita pasal another baby yang bukan baby lagi tapi masih dianggap baby pada mata emak dan abah dia dan kelorga emak dia serta sedara mara sekampong abah dia.

Nak cerita pasal sorang budak nih. Dia suka senyum tapi emak dia tak perasan pun until one day kawan emak dia menyedarkan fakta itu, hehe. Dia senyum2 simpol cenggitu ikut gene saper? For sure emak dia tak sker senyum tak tentu pasal, emak dia senyum bersebab esp bila mood dia baik dan bila tetiba teringatkan sunah Nabi saw bahawasanya :-) = bersedekah.

Anyway, on one not-so-fine day, sorang cikgu menegur budak tu "kenapa awak senyum2 nih?". Budak yang masih kecik tak tau nak jadi loyer buruk macam emak terus terpaku bisu. Cikgu tu amat perahSAN'TAN gamaknya. "Takpelah, Allah ada" .. gitulah bunyi pelembut kata untuk budak dari emak yang cun boleh tahan muai dengan kata2 wisdom didada.

Kerap sangat budak mengadu pada emak tentang kata nista dan tomahan yang dia terima masa kat sekolah. Emak kata biarkan, jangan layan. Ingatkan keadaan akan jadi OK tapi bila sebaliknya, emak kena fokus dengan rintihan budak. Melelehlah airmata sendu sedan budak bila mengadu hal yang tak tertanggung lagi dek jiwa dan badannya yang halus tu.

Bila emak dengar penuh simpati dan empati (berkaca2 gak mata); hatinya menyirap! Takde air sirap dapat menyejukkan hatinya w'pun dia tonggak satu jug air sirap ais. Cuba bayangkan ibu singa yang sedang mengaum ... roarr!!

Emak cuba dapatkan pendapat budak "meh Umi kita pergi sekolah. Tunjukkan siapa yang jahat mulut tuu?". Budak yang masih teresak2 merah hidung (penuh hingus) melarang emak menjadi orang tengah PBBB (tapi kalau Kofi Annan yang datang, budak tu setuju kot? heheh).

Apa bendenya yang buat budak terasa hati, sedih bagai dikoyak2 perasaannya tu? Ok, sila singkap cuping telinga kejap..

Budak: Diorang kata budak anak Cina. Diorang kata mata budak sepet. Diorang kata hidung budak penyek dengan kembang sekali ... huuuwaaawaaa...

Emak *berkata dalam hati*: Cis bEdEbEh diorang tu semua ya??? Diorang ingat diorang tu anak Miss Verld atau Miss Unibers ke? Ada ke kata anak I orang cam tu?

Emak: Takper biarkan diorang kata gitu. Nanti bila diorang besar, diorang kawin dapat anak, nanti diorang dapat anak mata sepet, hidung penyek kembhaaang jugak.

Emak tak membekalkan kata2 sinis tanpa iringi nasihat bernas aka words of wisdom kat budak yang mula nak faham hidup dalam donia yang penuh pancaroba nih.

Nak dijadikan cerita, lepas beberapa tahun budak tu tinggalkan bangku sekolah, ada sorang kawannya dah bukak pekung didada kat laman Frenster. Kawan tu mengaku tanpa silu yang dia sengaja tulis nama budak tu kononnya budak tu buat bising dan berjalan dalam kelas walhal budak tu duk dendiam kat tempatnya aje. Nama budak diberi pada cikgu dan bila budak 'senyum', lagilah budak kena marah seolah2 budak mengejek cikgu. Whatlaaa...

Kawan tu jadi ketua darjah, emaknya jadi cikgu kat sekolah tu, so mungkin kawan tu dah gila kuasa kot?? Tapi baguslah dia dah openly mintak mahap kat budak sepet tu dan hingga sekarang mereka masih berkawan.

Masa budak baru lahir, kawan2 emak budak meluahkan sugar-coated statement "nasib you baik dapat sepasang" or is it "nasib baik you dapat sepasang" (stetmen diluahkan sebab ada yang tau perihal dan history keluarga emak). Hingga sekarang emak tak terkata apa2 selain bersyukur kehadrat Illahi but still emak couldn't fathom why those people have to say that darndest statement.

Anak tu rezeki? Betul. Kalau takde anak maknanya takde rezeki kah?? Nilah satu hal, ramai yang terlepas pandang dan terlupa sesuatu. Ada anak, takde anak .. semua tu datang dari siapa??? Jika takde anak waima seorang pun, adakah maknanya susah kehidupan seorang ayah atau ibu dialam barzah, almaklum takde zuriat soleh/solehah yang mendoakan kesejahteraan mereka disana??

Dan kalau rezeki didunia berupa 10 orang anak, tentu tak mustahil bila2 aje Allah boleh tarik balik rezeki tu. Dan 10 orang tu pun tak boleh menjanjikan miracle jika Allah tak mengizinkannya. Qada' dan qadar Allah masih banyak tersembunyik rahsia, wallahualam.

Ooooops .. terseriuslah pulak.. *delete perasaan tu kejap*

Masa budak masih dalam perut emak, ada juga sorang dua kawan yang sama2 mengandong. Sorang kawan tu tunjuk kat emak satu carta. Carta yang mengatakan baby yang akan keluar kedunia will be M or F berdasarkan fakta2 tertentu. Emak pun nyibuk mentelaah carta tu, terkesima juga. Carta menentukan emak akan dapat baby *toooot*.

Well.. dalam pada terkesima, emak tak komen apa2 but she was happy thinking that the baby yang bakal lahir, bolehlah pakai baju anak sulungnya. Emak dah simpan banyak baju lawo2 hasil syopping yang agak ganaz masa emak berkelana kejap kat Kowea, HangKang n Jepang.

Bila time scan baby kat klinik doktor H yang ensem sepet ala Jepang tu, jantina baby tersangatlah tak sama dalam carta. Emak hanya mampu senyom jer (senyom seronok sebenarnya sebab terasa diri dia dapat mengalahkan fakta buatan manusia seperti dalam carta tu). Sewonok juga sekali sekala being the odd one, tapikan tapi ada juga tak syoknya. Apa nak jadi dengan baju lawo2 yang dah tersimpan tu?? Ishh..

OKlah ... penat dah Umi kelembai bercerita ceritut nih ... Tekak dan jari jemari dah haus dah nih. Till then ...

Wednesday, 13 October 2010

Alaaa musyuk musyuk ...


Psst... cahaya kecik kat tengah2 tu adalah ...
cahaya keimanan sipenangkap gambar, hic!

Tak berapa ingat besday yang keberapa (maklum bukan rajin nak buat mende nih semua). Mungkin besday ke-5. Tetamu yang hadir seramai 5 ratus orang jer (buang 'ratus' tu untuk gambaran lebih jelas). Credit to Teh for sponsoring the besday kek.

Menjeling pada dinding kat belakang tu, *tarik nafas panjang jap* terasa lapang didada. Cantik putih mulus lagi bersih kelihatan itu dinding kan? but now owhh!! senak terasa diperut namun tak kuasa I nak berbicara panjang lebor (sebab dinding tu dah bersopak akibat catnya yang dah terkopek2).

Hikmahnya, I takyah refer pada atlas sebab dinding tu dah siap dengan lakaran peta donia. Nak gi mana?? Poughkeepsie?? Guadajalara?? Tenung dan sebut aje ... dinding tu umpama 'time warp'. Oh ya... deko rumah dengan sebuah basikal adalah perhiasan biasa pabila berpindah kekawasan perumahan baru (pencuWi jahh-hat).

2do: 2remind abahnya 2have that dinding recoated, dont wait for next Syawal, no no kenot!

"Happy birthday T. Umi tertidur awal hence missed being the 1st one to wish T at 12am sharp. Segala yang baik2 Umi doakan untuk T. Luv u!"

"Terima kasih sbb jaga T sampai dah besar panjang mcm ni. Insyaallah T try to be a better person/daughter from now on. Love u".
.

Tuesday, 12 October 2010

Baby Kai Lan ...



Situasi berbeza: Beli daging harga 4 sen vs baby kailan harga 4 sen.

Masa beli daging dulu, I dah perasan daging tu harga waaaaaaay too cheap! Sementelah masa tu MyDyn ada promo menurunkan harga barangan secara besar2an siap ada majlis masuk tibi lagi sebab TokRir (as menteri time tu) beri ucapan blablabla. I plak kesana atas jemputan ehem... orang kuat sendo Tok Rir (ngada nak mention juga sbb selalunya keMyDyn takde sesaper jemput pun, ngeh3. Niat nak selitkan muka kat tepi tibi namun perasaan segan mengatasi niat, so that was hari ini dalam sejarah, kekdahnya).

I was contemplating to hijack that 4sen daging (kedua biji mata dah terlukis gambar steak, kah3). I sebut contemplating kan? Maknanya I masih takot2 makan benda yang ... uhuk2 ... tak halal pada perbuatan dan niat (YaAllah ya tuhanku, hambaMu sesungguhnya dah bertobat); tapikan tapi I tetap nak ambik risk (nothing venture nothing gain .. tetiba semangat Puteri Gunung Ledang timbol plak). Risknya ialah bila cashier scan itu slab of meat surely dia pasti ferasan harga 4sen untuk daging sebesar tu sungguhlah tak munasabah dan munasarawak, kih3.

Perasaan masa cashier tengah scan serupa perasaan masa kastam kat Spore check boot kereta tengok apa yang kita beli pastu diorang sedap2 aje nak suruh kita bayar walhal yang beli2 semua tu duit dari titik peluh masin kitorang, cis!! <- ayat panjang pasti cikgu BM sukerrr... krrkrrkrr.

Rasa cuak bertukar menjadi lega bila semua barang satu persatu selamat dimasukkan kedalam beg plastik dan selamat diperukkan kedalam tWoli. I pun beredar menolak tWoli pelan2 (walhal rasa macam nak pinjam kaki RoadRunner tu, kiah3).

Bila balik rumah ... perasaan guilty masih menebal didada, auwww. I pun bertanyakan pendapat beberapa orang tentang isu sidaging 4sen tu. SEMUA SURUH I PULANGKAN. I tetaplah nak berhujah juga (tapi biarlah I keep my hujah a secret k? Nanti tak pasal2 you lantik I jadi peguamcara you plak.. Sumpah I tak kuasa naik turun mahkamah.. tapi kalau you subsidise ubat lutut, I might think about it, ngeh2).

Lama gak daging tu membeku dalam freezer. I was still contemplating nak masak until one fine day, I masak juga. As mentioned earlier, I memang dah bertaubat tak moh lagi ambik peluang macam kes daging tu.

Hal baby kailan dibeli murah memang bukan dalam perancangan Msia ke-10. Masa beli kailan tu, I ambik aje dari rak2 sayur terus masukkan dalam tWoli. Hari esoknya bila I check the receipt (check receipt sebab nak nagih hutang dari TB, hehe. Dia guna duit I *asal dari duit dia tentunya* untuk beli a few things n makanan kucing), BARULAH I FERASAN dan terFERANJAT .. harga kailan tu sesungguhnya 4 sen u'olls!

Patutkah I pulangkan? Kesian plak kat budak yang kerjanya menimbang kailan tu. Surely dia kena 'hempuk' for the job not well done. Cuai!!! Namun, I berdoa agar ....................... *maaf ... volume terpaksa dimutekan*

Sekian ... wassallam.

.
Cerita daging 4sen ada disini.

Monday, 11 October 2010

KapkekPis, MeePK & sebutan biar sengau sket -> Popi'a

Bekalan untuk PutGunLed dibawa pulang ke markas... 8 biji kapkek pithang dan sebekas mee PK. Pada mulanya tak nak bawak apa2 sebab 'excess baggage'. Nanti kena 3-4 trip ulang alik hantar barang dari kereta ke markas. T tu terlufer kot? Umi dia kan badang kuat boleh tolong angkat barang2 tu semua?

Penat aje I beraksi kat dapur ala 'amputated cockroach' masak pepagi. Jarang I beraksi marathon: buat kek hasil dari pisang yang disalvaged, masak mee PK dimana puaslah I selongkar freezer at last terjumpa sekeping daging dan gulung serta goweng popia penuh seni. Hard work kan tu??

Lepas sesi pujuk memujuk, nak tak nak hanya kek dan mee PK berjaya dibawa kemarkas, hehe. Popia dimakan kat rumah. OKlah tu, at least dapat menikmati krup krap popia garing rather than makan yang dah liat bila sejuk. Kan kan kan??

saja besarkan gambar sebab kita sukerr, hehe..

kita suker acuannya *wink kat Mama*

Mee PK

Last 10 popia dengan inti yang ditaja

Duit, duit ..... dimana kau duit??

Bersepah2 kat rumah nih dengan duit syiling yang tak sepatutnya berada dibawah karpet, dalam bilik air, bawah tangga, bawah meja, etc. Bila I sapu (habuk, crumbs, wambut, bangkai semut), I tak kuasa nak membongkok2 hanya nak mencapai duit siling limasen atau sploh sen. Even limaploh sen I buat tak tau aje. Geram sebenarnya. Kalaulah yang bersepah2 tu duit kertas berona2, mesti ada yang rajin mengutipnya.

Ahad lepas I guna vakum, terasa sayang plak bila vakum tersedut duit2 syiling tu. Sebelum teruskan sesi menyedut, terpaksalah I bongkokkan badan yang ala2 nih mengutip duit2 tu. Mencungap2 okay? tapi berbaloi jugaklah sebab terkumpul 90 sen, har3.

Ekceli dalam vakum beg dah ada beberapa puluh sen tapi biarlah ek? Biarlah tu jadi rezeki sesiapa yang rajin buat lawatan kedumping site nanti.

Sunday, 10 October 2010

Marathon hari Sabtu ...

It was a full day indeed maka haruslah bercerita ala marathon. Tulis panjang2 siapa nak baca?? Well .... pussy in the well..

10 pagi dah mengukur jalan menuju keSS2. T dah janji dengan Long nak beraya. OK tak beraya pada 1 Zulkaedah? I nih plak, haishhh... tak senonoh. I thot Syawal ada tigaploh hari. I dah berjaya puasa 5/6 sunat Syawal pastu I berihat seketika sebab batuk/selsema; teruslah terlefas fandang. Jadinya I berjaya 'puasa 5' aje.

Setapak masuk kerumah Long *tarik nafas panjang* waah, bestnya bau. Bau makaroni yang baru siap dibakar dan bau inti popiah yang sedang digoreng. Mesti extra sedap sebab Abg Is yang menggoreng. Sementara tunggu popiah digoreng, kita 'kerjakan' makaroni dulu ..
.
rona roni makaroni

inti cik Pia Zadora

cik Pia segebu jari jemari sipembuat

Minggu lepas masa TB n I beraya rumah Long, dia masak makaroni bakar juga. Patutnya dia tapaukan untuk T tapi terlupa; jadinya nak puaskan hati, dia buat lagi untuk T. Abg Is pulak beriya2 nak buat popiah untuk T juga. Heiii, apsal takde orang nak buat apa2 untuk I? I bukan adik angkat u'oll okay? :-)

Sebenarnya bila Long kata dia buat popia, I was like tergamam! Lama dah I idamkan popia buatan sendiri tapi tulah sengkuang yang dah 2 minggu duk selepot kat dapur tak cooperate langsung. Patutnya dia kopek kulitnya sendiri tak payahlah tunggu pisau. Pisau plak tetiba mogok takmoh memotong, andropos kot? Pendek kata bila pisau dah mogok maka terpaksalah I memogokkan diri. So, takdelah popia!

Berbekalkan popia yang dah digoreng serta sebekas intinya aje (kenalah gulung sendiri sebab dah bitau Long, I ada kulit popia, hehe), 2 helai tea towel dan 2 periuk kecik bertangkai, T dan Uminya pun beransur untuk melunaskan misi seterusnya. Oh ya, I tergamam bila tau Long buat popia, kan? Memang benar2 tergamam .. How can I thank Allah enough for He reads my unspoken thought. I've been wanting to eat popia n I've been wanting to buy small pots too; suddenly I got both in one day. Masyaallah .. alhamdulillah for the rezeki.

Dari SS2 ke Sg Way. Of all the shops in the world, T mencari kasut yang diidamkan kat sini. Wakil kedai diSumm*t beritau kedai kat Sg Way masih ada stock yang T idamkan tu. Nasib baik I'm quite well-versed dengan Sg Way sementelah kawasan nih berdekatan dengan SS1 Kg Tunku (rumah Teh).

Masa muda dulu, pergi kerja naik bas mini no.25. SgWay merupakan laluan keluar/masuk; takkan tiba KL kalau tak tempuh Sg Way, bandar koboi. Dari Motorola -> U-Garden -> Kg Tunku -> Sg Way = bas mini memang full to the brim. Masa nih jugaklah pengalaman keluar masuk lokap balai polis sebab bas dah overloaded. Bila dah datang lambat ke opes, pandai2lah beri excuse dan cari excuse (walhal I memang innocent).

Dari Sg Way bergegas cari kedai makan. Haa, dapat pun! Beli nasi bungkus for TB's lunch kat restoran Sy*d yang terletak di KJ. Terus berdezup balik rumah. Tiba dirumah buat apa yang patut. Makan, buat bekal untuk TB dan solat. Bila TB berlepas ke opes, T n I berlepas ke SanWei Piramid. Ada2 aje misi T, kan?

Shopping complex tu teramat luas. I tak kuasa nak berjalan lebih. Bila T masuk kedai, I duduk kat luar memerhatikan rakyat jelata berinteraksi. I bercakap persis Kanda Deris pulak, kan? hehe. Sambil menunggu literally doing nothing, I almost dozed off. Segarkan mata dengan membeli NueJilen eskrem (Ja mesti sker eskrem nih, almaklum .. ). Sebelum beredar, tak sah kalau tak makan Tako, so bertakolah kita berdua (T sempat gak bersushi).

Tako inti sothong n dot3 <- lupa, hehe

Dari SanWei Piramid kita terus ke Summ*t. T masih ada 1 lagi misi yang perlu dilaksanakan *deep sigh*. Tiba rumah pukul 6 petang. Berehat kejap, mandi manda, solat dan bersiap2 lagi. Lepas Maghrib jiran jemput kemajlis baca yasin/tahlil.

Hidangannya sempoi aje kan? Tapi lauk2nya lazat debabum - sayor gor, ayam gor, asam pedas ikan tenggiri n samtum udang (got fetai samore). I pergi sorang aje. TB masih diopes mencari rezeki yang halal untuk anak isteri, kucing2 dan tupai juga tikus, hehe.

Tuan rumah nih memang bijak. Dah dijamunya kita bagai nak rak dan sedang kita duduk bersandarkan dinding (perut dah se'eh) sambil berbual kosong sebelum cabut balik, pelan2 dia tanya "nak check BP?". I tanya tuan rumah "you nih polis ke doktor?", hehe. Lepas check BP, check sugar level pulak. I tanya "you takde pregnancy test ke?". Muahahahaa... tssk, tssk.

Khidmat masyarakat untuk 3 'pesakit'nya. My BP = 106/70 while sugar level= 6.7. The so-called puan doktor gembira dengan status kesihatan I tapi sorang tu (pls dongakkan kepala kegambar, jeling kekiri), BP/sugar levelnya tak berapa mengembirakan sebab bacaannya agak membimbangkan. Lihatlah spesel meja yang digunakan tu, heheheeee .. kotak mineral water aje tu.

Tak boleh nak berbual lebih lama sebab perut buat hal. Sebelum balik sempat juga dibekalkan nasi dan lauk2 tu untuk TB. Alhamdulillah seharian CikSom tak bertegur sapa dengan periuk dan kuali hitamnya.

Sekian nukilan Sabtu marathon. Saja tulis sikit aje, heheh. I tak nak ambik masa you kot ada yang nak bersiap2 ke majlis kawin Doc SMS atau nak bersiap bersanggol bagai wpun hanya duduk depan tibi tunggu lapuran selari majlis pengantin of the decade.

Friday, 8 October 2010

Gloomy ...

Menulis sambil mendengar tv @radio, berputar pulak lagu David Cassidy, aarghh... terpaksa nangis nampaknya nih. Pendek kata semua lagu yang diputarkan mengimbau kenangan lampau. Takpe, I dah bersedia... sekotak tisu paper ada kat sebelah nih. Tak cukup sekotak, lengan baju kan ada?

Siang tadi cuaca agak gloomy. Bila cuaca gloomy, mood pun tak boleh dipaksa2 jadi ceria. Satu load basuhan siap dibubuh softener tak pun dikeringkan. Besok ajelah I kerjakan basuhan tu. Mungkin basuhan tu dibilas semula, bubuh softener lagi dan barulah dikeringkan.

Pukul 11 pagi sedang I mengadap netbook (bukan notebook mau pun laptop .. fakta baru tau hari hih), TB yang sedang menggosok baju nak keopes bersuara "hari nih hari Jumaat...waktu Zohor masuk cepat blablabla".

TB needs to have his lunch first before he goes for Friday prayer then only he's off to work. Maknanya I kena masak, siap within an hour. Tanpa fikir panjang, kebetulan T pun akan balik petang nanti, I pun masak nasi yang T dah uar2kan nak makan sejak minggu lepas.

Nasi apa ntah diserikan dengan salad campak2 dan lauk beriani daging. I suka masak gaya bebas cenggini. Satu lauk siap dengan 7 element penting yang seimbang untuk accelerate tumbesaran, kekdahnya. Yalah tu, hehehaha...

Hari semakin gloomy. Dah mula hujan siap bunyi gegaran dilangit; guruhlah tu. I nih bila cuaca tak berapa muai macam tu, pulak2 dah almost 2 bulan tak tempuh kejajahan Kanda Deris maka skill driving jarak jauh agak mundur, kendur, lemah dan takot! Pendek kata mulut nih terasa tak cukup gigi dan lidah terkomat-kamit baca apa yang patut agar selamat dijalan raya.

Apsal banyak sangat kereta nih?? Please make way for CikSom, please.

Alhamdulillah selamat pergi dah balik. Pergi sorang balik berdua. Mulalah hujung minggu yang bercorak2. Mana tak bercorak, dari tadi cik PutGunLed asyiklah mendengar radio mengharapkan tiket percuma untuk keconcert Paramore .. 'you... are... the... only.. ex...cep...tion.. you...are'.