Monday 4 October 2010

Bersengketa no more ...

Lepas solat tadi duk 'membaca' serba sikit untuk bekalan ke dunia lagi satu; dari bertimpuh, bersila, berlunjur (sambil picit2 betis dan peha, auww), terus slide berbaring setail ikan duyung (ID). Bila dah jadi ID, memang afdal capai satu kusyen peneman dalam pelayaran ke slumberland, heheh.

Curi pandang kedinding jap. Bukan pandang cicak tapi pandang jam. Beshhh, malam masih muda - gud gud gud, boleh zzzz 30-45 minit atau sampai besok pagi..

Sayup2 kedengaran suara TB bercakap sensorang tapi I betul2 terjaga dari zzzz bila terdengar satu soalan serupa musik ditelinga "you tak masak?". Bila perasan TB tengah mengadap my laptop, I tak kata apa dah (tak terkeluar soklan "I goreng nasik eh?") malah terus jer menonong ke dapur. Kena ambik hati dia sebab dia dah buat sesuatu untuk I tu .. hehe, sukanya I!

Dalam masa 1/2 jam dinner pun siap. Menu paling debabum! Haipp!!! saper kata I debab?? Tak baek taw..
.
bender masak asam


ikan kering ntah apa namanya - I beri markah 3/10. Ikan sepat lagi yummy!

telur mata lembu HIS n HERS (kiri)

... dan pemanis mulutnya mestilah duku langsat yang dibeli semalam. Hmmm... bertambah manis buah tu, semanis .. tssk.. tssk .. Jet Li, hehe. Sambil makan, sambil tengok Jet Li beraksi di tivi.

Nampaknya malam nih, tamatlah sengketa I dengan si DIA. TB telah menyatukan kami kembali, auwwww. Terasa nak beri surat penghargaan pada TB lah .. OK tak??

Dear Li <- auwww... tapi dia bukan Jet Li Shaolian tu taw..

Dah tiga kali you buat benda yang sama tapi I nengok you macam sabar jer. I know, w'pun you tak komplen tapi gaknya ada terdetik kat hati you .. ehh! ekceli dah terdetik pun.. You kata selama you guna laptop, laptop you tak pernah pengsan, gelap mata atau sesak napas (of coz those are my understanding based on your "mine ok aje").

Pastu you kata laptop I bermasalah sebab I merayap2 kat blog or rather 'blog'lah penyebab sengketa. I bukan nak tunjuk fandai tapi kalau laptop per se tak boleh merayap atau surf, apalah gunanya lagi laptop nih untuk wanita melayu terakhir macam I nih, kaaan?? Nemain, what you say is small matter, I no take heart one.

You pun tau I takde download/upload/sideload apa2 pun. Nak upload filem SRK pun tak buat2 lagi. I merayap kat blog serata donia, nih memang I ngaku tapi I rayap kat dapur2 diorang aje. I tenung kueh2, pudding2 dan gambar2 yang 'halal' aje (you pun tau, I memang jenis kepo berhemah, kaaan??) and that's about all. "Percayalaaah" (sowi termensyen nama CT, I tau you tak minat dia, hehe).

Ooops, lupa nak ngaku, hehe. I juga aktif berlibur dengan mereka yang suka nak berkawan dengan I. Makna cakap, I sukalah mengomen dan balas komen diorang semua. Takkan sebab nih laptop I boleh sesak napas, kot?

Apapun, I sangat2 hargai pertolongan you bila you hidupkan kembali my laptop nih. Kekdahnya serupa as if you beri napas baru kat I. Dah 3 kali hal pengsan2 nih ek? Diharap takde kali ke-4. Tulah tu, 2-3 hari nih, I was toying with an idea nak jual nasi lemak sambal tumis udang dan ayam goreng berempah. I nak kompol duit cukup2 2 ribus untuk beli laptop baru. I tak nak guna duit yang ada merely nak mengajar anak2 kita berdikari jangan selalu mengharap duit kita (duit you duit I gak, kan?). BTW, you ingat I nih rajin benar ke nak bangun pepagi masak nasi lemak? Ngeh3.. tau takper.

You dapat gambarkan tak betapa gembiranya jari jemari I menari2 atas kibod yang lapang nih? Dah 2 hari jari jemari turut mengecut bila menaip atas hp pad yang cenonet lagi sempit tu. All the same, tenkiulah sebab beri si Wolverine tu kat I. At least dapat gak I intip2 satu dua tiga empat blog kawan2.. tapi bila I tak leh komen sesuka hati, that's when I naik geram.

Mintak mahaplah ya, ada gak ketikanya I geram kat you sebab you lambat bertindak (w'pun I tau you cuba cari masa nak tolong I). Pada masa yang sama, I tak whining pun, I behave kan? Tu juga nak tunjuk kat anak dara kita, jangan whining selalu sangat pada sesuatu yang goes out of our way. Apa pun kena sabar. I harap contoh yang I beri nih tak secara langsung berkesan pad D n T, tak banyak .. sikit pun jadilah. Amin.

Akhir kata .. timakasih darab seratus. Jangan serik kalau laptop nih sekali lagi dot3 (takot nak thebut, hehe). May Allah bless you .. jangan mintak upahnya lagi, k? I dah velanja you makan satay semalam, kan? Ishh, janganlah kenyit2 mata kat I ... not tonite dear ...

Psst Li, kot ada kengkawan I yang singgah kat sini mesti sewonok dengan pengakhir perenggan tu. Biar kita kasi diorang sewonok patblas saat, kih3.

Before the lights off I nak bitau, DIA yang bersengketa dengan I (atau I bersengketa dengan DIA) memanglah tak lain tak bukan dengan yang kat bawah nih. Berdetik jam 12 tadi, kita dah jadi ebony n ivory; kita dah buang yang keruh dan ambil yang jernih, kekdahnya...

Seronok sangat berkarya, tak perasan 'bar' dan sebilangan butang abjad dah naik haus. Camana I tak sayang dengan benda nih?? Umpama anak kita jugalah. Lepas anak sembuh dari sebarang penyakit, kita pasti rasa lebih sayang kat anak tu, betul tak? (wpun laptop nih hanyalah harta dunia namun ia tetap nikmat dariNya.. syukur alhamdulillah).

28 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam CS...

kerena sengketa itu, telah tercipta satu kemanisan antara U dan TK - betullah kata orang (eh! I bukan orang, ke?) 'disebalik sesuatu musibah itu pastinya terselit satu hikmah'...
Eceh! :)

FaAtip said...

ishh, kakcik potong trip la pulak...hee..

Som, alhamdulillah I tumpang gumbira you ngan Dia dah okay. You tak bagi ciuman hangat ke pada jejaka yang tolong selesaikan masalah you tu? takkan surat penghargaaannnnnn je! hehe

Ibu n Abah said...

fa...
setuju sangat dengan saranan puan fa dari kemamang.... takkanlah cukup dengan surat penghargaan jer....echee..echeee.. (saja nak tiru ketawa Ja...)

ZR said...

huh ringkas ye dinner..sodap lak tu.. letak kicap.. & surat penghargaan tu mmg sweet...

CS said...

Salam semua ...


KakCik
I tak pernah jumpa Ja jauh sekali berjumpa TK. Nanti Ja jeles plak tetiba timbul kemanisan antara I dan TKnya... ahaks.


Fa
Surat penghargaan that carries weight gitu. Boleh claim pingat dari Sultan Melaka, kah3. Ciuman hangat tu apa ek?? Macam kapkek baru keluar 20minit dari oven ke? heheh.


Akak
Sebelum surat penghargaan disealed n stamped, I dah velanja jejaka vudiman itew satay. Ingat tak? Tu pun dia kesian kat I, dia tak oder lobster bagai (restoran satay hj samuri ada lobster tak? hehehaa).


Kazaztan Team (team apakah ini?)
Orang baru bangun tidur, pulak2 tu dah pukul 10 malam. Nasib baik ada gak 3 lauk, hehe. My husband tu fobia dgn my nasi goreng. Kalau tak, I gor nasi aje, senang.

Lili said...

Walau apa pun, with or without the 'sengketa' your write-ups are prolific CS! Hehheh!

Surat penghargaan yang I tau tak akan disampaikan ke TB, betul tak? :))

CS said...

lili
You mean to say my hasil karya are prolific? Auwww.. am blushed! That's too big a word taw namun ku tetap kembang bermangkok2.

Surat penghargaan tu akan kusemai dalam hati jer. Nantilah one fine day when he terjumpa my blog, biar dia baca sendiWi.. wiwiwiii.

Mama said...

CS..... I sdg bergolek2 ni...kelakar sungguh sbb I bayangkan mcm mana muka U masa tulis surat penghargaan yg prolific tu.

Tie said...

Haha kalau Som tengok Tie punya keyboard ni mesti pengsan. Huruf2 dah tak ada, ditampal dengan sticker lak... Pastu sticker dah haus jadi itam, ni ingat nak beli sticker lain, hehehe....

CS said...

Mama
Surat penghargaan ditulis dgn senyum simpul mati sambil berangan dibaca oleh KBLow semasa annual kick-off mtg. Kot kitorang dpt pegi Recognition event kat Hawaii, you nak ikut tak? :-)


Tie
Takperlah kibod tu dah tak rupa kibod, asalkan ia masih berfungsi. Kalau dpt yg baru tapi menyakitkan hati, pun boring juga.

Maya Marisa said...

Cik Som,
Usaha tangga kejayaan, so, hopefully, your effort nie akan di balas dgn setimpalnyer...ehehhee mana tau, kot dapt vaio kaler fink pulak ker lepas nie??

CS said...

Maya
TQ ... Diharap mulut you masin dapatlah I vaio kaler fink tapi lagi beshh kalau dpt 1 Vios apa2 kaler pun ok, hehe.

kak ja said...

Baca komen yg first2 tu montot I dah panas tawww.. Dolu KS sesaja buat tersilap sebut, ni Kakcik I taulah mmg tersilap!! Tp takpa, I fhm, manusia tak dpt lari dr melakukan kesilapan.. ekekekeeee..

KS, kalaulah I drafkan surat penghargaan tu, pasti nnt basah benda tu dgn airmata TB sbb keterharuan yg teramat sgt..

Y not tonite, dear? <<--- TB suruh I tanya.. Dia malu nak tanya syendiwi..

Lee said...

Hi Somuffins, I love that bender assam. Wow! I must ask my wife to try that....
Looking at yours, I can practically get the lovely aroma...
Ada lagi? Ha ha.
Have a nice day, Lee.

ahkakbatik said...

eleh...kat sini pong banyak bender.. asam keping je takdok.... pos ler..pos ler....

CS said...

Ja
Ada aje cawa u nak koWek wahsia kami berdua ek? Next question pls, heheh (psst.. TB tau why..., dan dia redha I habiskan masa berkarya).


Lee
U suka bender masak asam juga? U eat at nite, it helps when you go 'there in the morning', hehe. Next time I cook, I spare some for u, ok?


AB
Nape eleh2 ni cik AB? Apa yg dah meleleh? Sana xde asam G eh? Cian Obama... Hehehe

FaAtip said...

Laa..dah berpuluh tahun kawin, tanya kat I ciuman hangat tu apa. Meh sini!!**sambil tarik tangan you nak bisik**

azieazah said...

Baru tolong repair, dah berjela berkajang surat penghargaannya...

Uhhh kalu lah dibelikan yang baru yang laju berdesup, mau 4,5 hari dia buat entri. hahahaha

apapun tahniah. Hadiah apa sekalipun, he deserved it..!. Ahaks!

CS said...

Fa
Taulah I maksud 'hangat' tu. Mcm lps kunyah pisang goreng panas pastu syium ehh? Tapi apsal u tarik tangan i? Kalau nak berbisik, u patut tarik tinger I aje, kan Fa kan? Ngeh3


Azie
Awak jelez ehh? Jangan aaah. Surat penghargaan yg isik kandungannya MMA. Mahal tu, lebih mahal kalau TB nak caj I for the services rendered.

Rima said...

Hehehe baru nak tangkap steam dah habis pulak cerita adegan malam muahaha.. kenyit jangan tak kenyit cik abang oiii heheheh

Glad dah berakhir adegan merajuk and geram all in one.. memang gitu kalau dah tak leh pakai si lappy tu.. mendatang kan marah aje

CS said...

Rima
Steam? You nak steam apam ke? Hehe
Bila lappy rosak, satu badan duk berasap sama!

FaAtip said...

mana boleh main2 tarik telinga...tak baik oooo...I sangat2 hormat kat you **sambil tunduk kepala sikit macam style orang Jepun tu** hehehehee.....

hentian said...

bukan nak komen. sekadar datang beri salam. IM doakan semuanya ok..

CS said...

Fa
Sementelah dah sebut Jepun, jom makan sushi?


IM
Wkumsalam. Timakasih kerana sudi mendoakan.

CL said...

kaler hijo bendir tu mengancam jiwaaaa..... nampak sedap gilaaaaa... nak masak kat sini, hmmmm..... mana nak ku cari bendir ittew?

CS said...

CikLina
Apa kata you beli benih bender dan semai cepat2. Cuaca kat sana sesuai tak? Hehe.. rasa mcm tak aje ek?

CL said...

Cik Som... umah wa tak de tanah... huhuhu... cuaca?? hehehehe kita senyom aje lah... tapi sakit jiwa bila teringat bendir dlm asam pedas... huwaaaaaaaa.....

CS said...

CikLina
Jom sama2 kita berhuwaaaaaaa :-(