Friday, 8 October 2010

Gloomy ...

Menulis sambil mendengar tv @radio, berputar pulak lagu David Cassidy, aarghh... terpaksa nangis nampaknya nih. Pendek kata semua lagu yang diputarkan mengimbau kenangan lampau. Takpe, I dah bersedia... sekotak tisu paper ada kat sebelah nih. Tak cukup sekotak, lengan baju kan ada?

Siang tadi cuaca agak gloomy. Bila cuaca gloomy, mood pun tak boleh dipaksa2 jadi ceria. Satu load basuhan siap dibubuh softener tak pun dikeringkan. Besok ajelah I kerjakan basuhan tu. Mungkin basuhan tu dibilas semula, bubuh softener lagi dan barulah dikeringkan.

Pukul 11 pagi sedang I mengadap netbook (bukan notebook mau pun laptop .. fakta baru tau hari hih), TB yang sedang menggosok baju nak keopes bersuara "hari nih hari Jumaat...waktu Zohor masuk cepat blablabla".

TB needs to have his lunch first before he goes for Friday prayer then only he's off to work. Maknanya I kena masak, siap within an hour. Tanpa fikir panjang, kebetulan T pun akan balik petang nanti, I pun masak nasi yang T dah uar2kan nak makan sejak minggu lepas.

Nasi apa ntah diserikan dengan salad campak2 dan lauk beriani daging. I suka masak gaya bebas cenggini. Satu lauk siap dengan 7 element penting yang seimbang untuk accelerate tumbesaran, kekdahnya. Yalah tu, hehehaha...

Hari semakin gloomy. Dah mula hujan siap bunyi gegaran dilangit; guruhlah tu. I nih bila cuaca tak berapa muai macam tu, pulak2 dah almost 2 bulan tak tempuh kejajahan Kanda Deris maka skill driving jarak jauh agak mundur, kendur, lemah dan takot! Pendek kata mulut nih terasa tak cukup gigi dan lidah terkomat-kamit baca apa yang patut agar selamat dijalan raya.

Apsal banyak sangat kereta nih?? Please make way for CikSom, please.

Alhamdulillah selamat pergi dah balik. Pergi sorang balik berdua. Mulalah hujung minggu yang bercorak2. Mana tak bercorak, dari tadi cik PutGunLed asyiklah mendengar radio mengharapkan tiket percuma untuk keconcert Paramore .. 'you... are... the... only.. ex...cep...tion.. you...are'.

14 comments:

kak ja said...

KS, andaikata sekotak tisu paper dan lengan baju u tak cukup, meh I sedekahkan kain yg buruk utk u menyapu si air mata bertemankan David Cassidy yg sgt comey tu (dulu je, skg tak ponnn!!)

Nasi apa ntah u nampak sgt membangkitkan napsu sesaper je yg melihatnya.. Memandangkan skg pun dah tghmlm, lbh baik I tak terlalu menumpukan perhatian pd nasik-lauk u..

Skit ari lagi tentu ada n3 PutGunJer dpt tiket free ke konsert, hasil usaha gigih Uminya yg tak mengenal lelah..

*ekekekeeee.. Ks, u jgn marah, I punya word verification is DUARIBI!! Dia perli u le tu, nak kumpul DUARIBU utk beli lappie bawu!!

Sizuka said...

Salam CS,

Hari ni melawati pun mendung jugak, tapi melawati mendung sebelah petang sebab I kena paksa masak dalam keadaan penat dan tak sihat. actually alasan je tu. pagi2 pegi isetan, takde pulak rasa tak sihat.. hahahha.. itu la pompuan.. asal sebut sale je, terus sihat :D

i pun ambik pendekatan yang sama bila masak, masak gaya bebas. asalkan cukup zat dan tidak membesar sideways.. hehe

azieazah said...

Aduhai CIK SOM...
Aduhai CIK SOM... > gaya nyanyi macam puisi Natrah.

Tambahan cadangan utk menangis, alas meja, kan ada?

Kalu ujan terus, lagi puas hati. Biar basah terus.

Kalu rasa tak gamak nak balik, terus jer tidor di sana. Kanda DERIS mesti suka tuh..

Lili said...

Kan dah berjangkit! Lengan baju Ja you boleh pinjam kalau tisu tak cukup ek CS... Lengan baju I susah nak sinsing.

Well, we and the elements! That's Nature's way of playing with our emotions. I'm always there...even when the day is all sunny and bright, I'm affected somewhat. Arghhh....tak suka!

BTW, the nasi and lauk look colourful. Nak tiru ler pulok! Haha!

CS said...

Salam semua ...

Ja
Sampai ati you nak suh I kesat airmata dgn kain buruk jer?? Arent you my fwen?
Aaaaa jap Ja jap .. you mean Umi PutGunJer pun akan berhempas pulas tolong anak dia dapatkan tiket percuma? or you mean PutGunLed?? If so, I tak kuasa Ja. Sebenarnya I tak sker dia ketempat2 tu merely for safety reason.
P/S: DuaRibi? Mmg dengki kat I tu..


Shidah
Bagus juga yg dapat 'pill' untuk menghepikan diri, shoppinglah tu. Untuk masak lauk, kita boleh aje main campak2 kan? Tapi kalau buat kek main campak2 juga, tu untuk tekak sendiwilah jawabnya, hehe.


Azie
Kanda Deris bizi kasi pingat kat penerima pingat. Tahun nih takde pulak nama I listed dalam list dapat pingat. Tapi I lebih suka dapat pengat esp pengat pithang.
Azie, alang2 guna alas meja, apa kata I guna langsir sliding door? Puas gitu, har3.


Lili
Sah berjangkit sob3 tu esp cuaca gloomy cam sekarang. Just nak share with you, lauk beriani tu I guna rempah beriani Faizah. Boleh tahan gak ..

FaAtip said...

masih gloomy lagi? dah nyanyi dah? berapa kali? nyanyi lagi ye...hahaha

Ibu n Abah said...

Kak Som aka PutGunLed...
kena sungguh lah you dan ja..
U orang johor... - gunung ledang
ja orang kedah - gunung jerai...
i duduk tengah2 - gunung titiwangsa...
okaylah jugak tu...
masih gloomy?..
i tengok pagi sabtu dan tengahari sabtu dah cerah terang benderang.. hangat sungguh cuaca....
Habiskan jemuran baju...

FaAtip said...

I Puteri Lilin.
Tak leh kena panas.
Pening.
Kena duduk dalam aircond.
Atau tempat redup yg berangin!
**saja nak ngada2 kejap**

kak ja said...

Fa eksen!!

Tie said...

Eloklah beli netbook@notebook baru.. cuba intai kat tabung tu, campur sana sini, mesti cukup RM2000 punya, hihihi...

Ibu n Abah said...

Ja..
.
.
.
.

akak sokong....
(tepuk tangan-give me five...)

FaAtip said...

oooo...hangpa kata cheq esksyen nooo..mai sini, cheq jemoq hangpa lama2 bawah matahari..tengok, cayaq tak cayaq....haha...

**sori Som, I tepaksa membela diwi sendiwi...**

Maya Marisa said...

Cik Som pun peminat Paramore ker? btw, kangaroo size kacang ngan yin takde, umur 5 bulan punyer bole ka? :) hehhehehe

CS said...

Salam ...

Fa
The gloomy feeling datang dan pergi tak kira masa. Sker ati dia jer. Nyanyi?? Tak sempat tiba part chorus dah pancit (udara didada tak cukup).


Akak
Gunung Titiwangsa masih ada rimau, singa, badak, gajah, beruang, ungka, jirafah dan monster tak? GunLed n GunJer ada puteri bun**n jer.


Fa/Ja/Akak
I pun suka duduk dalam bilik yang dingin sebab I pun cepat cair. Psst Fa, I paham why you need to bela diri sendiWi.. sebab you tak kuasa nak engage Karpal kan??


Maya
I ada 2 anak muda so bila diorang dengar radio (bila I drive or bila diorang drive, I cam xde pilihan lain terpaksa dengar lagu2 yang diorang suka), I terpaksa dengarkan juga.
Kangaroo 5 bulan? Kalau cam tu belikan I aje Tasmanian Devil yang rongak giginya, muahahaha.