Monday 18 October 2010

Hari panas, tekak nak minum jus ...


Sebelum nih dah berkarya sebanyak 2 naskah. Tajuk lain2 maka jalan cerita pun lain. Haha, big deal bunyinya. BTW tengok tak drama Sabtu lepas pasal sorang ibu benci kat anak yang baru dilahirkan akibat meroyan @post-partum? I bukan nak cerita pasal drama tu, tapi nak cerita tentang I yang pada mulanya menonton duduk atas kerusi, pastu slowly landing kat lantai bertemankan 3 kusyen yang dah se'eh. Menonton golek2 sambil mengomen, hehe.

Lepas sekali-dua stretch of iklan keudara (wasted good 5 mts), I dah takleh fokus .. makin lama makin kelabu skrin tivi. Kalau ada sesiapa yang menonton sama, waktu iklan I akan 'rihatkan mata' kejap; habis aje iklan, sesiapa yang ada sama kat living room haruslah kejutkan sekiranya I terlelap (read: tidor lena). Selalunya I pesan either kat TB, D or T tapi ...

... Sabtu lepas I menonton sorang2 tapi tak kesaorangan. D&T were around doing their thing tapi bila tersedar dari 'rihatkan mata', tivi dah tunjuk cerita lain dan I benar2 tinggal sorang. TB katne?? Hehe.. dia bawak diri naik atas sebab I berjaya konker remote kontrol!

Apa kesudahan drama tu? H'aaa, nasib baik masa I ronda2 blog orang, ada sorang hambaAllah tu tulis jalan cerita drama hingga selesai. Owhh, mak dia mati rupanya you... Lakonan S.Rus memang OK tapi kali nih dia bercakap loghat Kedah which I think cam tak kena aje (macamlah I tau loghat Kedah camana? Well.. sket2 taulah jugak).

Pagi tadi hujan sekejap aje tapi cukup untuk mendinginkan atmosphera, insyaallah. Keadaan dalam rumah masih panas so pepagi lagi I dah bukak segala tingkap yang tertutup. Bila hantar TB kegate karat siap berpayung, rasa cam nak buang payung dan mandi hujan aje.

Masa tu baru pukul 6.30am. Kalau I mandi dalam keadaan gelap cam tu, harus takde yang perasan, kan? Sambil mandi sambil menyanyi rain rain, go away come again another day .. ehh silap lagu tu .. Oleh kerana dah lama tak hujan, harus nyanyi "rain drops keep falling on my head ....".

Jangan pulak jiran sebelah terkesima lalu intip I dicelah2 langsir ala paparazzi. Kot esok lusa muka I terpampang kat sokabar MesiaKini "the old woman who appreciates the rain like there's no tomorrow". Verangan femes cara mudah kekdahnya nih, hihihih..

Ekceli I nak cerita sket aje pasal jus fevret tapi dah terbawak menaip berjela2, mentang2 kibod tak guna ink langsong. Hari2 panas I lalui dengan menyediakan air sedap sejuk dalam fridge khas untuk I sorang (plis jeling kat gambo jap). Bila terasa dahaga, bukak esbok terus capai dan tonggak penuh hemah (tentulah I bukak tutupnya dulu, kan?).

Apa pun, takyah berimaginasi how buruk I look semasa menonggak, ok? Hilang keanggunan tapi tonggak2 cam tu, makruh hukumnya, kan? Oooops!

TB pernah tanya "dah nak ikut D plak?". I kata "taklah ... saja nak save masa tak payah buat 2-3 kali air dan basuh cawan".
.

4 comments:

mokja said...

Ciksom,Samalah kita,endingnya tv tengok kita.
Ttg loghat Kedah tu,actually depa kena belajag lebih lagi kot.
Dan pada suami suami haraplah ambil perhatian,semasa isteri dalam pantang,jgn dok buat tak ketahuan kerana possibility isteri kena moroyan besag sekali.Aduh.

Ibu n Abah said...

kak som..
ha..haha..... you tonggak/gogok air dari botol?.. terus dari botol masuk mulut?... Sama macam Aisyah....
i pulak kalau time mencuri air memang cenggitu... gogok jer dari botol... kena pulak air tu sejuk, dingin.... manis... hadoi....
part keluar suratkhabar metro/kosmo tang orang mandi hujan tu... rasanya hari ahad semalam dah kuar.. siap bergambar lagi..... hihihihihiihihiiiii

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Som,

hahaa.. lagu rain-rain tu lagu kinder anak saya tu kak.


drama tu ending macam tak bezlah.
tak bez pun sok-sek-sok-sek jugak. kena gelak dengan suami.huh..

iklan panjang berjela...sambil tu saya berFB.

CS said...

Salam semua ...

Mamason
Tulah kan? loghat Kedah diorang ada sket kurang.
Betul you kata, bila isteri dalam pantang, atau belum berpantang pun, wajiblah sang suami beri undivided attention pada siisteri. Ada tu bila tengok isteri gives birth, suami tu yang bertobat nasuha tapi tup2 dia buat hal jugak. Ishh..


Akak
Tonggak botol yang kecik aje bukan yang besar bersaiz 1.5 litre atau yg 5 litre tu... Naik muscle kang, kah3. Masa tonggak tu terasa donia nih gua yg punya, har3.
You pasti ke orang yg keluar sokabar bermandi2an tu vukan I?


Azrina
Nasib baik I tertidor kalau tak bazir jer airmata suciku, hehehe.
Iklan yg berjela, kekadang boleh bunuh mood kita kan??