Wednesday, 29 June 2011

Langkawi, snow n blizzard??

My BIG sistas all have gone to Langkawi. Sampai hati diorang tak ajak I, sedih taw .. *sambil ketap bibir kesat taik mata tak basah*. Sebenarnya I yang mengada tak moh ikut walhal tak yah bayar tiket pun. Sejak CCM ke T'ganu dulu, diorang dah buat plan nak ke Langkawi tapi I wat dono aje (dah tak minat what for terkinja2 kijang, tul tak?).

Seronok diorang sebab Ndja is brave enough to drive pusing2 dengan keta yang disewa. Subuh sepi tadi terima lapuran dari sana ...

N: sis kita bersemangat.. I pun.. Ada apa2 nak kirim? Non stik pan ke? Choc mmg bnyk (I belikan nanti 4uol).
I: tak nak apa2 tq tapi kalau bolehhhhhhh, belilah coklat setongkang hai hong

... tapi Ndja kata dia nak belikan coklat sebesar toy boat aje makanya the PicasSOM in me pun berdramalah ...


Jom beralih cerita hal semalam ...


Tak semena2 SJ diserang snow n blizzard. Ada dengar berita pasal nih tak? Ada? Takde?


Tengok tu, kan bahaya bawak kereta dalam keadaan cam tu? Tak nampak satu apa pun, ishhh.. ishhh... tapikan tapi ... keadaan tu sementara aje ...

... bila tambi tua cepat2 flush the snow (sabun kekdahnya) dengan kederasan air yang hamboi mak so powerful, bergegar badan si Aga dan puannya yang duduk dalam keta masa tu (kalaulah TB tau I duk dendiam dalam keta masa orang sedang bersihkan keta, mau dia bersyaraaah tentang keselamatan but izit really dangerous?).



Basuh body Aga tapi tak vakum so harganya RM6 aje. Extra seringgit sebab tambi tua panggil I 'kakak', auwwww.. I like!

Semalam aje, 2 kali almost bertempur dengan road maniac. Kering darah kita dibuatnya. Julung2 kali terpaksa I tekan 'horn' sekuat yang boleh. If only I nih gajah, takkkanku sia2kan trumpet yang ada ... *sambil cuba buat suara gajah tapi "meow" aje yang keluar*

Dah terlanjur keluar, berbaloi pakai baju yang digosok rapi lamaaa sket maka langkahnya agak lebar. Lepas siAga cantik manis berkilat, I teruskan misi JJCL pulak pastu baru pergi ke mini market kat rumah aje (maklum dah cukup bulan, kan? Kalau pergi hypermarket kang I pulak jadi hyper..).


Sejak dua menjak I suka beli rambutan dengan syarat ia semanis kurma n longkah. I should have bought pisang berangan or pisang emas for T tapi terbeli jenis tu. Agaknya lum masak betul2 maka rasanya tawar hebeh. Kalau dijadikan banana split baru beshhh.. Mangga tu untuk suami budiman (sebelum dia makan sebijik, satu slice lebar lagi tebal harus dihulurkan pada sidebab; kalau tak, seminggu dapur tak berhasap kang, hehe...).

T dah mula merisik "Umi kalau nampak longan ke, laici ke, pulasan ke.. belikan ehh?". Budak baru reti nak appreciate kesedapan buah2an tempatan maka wajar dilayankan aje. Hari tu baru mintak manggis, semalam pisang.. hmmm.... jangan mintak buah mentega daaah...

D malas tak reti makan buah. Kalau makan moktan, dikupas isinya dulu sampai penuh setengah mangkok pastu mulalah perasan makan moktan macam dalam syurga, haha.. But lately dia selalu aje beli carrots yang oren tu. Bukan dia makan untuk pencernaan his eye sights tapi untuk si LEBIT belaannya yang baru sebulan tu.

Talking about LEBIT, aaaarrrghhhh ... tak skerr!!

18 comments:

Ibu n Abah said...

pirst....

kenapa u tak ikut adik bewadik u ke langkawi?.. best tu....
kalau T nak buah mentega, u antaq makcik Ja masuk utan suruh panjat sekali..
pst:.. itu gunanya ada adik duduk kat kedah...

Kakcik Seroja said...

Mesti comel LEBIT tu kan? :)

CS said...

AKAK
Kenapa I tak ikut? I tak ikut sebab takut pilot bawak kapalterbang lajuuuu siap koner baring bagai..

Nak dapatkan buah mentega tu, nak ke Ja masuk hutan? Calar balar kang kulitnya yg halus mulus tu. TK komplen kang, how?


KAKCIK
Memula ada 2 ekor. Comel mmg comel tapi warnanya tak berapa comel. I tak geli kucing tapi binatang berbulu lain, den goli..

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Lepaskan aje anak2 bulus kat Lebit tu, settle! Then dengan innocentnya kata: eh, you tak tutup pintu cagenya dia rapat, terlepaslah meow ke dalam tu. nak buat macam mana....? har har har *evil laughs*

zarin said...

mula mula tengok gambar cermin keta tu i pelik jek. ingatkan owang rendah bawak keta sbb tk nampak apa..pastu baru tau rupanya cuci keta hikhik
eh, u masih phobia naik flight ke? i phobia cikcak...hahaa sungguh tkde kena mengena cikcak ngan aeroplane

Lili said...

CS,

Macam mane gamaknya kalau you diberi trumpet gajah berul-betul ek? Harus Aga tak payah lagi kena tekan2 hornnya! Ekekeke! Giler besh ini posting!

psst...I musykil, apsal tambi boleh tua?

FaAtip said...

bila I baca LEBIT kenaFA I terus terfikir mmmmm...aaaaa...**bisik mode** LUV BITE!!!! Aaaaaaaaa!!!!

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
La isk.. dok dalam kereta yang dok dibasuh ka? Hehe! Memang tabek sungguh! Mesti dengan Cik Som sekali terasa bersih berkilat, kan? Hehe!

kak ja said...

Kak Som, lain kali bila u pi Auto Car Wash, sila bukak skali sgl cermin tingkap pintu yg ada, boleh jimatkan ayaq kat umah.. Tapikan tapi.. lps tu sila lap badan syendiwi, k? jgn nak suruh si Tambi gak buat..

Kak Som, adalah dimaklumkan bhw kalau dah tiba musimnya, I tak perlu masuk utan kuaq utan.. Buah mentega tu bergayut2an kat laman umah orang yg tak pernah kenai I tu.. Yg bergayut kat luaq pagaq dia tu kan ke hak awam? Maka jolok2kan je..

*pinjam rambut sat, nak lap vulu vuah tu..

CS said...

CAT
I dont wanna be a murderer (I murder nyamuk jer), masuk jail kalu tak dapat berblogging, berFB bagai. Lagi pun toilet kat jail takde dinding, I malu okay? auwww...


ZARIN
Ewoplen n cicak memanglah tak sama tapi kalau dah fobia, perasaan tu tetap sama. My doter/son fobia cicak gak so much so diorang fobia juga dengan rubber band yg jatuh kat lantai.. (bila terpijak lembik jer). Ngade kan?

CS said...

LILI
You like this posting? Why? Sebab you bayangkan I sebesor gajah comel meh? *sambil blow trumpet dgn ceria*
Kalau I gajah? Maybe sekarang nih I tengah perform kat London circus (nak London jugak).. n my trainer tentunya TB, hehe sure awesome n epic samore.

Apsal tambi boleh tua?? EkceLILI I terluFA nak thebut 'anney', hic!

CS said...

FA
Lately, apa juga perkataan it'll sound lavbait to you ken? Bait2 lagu pun you kat lavbait, ken? Owang sebut 'malam', you dah terasa2 duta KitKat ada sebelah you, ken? 3 kali 'ken', I tambah satu 'tut', ok tak? hehehe..


AIDA
Hari itu dalam sejarah kekdahnya. Tak pernah buat cenggitu so hari tu terpanggil nak duk dendiam dalam keta (it was too hot outside. Kena jaga kolagen kat pipi supaya tak cair, ahaks).

CS said...

JA
I vukan pergi ke auto carwash. Yg tu I ada sket fobia. I pergi kat biasa2 punya car wash manned by avang2 todi kasi minum, aharharhar..

Vuah mentega diluar FAgar
Amvik galah tolong jolokkan
Saya kertu gelak vergegar
Memang tak senonoh menjelikkan

... ken? :-)

zarin said...

CS
tk ngader sebabnya i am exactly like that...erk i fobia anything yg lembik that looks like cicak..uishhh buleh fengsan uuuu

azieazah said...

SOM:
Dulu I pun tak tau apa itu Buah Mentega. Rupanya Pisang Kaki. Enak makan sejuk. I like!

Kalu dah berlawan makan buah tu, jangan pula berlawan rebut toilet ehh..? hahaha

Mereka yang Kukenali (7): si “Nothing Special...”

CS said...

ZARIN
You boleh jadi President Geli Cicak Sedunia, hehehe. I geli gak tapi tak fobia; jangan cik siTi, daah. Mmg fengsan!


PHENTERMINE
Really? WOW!!!


AA
Buah pisang kaki bukan buah mentega; fakta nih. Kedua2 tu rasanya amat berbeza, percayalah dengan kata2ku ini *wink*.
Psst.. kalau semuanya nak ketoilet sbb tak tahan nak dot3, masuk ajelah semua.. sharing is caring, kaaan?? :-) *jimat air, sekali flush untuk semua, keh3)

kak ja said...

tumpang rostrum!!

Azieazah, betoi kata Kak SOm, buah mentega bknlah buah pithang kaki dan buah pithang kaki bknlah buah mentega!! Percayalah, sesgghnya Kak Som kita ni sorang PAKAR PITHANG!!

CS said...

JA
Thank you, auwwww...
Sesungguhnya I memang FAkar pithang; tak sesia I dianugerahkan oleh ntah sape ntah (sendiri kot?) anugerah PHD = Pithang Hari2 Dihati *senyum vangga sambil cubit peha sendiwi ... ouch!*