Sunday, 31 July 2011

Can't help it but grrr ... Part 2

Dapat surat dari Tenaga mintak kita jelaskan bil tertunggak sebanyak RM130. Kalau tak jelaskan bil tertunggak pada 28/7, bekalan letrik akan dipotong tanpa kompromi TAPI 'sila abaikan jika bil tertunggak telah dijelaskan'.

Nak beri warning, takde siapa yang halang walhal kita suka aje terima surat warning, hek3. Surat warning bertarikh 20/7 tapi diterima pada 30/7 walhal bil tertunggak mesti dijelaskan pada 28/7. I wonder kalendar jenis apa yang diorang guna ... sigh.

I know TB was upset bila dapat surat cenggitu (taulah dia tu good pay master.. I oso good whaat? heheh). Bila dia tanya "you tak bayar ke?", of courselah I kata dah bayar, kan? Ada sekali dua terlepas pandang bayar bil lepas tarikh tamat, oooopsy!

Bila dia tanya "nape lambat bayar?"... errrk.. I bizi berkaryalaa bottomlinenya I dah bayar semua .. In fact diorang aje tak write-off apa yang kita dah bayar .. diorang even overcharged kita 70 ringgit pastu sedap2 aje nak mintak 130 lagi.. whatdehek?

So pagi nih I jadi internal auditor dengan gigih mengecek for umpteenth time sebanyak 9 bil letrik yang telah dijelaskan. Pedih biji mata sampai berair2 dibuatnya.. kalau bulan puasa, mau terbatal puasa I, heheh..


Bila guna dakwat merah, aura jadi cikgu meresap dijiwa .. so kensel jadi internal auditor.

Minggu nih asyik geram aje. In fact ada 1 lagi cerita hot yang harus diluahkan 'can't help it but grrr Part 3'. Apa pun, energy geram harus disalurkan pada sudip, kuali dan sejenis dengannya or else kebuluran kang..


Part of lauk semalam. Daging goreng al-lempor2 dan sayur lemak lobak putih.

Dulu tak suka lobak putih sebab baunya semacam tapi sekarang hidung dan tekak dah immune ...

Dessert untuk hari nih. Pisang nipah dibelah dua digoreng dengan minyak sikit ala kedekut. Pisang2 tu dah kesejukan sebab semalaman disimpan dalam fridge. Ia harus digulung cam ulat gonggok, disusun molek2 dalam bekas pastu baru dicurah dengan sos kastard.

Mana sos kastardnya? ... varu nak vuat, hehehee..
.

16 comments:

Mira Marlena said...

Tengah gewam masih boleh main ketuk ketuk kuali ek?harusss alirkan energy yg membara tu ke dalam kuali..kalau patah sudip boleh beli yg baru kan Cik Som?
Lauk hari ni saya buat bamia seperiuk,ayam goweng wempah,salad potong-potong dengan nasi begajus dan berkismis..makan untuk sahur sekali..

~jeet~ said...

internal auditor turned cikgu? hehehe..siap ada soalan kat bil lagi, kelas lah... ;)

Rima said...

Hehe part aura macam cikgu tu tiap bulan ku rasai hahaha.. selamat menyambut bulan ramadhan mubarak buat cik som and keluarga..

zarin said...

dorang tengok calendar last year kot hikhik
i pulak terkejut tengok bil letrik naik mendadak sejak they implement new tariff rate tuh...mak aihhh nak luruh jantung tengok bil letrik :((
eh, cik som, i tk pernah mkn pisang goreng ngan minyak sikit w custard sos tu..sedap ey ?

Mira Marlena said...

Selamat berpuasa CS,lupa nak wish tadi..heheh...mana gambar sosnya?Jangan lupa tuang ek?

Ibu n Abah said...

hahahahaha...
u pun berperang dengan TNB??
i pernah berperang kejap dulu.. depa suka sangat bagi surat merah walaupun i dah bayar..
masa i ke kaunter pandu lalu di TNB Bangi, i sempat tanya depa terlalu banyak kertas merah ker sampai hampir tiap2 bulan i dapat surat merah dari depa.. memang tak munasabah sebab i memang tetap tepat membayar letrik tapi depa tetaplah memberi surat merah (Surat nak potong) memang tak menasabah lansung...
sekarang, i dah tak pernah dapat lagi... :)
Kena jumpa depa dan bagitau....

Sizuka said...

lepas ni kena tukar nama, cs= cikgu som. hehe..

selamat berpuasa cs!! semoga you and ur family sentiasa dibwh rahmat Allah. take care! :D

Lili said...

Salam kander,

Sebelum dinder nak nyanyi lagu khas buat kander, lemme wish you,
Selamat Menyambut Ramadhan... semoga bertambah ibadah kita dan diterimaNYa segala amalan baik kita di bulan yang mulia.

Hah, ni I nak nyanyi lagu sape tah, yang bunyinya macam ni...*uiks, dengar ke? hehehe..
Geram jangan engkau geram!
Geram berbagai ragam...

Dah...lupa lirik habis!
Apa2 pun, I setuju dengan Shidah, Cikgu SOM! ;)

Maya Marisa said...

i think tukang anta letter tu tak tengok kalendar kot masa drafting the letter. main pakai letak jer kot. ntahX2 dia pegi backdated kan..mana tau kan kan kan...

anyway, happy fasting yea cik som!

Cat-from-Sydney said...

Baguslah Cikgu Som lepaskan geram kat periuk belanga. Jangan lepaskan kat meoww ke, TB ke, anak-anak murid ke (kan dah jadi cikgu).... purrr.... *giggles*

noir said...

cikgu som, slamat puasa. tu dessert, exclusive recipe you ke? never had bananas like that before.

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
La isk.. habis tu, apa kesudahan cerita? Abaikan ke camno?

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadan untuk Cik Som sekeluarga :)

CS said...

MIRA
Kalau geram dgn ahli dalam rumah, haruslah mogok seminggu. Nih geram dgn orang luar, macam takde excuse not to cook, hehe. You cooked Bamia? It reminds me of my late Mak, huwaaa...


JEET
Jadi internal auditor or cikgu sama jer tensionnya. You suka tengok tanda '?' eh? I dah naik sheikh kekdahnya tu, heheh.


RIMA
How come you ada aura cikgu? I thot you shd have aura celebrity chef, kankankan?? Tq, same to you, selamat berpuasa.

CS said...

ZARIN
Diorang guna 'collander', kot? haha.. My e'city bill so so tapi water bill mmg beshh.. murah! Dessert pisang tu? Yummeh I tell you...


MIRA
Tq, selamat berpuasa to you too. Nanti I tampal gambar pithang n sos kastardnya, k?


AKAK
I belum berperang lagi, baru asah kuku aje. Apa pun, memang gewamlah. Nampaknya kena claim more allowance dari TB sbb terpaksa jadi auditor.

CS said...

SHIDAH
Tq. Selamat berpuasa to you n fmly too. Bila masak sedap2, share dgn Cikgu Som, k? Jadilah pun kalau dpt jilat skrin, hehe.


LILI
Tq. Selamat berpuasa to you too laling. Awat tak habiskan nyanyi? I baru nak bukak langkah nihaaa..


MAYA
Happy fasting kat 'tempat orang', wherever you are, hehe. I think adalah orang yg sit on the letter, OR keluarkan surat tanpa buat reconciliation, sigh.

CS said...

CAT
Kalau boleh I nak lepaskan geWam kat your distant cousins yg dalam my belaan tu. Why dey ol sker sangat bewak dlm tempat makan?? why oh why why why?


NOIR
Selamat berpuasa to you too. Cikgu Som? Meh sini, rotan kang!
That dessert, tidaklah I tau asal usulnya but for sure I dah makannya since I was a kid. Lebih afdal guna pisang raja sbb ia manis (caramelised when fried) n very aromatic.


AIDA
I seram gak bila I takde kat rumah diorang datang potong my e'city. Dah surat kata abaikan kalau dah bayar maka I 'abaikan' seketika. I need to get back my RM70 so perjuangan masih lum selesaii.
Tq. Selamat menyambut Ramadhan to you too.. Encik T tak cobak2 berpuasa ke? auwww..