Monday, 21 November 2011

Roarrrr ... kita menang!

I tak ngadap tivi tengok mereka berentap atas padang, tendang dan gelecek bola tapi I duduk dendiam meninjau blog kawan2. Cuba berkarya selepas 4 hari MIA tapi asyiklah yawnnnnn aje.

Riuh bunyi sorakan dari rumah jiran.. ehh..dah gol ke? so I ON tivi. Kedudukan perlawanan 1-1. Bilalah nak habis nih as I can't stand the pressure n tension tunggu lelama untuk satu tendangan bola masuk gol.

Dah macam anak blue hippo, asyik bukak mulut yawnnnn...so I baring depan tivi terus keslumberland, zzzzz...

1145 terjaga bila TB n D balik sama waktu. TB balik dari ofis n D balik dari tengok bola kat skrin besar (lupa nak tanya kat mana, hehe..).

Tahniah & syabas pada anak2 RimauMalaya.. Best aaah, I tak bermimpi rupanya, hehe..

Aura warna hijau

29 comments:

blu4sky said...

salam n morning CS,
hahaha i pun dah belayar..stress tgk bola..hahaha
tp manjang terbgn bila dgr diorang kat rumah ni menjerit2..
apa2 pun..taniah buat Malaysia

mokja said...

salam ,
Berapa ramai agaknya yang hilang suara hari ni.
I too went blog walking masa orang dok tension tension .Cant take the pressure of watchin em fightin.
Syabas anak anak rimau.

Rima said...

morning cik som
woahhh ku missed the game lah.. tak tahu pun until i read ur entry.. nampak sah tak ikut perkembangan sukan sea hehehe anyway congrats! sure riuh rendah sana sini semalam

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah...
dalam pada i dah pejam mata dengar jeritan anak dara i dengan abahnya bersorak gempita kata menang. Dah mata memang dah tak boleh nak bukak dan mulut tak boleh nak kata apa... hmmm teruslah i hanyut dalam mimpi i...
Payah juga nak memang...
nak mendapatkan satu pingat emas.. punyalah ramai yg jatuh.. terseliuh, kena tendang... itulah depa tak cakap siang2 nak pingat emas.. kat katil Qeeb ada dua tiga pingat emas yang Qeeb dah tak guna lagi.... ambil pun takpa... depa tak tanya...

Anonymous said...

congrats Malaysia!

i stopped watching regional football since early 90's kerna quality yg menurun.

semalam i watched that game and happy to see peningkatan prestasi Harimau Muda. They deserve the win.

Queenie said...

suka ngan entri you kali ni CS. wlp hanyut ke slumberland tp gola emas you sempat gak nengok eh, so syabas dan tahniah jugak buat youlah wakaka

I pun sama mcm noir...lepas zaman arwah MD, dah stop tengok malaysia punya football, buang masa!

I perasan kewujudan HM lepas WC aritu dan mcm tak caya...

puashati bila pemain Malaysia byk kali keluarkan bola dari tempat bahaya, gol pertama yg cantik (tanduk tiarap) dan apek yg woohooo

tak byk penukaran pemain semalam, mereka semuanya hebat dan yes roarrr................

rohaizahabas said...

I pun tak sanggup nak mengadap TV malam tadi..mengadap blog orang takpa..lagi pun telinga dok dengar jerit pekik kat depan TV tu rasa macam tau jer apa yang berlaku...tak tertanggung rasa stress tu....

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kami semua berjaga dengan Mama and Dad tengok bola....termasuk si cinonet SV tu. Yang pasti 5 keping paratha, semangkuk kari ikan tenggiri, se-tupperware keropok, 500g macadamia nuts, seteko teh O telah juga diarwahkan.... har har har *evil laughs*

Kaki bola,
Brad

CS said...

SUE
Salam n gud morning to you..
Kita boleh tau kalau orang tu betul2 minat BOLA kan? Dari dulu lagi I memang buat2 tak minat sbb tak rela menanggung derita menunggu bola masuk gol, ekekeke.


MAMASON
Salam.. Ntah berapa ramai juga dah jumpa doktor untuk dapatkan MC, hehe. I tak bersorak tapi rasa cam dapat sore throat dah nih, haishh..


RIMA
Morning to you too.. I nih mmglah tak minat sports n games. Kalau teringin tengok football match, I lebih rela tengok repeat. Dah tau menang, takdelah tension lagi, kaaan?


AKAK
Alhamdulillah .. semua tu kerana sebijik bola punya pasal. Kalau tak dibendung boleh terjadi perang dunia ke IV kekdahnya. Suruh jer Qeeb jual pingat2 emas dia. Laku tak agaknya??

CS said...

NOIR
Thank you (dari I as 'coach RimauMalaya' ahaks). Dalam pada tak minat bola, I take interest on the players. At least taulah nama some of the players eg Apek (that he's not Apek pelawak tu).


QJ
Bila tengok tv pagi tadi tunjuk tendangan bola yg tak masuk gol, I rasa berdebar2 walhal bukan live. Tengok semalam kalu, siang2 lagi I suh 911 datang tunggu depan gate, ekekeke..


EZZA
Tulah tu .. lebih baik tak tengok jika ia mendatangkan mudarat. Takde mood nak masak dikira mudarat juga, kankankan?


CAT @BRAD
You, your mama n dad tengok football match atau bukak tapak pasar malam??? mueheheh + hawhawhaw... *sah! lagi evil punya gelak*

Kakcik Seroja said...

I sempat juga tengok gol awal Malaysia yang ditolak cantik masuk ke gawang itu. Tiba2, I rasa nak didik BS jadi pemain bola dengan sesungguhnya. ;-)

CS said...

KAKCIK
Kalau BS memang berminat main bola (mewakili negara), apa ditunggu2 lagi KakCik, realisasikanlah impian itu cecepat. Go KakCik go ...

cahya indah said...

Cahya tak minat tengok bola, auntie..tapi kalau world cup lain cerita, ikut season la tu. hehe. tu pun bukan tengok semua. apa2 pun, tahniah kat pemain bola wakil negara :)

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Ye ke tak tengok bola ni? Entah ke sebab dek Cik Som sesorang time tu, siap makeup muka ala-ala rimau lagik. Hehe!

CS said...

CAHYA
Samalah kita tapi kena jugalah keep abreast dengan hal ehwal semasa, tak gitu? Kot nanti adalah apa2 contest yg I join bertanyakan soklan "tahun berapa harimau malaya dapat pingat emas ........ bla3", haaa.. at least boleh gak I jawab "2011", dan I terus dapat hadiah 2 minggu ke Spain jumpa dengan your Kak Aida (yg asyik berjalan aje dia tu ek??).



AIDA
Tak make-up apa2 pun muka dah tersedia macam rimau, auummmm... Tapi rupa anak rimau yang comel ala Simba laaa kaaan??? Ehhhh.. tapi Simba tu kan singa? harharhar...
p/s: tension tengok football match bila negara sendiri bermain tapi bila menang, nyesal plak tak tengok saat by saat.

zarin said...

i tengok sikit jek tp bohsan sbb mcm slow bangat depa main..ehehe macam la terrer main bola ye nak komen org main slow plak ye walhal dah ngantuk tengok sensorang..then i ngadap fb n twitter..sedar2 dorang ckp dah menang! yeay!! kita menang!!!

CS said...

ZARIN
Mula2 I tengok juga tapi lambat plak bola nak masuk gol maka I pun yawnnnn non stop. Petanda harus gentel bantal busuk dan berhijrah keslumberland. Mimpi indah bila tersedar dari tidor Msia menang, yeayy..

ahkakbatik said...

ooo saya pun suka kaler ijau... tu pasal ada aura kot...hahahaaa...
balik kang nak apply post pemain bolasepak gakler.

CS said...

AB
Nantilah I bitau Ong Kim Swee tentang niat vavavoom you nak jadi pemain bolasepak, k?

BTW, you nak jadi striker, midfielder, goal keeper OR you nak jadi coach ambik tempat Ong Kim SweeT itew? ;-)

Happy aje said...

Cik Som rugi x tengok... i sampai x de suara jerit2 kat rumah..huhuhu.. Nasib 22/11 Johor public holiday so double joy... bergolek2 jer semlm.. Tapi sedihnya i kena selsema dn batuk ni..

CS said...

NN ke nih? hehe... meh muah2 3x..
You apa kabar? Dah bekerja balik ke??

Hal bola tu kan, bukan apa. I takut kalau I tengok, team Msia akan kalah. I takde ong punya olang. Sama gak masa I balik JB tahun 2006 dulu, teruslah Johor dilanda banjir yg amat epic.

Apa pun masih segar diingatan pertemuan kita ramai2 dulu..

ceriawan said...

sampaikan ummiku pun ulas pasal bola.. hehehehe

CS said...

CERIAWAN
Jangan sangkha air tenang takde buaya tembaga, heheh..

Yong Kamariah said...

auwwwwmmmmmm!!!!

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Auwwwwmmmm! I start tengok bila 1+1. lepas tu baru datang shoknya bila Hb dgn anak2 bersorak.
Hidup Harimau Malaya! hehe, ya la tu..

CS said...

YONG
auwwwwmmmmm.... Gol 18-0 (padan muka diorang, haha..)


ARTLOVER
Auwwwmmmm chak?
You pun lama 'duduk belakang tv' sbb tak tahan tension duduk depan tv, eh? I pun, hehe..

ceriawan said...

ku tahu air yg tenang xleh kata xde buaya.. tp ingatkan kat USJ rimau tak mengaum.. hehehe

Queenie said...

weheiiiii....
tak letih2 ke mengaum manjang?
mana entri baru beb?
penat gue roar roar...

CS said...

CERIAWAN
Yang mengaum tu rimau kat padang bola; kat sini SINGA yang mengaum!


QJ
Psst.. ngauman tu dah prerecord; kita tak penat apa2 pun. Tulah tu, kita mmg nak buat entry baru tapi tersekat sbb asyik pegi balik kedapur you ajek ;-)