Entry selingan nih *untuk tatapan sanubari sendiri* sementara tersiapnya entry 'hikayat murtabak hancur' yang macam nak hancur juga, sigh...
Semalam adalah hari malas tak tau kenapa (konon). Dah pukul 3 ptg tapi masih mencari kekuatan dalaman, juga tercari2 idea nak masak apa. Zaaaas.. 15 minit berlalu, helppp!!! kalau nak masak nasi dengan 1-2 lauk simple masih sempat lagi tapi aaarghhh... no way nasi akan menang!
Didn't I say I 'perform' better under pressure? cewah riak plak dia ek? Nampaknya sejarah pilih untuk berulang kesekian kali yang ia suka.
So in 45 mts, tadaaa... our lunch/tea at 4pm..
Corak terkini yang diberi nama 'juraian kasih' .... auwww...
Coraknya seakan2 Swiss or French lace, yes? *whatevalah CikSom, asal you bahagia*
Niat asal nak transform daging cincang jadi bagedil tapi tup2 jadi kari daging pulak. Rupanya macam tak kena aje, need to add something or two. I korek2 crisper jumpa tomato n kacang panjang 'hidup segan mati tak mau' so lempor ajelah, haha.. ('biji kacang tua dah ditanam semalam so by now pokoknya sure dah naik menyusuri kelangit tapi Jack tak turun2 pun! Mana Jack? The folklore tipu kita hidup2 rupanya..').
Lupakan Jack dulu, now camana kari daging bertukar rupa jadi lauk dalca tanpa dhall? I bet you, David Koperfil pun tak mampu nak buat cenggitu, heheh..
Selain RJ, kita juga minat wantan mee/dumpling.. So bebila I malas nak masak, I tenung gambar nih ajelah. Clever or not?? Yes, I nampak you all angguk2 kepala tu.. Mekasih, lap u all. Oh ya.. wantan mee/dumpling kat bawah nih dibuat minggu lepas :-)
Sekian, wassalam :-)
17 comments:
I tepuk tangan untuk kebijaksanaan you. Btw, your roti jala dan kari nampak menggoda walaupun roja kelihatan itu agak pucat... hehehe...
Cik som, dumpling tuh you buat sendiri ker? serius nih tau, I tak pernah makan dumpling, tingiiiiin sangat tapi nak try wat sendiri, boleh lah kecek resepi kat you eh? boleh laaa....
saya sedang lapar sebab masa lunch tak makan..saya nak makan gambar dalam blog ini..boleh tak..
jam dah pukul 6 tapi tak boleh balik lagi sebab laki ku ada urusan penting yang perlu dihadiri.. saya dah weng sebab saya lapar.. :p
wah...
u buat one tan mee lagik...
memang u hebat...
Syabas Bette...
hahaha..bila lapar tenung gambar ye cik som!! haha
Cik Som,
Masih berduka ke dgn end result of the murtabak yg tak dihancur2kan hehehez. Cian u....
Itew dumpling hasil tangan u ke? Really2 menggiurkan!! Drooolzz
KAKCIK
Mekasih dgn tepukan bergemuruh tu. Dada I sama berombak2 juga, hehe.. I tak bubuh pewarna atau kunyit pada adunan roti jala, tu sebab nampak pucat jer. Lain kali I bubuh sikit pewarna just for KakCik :-)
QJ
Isi dumpling I buat sendiri. Tiap kali buat, mesti berubah2 bahannya. Yg kat atas tu I guna udang & fishball, diblend dulu; pastu add chopped garlic, carrot, daun bawang, pepper, gula sikit, garam. Kulit wantan I beli sbb belum ada ilmu nak buat, heheh.. You guna air biasa untuk lekatkan kulit wantan menjadi bonjot. ATAU you google aje for the recipe.
SUE
Ciannya you, kenapa lapar sangat tu? Skip lunch ke? Kalau teringin apa2 kat sini, silalah jgn malu2 *asal you tak habiskan semuanya, hehe*.
AKAK
Taklah hebat sangat, ngeh3. Wantan mee/dumpling tu I buat minggu lepas. Saja2 tampal gambar untuk kenangan masa depan agar satu hari dapat mengusik jiwaku, auwww..
RC
Yupyupyup...bila lapar tenung gambar makanan dlm blog sendiri, dlm blog kawan2 termasuklah gambar makanan dlm blog you yang superb itew :-)
ANIE
Tak berapa berduka cuma I nak terangkan sebab musabab terlahirnya terma 'murtabak hancur', cewah. Ya benar, dumpling tu hasil tangan gebu I, auwww..
CS,
breakfast heavy makan soto..time lunch tak lapar..dah petang baru lah badan mengigil sbb lapo.. gigih lerr makan kekacang buat alas perut..
Salam CikSom,
juraian kasih... terus ter...senyum bukan simpul tapi ter...senyum meleret sampai keanak mata dengan dua ayatan tersebut...
Dan setuju sekali! kejadian urai-urai jalaan itu umpama French/Swiss lace yang halus dan tertip buatannya... walau pun D.Copperfield... oops! koperfil pun tidak akan berjaya mampu me-abracadabra cenggitu namun menambat selera!
Jika di-ikutkan hati mahu Ratna ketawa menggelegak berang namun segan dengan Anakanda semua nanti.....? kelakarnya cara penulisan CikSom... ada kah jika ketemu bersua muka berdepan nyata CikSom sebenarnya dianugerahkan dengan "sense of humour" yang luar biasa?
Gimana pun, teruja sekali dengannya wantan mee/dumpling itu, serupa direstaurant 5 étoiles yang dihotel berbintang 5 étoiles...
Salam manis semanis madu.
Aslmkm CS..
Tepuk dada tanya your selera..
I tak terkejut one day, you buka Restoran Cik Som RJ dan Wanton Mee..
Masa tu I turut sama beratur you menunggu Cik Som menjala RJ nya seperti mirip French lace..Klass you!
Hi SM, tak habis habis buat roti jala lagi? You ni buat I jeles aje, haiz... cuci mata aje kat sini. I nak buat tapi belum sempat lagi.
Wah, you pun sudah pandai buat transformation? hahaha
Your wanton nampak sedap, pandai you! I pun suka letak udang.
Bye, jumpa lagi
SUE
Nasib baik ada kacang jadi penyelamat! Once upon a time, I mabuk darat tatkala naik bas yg mendaki bukit yg amat tinggi. Dlm bag takde gula2 tapi nasib baik ada kacang yg diberi semasa naik plane. Konyel2 kacang supaya tak muntah. Alhamdulillah, if not..?
RATNA
Seperti biasa terima kasih kerana mencungkil 'apa yg ada' dlm diri ini; namun I bukanlah pelawak antarbangsa. Hidungku tidak serupa Mr Bean dan gigiku tidak juga serupa Jerry Lewis, so I guess humor comes naturally (adik beradik pun begitu).
Cara penulisan: Seboleh2nya suka menulis cara kita bercakap harian, bahasa pasar diselit sana sini dgn bait2 mcm orang tak betul, haha..
Sebenar2 kejadian, CikSom adalah seorang pemalu, penyegan dan pendiam. But lets put those traits aside, I juga berupaya buat orang rasa selesa dgn keadaan. I am in a way a very warm person, cewah..
ARTLOVER
Aduhai Iha, sungguh tinggi harapan dan kepercayaan you pada I. Mekasih diucapkan. I mmg minat nak punyai a small cafe tapi tu hanyalah angan2 aje. I nih takde keyakinan untuk memasak lebih dari 4 orang punya selera. How like that? Apa pun, kalau you datang cafe angan2 I, you takyah beratur. I kasi you very special privilege :-)
AMELIA
You jadi Megatron so I jadi Decepticon *jahat punya*. Bab roti jala mmg takde kompromi. I just suka suka suka tak terhingga, hehe.
I belajar buat wantan dumpling from my sis *dah hubby dia Chinese, surely nak makan cara Cina kan??'.
Cik Som
seriously, that's a fine looking dumpling..takmo kasi resepi ka? kerepot2 kulit dia sama cam I beli readymade punya..apa kata u step by step dumpling..hehe..apam tak yah lah...senang sgt tu kan..
YAT
Mekasih.. Kulit wanton selepas diisi inti dan direbus mmg afdhal rupanya 'kepot2', auwww. BTW, takyahlah tunjuk cara step by step buat dumpling tu (lebih senang membuatnya dari buat apam kalerpul).
Resepinya agak2 jer. Pls refer my response to chef Q above.
Post a Comment