Wednesday, 26 September 2012

Wordless Wed, not! ...

Cuaca dingin pagi tadi terasa macam kat Frasers Hill aje. Dah sejuk2 gitu tetiba terbuat dan terminum neskopi 2x. Terbuat dan terminum? Gitulah nampaknya dah cawan yang digunakan pun kecik aje saiznya. Cawan free pulak tu beli kopi jantan, har3.

Terbuat air kali kedua sejam kemudian sebagai mengiringi sejengkal roti perancis yang disapu tebal dengan mentiga dan jem apricot. Sedaplah juga tapi lagilah sedap kalau disapu jem marmalade yang manis2 pahit tu, baru ummph!

Dan bila cuaca sejuk, getaran selera mendambakan (ewah) sesuatu yang garing untuk dikunyah. Dono why. Cari punya cari among the typical balang kuih raya bertutup merah, terjumpa yang nih..

Tak sure siapa beri tapi sangat sedap!

Semalam terima sms dari seseorang yang tak dikenali tapi paham maksud dan misinya menghantar sms tu "Salam, siapa yang lebih mesra rakyat & anda suka? (who is more people friendly & you like?) XX or YY. Kami penganalisa bebas".

Nak jawab ke tak nak jawab? So sebagai pengundi yang berjiwa rakyat (bolehkah?) jawapannya harus berbunyi bijak sket "Saya tak kira siapa asalkan dia buat kerja kerana Allah...bersih, cekap & amanah". TB kata diorang bukan nak dengar 'jawapan bijak' I. Yaaa I paham, diorang nak dengar jawapan objektif aje, kaan? tapi I kan peramah?.

"I OK jer" tiap kali Ndja ajak makan diluar tapi my OK disertai dengan syarat (komain lagi kan?) dan syaratnya berubah tiap kali waktu kerja TB berubah. Syarat kali nih boleh keluar lepas pukul 2 (ie selepas I siap mengendalikan hal ehwal TB sebelum dia keofis). Ndja pun dah paham benar dengan songel tembakau I nih, hehe..

Bila suami masing2 mengizinkan kita adik beradik berjumpa dan bersuka ria tanpa beri apa2 pra-syarat maka fahamlah kita not to take him n things for granted. Semestinya kita utamakan keperluan dia dulu (w'pun ada juga ketikanya fail, gulp!).

Our 4pm lunch yesterday ...

Mine... soto ayam jer
 
D's - mustahil kalau I tak cukai
 
Ndja's - kengkonon vegetarian (tak sempat snap her bodyguard's meal)
 
dessert shared between the 2 Mems

Bila dah kenyang sepatutnya terus balik rumah ajelah kan? Nih taaak, tetap u-turn koner baring ke Grocer mencuci mata kejap. Boleh percaya ke cuci mata kejap? Tapi memang pun kejap, baru aje capai 2-3 barang perut dah hantar signal may day, may day walhal dah 2x misi diselesaikan dengan jayanya masa kat rumah. So, tunggu apa lagi, kaan?

Somehow based on experience, I boleh anggarkan samada dapat menahan dan bertahan hingga tiba rumah atau thelethaikan dengan segera. Tepat bagai dikata, sesampai aje depan gate karat terus menjadi2 contractionnya *sambil kesat peluh jantan*, dah macam tak menyempat2 kekdahnya.

Sangat tak menyangka bila Ndja juga dapat signal yang sama. Are we twins or what beb?

Cerita may day, may day tamat disini sebab takde sponsorship untuk dilanjutkan sebanyak 13 episode. Sedih kan?

Anyway hari nih bikThom ada mood masak nasi ayam. Ada ayam goreng, ada ayam kukus (kicap pekat, minyak bijan etc), ada cili sos (versi ngelat) dan ada sup sayur kobis tapi tak pulak nampak timun mau pun tomato. Nape bik?

Dimaafkan takde timun atau tomato sebab rupa nasi ayam tu thedap mata memandang. BikThom kata dia guna basmathi belum expired (campur dgn beras siam sikit, stemet) dan insyaallah thedap juga rasanya sebab menurut bik dia guna 7 bahan rahsia terpilih semasa menumis. Hmm..

Tadi tu pun bila tengok TB makan cam tekun aje maybe betullah, nasi ayam yang dimasak bik Thom tu sememangnya the best in the WWW.

Tak caya tanyalah bik Thom sendiri :-)
.

16 comments:

Anonymous said...

bik Thom, tolong senaraikan rempah rempah terpilih itu

Ahkak

Ibu n Abah said...

hehehehehehe....
rempah ratus rahsia...
RRR

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Apakah 7 rahsia WWW Nasi Ayam tu Cik Thom. Boleh berkongsi?
Jangan kedekut, nanti tahi hidung masin taw.

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Nasi Ayam 7 RRR? Macam komersial je nama tu. har har har *evil laughs*

Brad the most handsome

Queenie said...

ekekeke...

suka baca entri nih, wat i sengeh sensorang dimalam nan sepii..

nampak gambo makanan, pewut pun lapoow...dlm kepala dah ada instenudel...pastu nampak krupkrapkrupkrap tu...siap jengah mylitttleheaven selongkar2 cari mende yg sama kot2 jumpa tp takder huhu.. yg ada cuma kepekubipedas tp dah tak larat nak makan sebab gigi ngilu pasal dulu dah terlebih makan tak hengat so bila nampak jer mende tu terus ngeridanngilu..

hmm..masih tunggu kuah mee siam taucukakakupunya n wesepiwahsia turr...sampai sedapnya www...

masak beras stemet ekekeke....

DeLancrettLurpak said...

hehe, apa yg Ndja makan tu Ciksom, sgtlah vegetarian... D's punya meal sgt sungguh menggoda tauuu.. yg ciksom makan tu soto tulang ke?

aaaaa laparrrr

CS said...

Assalamualaikum ...


AHKAk
Kemana you menghilangkan diri? Pergi bercuti ke? Ehhh...you pun berminat pada rempah ratus yang bikThom guna ya? Nantilah I tanya2kan. Dia tu bukan boleh percaya pun. Kalau semalam dia masak nasi ayam guna 7 jenis bahan, kot esok lusa dari 7 boleh jadi 4. Tu belum tulat lagi tu..


AKAK
RRR .. Rahmah Rahmah Rahmah :-)


ARTLOVER
You pun berminat??? I dah tanyakan rahsia tapi bikThom tu memang THMasin. I kata tak baik lokek2 harta dunia, bukan boleh bawak mati pun. Dia tak faham bila I kata orang pelokek digelar THMasin tapi katanya elok boleh jimat sbb THM boleh dijadikan pengganti garam, duhhh.. You sanggup layan keletah bikThom I tu??

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslkm CS..
Heeee, tak nak tak nak, tak suker Bik Thom. CS, kenyang you/TB makan TH masin dia selama ni ya..
Waduh! itu Bik Thom, dah berapa banyak org dikasi makan iu TH.

CS said...

CAT aka Brad (handsome cam bro Aaron ke?)
Nasi ayam yg bikThom masak is oredi being patented. So from now on it's called NasiAyam BS007. Yg ada RRR tu brand name orang lain punya. Takleh kacau nanti kena saman.


QJ
Sekali sekala masak mee mcgee lempor sebijik telur adalah nikmat. Hmmm.. yes, I masih ingat tentang MOU meesiamtaucuberkuahresipikakakku itew tapi bila tanya, dia kata dia hantam aje namun kami tetap bandingkan bahan2 yg dia guna dgn bahan2 yg I guna (masa I pernah masa sedekad dulu). Nanti I ulas on my nxt entry. Wesepiwahsia tu takde wahsia sebenarnya. You tau ajelah perangai bikThom tu, diakan masih mengaku kanak2 wibena? Beguwau aje kerjanya.


DLL
Ndja makan gado2 so mende2 tu dicicah dgn kuah kacang tapi dia lebih suka kalau gado2 ada rasa a tinge of cekur namun takde pun. Tauhunya sangat fresh, lembut2 kenyal manja gitu. D punya a combo of kambing/ayam (mmg sedaps) while I had soto ayam aje sebab nak jaga perut yg tersedia bergelora, rupanya meleset sangkaanku :-)

CS said...

Ooops ..
ARTLOVER
Muahahahaaaaa ..... Patutnya you kata tangkai jering bukan THM, kahkahkah... *gelak senget2 badan dibuatnya*.

Nantilah I tarbiah bikThom tu ya? Either she shape up or ship out. Boleh gitu?

T said...

Terbayang bayang kesedapan nasi ayam. Mmmmm... Bayang je la...

Mulan said...

i dapat sms tu jgk..!!! delete je aahhh... bikin kepala pusing..

ada lagi nasi ayam tu tak..?? buleh terjah ni...!!

kak ja said...

Tolong bg fon number TB.. I nak tanya dia sendiri, betul ke nasi ayam Bik Thom tu bestest in WWW? Adakah benar Bik Thom yg masak ataupun TB yg memerah keringat mengasah bakat di dapoq?

CS said...

T
Jangan terbayang2 aje, realisasikannya juga ok? cewah..


MULAN
Nasi ayam dah habishhh tapi yang tinggal hanya kenangan, auwwww... Psst.. nape you tak masuk tivi sekali semalam? Lain kali saun2 kat kitorang tau :-)


JA
Nak no. fon TB ka? OK no hal punya.. loro loro dot dot dot siji loro but kenot tell which telco, ekekeke..
Come closer Ja, I tell you one secwet "nasi ayam tu kureng sketlah rasanya". Haruskah ku potong gajinya BukJa?

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
For sure sedapp sgt ur nasi ayam!
Habis semua org nak mintak resepi ...count me in ya!!

CS said...

LEEZA
Wkumsalam..
Nasi ayam tu biasa2 aje rasanya. Tulah editor Al-kisah tu menulis cam beriya2 benar mempromotekan masakan bibiknya, hahahehe..

Psst.. saja nak motivate bibik dia supaya masak lebih sedaps :-)